Rindu sangat nak tengok movie di panggung, lelaki ni buat laman penstriman sendiri

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Sejak dunia dilanda pandemik, panggung wayang antara industri yang terjejas teruk akibat kekurangan filem dan penonton. Bila panggung wayang dah terjejas, para kaki movie pun terjejas samalah sebab tak dapat tengok wayang.

Nak tengok wayang pun dah tak macam dulu. Imej dari Malay Mail.

Dalam usaha nak melepaskan gian tengok wayang tu, kebanyakan daripada kita ni mula cari alternatif lain macam – Netflix, iFlix, Viu, Astro dan sebagainya. Tapi masalahnya, kalau kita nak tengok movie-movie tempatan, macam filem-filem P.Ramlee ataupun filem-filem lakonan Erra Fazira zaman dulu, memang agak kurang disediakan di platform – platform sedia ada.

Namun rupa-rupanya, sekarang ni ada satu lagi platform video-on-demand (VOD) baru yang sediakan filem-filem macam tu. Ia tak lain dan tak bukan adalah KiniDia – sebuah plaftorm yang menyediakan movie-movie tempatan secara PERCUMA! Disebabkan teruja dengan benda ni, sepupu kami di CILISOS pun temubual pengasasnya, Justin Wong sebab nak tahu lebih lanjut.

Sebelum jadi laman penstriman, KiniDia pada asalnya laman web konten viral

Inilah dia Justin. Imej dari KiniDia.

Walaupun KiniDia ni baru je dilancarkan, Justin beritahu yang ia sebenarnya dah lama ada. Cuma pada asalnya, laman web ni dia buat untuk konten viral pasal Malaysia.

“Saya memulakannya beberapa tahun yang lalu sebagai sumber konten viral, dan sekarang saya menjadikannya video-on-demand sebagai gantinya.” – Justin, katanya kepada CILISOS.

Dari apa yang kitorang dapat trace, laman web ni dah ada sejak tahun 2016 lagi dan melalui Wayback Machine, kitorang dapat tahu yang ia memang pernah paparkan banyak kandungan hiburan sosial (korang boleh tengok di sini).

Dalam pada itu, seperti mana yang kita tahu – sekarang ni kalau nak tengok movie di laman penstriman, kita ada dua pilihan je iaitu bayar yuran (kadang-kadang mahal) dan satu lagi tengok movie secara tak sah/haram. Bila Justin perasan perkara ni, dia pun dapat idea nak buat satu laman penstriman yang orang Malaysia boleh tengok movie dengan bayaran yang sangat murah.

Malah, korang boleh tengok movie-movie lama (dah dikeluarkan lebih 10 tahun) secara PERCUMA di KiniDia ni. Cuma ada iklan la…

Antara movie yang korang boleh tengok secara percuma. Imej dari KiniDia.

Kalau korang nak tengok movie-movie yang baru pun ada disediakan dengan bayaran cuma RM9.90 je. Murah dan berbaloi. Malah, tak sama seperti laman-laman lain, KiniDia ni korang tak payah nak subscribe, sebaliknya cuma bayar je dan terus tengok movie korang tu.

“Yang tidak percuma di bawah bahagian KiniDia Pro biasanya adalah keluaran baru. Ia keluar hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ni. ” – Justin, katanya kepada CILISOS.

Tapi mungkin ada di antara korang yang tertanya-tanya macam mana pula semua ni boleh sah? Sebenarnya, Justin ada buat perjanjian yang akan memberikan keuntungan kepada pembuat filem dan penonton. Disebabkan KiniDia ni tak ada yuran subscription, pendapatannya kebanyakan datang dari iklan dan KiniDia Pro. Tak macam iklan Youtube, korang tak boleh skip iklan yang ada dalam KiniDia ni.

Untuk maklumat, buat masa sekarang ni dah ada 18 movie di KiniDia, malah…

Di masa akan datang, Movie dari Netflix pun mungkin akan masuk KiniDia

Mana tahu nanti cerita ni pun akan masuk KIniDia. Imej dari Enfiniti MY.

Justin juga ada beritahu yang dia ada perancangan nak tambah lebih banyak lagi movie di KiniDia dalam masa terdekat. Ia termasuklah movie dalam bahasa Mandarin dan Tamil. Cumanya, kalau korang nak tengok movie yang diterbitkan Astro, tu mungkin tak akan ada di KiniDia.

“Sekiranya ada yang lain, saya tidak akan memilih apa-apa (filem) yang diterbitkan oleh Astro kerana mereka mempunyai platform sendiri untuk menyiarkannya. Haha. ” – Justin, katanya kepada CILISOS.

Tapi kalau korang ni jenis yang senyap-senyap tengok/download movie Netflix secara haram, KiniDia mungkin boleh jadi pilihan halal untuk korang. Sebabnya, Justin mungkin akan bawa movie-movie tempatan yang ketika ni disiarkan di Netflix macam Puteri Gunung Ledang dan Geran pada laman KiniDia ni nanti.

Namun, korang kenalah tunggu sikit sebab Justin hanya boleh buat semua tu bila tempoh lesen movie-movie tu tamat. Kalau korang nak tahu, tempoh lesen sebenarnya memberikan hak kepada VOD dan laman penstriman untuk meyiarkan filem secara sah bergantung pada perjanjian antara pengedar filem dan platform VOD.

Tapi buat masa sekarang, kalau korang buka KiniDia, korang boleh tengok macam-macam movie dah sebenarnya seperti Sumolah, Soal Hati, Los & Faun dan termasuk juga beberapa movie indie.

Masa ni Erra dan Afdlin masih muda trang tang tang lagi. Imej dari Wikipedia.

Untuk movie-movie yang mungkin disiarkan di masa akan datang, Justin kata:

“Nantikan…”

Jadinya, pada korang yang boring di rumah, dan nak tengok movie sambil goyang kaki makan kerepek pisang – bolehlah usha movie-movie yang ada dalam KiniDia di sini. Tunggu apa lagi tu?