Cuba teka kaum mana paling suka seludup makanan masuk cinema? Kitorang dedahkan…

Korang pun sedia tahu la kan, kitorang kat SOSCILI suka gilaaaa ambik tahu perangai-perangai random rakyat Malaysia. Tak kisahlah korang nak kata kitorang ni busybody ke apa. Tapi bila Golden Screen Cinemas (GSC), pemenang Anugerah PLATINUM Putra Brands bagi chance kat kitorang untuk buat Great Malaysian Movie Survey 2019, kitorang memang tak boleh tolak!

Imej tak diedit dari imgflip

Bagi korang yang tak tahu, kitorang sebenarnya dah pernah buat survey ni tahun lepas. Daripada situ juga kita dapat tahu makanan apa yang rakyat Malaysia suka seludup masuk wayang sampailah apa diorang suka buat dalam gelap ( ͡° ͜ʖ ͡°).

Tahun ni, SOSCILI kembali dengan beberapa soalan tentang tabiat rakyat Malaysia di panggung wayang. Jadi, kitorang nak ucapkan terima kasih kepada kesemua 4,454 orang yang luangkan masa jawab soalan survey kitorang! Kini… tibalah masanya untuk kita tengok panggung wayang masa depan!

Oh sebelum tu, ni adalah pecahan siapa yang ambik survey kitorang:

  • Nampaknya majoriti adalah umur yang paling hip dan trendy macam kitorang – 30 tahun ke bawah iaitu sebanyak 69%. Eh, tapi ada juga LIMA responden yang berumur 60 tahun dan ke atas, jadi terima kasih banyak mak cik dan pak cik! <3
  • Kami faham, ekonomi memang kurang memberangsangkan, jadi kebanyakan responden kita – 67.29% daripadanya – berpendapatan RM5,000 dan kebawah. Tapi nampaknya, ada juga seramai 18.89% daripada responden memilih untuk tak bagitahu pendapatan diorang. Korang yang tak jawab ni sebenarnya kaya, kan? tsk tsk.
  • Macam yang dijangka, separuh daripada responden (56%) berasal dari KL dan Selangor. Malah ada juga dari Pulau Pinang, Perak, Johor, yang mana tiga negeri ni menyumbangkan sebanyak 6 hingga 7 peratus setiap satunya. Manakala, 11.34% lagi dari Sabah dan Sarawak, dan terakhir sekali, kita ada dua orang responden dari Perlis #perlissosmall
  • Tahun ni, responden perempuan juga nampaknya lebih ramai berbanding tahun lepas iaitu dengan 53.3%, manakala lelaki – 45.23%.
  • Disebabkan survey ni ada di kedua-dua page Cilisos dan Soscili, nampaknya mereka yang berbahasa Melayu dan Inggeris mendominasi responden kita dengan majoritinya berbahasa Melayu sebanyak 45.37%; mereka yang berbahasa Inggeris sebanyak 39.22%. Manakala mereka yang berbahasa Cina pada 11.26% dan berbahasa India sebanyak 4.14%, dan selebihnya pula adalah lain-lain.

Jadi, korang dah ready ke belum nak tahu tabiat rakyat Malaysia? Sediakan popcorn, dan jom kita mula sekarang!

1. Sebenarnya… Anneh dan Achi yang paling ramai menangis masa filem Avengers: Endgame

Ok la, korang pun tahu yang Avengers: Endgame ni kemungkinannya adalah filem dari komik yang agak penting dalam budaya kita sepanjang satu dekad yang lepas. Jadi, tak hairanlah 4 daripada 5 responden yang ambik survey ni mengatakan, diorang semua tonton filem ni! Dan dalam banyak-banyak responden yang ada, nampaknya… 21.6% daripadanya mengatakan yang diorang belum tengok lagi?! Tapi kalau korang suka filem berdasarkan komik ni, jangan risau, korang masih sempat lagi untuk tengok Joker yang masih ditayangkan di GSC.

*mata masuk habuk* GIF dari Science Fiction

Bilangan penonton Endgame yang tinggi ni juga terserlah sekali lagi apabila kitorang minta responden share apa petikan filem yang korang paling ingat dalam mana-mana filem. Antara jawapan paling popular adalah “Avengers, assemble!” dan “I love you 3000” . Ok lah, mungkin tak adil juga kepada filem lain sebab Endgame masih lagi tengah hype gila.

Tapi yang menariknya, data kitorang juga mendapati kebanyakan mereka yang bertutur bahasa India (atau kata mudahnya orang India) mengaku yang mereka menitiskan air mata masa tengok filem Endgame (26.61%) berbanding mereka yang bertutur bahasa Inggeris (16.03%), Cina (16.42) dan Melayu (9.96%).

Takpe macha, tunjukkan emosi ni sebenarnya memang baik untuk kesihatan.

Dan dalam ramai-ramai lagi responden yang menangis tu (bukan Soscili, kitorang kuat), nampaknya separuh daripada responden lelaki (56.65%) kata walaupun filem tu agak sedih, tapi diorang takdelah sampai menangis. Oh, satu lagi funfact pasal Avengers: Endgame melalui survey ni – dua pertiga (67.67%) yang tak tengok Endgame adalah perempuan.

Bagaimanapun, satu statistik yang agak memeranjatkan kitorang adalah makin kaya seseorang tu, makin takde perasaan – diorang pilih, takde sebab untuk menangis masa tengok Endgame. Mereka adalah 21.6% responden yang berpendapatan sebanyak lebih RM10,000 sebulan. Ini dibandingkan dengan 8.6% yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah yang merasakan perkara yang sama dan korang kena faham, sesetengah kajian memang menunjukkan yang orang kaya mempunyai kurang empati. 

Macam ni agaknya orang kaya menangis

2. Orang kaya juga paling jarang ucapkan terima kasih kepada staf bertugas

Ok, kitorang sedar yang bunyinya macam kitorang benci orang kaya. Tapi kitorang cuma bagitau hasil dapatan kajian ni je, ok? ¯\_(⊙_ʖ⊙)_/¯

Ironi juga bila guna gif ni untuk artikel yang ditaja ye? #loveyouGSC

Daripada data yang dikumpulkan, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan selalunya akan ucapkan terima kasih kepada staf pawagam, iaitu sebanyak 94.2%. Tapi bila berpendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan, peratusan tu nampaknya jatuh kepada hanya 73.33%!

Dan mungkin tak boleh nak ambik kira sangat di mana hanya 1% daripada pekerja yang bergaji rendah pernah marah staf pawagam, kalau nak dibandingkan dengan 20% daripada kumpulan yang kaya. Haish, ada duit tak bermakna boleh marah orang sesuka hati, ok?

Sekarang ni kitorang cuma nak bagitahu je, korang jangan nak cuba try test, ok? Nampaknya, ada dari golongan berada ni mengaku yang diorang selalunya prefer untuk pergi ke pawagam yang lebih selesa dan lebih mahal sebab… diorang nak… bermesra ( ͡° ͜ʖ ͡°)( ͡° ͜ʖ ͡°). Korang faham-faham je la maksudnya ye? Manakala 35.71% daripada mereka bagi alasan saja nak upgrade sikit, berbanding 3.63% daripadanya datang daripada mereka yang berpendapatan rendah.

Ini juga berkaitan dengan data kitorang yang menunjukkan lebih kaya seseorang tu, lagi la dia akan ‘bermesra ( ͡° ͜ʖ ͡°)( ͡° ͜ʖ ͡°)’ dengan date diorang masa di pawagam. 22.6% daripada responden yang memperoleh lebih daripada RM15,000 mengakui perkara tu, berbanding hanya 6.88% daripada golongan berpendapatan rendah. Sebenarnya kalau nak compare dengan survey tahun lepas, orang kaya memang mengaku diorang ni berani dalam pawagam.

Dan memandangkan GSC ada join venture dengan Getha, kita tengok la kalau orang kaya ni akan beli tiket untuk Aurum Theatre GSC di mana korang boleh tengok filem di… atas sofa sandar mewah ???

“Sayang, kenapa Joker ni lawak…” Imej dari FB GSC

Tapi satu je benda yang nampaknya boleh menyatukan semua yang sama ada berpendapatan tinggi atau rendah, iaitu diorang semua suka gila bila dapat tiket percuma masa hari jadi! Yeayyyy benda freeeeee!

3. Mereka yang berpendapatan rendah adalah peminat tegar popcorn

Yang ni lain cerita la

Rakyat Malaysia memang suka makan, kita semua pun tahu benda tu. Tapi nampaknya bila tengok wayang, popcorn la benda paling popular!

Bagi mereka yang berpendapatan rendah, sebanyak 58.89% daripada mereka mengaku yang ia adalah benda paling penting untuk melengkapkan pengalaman tengok wayang. Tapi makanan bukan segalanya juga, sebab 52.63% daripada kumpulan yang sama juga mengatakan tengok dengan kawan baik dan yang tercinta nampaknya melengkapkan pengalaman wayang diorang, lebih dari mana-mana yang berpendapatan tinggi. Diorang tak minta banyak pun, asalkan ada kawan dan popcorn pun dah cukup.

Cukup la kan? Imej dari pinimg.com

Selain tu juga, mereka yang berpendapatan rendah tak kisah pun untuk tunggu selain daripada tayangan premier filem  (47.73%). Malah, kesabaran diorang ni terserlah lagi di mana 78.55% daripada mereka akan tengok filem tu sampai penghujungnya, tak kisahlah seteruk mana pun. 

Bagaimanapun, kesabaran diorang terganggu kalau filem yang diorang tengok tu tak keluar sari kata, dengan sebanyak 29.65% daripada mereka akan mula rasa menyampah. Ye la, bayar tiket mahal-mahal tapi tak faham jalan cerita? Blah la camni.

4. Lelaki kurang sabar, mesti nak tengok masa tayangan premier, perempuan pula tak kisah

Macam yang kitorang sebut awal-awal tadi, lebih ramai perempuan (67.67%) berbanding lelaki (33.33%) yang tak tengok lagi filem Avengers: Endgame. Tapi, responden perempuan juga nampaknya lagi penyabar berbanding lelaki bila ada filem yang hype gila yang mana menunjukkan 19.36% lelaki mengatakan yang diorang mesti akan tengok filem tu seawal habis berbanding perempuan yang cuma 8.92% je.

Dan nampaknya, sebanyak 31.61% lelaki mengakui yang diorang akan tengok filem yang sama sekali lagi dalam jenis pawagam yang berbeza, manakala cuma 19% perempuan juga akan buat perkara yang sama. 14.83% lelaki juga mengaku yang diorang biasanya minta kawan belikan tiket dulu,  dan kemudian buat-buat lupa untuk bayar balik. (tsktsk).

Perempuan juga lebih berbudi bahasa bila diorang lebih ramai mengucapkan terima kasih berbanding lelaki, dengan beza sebanyak 96.35% dan 91.96%. Bagaimanapun, 9.28% lelaki akan memanggil staf dengan nama mereka berbanding perempuan 5.63%. Dan yang paling sadis, 5.14% responden lelaki juga mengakui yang diorang pernah kena reject dengan date masa dalam pawagam, manakala perempuan pula sebanyak 1.98%

5. Sebanyak 50.6% rakyat Malaysia mengaku yang diorang adalah peminat komik

Nampaknya, seramai 50.6% rakyat Malaysia mengakui yang diorang ni ‘geek’ yang meminati genre superhero dan buku komik. Di tempat kedua adalah perkara-perkara fantasi macam Harry Potter dan Game of Thrones, dengan 38.2%. Apa yang paling mengejutkan kitorang adalah ‘kejatuhan’ takhta sci-fi yang pada survey tahun lepas menunjukkan sebanyak 50.6%, manakala pada tahun ni berkurangan sampai 22.36%!

Sementara tu, cuma 18.8% adalah seorang peminat adaptasi permainan video – mana taknya, tengok je la macam mana komen orang pasal Sonic live action movie haritu…

Reaksi kita bila pertama kali tengok trailer Sonic. Gif dari moviesandchill.com

Yang menariknya, walaupun 60% peminat filem komik meminati filem fantasi, mereka bukanlah peminat anime atau adaptasi permainan video. Malah hanya satu pertiga daripada mereka juga dalam genre lain.

Daripada pertuturan pula, tiga perempat daripada keseluruhan responden memang peminat filem superhero. Manakala satu pertiga adalah peminat anime, tapi semua berubah dengan peningkatan umur seseorang tu di mana tiada sorang pun daripada responden berumur 50 dan ke atas. Dan nampaknya, penutur India nampaknya paling kurang minat anime iaitu hanya sebanyak 12.9%.

Sorryla cha… but no. Imej dari weheartit.com

Menarik juga data yang kitorang dapat sebab kalau nak dibandingkan apa yang lelaki dan perempuan minat, nampaknya lebih ramai lelaki yang minat filem adaptasi buku komik, sci-fi, anime dan adaptasi permainan video. Tapi bila bercakap pasal fantasi pula, nampaknya perempuan adalah lebih tinggi di mana 61% mengakui yang mereka memang minat fantasi berbanding lelaki yang cuma separuh daripadanya.

6. 75% responden Melayu paling ramai seludup makanan, pedulilah bau apa pun!

Nampaknya, ramai je yang mengaku diorang seludup makanan dalam pawagam, dan majoritinya adalah… responden yang berbahasa Melayu, iaitu sebanyak 75.31%! Kalau tahun lepas kita tanya makanan apa yang diorang seludup, nampaknya tahun ni kita tanya pulak macam mana diorang makan makanan yang diseludup tu? 

Nampaknya ada sorang responden yang mengaku diorang akan cari tempat paling tepi untuk makan, ayam golek (?!) dan…

Dua-dua haram dibuat di pawagam, macam mana ni?

Selain ayam golek, benda paling dahsyat yang responden kita mengaku bawa masuk nampaknya adalah Udon dari Family Mart?  Tak kuat pula baunya?

Ala, makanan cucuk-cucuk tu. Kalau lalu je kedai ni confirm bau tom yam dia lagi kuat dari kedai makan Thailand. Imej dari youth connect

Dan nampaknya, ada yang rasa soalan ni cumalah satu trick daripada GSC…

Dan dalam banyak-banyak benda yang orang rasa annoying, nampaknya takde pulak kitorang jumpa komen yang mengatakan diorang rasa annoying kalau ada bau makanan. Dan Chinese speaker pula nampaknya lebih rela berdiam diri dari nak tegur 30% berbanding English speaker 20%.

Malah kebanyakan responden juga mengaku yang diorang paling tak boleh blah akan terus sound kalau orang sepak kerusi, berbanding kalau diorang jumpa orang bermesra-mesra  ( ͡° ͜ʖ ͡°)( ͡° ͜ʖ ͡°)?!

Imej tak diedit dari imgflip

Bagaimanapun responden kita yang berbahasa India pula jenis tak kisah sangat pasal semua gangguan yang ada… kecuali seorang responden ni yang pernah tikam orang sebab kentut tak berhenti. So uh…

Oh, kalau korang nak try makan makanan fancy sikit, Aurum Theatre yang terbaru dari GSC ni ada pelbagai makanan mewah dengan pilihan makan kontemporari. Jadi korang boleh la makan atas sofa sandar mewah selesa sambil tengok filem terbaru tanpa dipandang serong mak bapak dan keluarga korang! Lepas tu jangan la lupa ucapkan terima kasih bila makanan sampai ye #hospitaliti #selesa #mewah

7. Nampaknya, 1 daripada 10 remaja bawa straw sendiri ke pawagam

Korang mesti pernah dengar pasal strawless movement/guna straw besi yang dah jadi trending kat media sosial sejak kebelakangan ni, kan? Dengan trend di internet, korang tahu-tahu jela, kebanyakan yang ikut ni adalah golongan millenial.

Tapi tu tak bermakna yang orang tua (50-59) tak peduli untuk jaga alam sekitar sama. 15.15% daripada mereka rupanya lagi hipster sebab walaupun diorang takde straw, tapi nampaknya diorang bawa tupperware dengan tumbler (walaupun kitorang tak pasti la diorang guna tu untuk tapau popcorn atau tak)

Baik mengaku, mak siapa selalu buat camni? Imej dari Vocket

Dan nampaknya, sebanyak 53.37% daripada responden yang berumur 40 tahun dan ke atas juga akan buang sampah sendiri selepas habis tengok wayang.

Malah kalau korang nak enjoy tengok wayang dan dalam masa yang sama jaga alam sekitar, korang boleh, dengan GSC! Diorang dah tempatkan beberapa tong kitar semula di sekitar pawagam mereka di Lembah Klang untuk botol plastik dan kotak popcorn kertas selepas korang tengok wayang. Malah, diorang juga ada jual beg tote yang boleh dikitar semula kalau korang minat.

8. Untuk pawagam masa depan, rakyat Malaysia nak kawal masa tayangan panggung wayang macam TV kat rumah

Kalau boleh, siapa tak nak remote control milik Adam Sandler dalam filem Click, di mana pemiliknya boleh kawal bila diorang nak masa dihentikan, diputar balik, pergi ke masa depan, malah siap ada subtitle kat bawah bila tak faham apa orang cakap.

Bunyinya agak mustahil, tapi nampaknya separuh dari rakyat Malaysia (55%) buat pilihan di mana kalau boleh, diorang nak pilih masa filem yang akan dimainkan. Malah, 70% darinya adalah pelajar sekolah menengah – mungkin ikutkan darah muda, semua benda nak cepat. Selain tu juga, kebanyakan responden kita juga nakkan panggung wayang masa depan di mana diorang boleh pilih bila filem nak dimainkan.

Mengaku je la, siapa tak nak, kan? Gif dari casslol

Malah kebanyakan dari korang juga nakkan panggung wayang masa depan yang membolehkan korang pilih filem yang akan dimainkan sendiri, dengan 43% responden nakkan mini-election bila diorang pergi ke filem lain kali. Jadi bagi korang yang memang nak rasa pengalaman pilih filem sendiri sambil baring kat di sofa sandar mewah, korang kena cuba la Teater Aurum baru kat Mid Valley/Gardens!

Amacam, ada berani?

Selain tu juga, tak lah pelik sangat pun bila responden muda ni lebih memilih tempat macam arked, kafe siber dan pusat VR di luar pawagam. Tapi korang jangan risau, GSC baru-baru ni mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan VAR Live untuk membawa realiti maya ke pawagam Malaysia, jadi kalau korang memang suka dengan benda-benda macam ni, ni la masanya!

Selain tu juga, tak ramai pula yang bermain di playpen, iaitu sebanyak 18% daripada responden yang berumur antara 30 hingga 39 tahun (tapi mungkin anak-anak diorang la kot). Dan mungkin kalau korang tweet atau hantar mesej kat FB, mungkin GSC akan tambah beberapa tempat lepak yang korang nak di pawagam GSC pada masa depan.

“Inovasi adalah nadi Golden Screen Cinemas dan kami komited untuk merintis teknologi dan kemajuan baru yang mencipta semula cara para pelanggan kami menikmati keajaiban filem.

Sebagai sebuah pawagam terkemuka, kami sentiasa mencari cara untuk memberikan pelanggan kami pelbagai nilai promosi melalui tawaran F&B, dan teknologi pawagam terkini.”- Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif GSC, semasa pelancaran Onyx.

Jadi, macam mana rupa pawagam 10 tahun akan datang?

Nampaknya, tak boleh disangkal lagi, teknologi pawagam semakin canggih dari hari ke hari. Kita semua pernah tengok wayang dalam pawagam biasa selama bertahun-tahun, dan sekarang ni macam-macam ada – 3D, 3DX, IMAX dan beberapa akronim, korang sebut je.

Walaupun pawagam dah berevolusi dan ada bermacam-macam pengalaman yang boleh korang rasai, tapi nampaknya sesetengah perkara tu tak pernah berubah: kita masih suka popcorn, tengok filem-filem best dengan skrin besar, malah menikmati filem dengan orang  tersayang.

Dan selama bertahun-tahun kita tengok filem, sedar tak sedar, nampaknya GSC dah bersama rakyat Malaysia selama lebih dari tiga dekad, dengan skrin canggih dan tempat duduk untuk semua, dari setiap latar belakang. Tapi tu tak bermakna yang kita masih lagi terperangkap di masa lalu- malah lebih baik lagi sebab GSC dah bawa banyak perkara baru dari pengalaman pawagam, macam skrin pawagam Onyx LED, malah The Aurum Theatre yang mewah, pawagam 4DX yang hyperealistik dan Screen X dengan panorama pawagam 270 darjah.

Onyx Hall
Dan Screen X, dengan triple screen

Dan ni adalah part di mana adanya scene post credit macam filem-filem Marvel, tapi… kitorang masih lagi usahakannya.

.

.

.