Ada senator Malaysia guna minyak ganja untuk pulihkan kesihatan? Ini kesannya

Sebelum ni dah berlangsungnya sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang membincangkan isu-isu semasa yang berlaku kat Selangor. Ia memfokuskan lima strategi utama dengan menggunakan tema Selangor Negeri Unggul, Kehidupan Bermartabat.

Tapi, waktu tengah bersidang tu, ada yang mencadangkan supaya kerajaan Selangor mempertimbangkan cadangan penanaman ganja untuk perubatan kat negeri tu. Tapi apa yang akan jadi?

Jika terlebih pekat, sel kanser boleh membiak?!

Orang Kanada buat parti waktu Kanada umumkan kebenaran gunakan marijuana kat sana. Imej dari Inc.com

Sekarang ni, kita banyak dengar orang gunakan ketum untuk perubatan dan ada jugak yang gunakannya untuk dapatkan tenaga tambahan lagi-lagi untuk golongan yang kerja dalam sektor berat. (Kenapa tak minum 100 plus je? ?). Contohnya macam pemandu lori yang kena ke hulu ke hilir setiap hari.

Penggunaan ganja yang dikhaskan untuk perubatan ni banyak digunakan secara tak sah dan takde pun peruntukan undang-undang berkenaan hal tu. Walaupun ganja ni ada termaktub dalam peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952, tapi baru-baru ni kerajaan ada umumkan yang penggunaan ganja (penanaman hem) akan dibenarkan melalui tujuan penyelidikan industri di bawah kebenaran Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Walaubagaimanapun, kebenaran tu masih di bawah pengawasan pihak berkuasa sebab takut kalau disalah guna oleh orang ramai. Dan penanaman hem yang dibenarkan adalah hanya untuk pengeluaran seratnya je, yang khusus untuk penyelidikan. KKM pun ada tetapkan garis panduan untuk kawal penanaman hem ni. Tapi, hem yang ada kat Malaysia nanti bukanlah untuk tujuan perubatan tapi tertumpu kepada industri kosmetik dan makanan.

Produk kosmetik yang menggunakan ganja. Imej dari Kompasiana.com

Sebenarnya, penggunaan ketum dan ganja dalam perubatan ni dah dikaji dalam kajian saintifik. Berdasarkan hasil kajian daripada Malaysia Society of Awareness (MASA) tahun lepas, ia mendapati 55.8% daripada jumlah 2,000 responden mengganggap penggunaan kanabis, ganja dan ketum dalam perubatan adalah lebih selamat daripada pengambilan gula berlebihan.

Responden dalam kajian tu terdiri daripada pesakit kronik dan pengguna media sosial Malaysia. Jadi, maksudnya diorang semua pernah cuba amalkan penggunaan ubat yang mengandungi kanabis, ganja dan ketum ni lah?

Walau bagaimanapun, kos menggunakan perubatan alternatif jenis ni agak mahal berbanding perubatan yang disediakan kat hospital. Selain tu, ia jugak tak digalakkan sebab bagi kesan sampingan yang memudaratkan. Dan sebelum ni ada banyak kes orang didakwa sebab menyimpan stok ganja, ketum dan kanabis ni walaupun untuk tujuan perubatan.

Kitaorang pun pernah tulis artikel pasal Dr.Ganja tu. Klik imej untuk baca. Imej dari SOSCILI

Ada banyak jugak cerita dan orang yang sakit berubat dengan perubatan ketum, ganja dan kanabis ni. Cuma ada sikit je bahan kimia dalam ganja tu yang boleh dibuat perubatan, selainnya sebenarnya tak membantu dan tak berikan apa-apa kebaikan pun. Menurut kajian University of Northern Colorado (UNC), ia mendapati bahan kimia dalam marijuana boleh membunuh sel kanser payudara, peparu, pankreas dan sel kanser kolon dalam satu nilai kepekatan yang ditetapkan. Tapi, jika ia melebihi nilai kepekatan tu, sel kanser boleh membiak.

Sama jugak macam perubatan yang menggunakan mengkudu sebagai ubat untuk mengurangkan gula dalam darah yang pernah popular waktu dulu. Tapi, kalau ia diambil berlebihan, ia jadi kesan yang merbahaya pada kesihatan penggunanya.

Mungkin korang pernah ternampak pasal ni dulu? Imej dari ButterKicap

Dalam pada itu, Senator Husam Musa merupakan salah seorang pesakit yang berjaya memulihkan kesihatannya menggunakan pati minyak hem / minyak ganja. Dia bagitahu yang minyak hem ni boleh digunakan untuk mengaktifkan semula rangsangan ataupun resptor dalam badan manusia. Dan ia berkesan merawat penyakit sarafnya dulu. Dengan penggunaan minyak ganja tu, ia dikatakan bermanfaat untuk cerdaskan minda jugak.

Tapi, perubatan menggunakan ganja ni hanyalah daripada ekstrak minyak hem tu dan bukanlah penggunaan menyeluruh menerusi marijuana dan kanabis yang asli. Walaupun dah banyak kajian perubatan yang dibuat mengenai hal ni, tapi takde lagi yang sah dalam kementerian kesihatan untuk meluluskan penggunaannya dalam bidang perubatan. Dan perubatan ganja ni tak diiktiraf daripada dunia perubatan sebab tak jumpa lagi bukti dan kajian yang berkualiti mengenai keberkesanannya.

Minyak ganja yang dijual kat Thailand secara sah. Imej dari Sulawesita.com

Orang zaman kuno percaya kalau gunakan ganja boleh meramal masa depan

Seperti yang semua orang tahu, Malaysia mengenakan hukuman yang ketat bagi pesalah yang terlibat dengan jenayah ataupun aktiviti dadah ni. Malaysia menjatuhkan hukuman mati bagi jenayah bersabit dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. Bagi individu yang mempunyai ataupun menyimpan kanabis melebihi 200gram akan didakwa di bawah penyeludupan dadah yang membawa kepada hukuman mati.

Di samping itu, bagi mana-mana yang didapati ada bercucuk tanam menggunakan pokok ganja ni, diaorang akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan tak kurang daripada enam sebatan. Penanaman itu dikira kalau melebihi daripada enam pokok ganja tu. Kalau kurang kitaorang tak pasti, ni yang berdasarkan undang-undang yang bertulis. Walaubagaimanapun, pokok ganja ni sebenarnya boleh je ditanam tapi mestilah dengan lesen. Kalau takde lesen tak pasal-pasal kena duduk lokap nanti.

Kalau satu je pokok ganja macam ni boleh tak? GIF dari Giphy

Dulu, ganja ni selalu digunakan sebagai ubat pelali serta digunakan dalam ritual-ritual keagamaan dan spiritual bagi masyarakat zaman kuno. Ekoran daripada penggunaan ganja untuk aktiviti ritual tu yang secara tak langsung berikan kesan khayal ke atas penggunanya, sesiapa yang menggunanya dikatakan berupaya “meramal” masa depan yang digunakan sewaktu bermeditasi.

Umumnya, ganja, ketum, kanabis dan marijuana adalah jenis dadah yang sama. Ia merupakan daripada sejenis pokok rami (hemp) berbunga daripada keluarga Cannabacaea dan nama saintifiknya Cannabis sativa yang asalnya berasal dari Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan. Ia jugak bermaksud resin/getah daripada bokok berserat dengan campuran bahan kering daripada bunga, daun dan biji benih yang kesemuanya mengandungi resin.

Bincangkan … Imej dari Twitter @GanjaSociety

Untuk memastikan kelulusan ganja dalam perubatan tu, ramai pakar berpendapat supaya kualiti dan keselamatan produk daripada ganja ni menjadi kayu ukur untuk kelulusan produk tu dalam perubatan.

“Cuma, satu persoalan yang kita perlu tanyakan berkali-kali pada diri sendiri, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberi?” – Profesor Madya Dr. Hawa Jaafar, pensyarah di Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Penggunaan ganja kat Malaysia dah difatwakan haram pada 2006

Sebenarnya, kebanyakan negara Eropah menganggap pokok hem ni sebagai tumbuhan domestik yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti perindustrian, termasuk kertas, tekstil dan tali pinggang. Ia jugak merupakan tanaman dominan bagi landskap kat sekitar Amerika Syarikat. Daripada penelitian yang diaorang buat, pokok hem ni merupakan tanaman domestik terawal yang dijumpai dengan akarnya berasal dari zaman Neolitik kat China.
Penanaman ganja untuk landskap kat Amerika. Kalau kat Malaysia jadi apa ye? Imej dari medan.tribunnews
Kat sana jugak, lebih 25,000 produk dihasilkan menggunakan pokok hem ni. Dan ia digunakan dalam banyak syarikat-syarikat peneraju dunia contohnya Ford Motors, Patagonia dan jugak The Body Shop sebagai bahan mentah untuk produknya.
Berbalik pulak isu kat Malaysia, sebenarnya dari sudut keagamaan, penggunaan ganja ni dah difatwakan haram oleh Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-76 pada 21 hingga 23 November 2006. Pengharaman penggunaan ganja dalam apa-apa aspek sekalipun sama ada dari segi perubatan ataupun perindustrian sepatutnya dijadikan penanda aras bagi masyarakat Islam khususnya. Ia berikutan untuk menolak usaha dan cadangan bagi menghalalkan penggunaan ganja kat Malaysia.
Renungkan… Imej dari tangkapan skrin Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan
Walaupun penggunaan ubatan yang berasaskan ganja sangat membantu dan berkesan dalam perawatan penyakit tapi disebabkan ia tak dikompilasikan dalam satu kajian yang kukuh, ianya ditolak sebab boleh menyumbang kepada kesan sampingan yang lebih teruk dan merbahaya.

Anak muda Malaysia berjaya jual produk ganja kat UK

Kat Thailand, siap ada Festival Ganja sedunia lagi. Imej dari Coconuts.Bangkok

Kat UK, ada rakyat Malaysia yang buat perniagaan menggunakan produk ganja yang berjaya peroleh modal sebanyak RM260,000 sebulan. Dan produk yang dijual tu menerima sambutan yang hebat dan menggalakkan kat sana. Perniagaan tu mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan dan Cannabis Trades Association UK (CTA UK). 

Sungguhpun begitu, diaorang kena berdepan dengan banyak halangan untuk pasarkan produk tu sebab walaupun ia dibenarkan untuk tujuan perubatan kat UK, tapi ia sentiasa dikawal dan tindakan tegas daripada pihak berkuasa tetap dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan. Dan produk yang dijual berdasarkan ganja tu mestilah berdaftar dan berlesen. 

Pengasas CBD Oils Malaysia kat UK. Imej dari Says

Produk ganja yang dijual oleh rakyat Malaysia ni berfungsi digunakan untuk merawat penyakit kronik, masalah sistem saraf kronik, kanser cachexia, sawan, glaukoma, HIV/AIDS dan sklerosis. Tapi, tindakan undang-undang dan kawalan serta pemantauan khas sentiasa dilakukan dan penyalahgunaan dadah ni tetap jadi kes kesalahan berat kat sana.

“Di UK, minyak ganja kaya dengan CBD (cannabidiol) daripada cannabis sativa yang dihasilkan secara sah dan menjadi salah satu makanan tambahan popular dalam kalangan pengguna.” – Mohd Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp, sumber dari FMT. 

Bila kantoi dengan polis lepas tu tak tahu nak goreng macam mana. GIF dari Giphy

Penanaman untuk perubatan belum dibenarkan lagi di Malaysia tanpa pinda undang-undang

Untuk mengelakkan kekeliruan ramai, sebenarnya kat Malaysia apa yang dibenarkan hanyalah penanaman hem (ganja) yang bertujuan untuk penyelidikan pihak industri bukan berdasarkan cadangan ADUN Selangor untuk membenarkan tanaman ganja bagi tujuan perubatan. Bagi penanaman kanabis untuk perubatan masih tak dibenarkan selagi undang-undang tak dipinda. Dan banyak garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu disediakan sebelum pelaksanaannya dijalankan.

Walaupun dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 di bawah Seksyen 6B(2) memperuntukan menteri kesihatan dibenarkan mempunyai kuasa untuk memberi izin penanaman hem, untuk pengeluaran serat dan biji untuk tujuan bukan komersial, perbincangan mendalam dengan banyak pihak perlu dilakukan. Supaya ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan penyalahgunaan.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)