5 parti politik paling tak masuk akal di dunia

Kami yakin pasti ramai diantara korang yang pernah dapat mesej kat Whatsapp yang mengatakan bahawa PRU14 akan diadakan pada tahun depan. Macam biasalah kan, bila sebut pasal piliharaya je, perkara utama yang terlintas kat fikiran korang mesti mengenai parti pemerintah dan parti pembangkang. Tapi…korang tahu tak sebenarnya kita juga mempunyai beberapa parti bebas tau.

Hmm parti bebas? Macam mana tu? Ok, biar kami explain dulu. Parti bebas merupakan satu komponen parti yang tak terikat dengan mana-mana parti mainstream tapi menyokong atau berhaluan sama macam parti mainstream tak kisahlah kiri atau kanan.

komunis parti
Tak, bukan parti have fun tu…Parti persatuan lah. gambar dari neatorama.com

Tapi untuk artikel ni, kami akan fokus pada parti dan ahli politik bebas yang unik dari segi perjuangannya serta cara mereka berkempen juga agak berlainan tau dari yang biasa. So, jom kita tengok apa yang special dan unik sangat sampai SOSCILI pun tertarik nak buat artikel mengenai mereka…

1. Seorang ahli politik vampire yang suka sula orang..Haa??

Nama Parti: Parti Republik
Negara Amerika Syarikat

Jonathon Sharkley merupakan sorang ahli politik, vampire (macam hantu penanggal tapi bentuk fizikal yang sempurna), dan ahli gusti dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan perangai yang agak pelik. Dia pernah bertanding untuk menjadi Gabenor Minnesota dan Presiden Amerika Syarikat beberapa kali sebelum ni.

Sharkey ABC News
Siap masuk ABC News okay

Apa yang buat orang pandang kat dia bukanlah sebab Jonathon ni reti bercakap atau ada kempen yang efektif pun, tapi sebab dia betul-betul percaya bahawa dia adalah seorang vampire yang suka kan darah. Masa tengah kempen untuk jadi Presiden dia pernah cadang untuk sula semua penjenayah dalam penjara.

Dan antara yang masuk list penjenayah tu adalah bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan ni telah menarik perhatian Secret Service (organisasi yang bertanggungjawab dalam keselematan orang kenamaan). Dia pernah disoal siasat oleh pihak berkuasa sebab…

Jonathon sharkey the impaler
Haa siapa nak? Gambar dari citypages.com

Jonathon merupakan sorang pedofilia. Pada tahun 2010, dia pernah mengorat seorang remaja perempuan berumur 16 tahun untuk mengahwini dia. Gila ke tak nak kahwin dengan vampire?! Mestilah budak perempuan tu setuju! Malah remaja perempuan dari Minnesota tu juga dakwa diri dia adalah sorang vampire dan telah jatuh cinta dengan Jonathon -.-

jonathon sharkey in the woods
Tak sangka ada awek jatuh cinta dengan dia. Gambar dari slacktory.tumblr.com

Okay fine mungkin personaliti Jonathon ni tak berapa cantik, tapi manada orang perfect kan? So kita usha dia punya manifesto, manalah tau okay (selain dari sula orang). Setakat ni Jonathon cadang untuk menghalalkan ganja dan pelacuran di seluruh negara dan gunakan hasil cukai tu untuk membiayi kos perubatan untuk orang miskin, dia juga akan luluskan satu undang-undang di mana parlimen kena dengar cakap dia kalau tak kena hukum mati, dan paling best dia akan wujudkan satu lagi jawatan iaitu Penghukum Tertinggi.

Suka hati kau lah Jonathon….

Sebelum ni dia rajin bertanding iaitu pada tahun 2004, 2008, dan 2012. Cuma tahun ni je dia tak masuk. Tapi dia pernah kata yang dia akan cuba lagi sampai tahun 2020. So kita tunggu dah lihat lah.

2. Remaja berumur 15 tahun ni hampir bersaing dengan ahli politik mainstream

Nama Parti: Bebas
Negara: Amerika Syarikat

Deez Nuts atau nama sebenarnya Brady C. Olson merupakan sorang ‘ahli politik’ yang berumur 15 tahun dari Iowa. Brady jadi famous bila dia ambil keputusan untuk bertanding menjadi Presiden Amerika Syarikat pada Julai 2015.

Brady C II
Ni lah rupa sebenar Brady C aka Deez Nuts. Gambar dari lacrossetribune.com

Nampak macam tak masuk akal kan? Tapi apa yang mengejutkan ialah dia telah mendapat undian yang sama level dengan Donald Trump dan juga Hillary Clinton tau! Nama Deez Nuts tu pula diambil semperna dari ‘bahasa pasar’ kat Amerika Syarikat yang berasal dari sebuah lagu rap pada tahun 1992. Ayat ni jadi famous bila ada sorang mamat kat social media telah jadikannya sebagai meme atau trend pada tahun 2015.

Pihak Jabatan Tinjauan Awam Amerika Syarikat juga terperanjat dengan kewujudan nama Deez Nuts dan pihak mereka pun membuat survey. Berdasarkan survey yang dibuat tu, Deez Nuts telah mendapat 9% undian dari Utara Carolina, Lowa. Tak cukup dengan tu, nama dia siap trending nombor 1 kat Twitter tu. Bermula dari situ, satu Amerika Syarikat kecoh dengan nama dia, siap masuk berita.

North Carolina elections
Masuk berita wei. Gambar dari elitedaily.com

Dengan nama kelakar macam tu mesti korang ingat manifesto dia pun mengarut kan? Tak juga, malah masuk akal. Contohnya, Brady sokong untuk menghalau balik semua pendatang haram (kecuali kanak-kanak bawah umur), tak kasi kerajaan berbelanja lebih dari pendapatan cukai, dan kasi cukai diskaun kat mana-mana syarikat yang menyokong gaya hidup yang lebih bersih. Hmm takde lah mengarut mana mamat ni…

Sebagai ahli politik bebas, Brady kena join mana-mana parti politik tak kisahlah haluan kiri atau kanan. Dan antara parti dalam list dia nak join adalah Citizens Party, Independence Party, dan Rent Is Too Damn High Party (Yup ni parti real jap lagi kami akan explain). Walaupun manifesto dia nampak baik dan pernah mendapat sokongan dari Ice-T (artis Amerika Syarikat), pihak berkuasa telah mengharamkan pencalonan dia sebab Brady bawah umur dan telah menggunakan nama samaran.

power rangers kecewa
Power rangers pun kecewa sebab tak boleh undi Deez Nuts.

Menurut Federal Election Commission (FEC) atau kat Malaysia ia dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka nak haramkan mana-mana ahli/parti politik yang tak mengikut piawaian (ni termasuk jugalah Deez Nuts). FEC buat macam ni bukan suka-suka tapi sebab dia telah melanggar peraturan (buat fake profile) dan berdasarkan dari laporan FEC, jumlah fake profile telah melonjak naik setiap kali pilihan raya.

Walaupun sekarang ni Deez Nutz dah tak mampu untuk bertanding (sebab tak cukup undi dan kena kacau dengan FEC), dia pernah keluarkan statement bahawa dia sokong Bernie Sanders tapi sayangnya, Bernie pun kalah.

3. Ahli Majlis Tempatan di Norway ni (masih) seorang vokalis untuk band heavy metal

Nama Parti: Parti Liberal Norway
Negara: Norway

Mungkin korang pernah dengar tentang penceramah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus yang pernah ada band dan siap main guitar kat ceramah dia. Tapi tu semua dulu lah, sekarang dia hanya 100% ceramah je. Tapi lain pula kisahnya pasal sorang ahli politik kat Norway ni, ahli majlis tempatan bernama Gylve Nagell merupakan seorang ahli muzik heavy metal dari band Darkthrone dan memegang jawatan di majlis perbandaran Oslo.

heavy metal concert
Salah satu budaya muzik metal kat Norway. Sekarang, bayangkan mamat rupa macam ni jadi wakil rakyat. Dari giphy.com

Mesti ada yang cakap “Oh, kalau main muzik tak boleh jadi ahli politik lah?!”. Sebenarnya bukan tu maksud kami. Apa yang kami nak sampaikan ialah, si Gylve ni sebenarnya tak nak pun jadi ahli majlis tempatan, malah langsung takde usaha dalam kempenya pun. Tapi kalau dia taknak, kenapa dia daftar?

Ceritanya bermula apabila, ada kawan dia dari Parti Liberal Norway call untuk minta tolong daftar jadi wakil parti tu sebagai back up je. Gylve pun setuju untuk tolong sebab dia pikir yang dia memang tak kan menang pun. Memandangkan dia ni jenis yang tak ambil serious pasal pilihan raya tersebut, so dia telah gunakan slogan “Jangan undi saya” dan gambar posing dengan kucing sebagai gambar rasminya :

Glyve Nagell campaign picture
Ni lah gambar rasmi Gylve untuk pilihan raya kecil tu. Ye, tu kucing dia yang bernama Peanut Butter. Gambar dari washingtonpost.com

Tanpa diduga, akhirnya keputusan pilihan raya tu telah memihak kepada dia. So sekarang ni Gylve kena jadi ahli majlis tempatan kat Olso sekurang-kurangnya empat tahun. Hahaha tak pasal-pasal Gylve jadi wakil untuk 9000 orang di sebuah bandar kecil di Oslo :D

Menurut Washington Post, salah satu sebab kenapa orang undi Gylve ni adalah kerana dia tak ambil peduli pasal politik dan band dia dianggap sebagai salah satu band heavy metal yang legend kat Norway. So dia tak akan makan rasuah? Ntah lah.

Gylve Nagell
Gambar dari weheartit.com

Tapi apa yang pasti adalah Gylve terima jawatan ni dengan hati yang berat. Dah lah tak minat dengan politik, time tu pulak dia tengah sibuk nak keluarkan album baru dan tak pasal-pasal kena pergi meeting dengan ahli politik. Gylve juga kata “jangan pandang rendah kecomelan seekor kucing” sambil melawak dalam interview dengan sebuah majalah online.

 

4. Presiden Parti jadi meme internet yang famous

Nama Parti: Rent Is Too Damn High
Negara: Amerika Syarikat

Jimmy McMillan merupakan seorang penduduk New York yang telah fed up dengan harga sewa yang kian meningkat. Tekad untuk control atau mengurangkan harga sewa, Jimmy tubuhkan Parti Rent Is Too Damn High dan telah bertanding untuk menjadi Gabenor New York pada tahun 2005, 2009, 2010, 2013, dan juga 2014. Tak cukup dengan tu, dia pernah try nak jadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2012 dan 2016. Fuh berdedikasi betul pakcik ni, respek!

Masa dia mula-mula buat parti ni, pengundi dan media malas nak layan tapi orang mula pandang Jimmy bila video debat dia jadi viral. Jimmy punya lah famous siap ada dokumentari, patung mainan, dan muzik video dia sendiri (mungkin sekarang ni dia dah takde masalah nak bayar sewa). Tapi apa  yang bagusnya, walaupun dah terkenal, Jimmy tetap maintain dengan ideologi dia bahawa sewa rumah kat New York kena diturunkan.

Perjuangan Jimmy tak terhad kepada harga sewa je, tahun lepas masa dia nak bertanding jadi Presiden Amerika Syarikat, Jimmy telah mengeluarkan manifesto bahawa dia ingin menghalalkan pelacuran. Katanya, hak untuk mengadakan hubungan seks atau berkahwin adalah hak individu dan kerajaan persekutuan atau pun negeri tak sepatutnya masuk campur. Jimmy juga berkata, undang-undang ni akan menolong warga tua untuk menjalinkan hubungan seks kalau pasangan mereka dah takde.

“Dengan kelulusan hak Gay, ini telah memberi peluang untuk hak pelacuran dilaksanakan. Undang-undang ini akan beri haluan untuk manusia dan binatang mengadakan hubungan seks dan jadikan wang atau hadiah sebagai habuan” – Jimmy Mcmillan, 2016.

Ermm….Okay…..

Polisi pertama tu masuk akal lagi lah tapi yang kedua tu kami taknak komen. Kalau korang pikir, takde siapa nak undi dia, korang silap… Pada tahun 2010 sewaktu Jimmy bertanding untuk menjadi Gabenor New York, dia telah berjaya sapu 41, 000 undian! Not bad walaupun jumlah pengundi di New York adalah 4 juta.

jimmy mcmillon
Gambar dari memegenerator.net

Tahun ni Jimmy berumur 70 tahun dan telah ambil keputusan untuk bersara dari politik selamanya. 2016 juga merupakan tahun terakhir dia bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat dan walaupun dia tak berjaya untuk jadi Presiden atau Gabenor, mesej dia berjaya di sampaikan iaitu sewa rumah mahal sangat!

5. Parti yang memperjuangkan hak asasi zombie

Nama Parti: Citizens for Undead Rights & Equality (CURE)
Negara: United Kingdom

Korang pernah tonton Zombie Kampung Pisang, World War Z, atau mana-mana cerita zombie tak? Dalam movie tu mesti ada adegan zombie kena bunuh dengan kejam, kesian… Tapi kan, ada sebuah parti dari kepulauan British ni telah jadikan hak asasi zombie sebagai polisi utama mereka.

Kenapa mereka sibuk nak mempertahankan hak zombie? Sebenarnya, parti ni ditubuhkan untuk menganjing parti politik mainstream je (tu yang guna zombie). Setengah pihak di Britain dah fed up dengan permainan politik kat negara tu, tak kisahlah parti kerajaan atau pembangkang bagi mereka dua-dua tu sama je. So mereka telah tubuhkan CURE dan jalankan parti ni macam parti-parti lain cuma mengutamakan zombie.

CURE Demo
Salah satu demonstrasi kat London oleh CURE. Gambar dari tuexpertojuegos.com

Salah sorang dari pengasas parti CURE, Harry Cole, telah berkata bahawa mereka rasa seperti diabaikan oleh semua parti politik dan merasakan bahawa politik ni sebenarnya satu benda main-main.

“Politik hari ni sebenarnya untuk golongan elit je dan langsung tak mewakili orang ramai” – Harry Cole, CURE

Harry siap kata yang mak dia sendiri takkan undi untuk dia. Teruk sangat ke parti ni sampaikan mak pengasas sendiri taknak undi? Jom kita tengok manifesto dia:

  • Hak yang sama untuk si mati dan hidup
  • Buat kubur lebih selesa untuk si mati
  • Sistem masyarakat yang lebih terbuka kepada zombie
  • Halalkan perkahwinan antara si mati dan hidup

Fine mengarut jugalah mereka punya manifesto tapi korang kena ingat, motif utama parti politik ni adalah untuk mengutuk parti mainstream sebab bagi mereka parti mainstream telah jauh tersasar dari objektif utama, iaitu membantu semua lapisan masyarakat.

Harry Cole
Harry Cole sewaktu interview kat BBC News.

Setakat ni CURE telah bertanding sebanyak lima kali dari tahun 2010 sampailah 2012. Walaupun tak pernah menang dalam mana-mana pilihanraya, sebuah syarikat game dari Jepun telah sponsor parti ni dan sebagai ganti, parti CURE kasi kebenaran untuk syarikat tersebut guna nama mereka. Nak tau game apa? korang search Dead Rising 2, kumpulan CURE ada kat dalam tu.

Dead Rising 2 CURE
Salah sorang watak dalam game Dead Rising 2.

Mungkin parti main-main ni ada maksud tersirat untuk kita semua

Kami sedar yang semua parti/ahli politik dalam list ni mengarut gila malah kalau korang Google, akan keluar satu list ni di mana ia dipenuhi dengan parti politik yang main-main. Tapi kami ada sebab tersendiri kenapa kami pilih 5 ahli/parti politik untuk dimasukkan dalam artikel.

Kebanyakan parti atau ahli politik bebas yang yang ditubuhkan ni sekadar untuk suka-suka je (mungkin sebab bosan atau nak attention) tapi di sebalik list ni, kami sedar yang parti/ahli politik bebas sebenarnya dah muak dengan politik mainstream dan ambil keputusan untuk settle kan masalah tu sendiri dari mengharapkan kat orang lain.

 

Setakat ni kami tak jumpa lagi parti politik yang pelik kat Malaysia. So kalau korang rasa tak puas hati dengan politik sini mungkin korang boleh buat parti bebas sendiri atau pun pergi keluar mengundi. Kalau tak pasti korang dah daftar ke belum,  boleh check kat sini atau untuk mendaftar sila tekan sini!

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance