“Keadaan saya dari menyerupai mayat hidup telah kembali pulih sehingga kini”

(This article is translated from Cilisos, click here to read it!)

Minggu lepas, seorang lelaki berumur 58 tahun yang lebih dikenali sebagai Dr. Ganja telah ditahan kerana menjual ganja/marijuana melalui Facebook.

Kalau bukan disebabkan nama gelaran dia memang Dr. Ganja, atau sebab dia terang-terang bagitau produk dia berasaskan ganja, kita mungkin ingatkan dia ni buka kedai bakeri. Mana taknya, cuba tengok gambar kat bawah ni yang pernuh dengan brownies, kek, coklat, susu dan juga madu, semuanya dicampur dengan ganja!

Mengikut arah jam. Dari kiri, marjerin Dr. Ganja, coklat, brownies dan madu yang dicampur dengan ganja/marijuana/cannabis

Dr. Ganja kata produk yang dijual ni lebih kepada ubat dengan ‘manfaat kesihatan’ yang juga boleh ‘menyembuhkan pelbagai penyakit kronik’, bukannya untuk suka-suka je. Dia sebelum ni ada siarkan gambar ‘ubat-ubatan’ yang dia buat kat Facebook, tapi tak pernah bagitau harga. Tapi ada surat khabar yang mendedahkan harga produk Dr. Ganja ni, iaitu sekitar RM5-RM150.

Selain tu, dia ada jugak post yang hisap ganja guna bong. Ada juga post pasal testimoni daripada para pelanggan (termasuklah seorang kanak-kanak yang dan sembuh daripada epilepsi, leukemia dan kanser) lepas ambik ‘ubat’ dia.

Menurut jiran-jiran Dr. Ganja, dia dikenali sebagai pawang oleh penduduk tempatan dan kebanyakan yang datang rumah dia di Kampung Delek Dalam, Klang adalah kerana tujuan berubat. Di sini juga la tempat dia ditahan pada 26 Mei.

“Meraka selalu datang ke tempat saya, nak tanya jalan.” – jiran Dr. Ganja kepada The Star

Tapi betul ke dia ni pawang? Boleh percaya ke?

Seorang budak lelaki yang didakwa pulih sepenuhnya daripada epilepsi.

Dalam salah satu post dia, Dr. Ganja kata coklat yang dia buat, Bhang (pati ganja yang digunakan dalam makanan dan minuman seawal 2000 SM di benua kecil India) berjaya pulihkan seorang budak daripada serangan sawan. Seorang perempuan lain telah sembuh daripada kanser tahap 4 lepas makan minyak canna, canna madu dan Lassi Bhang. Ye, lassi pun boleh campur dengan ganja.

Bukan tu je, banyak lagi jenis makanan lain yang dah dicampur dengan ‘herba’ ni contohnya pizza ganja kat Kemboja.

Makanan popular di Kemboja. Imej dari yourworldyourhome.com

‘Pawang’ ni kata yang ganja telah memberi ‘nafas baru’ dalam hidup dia. Sebelum ini, dia merupakan bekas askar yang pernah berkhidmat selama 22 tahun. Setelah bersara, dia mula dapat darah tinggi, masalah jantung, ketumbuhan di tulang belakang dan juga kencing manis (di mana dia kehilangan prostat dan buah pinggang). Dia menderita selama beberapa tahun sebelum sorang kawan memperkenalkannya kepada perubatan ganja.

“…saya diperkenalkan dengan VHO (minyak Ganja) dan mula mengamalkannya mengikut preskripsi yang diberikan walaupun saya tahu bahawa ganja adalah salah di sisi perundangan di Malaysia, tapi harapan saya untuk pulih kembali, saya lakukan juga. Alhamdulillah syukur, keadaan saya dari menyerupai mayat hidup telah kembali pulih dari hari ke sehari dan sehingga kini, saya berasa kembali muda 20 tahun.” – Dr. Ganja dalam postnya.

Ganja digunakan secara meluas sebagai salah satu cara perubatan di sesetengah negara, tapi bukan di Malaysia. Ianya HARAM dari segi undang-undang tak kisahlah untuk suka-suka je ataupun untuk berubat.

Malah, kita ada undang-undang dadah yang ketat. Di bawah Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 melarang pemilikan, jika tersabit kesalahan, boleh dihukum penjara sampai lima tahun atau denda tak lebih daripada RM20,000. Di bawah Seksyen 39A, jika didapati mempunyai lebih daripada 50g, pesalah boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan!

Memang sah sah dah haram. Imej dari wikipedia

Sebenarnya penggunaan ganja dalam perubatan ni memang dah dikaji. Bila digunakan kepada penghidap autism yang suka mencederakan diri sendiri, ia berjaya menenangkan mereka. Bila digunakan kepada penyakit epilepsi, ia dipercayai dapat merawan sawan. Dan banyak lagi kegunaan-kegunaan lain.

Tapi masalahnya sekarang marijuana masih lagi diharamkan hampir di seluruh dunia, yang menyebabkan sebarang kajian terbantut.

Tak banyak biru lagi. Imej dari wikipedia

Dalam dunia ni, cuma tiga negara je yang membenarkan penggunaan ganja, dan kerajaan diorang sendiri yang taja penyelidikan ganja untuk perubatan.

Jadi macam mana kita nak tahu lebih lanjut lagi pasal potensi dadah ni? Tunggu la bila kerajaan setuju, barulah kajian boleh dijalankan. Tapi sekarang ni kita cuma ada testimoni orang awam macam ibu bapa yang mempunyai anak autism, sawan, dan juga daripada pesakit-pesakit Dr. Ganja yang lain.

Jadi, ganja sebenarnya memang tak elok atau ianya cumalah pantang larang budaya?

Ada je hujah-hujah yang ingin menyokong penggunaan ganja. Kalau penjualan ganja dikawal dan dihalalkan, ia dapat mencipta peluang perkerjaan serta menyumbang kepada ekonomi, tak kurang juga dapat menjimatkan kos penguatkuasaan undang-undang.

Lebih penting lagi, keselamatan pengguna lebih terjaga. Ini kerana saintis ada jumpa kulat, racun perosak dan juga logam berat dalam ganja yang diperolehi secara haram. Pengharaman ganja jugak yang menyebabkan penjualan melalui pasaran gelap, rasuah dan juga menyekat kebebasan remaja. Pendek kata, lebih baik halalkan ganja tapi dikawal berbanding haramkan tapi tak terkawal.

Kat Amerika dulu, pernah satu larangan besar-besaran dikuatkuasakan terhadap alkohol, era ini dipanggil ‘Prohibition in the United States‘. Tapi terbukti larangan ni tak berkesan sebab ramai orang yang mula buat campuran alkohol dorang sendiri, contohnya daripada gangster terkenal macam Al Capone dan juga  Lucky Luciano.

Selain daripada tu, ada pendapat yang mengatakan ganja ni takde la teruk sangat macam dadah jenis lain. Sebenarnya ianya lagi kurang bahaya kalau nak dibandingkan dengan alkohol, nikotin ataupun kafein.

No ganja, no cakap.

Graf ni menunjukkan tahap ketagihan dadah dan tahap keupayaan seseorang untuk mencederakan diri sendiri.

Tahap ketagihan dadah yang melampau

Antara dadah yang paling bahaya dalam graf ni ialah heroin, iaitu juga dadah yang paling banyak disalahgunakan di Malaysia, diikuti dengan meth (syabu).

Ganja ni ada juga kesan buruk  walaupun ramai stoner yang menafikannya. Biasanya orang yang ambil ganja akan rasa lebih relaks dan rasa ‘terbang’. Tapi tak kurang juga yang rasa takut, bimbang, panik, dan kadang-kadang tu ada yang berhalusinasi. Kebolehan memandu pun boleh terganggu walaupun tanpa dadah pun kita dah rasa terganggu dengan cara pemanduan rakyat Malaysia.

Kami tak jumpa statistik kemalangan di Malaysia yang disebabkan oleh ganja, tapi kalau kita tengok dekat Amerika yang membenarkan perubatan menggunakan ganja, sebenarnya ada penurunan dalam kemalangan jalan raya. Ini mungkin disebabkan pengguna ganja lebih berhati-hati dengan kemerosotan fokus mereka (doktor mesti dah bagi warning awal-awal sebelum bagi preskripsi)

Menurut pakar, ada kemungkinan juga yang pesakit dah tak minum alkohol kat bar, jadi diorang ambik ganja kat rumah je untuk mengelakkan kemalangan. Atau mungkin juga sebab bilangan polis kat sana semakin ramai lepas diorang legalised ganja. Setakat ni, pihak berkuasa takde kaedah lagi untuk uji pemandu yang tengah high.

Imej dari drunk-driving-accident.usattorneys.com

Walaupun kurang teruk berbanding dadah lain, tapi penggunaan ganja masih ada efeknya. Biasanya orang yang selalu ambik akan rasa cepat marah, takde mood, susah tidur, gelisah, kepenatan dan sebagainya. Sebenarnya, pengambilan ganja pun boleh menjejaskan bayi, kanak-kanak dan juga remaja selain daripada ibu mengandung yang boleh menjejaskan kandungan mereka.

Ada ke orang meninggal sebab pengambilan ganja ni? Jawapan pendeknya adalah ganja mungkin tak membunuh tapi pengambilannya tu boleh memberi kesan sampingan yang boleh membawa kepada kematian, tak bagus untuk paru-paru dan jantung.

Dekat Malaysia pun ramai yang meminta supaya perubatan ganja sah di sisi undang-undang

Screenshot daripada Facebook

Rupa-rupanya, ramai orang kat Malaysia sokong nak legalise ganja, siap buat page komuniti dan siap nak ajar orang pasal kebaikan ganja lagi. Kami ada jumpa kumpulan macam MalaysiaMedicalMarijuana dan Gerakan Edukasi Ganja Malaysia yang masing-masing ada lebih kurang 22,000 pengikut. Malah, ada juga kumpulan lain yang diberi nama Malaysia Moms for Marijuana dan mempunyai lebih 11,000 pengikut.

Isu ganja pernah  berbangkit tahun lepas apabila ahli Parlimen Belia Selangor mencadangkan agar kerajaan kaji balik pengharaman ganja dan cuba tengok kegunaannya dari segi positif. Hujahnya, selain dapat menjadi ubat, ganja juga dapat mengurangkan bilangan penagih dadah sintetik yang membawa lebih kemudaratan kepada kesihatan mental dan fizikal.

Tapi Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membenarkan penggunaannya kerana penyalahgunaan bahan tersebut masih berleluasa.

Dari segi perubatan pula, sesetengah doktor setuju terutamanya di kalangan pakar onkologi dan haematologists yang selalu merawat pesakit kronik. Dr. Maya Nagaratnam, Pakar Bius di Hospital Pantai berkata kalau nak dibandingkan dengan ganja, ubat lain boleh menyebabkan ketagihan yang lebih tinggi.

“Oral cannabinoids bukanlah sesuatu yang baru, malah ianya sudah mendapat pengesahan FDA, jadi kita perlu mengambil kira ianya sebagai salah satu rawatan untuk keadaan kronik.” – Dr. Maya, Malay Mail Online

Tapi tak semua doktor ada pendirian yang sama, Dr. Mary Cardosa, Pakar Perunding Anestesiologi di Hospital Selayang cakap yang penyelidikan sedia ada tak cukup lagi untuk kata perubatan tersebut berkesan dan penggunaan ganja untuk perubatan dan jangka masa panjang masih lagi tak diketahui. Tambahnya lagi, ada cara lain untuk kurangkan kesakitan secara semulajadi contohnya macam bersenam, bersantai, mungubah cara hidup, duduk dan berdiri secara kerap dan lain-lain.

“Kita tak boleh ambil jalan mudah. Jadi saya takkan beriya-iya menyuruh mana-mana syarikat untuk membawa masuk dadah sebab saya tak rasa ianya perlu.” – Dr. Cardosa, Malay Mail Online

Korang rasa perlu ke penggunaan ganja dibenarkan ke kat Malaysia? Kalau korang setuju, korang boleh isi petisyen ni yang akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.