Kod 4:20 terkenal dalam kalangan kaki ganja di seluruh dunia? Ini kisahnya

Baru-baru ni, Kaukus Medical Cannabis mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan isu penggunaan ganja.

Selepas bertahun-tahun cuba ‘menghalalkan’ ganja dan ketum dalam industri perubatan, akhirnya, Datuk Seri Ismail Sabri memberi reaksi yang positif.

Susah kalau perempuan overthinking… Imej dari imgflip

Dari dulu, ganja merupakan dadah yang paling popular di mana-mana negara, malah terkenal dikalangan remaja. Kalau diorang nak hisap ganja, diorang takkan cakap direct tetapi akan menggunakan kod 4:20. Hmmm… apa maksud disebalik kod 4:20 ni?

Kod ‘istimewa’ yang dicipta oleh lima pelajar lelaki di California

Sebenarnya, banyak versi yang menarik pasal kod 4:20 ni. Antaranya…

  • Ada yang percaya kod 4:20 digunakan oleh pegawai polis untuk hisap ganja di luar negara.
  • Ada yang membuat andaian 420 dikaitkan dengan ulang tahun Hitler pada 20 April.
  • Tambahan pula, ada juga versi mengatakan daripada sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Bob Dylan iaitu “Rainy Day Women No. 12 & 35”.

Sejarah kod 4:20 bermula dari lima pelajar lelaki yang suka menghisap ganja, malah mempunyai  port perjumpaan rahsia di San Rafael High School. Dari sinilah, diorang menginspirasikan nama kumpulan sebagai “The Waldos”.

Pada musim luruh tahun 1971, salah seorang ahli The Waldos terjumpa peta ke tempat rahsia penanaman ganja yang terbengkalai milik seorang pengawal pantai. Jadi, seminggu sekali diorang akan berjumpa dihadapan patung Louis Pasteur untuk meneruskan misi mencari tanaman ganja yang terbengkalai.

Pot holiday 4/20 traces roots to California high school stoners
The Waldos. Dari kiri, Mark Gravitch, Larry Schwartz, Dave Reddix, Steve Capper dan Jeffrey Noel bergambar depan patung Louis Pasteur di San Rafael High School, California pada 13 April 2018. Imej dari nbcnews.

Biasanya diorang akan berjumpa pada jam 4:20 petang selepas habis latihan sukan sekolah. Sebelum meneruskan misi, diorang akan duduk melepak dalam kereta sambil menghisap ganja beramai-ramai.

About The Waldos
Kereta legend yang pernah digunakan oleh The Waldos. Imej dari 420waldos.com

Sebelum perjumpaan, The Waldos selalu mengingatkan satu sama lain dengan ayat “4:20 Louis” apabila terserempak di lorong sekolah. Maksudnya seakan “jumpa di depan patung Louis Pasteur pada jam 4:20 petang”.

“Kami akan mengingatkan satu sama lain di lorong  yang sepatutnya kami bertemu pada 4:20 petang. Pada asalnya bermula 4:20-Louis, dan kami akhirnya membuang Louis.” — Steve Capper, salah seorang ahli kumpulan The Waldos. Dipetik dari History.

Dannnnn… lama-kelamaan ia terus menjadi 4:20! Akan tetapi, usaha diorang menjadi sia-sia sebab gagal menemui tempat rahsia tu, maka diorang jadikan kod 4:20 apabila nak hisap ganja. Walau bagaimanapun, The Waldos berjaya mencipta sesuatu yang baru!

Point Reyes - Wikipedia
Tanaman rahsia ganja yang terbengkalai ditanam di Semenanjung Point Reyes. Imej dari Wikipedia

Macam mana perjumpaan antara lima orang ni boleh menyebarkan satu kod rasmi yang digunakan oleh stoners seluruh dunia?

Disebarkan melalui konsert kumpulan rock yang terkenal

Kalau korang nak tahu, salah seorang ahli The Waldos (Mark Gravitch) mempunyai hubungan baik dengan kumpulan rock tempatan Grateful Dead. Bukan itu je, ayah dia juga menguruskan harta salah seorang ahli kumpulan rock tersebut.

Nak dijadikan cerita, diorang semua ni rapat dan merupakan kaki ganja. Seterusnya, The Waldos memperkenalkan kod 4:20 kepada semua. Sebelum kumpulan Grateful Dead memulakan persembahan, The Waldos serta para peminat akan berkumpul, kemudian menghisap ganja beramai-ramai di belakang pentas.

Three Waldos—(from left) Mark Gravitch, Dave Reddix and Steve Capper with their original 420 flag and friend Patty Young. (Credit: Carly Schwartz)
Tiga ahli kumpulan The Waldos dengan bendera asal 420. Imej dari thevocket

“Terdapat tempat yang dipanggil Winterland. Kami selalu berada di belakang pentas atau di atas pentas dan kami menggunakan frasa tersebut. Apabila seseorang serahkan ‘joint’ atau sesuatu, “Hey, 4:20.” Jadi ia mula merebak melalui komuniti tersebut.” — Steve Capper, salah seorang ahli kumpulan The Waldos. Dipetik dari History.

Tak lama kemudian, Steven Bloom (wartawan dari High Time Magazine) menyebarkan kod 4:20 kepada dunia. Pertama kali dia dengar kod 4:20 semasa konsert kumpulan Grateful Dead di Oakland, California pada tahun 1990.

My 30+ Years in Cannabis: From High Times to CelebStoner
Gambar Steve Bloom pada tahun 1992. Imej dari celebstoner

Masa dia dekat konsert tu, dia rasa pelik apabila sesetengah hippies dan peminat kumpulan Grateful Dead berkumpul di belakang pentas sebelum konsert bermula. Tiba-tiba, salah seorang peminat Grateful Dead menyerahkan flyer dekat dia yang tertulis “Kami akan berkumpul pada pukul 4:20 di tarikh 4/20 untuk 420 di Marin County, tempat matahari terbenam Bolinas Ridge di Mt. Tamalpais.”

Artikel yang ditulis oleh Steve Bloom. Imej dari big.assets.huffingtonpost
Selepas tahu makna sebenar kod 4:20 adalah untuk menghisap ganja, Steven Bloom pun terus tulis artikel pasal perjumpaan rahsia ni, maka dari sinilah seluruh dunia menggunakan kod 4:20. Hari demi hari, 4:20 semakin berkembang serta menjadi komuniti antarabangsa yang terbesar. Ia juga diraikan pada setiap 20 April.
Banyak kajian menunjukkan keburukan ganja kepada diri dan negara, malah boleh membawa risiko ketagihan serta cenderung untuk membunuh diri. Kalau korang nak tahu, ganja juga ada kebaikan tersendiri iaitu…

Membantu meransang saraf otak yang mati jika diambil dengan dos yang rendah

Penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas, memberitahu pengambilan ganja pada dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan, namun boleh mendatangkan bahaya kalau diambil melebihi 2mg/kg.

Dr Mohamad Aris Mohd Moklas. - foto Rosela Ismail
Bertahun-tahun Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas menjalankan penyelidikan ni. Imej dari bharian

Hasil kajian memberikan petunjuk tentang penggunaan ganja yang bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak — nyanyuk dan alzheimer.

“Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak.” — Dr Mohamad Aris Mohd Moklas, dipetik dari bharian.

Had penggunaan ganja bergantung kepada jenis penyakit dan membabitkan ubatan jenis lain di luar negara.

Tanaman Obat yang Jadi Mudarat (2): Politik Ganja hingga Berakhirnya Nasib Kratom Halaman all - Kompas.com
Kebaikan atau keburukan? Imej dari kompas

“Kanabis mengandungi banyak bahan aktif terutama Tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif digunakan di kebanyakan negara dalam bentuk tablet untuk merawat penyakit.” — tambahnya lagi, dipetik dari bharian.

Walau bagaimanapun, penggunaan ganja mestilah mengikut formulasi khas dengan dos yang dikawal oleh doktor. Menggunakan ganja untuk kegunaan peribadi boleh disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa ke hukuman gantung.

Akan tetapi, dalam banyak-banyak ganja, semestinya ganja yang terbaik adalah… NASI GANJA! Betul tak korang?