Apa itu darurat dan boleh ke kita isytiharkannya? Ini jawapan pakar

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 10 November 2017

UPDATE 12/1/2021: Kalau bulan Oktober tahun lepas ada ura-ura darurat akan diisytiharkan disebabkan penularan Covid-19 (dan juga pergolakan politik), pagi ni kita dikejutkan dengan berita sahih tentang Darurat yang bakal berlangsung sehingga Ogos tahun ini. Tapi, apa yang kita faham dengan darurat?

____________________________________

Darurat cuma akan diisytiharkan bila…

Pertama sekali, jom kita fahamkan apa pengertian darurat. Darurat adalah keadaan mencemaskan yang biasanya berlaku secara tiba-tiba. Selain Malaysia, negara-negara lain yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam perlembagaan dorang ialah India, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

So far, konsep darurat ni sah dan diiktiraf pada sistem undang-undang semua negara. Bila darurat berlaku, undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan juga hanya boleh digunakan masa tu je. Maksudnya bila darurat berlaku, apa-apa undang-undang masa tu semua boleh jalan!

Apa-apa je? Imej dari dailydot

Di Malaysia, perisytiharan darurat yang dibuat mestilah di bawah kebenaran, atau diisytiharkan oleh Yang di-Pertua Agong (YDPA), iaitu Ketua Negara Malaysia seperti peruntukan dalam Perkara 150, bawah Perlembagaan Persekutuan.

Imej dari Astro Awani

Jadi, kenapa kita kena isytiharkan darurat dan apa keperluannya?

Berdasarkan peruntukan ni, darurat perlu diisytiharkan kalau baginda sebagai ketua negara setuju jika terdapat situasi kecemasan yang mengganggu-gugat keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam negara macam rusuhan, perang saudara, demonstrasi besar-besaran serta bencana alam seperti fenomena jerebu atau banjir. Itu pun diorang akan umumkan kalau dah tak terkawal sangat.

Tapi pada tahun 1993, Tun Dr. Mahathir berjaya meminda Artikel 150(1) dengan memasukkan frasa di mana Perdana Menteri berhak menasihati YDPA sekiranya PM berpendapat yang bahaya boleh menimpa negara, dan YDPA mestilah bertindak berdasarkan nasihat daripada PM.

Kemudian pada dua tahun lepas pulak, kerajaan laksanakan undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memperkenalkan akta baru yang dikatakan boleh memberi kuasa sepenuhnya kepada Perdana Menteri. Korang juga boleh baca lebih lagi pasal undang-undang baru tu kat sini.

Darurat yang pernah berlaku di Malaysia

Sebelum ni, memang dah ada beberapa perisytiharan darurat yang dah dibuat lepas kerajaan yakin yang kejadian-kejadian ni boleh mengancam keselamatan negara, termasuklah:

Bencana jerebu di Kuala Lumpur tahun 2015

Kesemua kes darurat yang pernah diisytiharkan di Malaysia berkaitan dengan peperangan dan juga politik. Tapi, macam mana pula dengan hal-hal lain macam bencana alam?

Sebab kalau nak ikut pada undang-undang, darurat juga merujuk kepada soal kelaparan, gempa bumi, banjir dan wabak. Undang-undang darurat akan diguna pakai apabila berlakunya perkara yang kritikal yang mendesak supaya masalah itu diselesaikan dengan efisien dan cepat.

Pada Oktober 2015, Malaysia mengalami jerebu teruk yang berpanjangan, berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia. Dari situ juga, ada beberapa kemalangan yang berlaku disebabkan jarak pandangan terhad. Malah tak kurang juga rakyat kita yang mengalami sesak nafas dan pesakit asma terutama sekali di Melaka juga semakin bertambah.

Imej dari WSJ

Antara kawasan yang paling teruk terjejas masa tu ialah Shah Alam, iaitu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan setinggi 308. Kalau nak tahu, bacaan IPU diukur secara:

  • 0-50: Baik
  • 51-100: Sederhana
  • 101-200: Tidak Sihat
  • 201-300: Sangat Tidak Sihat
  • 301-500: Berbahaya

Menurut Majlis Keselamatan Negara pula, darurat bencana jerebu hanya akan diisytiharkan kalau IPU mencecah 500. 

“Sekiranya darurat dikuatkuasakan, semua premis awam serta swasta   termasuklah kilang, ladang dan kawasan pembinaan akan ditutup

Arahan penutupan itu tidak termasuk  perkhidmatan air, elektrik, kesihatan, keselamatan, komunikasi, pengangkutan, kewangan serta pembekal bahan bakar.” – Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, dipetik daripada Sinar Harian

Ini jerebu, jangan sedut dalam paru-paru~ – Dari giphy

Masa jerebu yang berlaku tu, orang ramai bising kenapa kerajaan tak bagi cuti dan isytiharkan darurat sebab tahap penglihatan masa tu teruk. Tapi tu la, kerajaan dah tetapkan IPU tahap 500, baru la boleh cuti. Malaysia pernah ke darurat sebab jerebu sebelum ni?

Ada, Malaysia pernah mengumumkan darurat bencana jerebu sebanyak tiga kali. Pertama kali pada 19 September 1997 di Sarawak, apabila bacaan IPU mencecah 600. Lepas tu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pada 11 Ogos 2005 (IPU melebihi 500) dan terakhir di Muar dan Ledang, Johor pada 23 Jun 2013 (IPU melebihi 500).

Krisis-krisis politik yang menyebabkan darurat

1. Ancaman komunis tahun (1948-1960) dan (1968-1978)
Perisytiharan darurat yang pertama ni dibuat masa Malaysia masih lagi di bawah jajahan British. Darurat ni juga dikatakan paling lama berlaku. Masa tu, Chin Peng berunding dengan Tunku Abdul Rahman, menuntut supaya PKM diiktiraf sebagai parti politik yang sah. Tapi perkara tu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Akhirnya, rundingan ini menghasilkan kegagalan.

Selepas je kegagalan rundingan tu, PKM masih ingin meneruskan perjuangan mereka. Perjuangan PKM tetap diteruskan walaupun setelah Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Walaupun darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960, tapi pengaruh PKM masih belum dapat dihapuskan sepenuhnya.

Kesannya berlaku sekali lagi pemberontakan bersenjata di Malaysia, maka berlakulah darurat kedua di Malaysia dari tahun 1968 sampai 1978. Pangkalan Rejimen ke-10 da PKM sepanjang masa itu adalah di sempadan Thailand.

Kitorang pernah tulis pasal pertama kali Tanah Melayu darurat. Klik untuk baca. Imej dari Soscili.my

2. Pertikaian politik Sarawak (1966)

Perisytiharan darurat yang ketiga pula diisytiharkan pada tahun 1966 dan hanya melibatkan Negeri Sarawak. Masa ni, kesan yang berlaku adalah untuk menyelesaikan pertikaian politik yang membahayakan keselamatan di Sarawak. Pertikaian politik ni berlaku disebabkan Datuk Stephen Kalong Ningkan yang tak nak letakkan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun dia dikatakan dah tak dipercayai ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tersebut.

3. Rusuhan kaum 13 Mei (1969)

Rasanya semua pun tahu pasal peristiwa rusuhan kaum yang meletus pada 13 Mei 1969, di mana Kuala Lumpur bermandi darah disebabkan salah faham yang berlaku. Boleh baca pasal pengalaman sebenar rakyat Malaysia yang kami interview kat sini.

Klik untuk tambah ilmu. Imej dari Soscili.my

4. Masalah politik di Kelantan (1977)

Pada tahun 1977 pula, krisis politik dan ketidaktentuan timbul dalam kerajaan negeri Kelantan, apabila berlaku krisis antara PAS – yang ketika itu berada dalam Barisan Nasional – tak puas hati dengan layanan yang diberikan UMNO.

Rusuhan di Kelantan. Klik sini untuk baca artikel penuh.

Banjir di Pantai Timur pada 2014

Banjir yang berlaku di Temerloh, Pahang pada 2014. Imej dari mstar

Macam mana pula dengan kes banjir macam apa yang berlaku kat Penang sekarang ni? Walaupun ada kematian dan kerosakan harta benda dilaporkan, kenapa diorang tak catatkan hal ni sebagai darurat juga?

Bukan di Penang je. Masa tahun 2014 dulu, banjir besar teruk melanda negeri-negeri di Pantai Timur. Ada beberapa kematian dicatatkan, dan banyak tanaman musnah dan ternakan yang mati. Tu tak termasuk lagi barangan peribadi yang rosak disebabkan ada sesetengah tempat yang naik air sampai paras tengkuk.

Banjir di Kelantan saja yang mencecah 93,000 orang, tapi tak diisytiharkan darurat. Imej dari Bernama

Disebabkan bencana ini, banyak komen-komen di berita dan juga media sosial yang minta supaya kerajaan isytiharkan darurat ke atas negeri-negeri ni.

Imej dari Suara Rakyat

Benda ni jadi isu sebab ada pihak yang mempersoalkan kenapa susah sangat kerajaan nak isytiharkan darurat pada negeri-negeri yang pada masa tu dah mengalami kelumpuhan ekonomi? Berdasarkan portal bencana daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ada dua fasal yang menyebut:

  1. Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
  1. Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.

Dulu Najib kata dia tak isytiharkan darurat sebab mangsa banjir boleh dapat pampasan insurans

Masa banjir buruk berlaku kat Pantai Timur tu, banyak kecaman dari pelbagai pihak pasal Najib tak cakna dengan mangsa banjir, bila dia pergi main golf dengan Obama dan juga komen-komen di media sosial pasal dia tak isytiharkan darurat kepada negeri-negeri tersebut. Jadi Rais Yatim, selaku Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan pada masa tu terangkan hal darurat ni dalam wawancara dia dalam stesen radio.

“Cubaan suara~~ satu dua tiga~~~”

“Undang-undang darurat berbeza dengan undang-undang biasa kerana apabila dilaksanakan rakyat tidak lagi bebas bergerak selain tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Darurat bo­leh diisytihar sekiranya negara benar-benar berdepan dengan isu keselamatan, ketenteraman dan ekonomi yang meruncing, sebaliknya jika kerajaan masih berupaya menyelesaikan sesuatu masalah, ia tidak perlu dilaksanakan.” – Rais Yatim, selepas ditemu bual Nasional FM dan Klasik FM.

Penerangan PM Najib Razak kepada media pasal kenapa dia tak nak isytiharkan darurat pulak ialah,

“Mangsa banjir tak boleh buat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami.”

Daripada apa yang kitorang periksa pasal insurans, memang betul tuntutan tak dapat dibuat kalau darurat diisytiharkan. Tapi, korang kena tahu yang perlindungan insurans (am) tak melindungi kerosakan kereta yang disebabkan banjir, melainkan korang sebagai pemegang insurans ada ambil perlindungan tambahan.

“Syarikat insurans akan bayar pampasan mangsa banjir hanya jika mereka mengambil perlindungan tambahan kerana ia ada di dalam kontrak,” – Pengurus agensi insurans, dipetik daripada Sinar Harian.

Maksudnya, tanpa pengisytiharan darurat sekalipun, korang takkan dapat tuntut sebarang pampasan insurans selagi tak ambil insurans tambahan sejak awal. Kami juga sempat bertanyakan soalan kepada Dr Hazmi Rusli, Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang di USIM, sama ada patut atau tidak darurat ni diumumkan.

Kitorang juga pernah tulis pasal Dr Hazmi sebelum ni. Klik untuk baca.

“Saya berpendapat hanya ada satu bentuk darurat seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan. Bagi kes banjir di Pulau Pinang ataupun Kelantan, saya juga berpendapat darurat tidak perlu diisytiharkan kerana adanya kerjasama erat di antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani masalah banjir dan menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Seperti yang disebutkan awal tadi, pengisytiharan darurat memberi kesan terutamanya penambahan kuasa kepada pemerintah untuk mengamalkan pemerintahan secara terus (direct rule). Hak kebebasan rakyat juga akan menjadi terbatas sekiranya darurat diisytiharkan.

Memandangkan keadaan di Kelantan pada 2014 dan terkini di Pulau Pinang masih boleh dikawal, tidak ada keperluan untuk membuat sebarang pengisytiharan. Isytihar atau tidak – yang penting banjir dapat dikawal dan mangsa dibantu dengan sebaiknya.“- Dr Hazmi Rusli ketika dihubungi Soscili

Darurat boleh mendatangkan kebaikan ke?

Nak tahu kenapa kita tak isytiharkan darurat sesuka hati? Selain daripada kerajaan persekutuan boleh mengambil alih semua hal pentadbiran dari kerajaan negeri atau agensi-agensi kerajaan, diorang juga boleh tahan orang tanpa bicara, dan juga target sesiapa saja yang dikatakan boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

“Ini dilakukan oleh pentadbiran Tun Abdul Razak menerusi MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) selepas rusuhan 13 Mei 1969 bagi melicinkan pentadbiran negara menghadapi rusuhan tersebut. Dalam erti kata lain, pemimpin tertinggi negara mempunyai kuasa mutlak sewaktu berlakunya darurat.”

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri masa tu, Tun Razak bagi mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam, dan untuk pertahanan negara. Imej dari mkn.gov.my

Malaysia sangat beruntung mempunyai pemimpin yang mementingkan demokrasi. Setelah keadaan negara stabil, Tun Razak melalui YDPA menamatkan darurat di Malaysia dan memulangkan pemerintahan demokrasi.

Terdapat beberapa negara yang mengisytiharkan darurat dan sampai sekarang tidak menarik balik status tersebut dan terus memerintah tanpa mengambil kira hak rakyat untuk demokrasi.

Contoh terbaik adalah Muammar Gaddafi di Libya dan Thailand yang terus diperintah tentera junta sehingga kini.”- Dr Hazmi Rusli dalam memberikan pendapatnya tentang keburukan darurat untuk rakyat Malaysia.

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)