- 5.8KShare sekarang!
- Email36
- Facebook5.8K
- Share
Kita kalau pergi pasar malam ke atau bazaar ramadhan ketika puasa pasti akan jumpa orang menjual apam balik. Seperti yang korang tahu, apam balik di Malaysia mempunyai kacang, jagung, gula, dan ada juga yang letak choclate rice. Ia juga terdapat dalam dua versi iaitu satu versi tembam dan lembut, satu lagi versi nipis dan rangup.
Apam balik sebenarnya banyak nama lainnya, iaitu:
- Martabak manis.
- Kuih terang bulan.
- Kuih leker.
- Cheen Loong Pau.
- Dai Gao Min.
- Kuih Haji.
- Min Chiang Kueh.
Bercakap pasal nama apam balik, mesti korang terfikir dari mana datang apam balik ini ada yang kata dari indonesia dan ada yang kata dari Malaysia. Tidak mengapa, mari kami huraikan sedikit mengenai asal-usul apam balik.
Apam balik menjadi bekalan makanan ketika peperangan zaman dinasti Qing
Semasa 1850-an, dinasti Qing mengalami pemberontakan kecil di Hunan, China, apabila ada usaha untuk membentuk kerajaan yang dipanggil sebagai “Taiping Heavenly Kingdom”. Pemberontakkan kemudiannya ditentang oleh pasukan yang diketuai oleh Jeneral Tso (penasihat kepada Gabenor Hunan).
Tapi pada masa itu, tentera-tentera dibekalkan dengan roti leper beserta daun bawang, boleh tengok gambar di bawah:
Namun, Tso tak nak tenteranya makan bekalan makanan penduduk tempatan, jadi dia menukar makanan tentera menjadi penkek menggunakan bahan-bahan yang lebih mudah didapati di daerah Fujian iaitu gula dan kacang.
Kemudian, resepi Tso itu telah tersebar ke seluruh dunia dan masyarakat Hokien yang bermigrasi ke Asia Tenggara termasuk Malaysia juga memperkenalkan resepi Tso itu (sekarang dipanggil apam balik la).
“Apam balik sebenarnya berasal dari Fujian di China pada pertengahan tahun 1800-an. Ia dibuat oleh seorang General Tso yang menjadikan penkek ini sebagai makanan sederhana untuk para tenteranya tanpa mengganggu kehidupan penduduk tempatan semasa perang. Ia kemudian diperkenalkan oleh migran Hokkien di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia.” – Petikan dari Manaweblife.
Pegawai Belanda menjual apam balik semasa perang dunia kedua
Kalau di Indonesia, asal-usul apam balik ni berbeza sedikit dari Malaysia kerana ia diperkenalkan semasa kedatangan Belanda.
Pada akhir abad ke-16, orang-orang Belanda datang ke Indonesia untuk tujuan berniaga maka, perjanjian perniagaan dilaksanakan antara pemimpin-pemimpin di sana dengan pihak Syarikat Hindia Timur Belanda Bersatu (VOC). Kemunculan VOC di sana bukan atas tujuan perniagaan sahaja malah, mereka terlibat dalam urusan politik. Mereka juga mengambil kesempatan dalam menyebarkan agama Kristian dan budaya barat kepada penduduk.
Perjanjian itu akhirnya ditamatkan pada 31 Disember 1799 dan Belanda mula menjajah Indonesia pada 1 Januari 1800. Sebenarnya kami nak cerita macam mana peniaga datang ke Indonesia kerana ia ada kaitan dengan asal-usul apam balik di situ.
Pada masa itu, terdapat pegawai-pegawai Belanda yang melakukan aktiviti perniagaan di situ dan ada juga yang menjual makanan ringan yang dipanggil kuih lekker. Jadi apa benda kuih lekker ni? Ia merupakan sejenis kuih seperti apam balik versi nipis dan rangup, yang sangat terkenal di Solo, Indonesia. Perkataan ‘lekker‘ bermaksud enak dalam bahasa Belanda. Rupa kuih lekker yang sama seperti apam balik ni dah menjadikan orang mengaitkannya dengan asal-usul apam balik.
Tidak kisahlah Malaysia atau Indonesia yang penting sedap!
Kalau nak cerita pasal makanan ni semua orang nak mengaku itu makanan mereka, tidak dinafikan kita dengan Indonesia berperang mulut nak claim makanan masing-masing. Kalau di sana juga terdapat satu hidangan apam balik yang dipanggil martabak manis. Rupanya sebiji macam apam balik tapi ia lebih gebu dan topping yang diletakkan membukit.
Sebenarnya, martabak manis itu berasal dari Kepulauan Bangka Belitung yang bernama ‘Hok Lo Pan’. Ia merupakan makanan tradisi keturunan Tiong Hua sejak turun-temurun.
Di Malaysia pula, kita ada cara penjualan apam balik tersendiri. Contohnya, dulu akan ada orang menjual apam balik sambil menaiki basikal dari rumah ke rumah dan akan memasak di hadapan pembeli (kalau dia bawak basikal sambil bawa peralatan nak masak apam balik la). Kalau pergi pasar malam mesti jumpa orang yang menjual apam balik takpun pergi bazaar ramadhan mesti jumpa apam balik tapi mesti habis awal (ponteng puasa agaknya).
Perasan tak akan ada peniaga apam balik yang menerima tempahan untuk kenduri kahwin atau majlis? Haa itu pun dah macam tradisi juga kerana kalau pergi mana-mana kenduri kahwin pasti akan ada gerai apam balik, kadang beratur panjang lepastu habis.
Jadi, apam balik atau martabak manis ke semua sama yang penting kita kena bersatu-padu kerana kita ini tinggal di kepulauan yang sama.
- 5.8KShare sekarang!
- Email36
- Facebook5.8K
- Share