Politik Antarabangsa

Ingatkan kedai biasa di Penang. Rupanya markas tumbangkan empayar China dulu?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Terima kasih kepada Muzium Sun Yat-sen di Pulau Pinang.

Bila cakap pasal revolusi China je, Dr. Sun Yat-sen ni memang legend habis. Juga dikenali sebagai ‘Bapa China’, dia bukan je bertanggungjawab menggulingkan Maharaja China terakhir dan memperkenalkan demokrasi ke China (untuk sementara waktu), tapi juga merupakan salah satu tokoh yang dihormati di kedua-dua tanah besar China dan Taiwan.

Dr. Sun Yat-sen, yang dikenali ramai sebagai Bapa China. Imej dari China Story

Bagaimanapun, Dr. Sun Yat-sen tak bersendirian. Korang tahu tak yang dulunya, ada orang-orang di Pulau Pinang juga memainkan peranan penting dalam revolusi yang menggulingkan sistem Imperial China sampai takde langsung sekarang? Malah, rumah yang digunakan oleh Sun Yat-sen sebagai pangkalannya juga adalah di Jalan Armenian, Pulau Pinang masih wujud sampai ke hari ni. Ia juga dah pun ditukarkan ke muzium!

Jadi, kitorang masuk sendiri dan membuat lawatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan orang di Pulau Pinang zaman tersebut yang membentuk nasib China moden.

Sun Yat-sen adalah seorang doktor berpendidikan Barat yang tak berpuas hati dengan kerajaan Imperial China

Dilahirkan sebagai Sun Wen pada tahun 1866, Sun Yat-sen belajar ilmu ubatan di Hawaii, di mana dia menemui cintanya dalam budaya dan cita-cita Barat. Walaupun dia takde latar belakang politik, Sun selalu je ada masalah dengan kerajaan China yang keras dalam memaksa rakyat mereka mengekalkan cara tradisional di bawah Dinasti Qing (Manchu) yang konservatif.

Empress Dowager Cixi, penguasa de facto China pada akhir abad ke-19-awal awal. Imej dari South China Morning Post

Dipengaruhi oleh ketidakpuasan hatinya terhadap keluarga diraja yang dilihatnya ketinggalan dan terkebelakang, Sun meninggalkan amalan perubatannya untuk merealisasikan harapannya terhadap sebuah negara China yang moden. Bagaimanapun, dia tak dipedulikan oleh wazir tempatan di Tianjin, membuatkan dia balik ke Hawaii untuk terus menyebarkan ideanya, menjadikan China bebas. Di sana, dia mengasaskan Revive China Society pada tahun 1894, dan dengan sokongan orang Cina tempatan di Hawaii, dia membina rangkaian yang kuat dengan kaum Cina di luar negara, di seluruh dunia.

Pada tahun 1895, China kalah kepada Angkatan Tentera Jepun dalam Perang Sino-Jepun Pertama, dan Sun pun menghina kekalahan ni sebagai bukti kemunduran China.

Lukisan yang menggambarkan Pertempuran Pyongyang dalam Perang Sino-Jepun Pertama (1894-95). Imej dari History Bytez

Sun mengambil kesempatan daripada perang tersebut dengan memulakan plot pemberontakan menentang dinasti Qing di Guangzhou. Tapi, rancangan kebangkitannya bagaimanapun bocor. Sun dibuang negeri, membuatkan dia melarikan diri ke United Kingdom (tapi dia kemudiannya ditangkap, atas sebab tertentu), dan kemudian ke Jepun, melalui Kanada.

Manakala di Jepun (di mana model politiknya mahu dicontohi), Sun kemudian mengasaskan parti politik yang bernama Tongmenghui (China Revolutionary Alliance). Tapi kerajaan Jepun didesak oleh dinasti Qing untuk mengusir Sun, yang kemudiannya dilakukan Jepun pada tahun 1907.


Sun Yat-sen kemudian pergi ke mana kebanyakan orang Cina di luar negara pergi: British Malaya

Peta carta kempen Sun Yat-sen di seluruh dunia. Diambil dari Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang

Punyalah kuat pengaruh Sun, sampaikan ada juga cawangan Tongmenghui di Pulau Pinang, British Malaya. Dibentuk oleh penyokong utama Sun di Malaya, Goh Say Eng dan Ng Kim Kheng, Tongmenghui di Pulau Pinang adalah sebuah laluan bawah tanah yang beroperasi di sebalik nama Penang Philomatic Union, sebuah kelab membaca yang dibentuk pada tahun 1908.

Beroperasi dari 102 Armenian Street, ceramah umum dan aktiviti-aktiviti kebudayaannya menarik perhatian ramai. Lokasi tu sendiri dipilih sebab ia dekat dengan perniagaan pemiliknya, dan ada pintu belakang yang boleh digunakan untuk melarikan diri in case ada tetamu tak diundang atau serbuan.

Peta menunjukkan laluan keluar dari 102 Armenia Street. Diambil di Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang

Setelah dihalang masuk hampir ke setiap negara di rantau ni, Sun pun ke Singapura (nasibnya lebih kurang sama), dan kemudian ke Pulau Pinang pada 19 Julai 1910. Di sana, dia menerima sambutan baik, macam seorang hero oleh penduduk tempatan cina, yang melihat padanya bukan hanya sebagai pemimpin revolusioner, tetapi juga sebagai tokoh ‘Godfather’:

“Malah ketua-ketua gangster, ketua-ketua untuk Bendera Merah dan Bendera Putih sanggup mengabaikan perbezaan untuk membantu Dr. Sun.” – Adrien Kony (bukan nama sebenar), bekas sukarelawan di Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang.

Dan disebabkan tekanan di luar negara daripada kerajaan Qing, dia terpaksa menukar ibu pejabat Tongmenghuinya di Nanyang ke Pulau Pinang, dan Penang Philomatic Union di 120 Armenian Street di mana ia menjadi tapak operasi Sun di British Malaya.

Ramai rakyat Pulau Pinang yang akan membantu Dr Sun dengan rancangan berisiko beliau

Setelah melihat lapan pemberontakannya gagal selepas Perang Sino-Jepun, Sun berada dalam keadaan terdesak. Dia nak melancarkan ‘sesuatu yang besar’: pemberontakan besar di Guangzhou, China yang akhirnya menggulingkan Dinasti Qing. Pada 13 November 1910, Sun memanggil Persidangan Pulau Pinang untuk merancang apa yang diketahui pada hari ni sebagai Pemberontakan Huanghuagang/Guangzhou Huang Hua.

Walau bagaimanapun, ada satu masalah besar: keluarga Sun bankrap, dan dia memerlukan dana untuk pemberontakan tu:

“Apa yang komrad kita was-was adalah kekurangan dana dan senjata…” – Sun Yat-sen pada mesyuarat perancangan strategi di 404 Dato’ Kramat Road, November 13, 1910

Diambil di Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang

Jadi keesokan harinya, Sun mengadakan mesyuarat tergempar, dengan pengumpulan dana kecemasan di pangkalannya di Armenian Street. Di sana, Sun dengan berkarisma menyampaikan ucapannya kepada para hadirin di pertemuan itu:

“Setiap kali saya berjumpa dengan anda, saya selalu meminta derma … tetapi dengan beban tanggungjawab di bahu saya, dengan siapa lagi yang boleh saya minta pertolongan, jika bukan dari kamu, komrad yang bersimpati dengan saya?

… Anda boleh menanggung tanggungjawab menyelamatkan negara kita dengan mendermakan wang anda, manakala rakan-rakan di negara kita mengorbankan kehidupan mereka. “- Sun Yat-sen pada mesyuarat pengumpulan dana pada Philomatic Union Pulau Pinang, 14 November 1910

Bilik mesyuarat di 102 Armenian Street di mana Dr. Sun Yat-sen menyampaikan ucapannya. Diambil di Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang

Peristiwa bersejarah ni diabadikan dalam filem Cina ‘Road to Dawn’, di mana lokasi penggambaran sepenuhnya adalah di Pulau Pinang:

Sambutan terhadap permintaan Sun sangat menggalakkan; dia berjaya mendapatkan sebanyak 8,000 Straits Dollar (kira-kira RM112,000 pada hari ini) dalam masa sehari je! Ini adalah keyakinan mereka kepada Sun yang mana pengasas Tongmenghui Pulau Pinang, Goh Say Eng pun menjual harta milik keluarganya untuk membiayai revolusi, dan meninggal dunia pada tahun 1941 dalam keadaan papa kedana. Nampak tak kesetiaannya?

Tapi disebabkan dakwaan kritikannya terhadap pemerintahan kolonial British, Sun telah diharamkan dari Malaya oleh kerajaan kolonial British, yang mendorongnya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Walaupun demikian, dana berjaya dikumpul sebanyak $186,636 untuk tujuan tersebut, lebih daripada matlamatnya yang diunjurkan sebanyak $100,000. 

Carta menunjukkan dana yang disumbangkan kepada Pemberontakan Huanghuagang. Diambil di Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang

Pemberontakan Huanghuagang gagal, tapi ia adalah permulaan bagi penghujung Dinasti Qing

Walaupun revolusioner menyerang kediaman Qing dari Guangdong dan mencapai kejayaan awal, tapi bilangan mereka jauh lebih banyak. Pemberontak dari Qing tunjukkan kuasa mereka pula, dan menghapuskan sebahagian besar revolusioner. Sebelum filem dah dibuat mengenai pemberontakan ni yang berjudul ’72 Heroes ‘.

Antara yang maut adalah empat lelaki dari Pulau Pinang yang telah mengambil bahagian dalam pertempuran:

Empat orang lelaki dari Pulau Pinang yang maut dalam Pemberontakan Huanghuagang. Diambil di Muzium Sun Yat-sen Pulau Pinang

Walau bagaimanapun, pengorbanan ni memberi inspirasi kepada revolusi yang lebih besar di Wuchang, serta revolusi lain di seluruh China, dalam apa yang kini dikenali sebagai Revolusi Xinhai. Akibatnya, 18 wilayah mengundi untuk menarik diri dari Dinasti Qing, dan seterusnya membolehkan Sun Yat-sen akhirnya kembali ke China selepas 16 tahun hidup dalam buangan. Dia kemudian dilantik sebagai Presiden Republik China yang pertama, dan berakhirlah 2,000 tahun pemerintahan Imperial di China .

Eksploitasi Dr Sun telah diabadikan di Muzium Sun Yat Sen Pulau Pinang

Pintu masuk utama Muzium Sun Yat-sen di 102 Jalan Armenia, Pulau Pinang.

Sun kemudian meletakkan jawatannya sejurus selepas dilantik, dan tahun-tahun berikutnya,  demokrasi awal China nampaknya baik-baik saja. Dan macam yang kita tahu pada hari ni, kita semua tahu yang ‘demokratik’ China membawa erti yang  berbeza sama sekali pada masa kini, tapi cita-cita yang ditetapkan oleh Sun Yat-sen menjadi asas bagi kebangkitan yang sama di seluruh Asia:

“Oleh itu, jika semua orang Cina menganggap [Sun] sebagai juara mereka, anda boleh pastikan yang saya, Bung Karno, dan Indonesia dengan penghormatan yang mendalam, akan sangat berterima kasih kepada Dr. Sun Yat Sen sehingga hari kematian saya.” – Soekarno, Presiden Indonesia pertama

Dengan segala rintangan yang dah dilalui, menarik untuk kita pertimbangkan di mana revolusi yang membawa kepada kejatuhan Empayar China berusia tahun 2,000 bermula di sebuah rumah kedai kecil di Pulau Pinang. Korang free nanti pergilah melawat – rumah kedai tersebut dah pun dipulihkan, ditukarkan kepada muzium, dan dibuka kepada orang ramai.

Popular

To Top

Send this to a friend