- 1.7KShare sekarang!
- Email36
- Facebook1.6K
- Share
Sejak kecik, kita dah pun ditanya, “Besar nanti nak jadi apa?“, dan jawapan cliche yang akan disebut mestilah cikgu, doktor, polis, dan pelbagai lagi. Tak pernah lagi la dengar cita-cita kawan sebaya masa sekolah sebut nak jadi rider atau ejen insurans.
Tapi bila besar, korang mesti tak sangka yang cita-cita korang dengan kerja sekarang tak sama, kan? Malah dengan kerja yang kurang “glamour” ni, bukan mak bapak korang je, tapi bakal mak mertua korang pun mungkin akan persoalkan kerja korang tu.
Tapi, kerja-kerja yang dipandang rendah ni tak semestinya tak bagus. Malah ada yang sampai makan gaji berpuluh ribu, macam pekerja kren ni. Tapi jangan tengok slip gaji semata-mata, asalkan ada keberkatan dan pekerjaan tu boleh tolong orang lain pun sebenarnya dah cukup bagus. Contohnya macam kitorang kat Soscili yang kerja tak glamor pun, asal boleh bagi kesedaran kat korang ni dengan penulisan kitorang… kan? KAN???
Alang-alang dah sebut tu, kitorang dari Soscili dengan member kitorang dari Allianz nak highlight sikit – kerja tak glamor, tak semestinya tak bagus. Kadang-kadang tu kerja yang dipandang rendah tu la sebenarnya dah beri kepentingan dalam kehidupan orang lain sehari-harian dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Contohnya macam…
1) Pandemik COVID-19 telah mengubah pandangan orang ramai terhadap food rider wanita ini
Kalau di kawasan Lembah Klang, memang dah terbukti permintaan pelanggan sangat tinggi untuk tempah makanan dari perkhidmataan food rider berbanding pergi ke kedai makan. Sekali pun ramai, cuba kita cakap kat mak ayah atau kawan sekeliling bahawa kita kerja sepenuh masa sebagai food rider. Apa pandangan mereka?
Kadang-kala seseorang tu akan kena nasihat panjang sebab buat kerja macam ni, lebih-lebih lagi bagi seorang wanita seperti Nur Eizal.
“Reaksi keluarga dan teman rapat tentulah terkejut atas keputusan yang saya lakukan untuk menjadi rider. Berbagai jenis nasihat yang mereka berikan.” – Nur Eizal, ketika dihubungi SOSCILI
Namun, hidup perlu diteruskan. Bagi Nur Eizal, dia tetap terus memilih kerja ini kerana ingin menimba pengalaman sebagai seorang food rider di atas jalan serta belajar cara mengatasi masalah bila berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan dan senang untuk membuat duit (easy money).
Tak berapa lama lepas tu, negara kita ditimpa COVID-19 sehingga kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan orang ramai tak boleh keluar rumah. Waktu ni lah kita nampak betapa pentingnya peranan food rider yang sebelum ni dipandang sepi. Ini diakui sendiri oleh Nur Eizal.
“Sewaktu COVID-19 melanda, pengalaman sebagai rider adalah pengalaman yang paling berharga kerana dapat membantu mereka dengan menghantar makanan, barangan dapur serta ubat-ubat yang boleh dibeli di dalam apps tanpa perlu merisikokan diri mereka untuk keluar rumah.
Berbagai reaksi customer yang mula berubah daripada negatif kepada positif terhadap pekerjaan kami. Pengalaman seperti ini adalah jarang kami rasakan kerana customer tidak putus-putus order barang keperluan, makanan , dan sebagainya.” – Nur Eizal ketika dihubungi SOSCILI
2) Tukang urut yang malam-malam pun sanggup meringankan otot frontliner
Suasana pandemik dah membuktikan bahawa para pekerja barisan hadapan bekerja dengan sangat kuat dan berlebihan masa. Berdiri berjam-jam atau duduk berjam-jam sewaktu bekerja semestinya mendatangkan kesakitan pada badan mereka.
Oleh sebab tu, ramai je pekerja barisan hadapan mencari tukang urut tradisional untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Itulah antara pengalaman manis Nik Aziz Afiq, seorang tukang urut sepenuh masa di Semenyih yang banyak memberi perkhidmatan urut kepada orang ramai termasuk para barisan hadapan seperti polis, bomba, JPAM, pemandu ambulans dan juga doktor.
“Mereka bekerja dalam sektor kritikal dan melebihi masa bekerja kebanyakan orang menyebabkan badan terasa sakit, lesu, lemah atau bahasa kampungnya “demam urat” dicampur dengan stress.”
Mereka sanggup datang dan ada kes dengan menaiki motosikal meredah tengah malam dari Gombak ke Semenyih kerana alami kesakitan. Bila ditanya kenapa datang sejauh ini jawab mereka kerana di kawasan mereka tiada tukang urut dan kesakitan mereka hanya diberi ubat pain killer atau pelembut otot sahaja.” – Nik Aziz, ketika dihubungi SOSCILI
Kerjaya tukang urut pada zaman ini dianggap dicemari apabila ada pihak tertentu yang menggunakan lesen tukang urut untuk menyediakan khidmat pelacuran. Perkara ni lah yang menyebabkan Nik Aziz bertekad untuk memperbetulkan tanggapan itu dengan menyediakan perkhidmatan tradisional sebenar.
Walau apa pun orang kata, Nik Aziz tetap terus memilih kerjaya ini kerana dia mewarisi ilmu urutan daripada Almarhum Datuk saudaranya sejak umur 13 tahun lagi. Jadi satu penghormatan untuknya meneruskan warisan ini.
3) Sewaktu rakyat duduk rumah kerana PKP, tukang jahit bersengkang mata jahit sut PPE
Kepentingan tukang jahit ni selalunya dirasai kalau nak dekat hari raya je. Sebab ramai nak tempah baju yang cantik dan kena dengan saiz serta potongan badan sendiri. Kalau hari-hari lain, tiada siapa pun pandang. Malah, kerjaya untuk menjadi tukang jahit tidak lagi menjadi pilihan anak-anak muda.
Tapi, ini berbeza bagi tukang jahit bernama Norashikin yang tetap memilih kerjaya ini sebagai pilihan, sekalipun berdepan persepsi negatif yang tak dapat dinafikan. Sebabnya kebimbangan orang keliling sekiranya bidang jahitan tak mampu memberi kehidupan yang baik serta mengubah taraf hidup.
Namun, pandangan orang ramai berubah sekelip mata. Walaupun sebelum ini ada juga jasa-jasa tukang jahit yang dipaparkan di media. Tapi, sewaktu negara melanda COVID-19, tukang jahit adalah orang yang terpenting sekali untuk membantu pasukan barisan hadapan. Tukang jahit dari seluruh negara dah menghulurkan tangan secara sukarela untuk membantu menjahit sut Personal Protective Equipment (PPE) bagi kegunaan barisan hadapan.
“Sewaktu masyarakat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan dan hanya duduk di rumah, para penjahit bekerja bersengkang mata dengan bertungkus lumus menjahit sut PPE. Semua ini dilakukan dengan percuma, berniatkan ikhlas dan berbekalkan semangat untuk membantu negara.” – Norashikin, seorang tukang jahit di Bangi ketika dihubungi SOSCILI
Barulah kita sedar, kalau tak ada mereka, kemungkinan agak sukar para barisan hadapan untuk mendapatkan sut PPE yang lebih. Cuba bayangkan juga di luar waktu wabak COVID-19, jika tukang jahit tak ada, kita takkan ada pakaian yang boleh ditempah.
4) Kerja petik buah kelapa untuk perniagaan santan dan kuih
Mungkin tak semua perasan, kebanyakan kuih-muih yang ada di Malaysia antara bahan asas yang digunakan adalah santan. Ia bukan mudah-mudah nak dapat, kena ada tukang petik buah kelapa berkemahiran untuk dapatkan buahnya. Inilah yang dilakukan oleh Ahmad Firdaus dari Kelantan yang bekerja saban hari menjadi tukang petik buah kelapa menggunakan beruk yang dibelanya.
Tak macam durian, buah kelapa masak ke tak masak kena ada orang panjat dan petik. Semua ini dilakukannya atas dua sebab iaitu kerana tiada kerja walaupun dia graduan universiti dan mempunyai minat mendalam dalam kerja seperti ini.
“Dari segi keluarga aku ok je sebab aku tak duduk diam. Hari-hari aku ada kerja. Dari segi sahabat ni adalah yang pandang rendah sebab aku belajar tinggi, takkan lah naik pokok kelapa guna beruk. Orang tak belajar tinggi pun boleh.” – Ahmad Firdaus ketika dihubungi SOSCILI
Sedar atau tak, kerjaya ni bukanlah main-main. Sewaktu pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, kerja-kerja yang dilakukan ini dapat membantu orang lain secara langsung kerana dapat menyediakan bekalan kelapa dengan baik kepada perniagaan santan, perniagaan kuih dan sebagainya.
Kalau tiada orang macam Ahmad Firdaus, Hari Raya kita pun takde santan dan kerisik untuk dimasak. Lepas tu tak boleh la kita post gambar dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni…
5) Ejen insurans membantu rakan-rakan yang hilang kerja untuk menceburi bidang baru
Mesti ramai antara korang pernah merasai pengalaman dihubungi kawan-kawan yang dah lama gila tak nampak batang hidung. Tiba-tiba ajak minum kat McD atau KFC, tak pun lepak kedai mamak. Rupa-rupanya dia nak promosi pakej insurans. Korang mesti pandang sebelah mata je kan? Baik mengaku!
Begitulah pandangan orang ramai terhadap ejen insurans, dan kita pun tertanya-tanya kenapa mereka tetap nak buat kerja tu. Pengalaman sama tapi lebih mendebarkan juga dilalui Rajaletchumi (Raji) berusia 43 tahun. Ini kerana dia dulu belajar dalam bidang undang-undang di Universiti Auckland, New Zealand dengan menggunakan duit simpanan sendiri, namun memilih untuk menjadi ejen insurans Allianz.
Raji menambah lagi, di mana terdapat salah faham terhadap kerjaya ejen insurans yang dianggap picisan, padahal ia memerlukan kecekapan yang tinggi.
“Kalau dulu ye la, ejen insurans ni biasanya orang yang tak habis SPM, takde kerja lain dan akhirnya jadi ejen. Sekarang dah berbeza, kitorang kena ada kemahiran sebab para pelanggan pun kebanyakkannya berpendidikan belaka. Jadi kami perlu berkelayakan untuk menjawab soalan mereka dan cadangkan apa yang mereka sebenarnya perlukan.”
“Mak mertua saya mula-mula tak berapa sokong… Dia sendiri pernah tanya, ‘apa yang awak nak buat ni? Tapi lepas 6 bulan, bila dia nampak minat dan kesungguhan saya, macam mana saya tolong client saya, lama-lama dia pula yang perkenalkan client kepada saya.” – Raji ketika ditemu ramah SOSCILI
Berbeza pula bagi Sara Liyana (Sara) yang berusia 33 tahun, keluarganya percaya dengan apa-apa jalan yang dipilihnya. Namun, dia terpaksa mengorbankan kerjaya selama 7 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan di syarikat ternama. Semua ini untuk membantu orang lain memahami polisi insurans yang baik dan menjadi ejen yang jujur dengan polisi.
“Sebab… keghairahan dan rasa terpanggil untuk membantu orang lain. Mungkin saya tidak tahu banyak tentang insurans sebelum ini, namun apabila saya terlibat dengan latihan, saya belajar mengenai banyak polisi insurans… Sara betul-betul nak bantu dan nak fahamkan orang.” – Sara Liyana ketika ditemu ramah SOSCILI
Tapi, ada juga yang pilih untuk jadi ejen insurans sebagai karier masa depan, seperti Choong Mun Haw (GB), 24 tahun. Merupakan seorang graduan universiti swasta, GB dalam dilema sama ada mahu bekerja di Singapura dengan gaji dalam dollar atau pun menjadi ejen insurans di Malaysia. Tapi akhirnya, kerjaya ini dipilih atas sokongan keluarga. Malah sebenarnya, ejen insurans adalah karier masa depan yang bertepatan dengan misi Bank Negara Malaysia yang mahu 75% rakyat Malaysia dilindungi insurans menjelang tahun 2021.
Nampak cliche bukan? Tapi, ramai yang tak sedar ejen-ejen inilah yang banyak bergerak di belakang tabir sama ada dalam membantu menguruskan hal-hal berkaitan urusan apabila pelanggan ditimpa musibah atau pun menyediakan peluang pekerjaan sewaktu negara dalam keadaan kritikal.
“Saya ada beberapa kawan yang mengalami kesukaran sewaktu PKP. Kawan-kawan saya ada melihat media sosial saya. Saya tak banyak sangat mendekati mereka. Sebaliknya, mereka yang datang kepada saya serta bertanya mengenai kerjaya saya sebagai ejen. ” – Sara ketika ditemu ramah SOSCILI
Kawan-kawan Sara ni ramai yang dah hilang kerja, namun melihat pendekatan Sara di media sosial sebagai ejen insurans, ini memberi harapan dan peluang untuk mereka menceburi kerjaya ini. Sekarang, beberapa rakannya sudah menyertainya untuk menjadi ejen.
Untuk Raji dan GB pula, mereka juga berjaya menolong rakan-rakan yang hilang kerja, sehinggakan Raji sendiri berjaya yakinkan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk mencuba bidang insurans ni. Korang pun tahu kan, syarikat penerbangan banyak buang orang, jadi peluang kerjaya sebagai ejen insurans sangat membantu kalau mereka diberi tunjuk ajar dan semangat.
Selain dari membantu rakan-rakan mereka mencari sumber pendapatan baru, mereka juga ada membantu orang lain secara percuma apabila COVID-19 melanda. Sebagai contoh, ada juga antara mereka yang ada memberi perlindungan melalui program percuma We Care, baik kepada pelanggan Allianz mahupun mereka yang bukan pelanggan. Jadi, mereka berasa bahawa pekerjaan ini bukan semata-mata mengejar wang, tapi mendatangkan kepuasan apabila mereka boleh membantu orang lain.
Ejen insurans bukan sekadar buat duit, tapi boleh memanfaatkan hidup orang lain
Ketiga-tiga ejen insurans yang kami temui ni adalah hasil didikan Allianz Life Changer recruitment programme (ALC). Bayangkan, mereka bertiga ni baru je menceburi bidang insurans, tapi sumbangan mereka kepada komuniti adalah sangat besar. Ini kerana program rekrutmen ALC tu sendiri telah melatih ejen untuk lebih mengutamakan hubungan umpama keluarga dengan komuniti serta mengutamakan kepuasan pelanggan, bukan semata-mata nak kejar sasaran komisen bulanan. Apabila korang berada dalam program ni, korang dah umpama satu keluarga dengan ejen lain, dan tiada persaingan yang tak sihat.
“Macam saya dan GB. Dia mempunyai pelanggan yang ambil pakej yang besar. Saya pula lebih kepada ramai bilangan pelanggan. Jadi, kami duduk semeja berbincang. Apa pendekatan dia yang saya tak buat. Dan apa pendekatan saya yang dia tak buat. Kami saling melengkapi.” – Raji ketika ditemu ramah SOSCILI
Inilah suasana bekerja di Allianz yang mana saling kuat-menguatkan seperti keluarga. Tiada jatuh menjatuhkan dan tiada politik pejabat menurut Sara. Keluarga program ni pun bukan kecil. Untuk pengetahun semua, Allianz Life Changer recruitment programme yang dah pun memberi peluang kepada 1,000 ejen baru pada tahun ni.
Program ni merupakan program latihan rekrut yang dijalankan setiap bulan bagi mengajar mereka yang baru ni mengenai industri insurans dan latihan peningkatan kemahiran. Program ini juga disesuaikan untuk menanamkan nilai, membangun peranan dan tanggungjawab, dan mendorong produktiviti untuk membolehkan ejen baru ini melayani pelanggan secara profesional. Nampak tak menariknya program rekrutmen ni melalui cerita tiga ejen kat atas tadi?
Oleh sebab tu, kalau korang berminat nak jadi macam Sara, Raji dan GB, jangan lepaskan peluang ni, hubungi mana-mana ejen insurans Allianz di seluruh negara atau lawati laman web korporat Allianz Life di www.allianz.com.my/life-agent atau halaman Facebook Allianz Life Changer untuk mendaftar.
- 1.7KShare sekarang!
- Email36
- Facebook1.6K
- Share