- 555Share sekarang!
- Email9
- Facebook546
- Share
(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Baru-baru ni, pihak berkuasa Malaysia ada laporkan yang diaorang ada tahan seorang rakyat Rohingya, Mohamad Husin Jamal. Dia dipercayai ada kaitan dengan ISIS dan dilaporkan terlibat dalam serangan kuil Hindu. Dan pihak berkuasa Malaysia juga dah buat tiga tangkapan lain sejak beberapa bulan lepas. Perkara tu menyebabkan pihak berkuasa cari maklumat tentang Arakan Rohingya Salvation Army (Arsa) yang mendapat dana sumbangan dari rakyat Rohingya kat Malaysia. ?
Menurut penolong pengarah Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, Arsa dah mengancam orang Rohingya untuk bagi diaorang duit (dengan cara gangster). Aktiviti tersebut dilakukan dalam kawasan operasi diaorang kat Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor. Dia jugak ada bagitahu yang Arsa dah berjaya kumpulkan duit berjumlah RM80,000 dari rakyat Rohingya yang duduk kat Malaysia.
Pada tahun 2017, walaupun Daesh ingin menyokong Arsa, tapi sebenarnya militan Myanmar bukanlah sebahagian daripada anggota ISIS.
“Mereka bukanlah ISIS. Kami tiada kepakaran untuk menunjukkan ISIS dan Arakan Rohingya Salvation Army (Arsa) telah bergabung,” – Ayob Khan Mydin Pitchay, Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, sumber dari The New Paper.
Tapi kenapa Rohingya gunakan keganasan?
Kalau korang tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan penghapusan etnik, ia adalah “pengusiran besar-besaran atau pembunuhan anggota kumpulan etnik atau agama yang tak diperlukan dalam masyarakat”. Ia bukanlah istilah yang diberikan daripada PBB.
Tapi apa yang jadi kontroversinya bila media luar tak dibenarkan untuk buat liputan situasi tu kat Myanmar. Jadi diaorang hanya bergantung dengan pelarian Rohingya yang mencari perlindungan di sempadan Bangladesh. Meneurut rakyat Rohingya, tentera Myanmar sengaja membunuh mereka tanpa sebab yang kukuh.
“Mereka membuang anak-anak mereka ke dalam sungai. Cucu saya yang berusia tiga tahun, Makarra, dan Abul Fayez yang berusia satu tahu. Saya bersembunyi di selatan sungai. Mereka mengumpulkan semua orang dan memberitahu mereka untuk pergi dari situ. Kemudian mereka menembak orang-orang tersebut.” – Kabir Ahmed, 65, sumber dari The Guardian.
Dan ni mungkin sebab kenapa pelarian Rohingya kat Malaysia bagi duit kat anggota Arsa disebabkan diaorang takut keluarga diaorang dalam bahaya dan dicederakan.
“Mereka masih mempunyai keluarga di Rakhine Myanmar dan Arsa mengugut dan mengancam untuk mencederakan keluarga mereka di sana. Mereka akan pergi ke kedai-kedai di mana rakyat Rohingya berkumpul pada hujung minggu untuk meminta duit.” – Ayob Khan, sumber dari SCMP.
Sebaliknya, kerajaan Myanmar mengatakan bahawa mangsa-mangsa tersebut adalah sebahagian daripada militan. Tapi ia tak membantu bila kerajaan tuduh kumpulan amal antarabangsa bantu pemberontak. Dan Aung San Suu Kyi tak buat apa-apa tindakan rasmi berkenaan isu tu (sampailah sekarang), dan kenyataan kerajaan mengatakan krisis tu diputar belit.
Pada tahun 2017, pihak berkuasa Malaysia menjangkakan yang isu Rohingya ni akan menarik perhatian pihak Daesh sejak awal tahun hari tu (Januari). Ayob Khan pun sahkan yang kumpulan tu gunakan perkongsian imej orang Rohingya yang ditindas untuk dapatkan simpati dan memotivasikan anggota baru untuk sertai diaorang.
Tapi macam yang Aung San Suu Kyi bagitahu, banyak imej krisis yang dikongsi tu dah didapati palsu. Dan, Timbalan Perdana Menteri Turki, Mehmet Simsek, membuat kesilapan dalam berkongsi imej yang mengelirukan dan berkaitan dengan konflik Myanmar. Lepas tu, dia buang imej tu dan mintak maaf untuk post kat Twitter yang dia buat tu.
Jadi, adakah isu krisis Myanmar ni berikan kuasa kepada pengganas di Malaysia?
Sehingga September 2017, pihak berkuasa Malaysia dah mengesahkan penangkapan 2 pengikut Daesh yang dikaitkan dengan krisis Myanmar. Salah seorang daripadanya adalah lelaki Indonesia yang pergi ke Myanmar untuk buat serangan kat sana. Dan seorang lagi penjual cendol, dia jugak merancang untuk pergi ke Rakhine, serta untuk secara aktif mempromosikan militan Daesh kat sana. Pada tahun 2016, ada satu laporan yang mengatakan orang Rohingya diperdagangkan ke Arab Saudi menggunakan pasport palsu India.
Dan setakat ni, pihak berkuasa Malaysia ada menahan empat orang Rohingya yang dipercayai ada kaitan dengan keganasan ni. Contohnya macam, pelarian Rohingya yang berusia 20 tahun ditangkap awal tahun hari tu sebab dia mengaku yang dia menyokong Arsa dan jugak rancang untuk menyerang kedutaan Myanmar kat KL.
Tapi ni bukan bermakna pelarian Rohingya tu sokong kumpulan militan ni. Cuma sikit je pelarian Rohingya yang terlibat dalam Arsa dan keselurahan daripadanya sebenarnya tak suka dan menolak kelompok tersebut.
Semestinya, orang risau dengan pelarian ni sebab diaorang merupakan sasaran untuk radikalisasi. Mungkin YA, sebab orang Rohingya yang dipinggirkan ni merupakan sasaran yang mudah untuk pendakwah radikal dan pengrekrut untuk meyakinkan diaorang supaya dapat mengusir keganasan. Sentimen yang sama dirasai di seluruh negara kat dunia ni, sampai Presiden U.S. Donald Trump munggubal larangan umat Islam dari 6 negara pergi ke U.S. Sesetengah orang Jerman turut membantah kebenaran pelarian dari Afghanistan, Syria dan Iraq ke negara diaorang.
Tapi, adakah pelarian biasanya berpaling terhadap negara asal mereka? Dan buat serangan ganas? Satu kajian yang dibuat oleh institut CATO mendapati yang dari tahun 1975 hingga 2015, terdapat 20 pengganas daripada 3,252,493 pelarian yang datang ke U.S. Diaorang jugak mengkaji jumlah serangan maut yang dilakukan khusus oleh pelarian di U.S, dan sejak tahun 1980, bilangannya adalah 0.
Kat Eropah dengan UK, yang berhampiran dengan kawasan Timur Tengah, keadaan hanya buruk sikit. Tahun lepas kat Jerman, hanya 2 serangan oleh pelarian yang dilaporkan. Satu ditangkap oleh pelarian lain sebelum rancangannya dilaksanakan. Yang lain pula lakukan serangan pisau yang membunuh 1 dan yang cedera 2 orang. Satu kajian oleh Institut Kajian Perang (ISW) menyimpulkan yang sementara pelarian dah buat serangan ganas kat negara lain, ia takde bukti dengan “penyelarasan penglibatan ISIS”.
Bagi Eropah pulak, kebimbangan yang lebih diutamakan adalah situasi pengganas yang menyeberangi sempadan pelarian. Dan kat sempadan tu, penduduk tempatan lebih terdedah untuk buat serangan kat negara diaorang sendiri.
Rohingya buat perkara paling teruk kat Malaysia hanya dengan … buat protes
Pada 30 Ogos 2015, lebih 1,000 orang Rohingya dan beberapa NGO kat Malaysia berkumpul kat KL dan berarak ke kedutaan Myanmar kat Jalan Ampang Hilir untuk serahkan memorandum yang membantah pembunuhan orang Rohingya kat Myanmar.
Bila diaorang taknak berhenti dari perarakan tu, dan mula bertindak secara agresif, pihak berkuasa pun campur tangan. Dan kira-kira 44 hingga 155 penunjuk perasaan ditahan lepas kejadian tu. Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) jugak dah panggil pihak kerajaan untuk mengusir warga Myanmar dari Malaysia sekiranya keganasana terhadap Rohingya tak berhenti.
“Ia bukan sahaja memberi kesan pada orang Rohingya tetapi seluruh rakyat Myanmar. Kami mahu negara yang aman. Kami mahu mempunyai hubungan yang baik.” – Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Mapim, sumber dari The Star.
Mohd Rafi yang merupakan pemimpin komuniti Rohingya kat Kuala Lumpur bagitahu yang kebanyakan daripada diaorang yang menghadiri protes tu telah kehilangan ahli keluarganya dalam keganasan terkini.
“Fahamilah, rakyat saya tidak memilih pergaduhan dengan polis ataupun rakyat Malaysia, mereka hanya bersedih dan tidak dapat mengawal diri mereka,” – Mohd Rafi, sumber dari Bahasa Melayu Online.
Baru-baru ni, dikatakan terdapat sekitar 176,000 pelarian Rohingya kat Malaysia, berdasarkan angka PBB. Secara tak rasmi, dalam anggaran sekitar 200,000 orang, yang banyak daripadanya bekerja kat restoran dan tapak pembinaan. Tapi pada awal September 2017, Malaysia ada menyatakan kesanggupan untuk mengalu-alukan lebih banyak pelarian dengan perlindungan sementara, sekiranya diaorang melarikan diri ke Malaysia.
Banyak aspek yang perlu dilakukan untuk golongan Rohingya
Buat masa ni, Arsa menafikan yang diaorang ada kaitan dengan Daesh, ataupun al-Qaeda, atau mana-mana kempulan pengganas yang lain. Diaorang bagitahu yang diaorang tak mengalu-alukan entiti tu kat dalam konflik yang berlaku “untuk mengelakkan pengganas daripada memasuki Arakan dan menjadikan keadaan lebih buruk”.
Sebagai rakyat Malaysia, dengan gabungan toleransi budaya yang unik, mungkin kita boleh menjadi bantuan yang diperlukan oleh pelarian sekarang. Pengerusi Kumpulan Kerja Rohingya Rangkaian Hak-Hak Pengungsi Asia-Pasifik, Lilianne Fan, bagitahu yang penyebaran pengaruh militan dapat dicegah dengan mewujudkan peluang mata pencariaan bagi pelarian tu. Selain daripada menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran untuk golongan pemuda Rohingya.
Secara kebetulan, pihak kerajaan sebenarnya tengah berbincang dengan Jepun untuk berikan pendidikan bagi anak-anak pelarian Rohingya. Menurut Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah, walaupun Jepun tak ada cadangan tentang perkara ni, tapi diaorang tunjukkan minat untuk tolong menyediakan anak-anak Rohingya kat Bazaar Cox, Bangladesh.
“Dalam hal ni kami ingin mendapatkan bantuan Jepun untuk membantu kanak-kanak Rohingya di Malaysia. Kami percaya cara untuk membantu mendidik rakyat Rohingya adalah melalui organisasi masyarakat sivil (CSO). Sebagai kerajaan, kami dapat membantu memudahkan CSO mendapatkan kewangan yang termasuk (melalui) pembiayaan antarabangsa.” – Saifuddin Abdullah, sumber dari Malaysiakini.
- 555Share sekarang!
- Email9
- Facebook546
- Share