Anwar buat TUISYEN ONLINE PERCUMA untuk pelajar kat PD, tapi kenapa sama dengan Perak?

(This article is translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru je lancarkan website tuisyen online secara percuma /e-tuisyen yang dinamakan PD Tuition (pdtuition.com) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Tapi perkhidmatan tersebut hanyalah untuk pelajar-pelajar yang berada kat PD. Website tersebut dikatakan usaha bersama antara ibu bapa, guru dari sekolah-sekolah di Port Dickson dan NGO, dan ia mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan. Ia merupakan program edisi yang kedua yang dipanggil sebagai program PD Tuition 2.0.

Tapi macam mana diaorang nak tahu yang pelajar-pelajar tu semua dari PD? Sebenarnya, pelajar-pelajar perlu log masuk website tu menggunakan nombor IC diorang untuk mendapatkan akses terus ke video tuisyen yang ada dalam tu, dan sebab tu lah kitorang tak dapat nak tengok video tu . Kira betul lah tu kan, memandangkan dia sendiri yang membiayai dan membayar sepenuhnya akses tersebut untuk pelajar-pelajar tu. Dan dia jugak merancang untuk sebarkan program tersebut kat seluruh Negeri Sembilan dan jugak kat seluruh negara.

“Jika saya mampu dan mempunyai dana yang mencukupi, saya akan kembangkan tuisyen percuma ni (program PDTuition.com) ke seluruh Negeri Sembilan dan seluruh negara ni juga.” – Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), MP Port Dickson, sumber dari Malaysiakini. 

Jadi…pelajar-pelajar Port Dickson kira untunglah bila adanya program macam ni dijalankan. Tapi, kitaorang jumpa yang PERAK pun buat program yang sama. Jeng…jeng…jeng…

Website tuisyen Perak sama macam PD Tuition.com!

Tangkapan skrin daripada PD Tuition dan Perak eTuition. Imej dari CILISOS

Macam yang korang boleh perasan daripada gambar yang kitaorang dah screenshot kat atas tu, design website portal tu nampak macam lebih kurang sama atau (sama?). Dari cara susunan dan jugak ciri-ciri website tu dan jugak ejaan Gooroo (mungkin cara hipster untuk panggil guru) yang digunakan kat website tu adalah sebijik!

Dan satu-satunya perbezaan adalah ciri keselamatan dalam available courses iaitu SPM rescue (modul persediaan minit terakhir sebelum peperiksaan SPM) serta forum-forum lain. Tapi, kalau diperhatikan, laman web eTuition Perak ni nampaknya adalah versi PD Tuition yang lebih maju. 

Bukan tu je, silibus dan cikgu-cikgu kat situ jugak adalah lebih kurang sama. Kedua-dua website tu disediakan untuk semua pelajar dari Darjah Satu sehinggalah Tingkatan Lima bagi pelajar sekolah kebangsaan, SJKC dan SJKT. Selain tu, kalau korang tengok pada profil Gooroo, korang akan dapat tahu yang sebahagian daripada diaorang mungkin mengajar subjek yang sama untuk kedua-dua website. Contohnya, Sunny Yee mengajar Fizik dan Matematik Tambahan, dan jugak Shaamala, yang jugak merupakan guru Matematik dan Geografi. 
Hmm sama je semua. GIF dari Giphy
Sebenarnya, PD Tuition mungkin dah di-copypaste dari Perak eTuition sebab Perak adalah negeri pertama yang menyediakan laman web tuisyen dalam talian secara percuma kat Malaysia pada tahun 2013. Ia dikatakan dapat membantu 400,000 pelajar di Perak dengan pembelajaran yang disediakan termasuklah pelajar dari kawasan luar bandar. Dan sama jugak macam PD Tuition, website tu hanya disediakan untuk pelajar di Perak je. 
Bila PD Tuition pertama kali dilancarkan, ada beberapa isu mengenainya. Iaitu, ia dilancarkan pada Oktober 2018 bila pilihan raya kecil Port Dickson sedang diadakan. Ia dilaporkan dilihat sebagai salah satu kesalahan dalam pilihan raya, menurut pengarah eksekutif Bersih 2.0, Yap Swee Seng.
“Anwar melakukan satu lagi kesalahan apabila dia melancarkan portal tuisyen dalam talian percuma yang dikenali sebagai pdtuition.com, yang disambungkan ke ezlearn2u.com portal tuisyen negeri Perak.” – Yap Swee Seng, Pengarah Eksekutif Bersih 2.0, sumber dari NST.
Dan apa yang peliknya, ada yang mengatakan macam mana website PD Tuition boleh bawak diaorang ke website yang lain, dikenali sebagai ezlearn2u.my yang merupakan URL lama untuk … Perak eTuition!
Pada hari yang sama website tersebut dilancarkan, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia muat naik status kat Facebook dengan tangkapan skrin website tersebut. Kat halaman utama, ada gambar Anwar sebab website tersebut dikatakan ditaja oleh dirinya sendiri. Kat sebelah gambarnya, terdapat butang ‘Enter Now’. Menurut catatan Facebook tu, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia mendakwa bahawa ia telah diarahkan terus ke website eTuition Perak lepas klik butang tersebut. Pengguna Twitter, @parisbmws, bagitahu perkara yang sama jugak.

Lepas warga net bagitahu ia kelihatan macam ada gangguan dan kecelaruan dekat website tersebut, PD Tuition dah dikemas kini dan takde lagi link yang bawak pengguna kat website Perak eTuition.

Tapi sebenarnya PD Tuition bukanlah satu-satunya website tuisyen yang terlibat dalam isu ni. Sebenarnya, ada satu lagi website tuisyen dalam talian untuk pelajar-pelajar Bentong, yang dilancarkan oleh bekas Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, juga mengalami isu yang sama di mana ia akan mengarahkan pelajar ke ezlearn2u.my. Tapi sekarang ni, URL tuisyen dalam talian Bentong (bentongtuition.com) tu dah tak berfungsi lagi. Tapi…

Semua laman web tuisyen dalam talian ada kaitan dengan Sunny Yee. Siapa tu???

Walaupun PD Tuition sebahagian kecil daripada kempen Anwar waktu pilihan raya kecil Port Dickson, tapi sebenarnya orang kuat di sebalik PD Tuition ialah Sunny Yee. Ini berkemungkinan dia lah orang yang terlibat dalam mengasaskan rancangan tuisyen dalam talian. 

Sunny Yee (kiri) dengan Anwar waktu pelancaran PD Tuition. Imej dari The Star

Apa yang bertambah peliknya, Sunny Yee jugak merupakan pencipta kandungan Perak eTuition. Tapi siapa sebenarnya dia ni???

Kalau korang pernah dengar nama dia, mungkin sebab korang pernah terlibat dengan tuisyen di bawah kelolaan dia sebelum ni. Sunny merupakan anak kepada Yee Chee Leong, iaitu pemilik Yee’s Tuition Centre kat SS2, Petaling Jaya. Dia menjadi tutor waktu dia tengah tunggu keputusan SPM. Lepas dia tamatkan pengajian dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sains, dia kemudiannya menyertai ayahnya dengan mengajar Fizik dan Matematik Tambahan. 

Dan dengan kemunculan Internet waktu tu, Sunny dikatakan buat kelas tuisyen kepada para pelajar dengan memuat naik video pembelajaran dalam talian. Memandangkan kitaorang tak boleh akses kat dalam PD Tuition dengan Perak eTuition (sebab kitaorang bukannya pelajar atau bukanlah dari mana-mana negeri/daerah yang terlibat), tapi kitaorang berjaya cari contoh video pelajaran dari Sunny dekat YouTube:

Selain berkolaborasi dengan kerajaan negeri dan Anwar, Sunny jugak dah bekerjasama dengan The Star dalam menghasilkan program eTuition daripada The Star. Ia meliputi semua mata pelajaran daripada prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah. Dan ia disediakan untuk semua orang, tanpa mengira kat mana diaorang berada, melalui platform dimsum (platform video-on-demand, bukannya makanan).

Melalui tu, bukan je Sunny tapi sebenarnya PD Tuition dan Perak eTuition diuruskan oleh syarikat yang sama dikenali MyET Education Sdn Bhd. Dan ni mungkin salah satu sebab kenapa website tu nampak macam lebih kurang sama.

Selain daripada PD Tuition, Perak eTuition dan Bentong Tuition, kitaorang jumpa yang negeri lain jugak ada website tuisyen dalam talian diaorang sendiri (yang TAK nampak serupa pun):

Jadi, sekiranya banyak negeri kat Malaysia boleh mencari sumber untuk membuat kursus percuma dalam talian untuk pelajar diaorang, dan sebahagian daripadanya adalah serupa … tapi

Kenapa takde kursus dalam talian secara percuma untuk seluruh Malaysia?

Memandangkan kadar penembusan dan akses internet kat Malaysia sekarang ni adalah 80%, dengan penglibatan penggunaan media sosial tertinggi kat dunia, kita sepatutnya dah ada beberapa aplikasi dan kemudahan berbentuk pendidikan internet. Seperti biasa, negara jiran kita dah mendahului kita lagi dengan pelancaran Singapore Student Leaning Space (SLS) tahun lepas.

Pelajar-pelajar Singapura akan dapat belajar melalui talian dengan menonton video dan ambil bahagian dalam kuiz, dan lain-lain lagi. Malah Kemboja pun dah lancarkan program e-learning ni untuk kurangkan kadar penurunan dalam aspek pembelajaran pada awal tahun hari tu.

Korang mungkin terlalu muda kalau korang ingat pasal benda ni. Screen capture dari 1

Sebenarnya, kerajaan Malaysia dah pernah laksanakan program yang lebih kurang serupa yang dikenali sebagai 1BestariNet. Yang merupakan kerjasama dengan YTL Communications pada tahun 2014. 1BestariNet adalah sebuah platform yang menghubungkan 10,000 sekolah kat Malaysia untuk pembelajaran secara maya.

Ia jugak boleh berfungsi bagi pelajar untuk serahkan dan hantar kerja rumah diaorang yang telah diberikan oleh cikgu sekolah diaorang secara dalam talian. Mak ayah jugak boleh akses website tu untuk periksa kemajuan anak-anak diaorang dalam laman web tersebut.

Projek tu sepatutnya siap pada tahun 2025, tapi sekarang ni ia jadi tanda tanya oleh Ketua Audit Negara, ditambah lagi dengan aduan dan keluhan mengenai kelewatan memasang perkhidmatan internet. Selain tu, kekurangan jawatankuasa projek, akses jalur lebar yang lemah dan kegagalan pihak kementerian untuk menyelidik keperluan sekolah dengan betul jugak menjadi persoalan umum.

Sebab tu semua benda delay, internet tak kuat! Imej dari CILISOS

Guru-guru sekolah jugak ada yang merungut mengenai kurangnya platform pembelajaran dalam talian. Di samping tu, peralatan dan kemudahan yang tak mencukupi serta uzur yang digunakan kat sekolah diorang jugak menjadi rungutan guru-guru kat sekolah. Seorang guru kat SMK USJ 12, Shirley Tan ada bagitahu yang kemudahan internet dan platform pembelajaran dalam talian di sekolahnya agak lambat dan tak mesra pengguna. 

Korang mesti ingat tempat ni kan? Terkenang-kenang waktu belajar dulu. Imej dari sk-bunutrendang.blogspot

“Di sekolah saya, saya agak terkejut bila dapat tahu komputer-komputer yang disediakan sekurang-kurangnya berusia 15 tahun. Komputer tersebut berfungsi sangat perlahan. Dan menggunakan komputer tersebut sangat mengecewakan pelajar.” – Shirley Tan, guru di SMK USJ 12, sumber dari The Star. 

Dan kenyataan Shirley tu mungkin betul sebabnya kalau dilihat balik, program tersebut tak dapat capai objektifnya dalam menyediakan kemudahan jalur lebar internet berkelajuan 4GB kat setiap sekolah di seluruh negara. Ini berdasarkan Laporan Ketua Audit mengenai program tersebut. Hal ni disebabkan ramai pelajar yang tak dapat apa-apa manfaat daripada program yang disediakan tu. Oleh sebab itu, ia mungkin nampak masuk akal kalau program RM4 bilion tu dihentikan.

Sebelum ni, kitorang pernah tulis tentang program tuisyen dalam talian percuma yang dinamakan edunation.my yang dibiayai sepenuhnya oleh BAC Education Group. Apa yang lebih menarik, program tersebut sebenarnya munggunakan khidmat guru-guru sekolah kerajaan. Tapi ia dibuat untuk menjadikan pendidikan dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif.

Guru daripada edunation.my. Imej dari CILISOS

Tapi, dengan adanya laman web yang serupa macam Perak eTuition dengan PD Tuition, sebenarnya KENAPA diaorang tak sediakan je kemudahan tersebut untuk semua pelajar kat seluruh Malaysia?! :(

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)