Wang tunai dan pencen seumur hidup, apa lagi ganjaran yang atlit Malaysia dapat?

Pertama sekalli SOSCILI nak ucapkan tahniah kepada Pandalela Rinong dan juga Cheong Jun Hoong sebab menang dua pingat perak kat acara Olimpik di Rio, Brazil! Wuhoo, Malaysia Boleh!! Siap dapat duit sebanyak RM300 ribu dan pencen seumur hidup lagi, whattttt~~~

Kami pun tertanya-tanya, reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni ke? Jadi kami hubungi Regina Lee yang merupakan setiausaha media untuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Regina tunjukkan kami ke website Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Perak dapat RM300 ribu, kalau pingat emas?

Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya RM 1 JUTA!!!!!

kermit gila freak out
PAKCIK KAYO!

Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986. Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3).

Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan. Tapi untuk artikel ni kita fokus kat Olimpik je dulu.

Individu:

  • Emas – RM1 juta
  • Perak – RM 300 ribu
  • Gangsaa – RM100 ribu

Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team):

  • Emas – RM1 000 ribu setiap team
  • Perak – RM300 ribu setiap team (Pandalela & Jun Hong menang yang ni lah)
  • Gangsa – RM100 ribu setiap team

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team:

  • Emas – RM150 ribu setiap ahli
  • Perak – RM40 ribu setiap ahli
  • Gangsa – RM20 ribu setiap ahli
pandalela hu joong RM300 000
Gambar dari NST

Tapi apa jadi kalau salah sorang dalam team tu menang untuk acara individu, dapat diskaun ke?

“Untuk Olimpik, katakan Pandalela menang pingat emas (amin!) untuk 10m individu platform, campurkan dengan duit insentif Pandalela menang pingat Perak dengan Jun Hoong, dia akan dapat RM1 juta + RM150 ribu (sebab lagi RM150 ribu pergi kat Jun Hoong)”  Regina Lee

Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton. Tapi kan… hadiah menang duit ni ikut sukan ke? Regina kata TAK. Semua sukan sama, takde double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan. Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama.

Selain menang duit, dorang dapat pencen juga!

pandalela hu joong pencen
Petikan dari malaysiandigest.com

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit:

  • Emas – RM5000 sebulan
  • Perak – RM3000 sebulan
  • Gangsa – RM2000 sebulan

lee chong wei there's more!

Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2000 sebulan. Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik saje, tu pun paling lama kena confirm adalah setahun sebelum. Haa?! Tak faham =( Takpe Regina tolong jelaskan..

“Setahun adalah tempoh maksimum untuk atlit claim duit elaun ni. Contoh, Olimpik tahun ni adalah pada bulan Ogos 2016. Kalau atlit ‘A’ layak untuk masuk Olimpik pada Jun 2015, dia boleh claim elaun dari bulan Ogos 2015. Tapi kalau dia layak pada April 2016, empat bulan jela dia boleh claim” – Regina

Tapi bukan kerajaan je tau yang tawarkan insentif ni

lee chong wei emas
Nampak macam roti pun ada juga. Gambar dari keechuachee.blogspot.my

Andrew Kam merupakan sorang pelombong emas yang pernah menawarkan emas seberat 12.5 kilogram bernilai RM2 juta (harga emas time tu) kepada sesiapa yang dapat menang pingat emas. Tapi dia offer untuk pemain badminton je masa kat Olimpik London 2012. “Kalau saya boleh hasilkan emas, saya yakin dorang boleh juga” katanya lagi.

Kisah Andrew Kam ni merupakan satu-satunya insentif yang (hampir) diberi oleh sebuah badan bukan kerajaan, kalau korang tau mana-mana pihak swasta atau individu yang menawarkan insentif untuk atlit kita, bagitau kat comment okay!

Tapi korang tau tak yang semua atlit (termasuk atlit Malaysia) akan mendapat insentif tambahan dari sukan Olimpik di Rio. Sebab pingat yang diberikan adalah dibuat daripada perak, tembaga, dan emas 24-karat. So kalau jual satu pingat boleh dapat RM1459.

Selain daripada tu, pemenang pingat juga dapat duit dari pihak Jawatankuasa Olimpik Rio. Pemenang pingat gangsa akan dapat RM40 ribu, Perak dapat RM60 ribu, dan emas RM100 ribu. Banyak siut!

Pingat Olimpik Rio
Pingat Olimpik Rio. Gambar dari universityherald.com

Pastu bila balik Malaysia, kemungkinan atlit Malaysia akan dapat pangkat Datuk macam Datuk Lee Chong Wei. Timbalan Menteri Besar Sarawak , Tan Sri James Jemut Masing telah recommend Pandalela dan juga Jun Hoong untuk terima pangkat yang sama.

So, tak payah study lah, fokus kat sukan je terus!

Olimpik China kids training
Kalau anak korang suka panjat-panjat, hantar je masuk Olimpik. Gambar dari dailymail.co.uk

Takde lah, kitorang memain je. Apa-apa hal study kena utamakan juga. Tapi kan, bagi sesetengah orang, ini merupakan satu isu yang besar. Korang sendiri dah nampak baik buruk main sukan ni. Contoh yang paling dekat lah kita boleh tengok adalah negara China. Dorang terkenal sebagai negara kilang pingat emas kot. Tapi tengoklah training dorang macam mana, sehari 10 jam kot dan tu baru untuk budak-budak tau.

Tapi cara dorang ni ‘sihat’ ke tak sebenarnya? Malah orang negara China pun ragu-ragu dengan cara tu, hardcore gila kot. Ini boleh kata satu dilema moral untuk setiap atlit dan juga mak bapak dorang untuk fikirkan.

Ye memang bukan senang nak jadi atlit ni. Pemain macam Lee Chong Wei, Pandalela, Ju Hoong, dan Nicole David boleh dikatakan sebagai hero negara. Tapi beban tu bukan kat dorang je, malah mak bapak dorang pun telah main peranan penting. Kalau anak kita suka main sukan, apa kata kita try tolong dia. Manalah tau dia boleh jadi sehebat hero negara kita. Boleh dapat pencen seumur hidup dan pangkat Datuk haha.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance