Katanya Dajjal mirip Nabi Isa? Siapa di sebalik nama Aiman Banna

UPDATE 19/9/2019: Nama Aiman Banna naik balik apabila dia menulis bahawa ada hadis sahih yang mengatakan Dajjal mirip Nabi Isa. Perkara ni dah jadi kontroversi sampailah mendapat respon dari Dr. Ustaz Rozaimi Ramle. Menurutnya, hadis sahih yang ada menyatakan Dajjal menyerupai Abdul Uzza Bin Qatan seorang lelaki dari Khuza’ah. Manakala, manusia yang menyerupai Nabi Isa adalah Urwah Bin Mas’ud al-Thaqafi.


Kalau korang perasan sebelum ni, ada timbulnya video viral berkenaan ceramah agama yang disampaikan oleh seorang pendakwah bebas yang dikecam hebat oleh para netizen? Video tersebut hanyalah salah satu keratan keseluruhan ceramah yang disampaikan pendakwah tersebut iaitu video berkenaan Q&A dalam slot tersebut. Menerusi video tersebut, ianya berkaitan Iluminati.

Cat GIF by LookHUMAN - Find & Share on GIPHY

Ni ke Illuminati tu? Imej dari Giphy

Ada pelajar yang tanya kenapa Iluminati tu ada satu mata. Tapi pendakwah ni jawab dengan gaya yang bergurau, dan mungkin tak ada fakta-fakta yang betul. Jadi dari situlah timbulnya berbagai kata-kata yang tak menyenangkan sampai pendakwah ni tampil buat statement kat akaun Instagramnya. Kontroversi dia tak habis sampai situ saja, dia juga dilabel dan dikatakan sebagai syiah. Ada juga video-video dan vlog-vlog dia menerusi ceramah dan dakwah yang disampaikan buatkan orang tak senang dan jadi bahan kutukan. Ni antaranya:

Jadi kali ni SOSCILI nak ceritakan siapa sebenarnya Aiman Banna ni, memandangkan laman media sosial dia, ramai followers, kira macam Instafamous dan Tweetfamous juga lah. Tapi macam mana dia begitu berpengaruh? Jom baca sampai habis.

Haih Aiman Banna… Imej dari Gif-finder

Kehidupan remajanya mengimbau kisah silam

Imej dari Yong is Talking

Kalau kita taip je nama Aiman Banna kat Google, confirm keluar banyak list ceramah-ceramah dan dakwah-dakwah dia. Tapi apa yang kita perlu tahu sekarang bagaimana permulaan hidup dia? Dia ni dari mana sebenarnya?

Rupanya Aiman Banna ni hanyalah nama glamour dan samaran dia je. Nama sebenar dia Mujahid Aiman bin Rumawi dan umur dia baru 23 tahun. Dia gunakan nama dia sebagai Aiman, dan Banna tu pula inspirasi daripada tokoh ilmuan Islam, Hassan Al-Banna. Hassan Al-Banna ni pendakwah Islam pada zaman dulu yang seawal 23 tahun dah wujudkan gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin dan diterima ramai di seluruh dunia.

Boleh beza kan Hassan Al-Banna dengan Aiman Banna? Imej dari penulis

Mesti tak sangka kan pendakwah yang selalu sebarkan kebaikan pun ada kisah silam dia. Korang mesti pernahkan waktu zaman sekolah selalu memberontak sana sini? Buat masalah sampai mak ayah pun pening. Ala biasa lah BBNU (Budak Baru Nak Up) lah katakan. Macam apa yang Aiman pernah ceritakan dulu, dia pernah lari rumah sebab memberontak dengan ayah dia.

Aiman cerita kat Twitter dia, dulu waktu zaman dia muda-muda, dia pernah lari rumah sampai berbulan. Sebab apa ye agak-agak? Okay macam ni, dulu waktu dia sekolah, dia ni bukanlah jenis pelajar cemerlang. Akademik dia merosot dan banyak masalah disiplin. Sampai satu tahap, dia tak tahan. Jadi dia buat keputusan sendiri nak berhenti sekolah.

Lepas tu bila ayah dia dapat tahu, ayah dia marah lah sampai halau dia dari rumah. Dia yang waktu tu ego, biasalah kan darah muda, betul-betul tekad lari rumah dan ditambah dengan merajuk. Dan waktu tu ayah dengan emak dia sampai tak mengaku dia anak. 

“Cikgu-cikgu mula untuk tidak suka kerana selalu tidur dalam kelas, ponteng kelas, lompat pagar, terlibat kes couple dan akademik tak perform. Saya tak tahan dan akhirnya berhenti. Setelah abah dapat tahu saya berhenti, terus abah halau dan tak benarkan saya jejak kaki balik rumah” – Aiman Banna, akaun Twitternya.sumber dari

Tapi sekarang Aiman dah okay dan bahagia dengan keluarga tercinta.

Aiman dengan isteri dan anak-anak dia. Imej dari Instagram @aimaanbanna

Dikecam kerana kahwin muda

Mula dia jadi ramai pengikut dan jadi berpengaruh dalam kalangan remaja khususnya disebabkan video dan penulisan dia dalam pengalaman Aiman berkahwin muda. Dari situlah dia dah start ramai pengikut dan jadi antara orang yang berpengaruh.

Dia berkahwin semuda 19 tahun, dan isteri dia namanya Hani Nabilah waktu tu baru umur 18 tahun. Aiman juga ada bagitahu, waktu dia kahwin tu memang hidup dia susah, tapi dia percaya Allah akan bagi dia rezeki. Dan sekarang, tengoklah dia macam mana kan. Maju dan berjaya. Aiman juga sebenarnya dibesarkan dalam golongan pendidik. Darah tu menurun kat dia, jadi dia pun sampaikan ilmu juga.

Waktu majlis perkahwinan Aiman, 26/12/2015. Imej dari akaun Twitter @aimaanbanna

Sebenarnya, orang ramai follow Aiman sebab nak tahu kehidupan dia ni start daripada dia kahwin muda tu lah dan orang pun ada yang kecam juga. Dia pun banyak bagi ceramah tentang cinta dalam Islam, dan dari benda-benda macam tu lah dia start disebut ramai. Ditambah pula, dengan cara dan topik dakwah dia kadang-kadang agak hangat sikit tapi tak sehangat tahi ayam.

Lagi satu, salah satu sebab dia terkenal juga sebab muka dan rupa Aiman ni ada iras-iras pelakon popular Korea, Lee Min Ho tau, jadi orang terus panggil dia sebagai Ustaz Minho. Cuba korang perhati betul-betul. Sama ke tak.

Sama ke tak agaknya ye? Imej dari Instagram @aimaanbanna

Umur 18 dah jadi pengarah urusan, buat komik puji diri sendiri

Sebenarnya, dakwah Aiman ni memang kebanyakannya tertumpu kepada generasi remaja dan golongan muda. Sebab cara penyampaian mesej menerusi dakwah dia dalam bentuk santai, jenaka dan mesej yang ringan.

Semuda 18 tahun lagi dia dah berjaya jadi Pengarah Urusan syarikat dia sendiri, iaitu Inspirasee International Sdn Bhd yang syarikat tu sendiri berbentuk urusan dakwah. Syarikat yang dia uruskan tu menyediakan servis seminar dan kursus untuk anak muda. Macam bagi pendedahan untuk anak muda dalam menceburi bidang penulisan, penerbitan buku, hasilkan video korporat dan juga kerjaya yang berkaitan dengan dakwah.

Imej dari Facebook Aiman Banna

Aiman Banna ni sebenarnya dah banyak bagi ceramah dalam bentuk dakwah dan motivasi dekat banyak institut dan berjaya tawan lebih 300 institut di sekitar Asia untuk sampaikan ceramah dan dakwah dia. Aiman Banna ni banyak disenangi para remaja dan anak muda sebab dakwah dia tu ringan, kanak-kanak senang nak digest mesej tu lagi-lagi dia ni suka melawak.

Dia start jadi berpengaruh sebab dia aktif dalam penulisan blog. Dulu dia banyak hasilkan dakwah dalam bentuk penulisan dalam blog dia, inchekopiah.blogspot.com. Bila dah ramai pengikut dan pembaca setia, dia mula keluarkan buku dia yang pertama iaitu #Henshin from Jahiliah To Jannah. Buku tu jadi bestseller tau, kira-kira 40,000 buku terjual dan sampai 6 kali diterbitkan.

“Dan hari ini mengapa saya perlu buat semua benda ini, menulis buku, beri ceramah, kahwin awal … bagi saya benda ini saya lakukan kerana saya ingin tunjuk pada dunia bahawa anak muda ada potensi mereka dan jangan sekat” – Aiman Banna, sumber dari BH Online.

Ada lebih 20 buku yang dia dah terbitkan. Tapi cerita pasal buku Aiman ni tak habis sampai sini je, ada juga kontroversi. Ada satu buku dia yang tajuknya Suamiku Dajjal tu dikecam teruk sebab tajuk buku tu macam …. Tak kena mungkin? Tapi sebenarnya cerita dan mesej dalam buku tu cuma berceritakan tentang cinta Islamik je. Takde kaitan pun dengan Dajjal.

Hanya rekaan semata-mata. Gambar sebenar boleh klik. Imej dari penulis

UPDATE 13/3/2019: Aiman Banna jugak ada terbitkan dan buat satu buku bersiri yang bermula dari siri #Henshin tu. Tapi siri #Henshin yang ke-tiga (Henshin 3 Peluang Ketiga), buku tu diterbitkan dalam bentuk komik sekali dengan puisi dan ada lah jugak tarbiah dan motivasi keagamaan dia.

Dalam buku tu, komik tu berbentuk santai tapi… komik tu kalau sekali orang baca nampak macam Aiman ni puji diri sendiri sebab dia banyak buat “pick-up line” yang karakter dalam komik tu sebenarnya diaaa.

Tapi sebenarnya buku tu memang mengisahkan tentang kehidupan dia. Melalui buku tu, apa yang Aiman cuba sampaikan dan lakukan adalah untuk mengetengahkan nilai-nilai keagamaan yang setiap orang pasti akan dilanda ujian dan cobaan dari Allah serta orang takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Tu lah sebenarnya yang dia nak sampaikan dalam komik yang berbentuk santai tu. Jangan main-main tau buku tu best seller!

Ni la yang orang cakap syok sendiri tu. Imej dari Twitter @_Khuzrin_

Pusat pengajiannya tiada pengiktirafan dan digam dari beri ceramah?

Dan paling latest, ada pihak yang menyatakan pusat pengajiannya tiada pengiktirafan. Ada juga yang kata macam ragu-ragu dengan latar belakang pendidikan Aiman ni. Sampai ada yang buat report kat Jabatan Agama. Tapi berdasarkan latar belakang dia, sijil dia semua, pentauliahan dia diiktiraf je. Hmm macam mana tu ye.

Ada yang tak penat kecam. Imej dari Twitter

Kalau kita rujuk dan kaji semula, sebenarnya dari aspek pentauliahan ni, setiap negeri berbeza. Setiap negeri ada penetapan syarat pentauliahan agama dia macam mana. Kalau nak kata Aiman Banna takda tauliah agama, mesti dah ada tindakan yang dikenakan. Tapi ni sebaliknya.

Berbalik semula dalam isu video viral dia tu, dia juga ada ditegur pendakwah lain. Ada yang cakap kalau tidak tahu, jangan mereka-reka cerita. Dan lepas daripada kena viral dan dituduh macam-macam, Aiman Banna terus buat statement dan jernihkan semula keadaan.

“Sebenarnya konteks dan nada Q&A tu cuma berjenaka sahaja sebab bila kita tengok semula soalan tu, nampak macam tidak serius. Jadi saya pun jawablah semula dengan nada yang berjenaka. Tapi orang tak tengok lagi keseluruhan ceramah saya” – Aiman Banna sumber dari Instagramnya.

Daripada isu video viral tu, Aiman Banna terus banyak terima kecaman. Dan ada satu kes ni, jemputan ceramah dia di satu institusi ditarik balik dan dia dituduh syiah. Macam-macam jadi. Lepas daripada itu, dia juga dikatakan tidak dibenarkan dari bagi ceramah agama di pusat-pusat pengajian MARA.

Sebelum tu memang ramai orang tak senang dengan Aiman ni sebab cara mesej yang disampaikan melalui ceramah dia tu kadang-kadang agak melampau. Tapi sebenarnya Aiman ni kan banyak attract golongan muda sebab cara pendekatan dakwah dia tu kena dengan citarasa anak muda. Dia banyak melawak dari nak sampaikan mesej sebenar dan selalu selitkan lawak dalam ceramah dia dan sebab tu orang rasa ceramah dia takda mesej pun.

“Aiman Banna ni bukan tak bagus, bagus je dia ni, pendekatan dakwah dia kena dengan citarasa anak muda, cuma dalam mesej dia, lebih banyak unsur lawak dari mesej dakwah tu sendiri. Itu punca sesetengah orang tak puas hati.

Dia terlalu banyak selitkan unsur lawak dalam ceramah dia, sampai orang rasa ceramah dia kosong. Dan lagi satu, orang Melayu kita ni mereka akan tengok background of study, sayangnya, Aiman Banna ni, background of study dia tak kukuh sebab dia berhenti banyak kali uni” – Mad Fazwan, follower Aiman Banna ketika dihubungi SOSCILI

Ada sampai satu tahap tu, Aiman berhenti aktif dalam semua media sosial sebab kena cyber-bully dari netizen dan dia alami depresi. Nasib baik tak teruk. Dan lepas dia bagitahu dia depresi tu, dia ada bagi ayat-ayat yang boleh sentapkan pembaca lah. Mungkin sebab dah tak tahan sangat.

Imej dari Instagram @aimaanbanna

Dia selalu akhirkan post dia di laman sosial dengan memaafkan orang dan mengaku kesilapan dia. Dan dia sendiri mengaku dia memang akan teruskan dakwah sebab itu lah jalan yang mulia untuk menyampaikan kebaikan.

Tetap akan kekal dalam usaha dakwah dan lihat apa respon pihak berwajib

Lepas dah banyak isu yang timbul ni, Aiman Banna ada bagitahu yang dia memang tekad nak berdakwah je. Dan sepatutnya baru-baru ni dia kena pergi sampaikan ceramah kat sebuah institusi peringkat sekolah ni, tapi sebab dah timbulnya kes viral macam tu pihak pengurusan institusi tersebut batalkan jemputan ceramah tu.

Tapi memandangkan dah ada yang report pasal dia dekat Jabatan Agama, jadi kita tunggu jelah apa respon pihak Jabatan Agama. Kita sebagai orang awam memang berhak untuk mempersoalkan pentauliahan seseorang tu kerana ia memang peraturan yang wajib dipatuhi.

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)