Makan limau mandarin boleh sebabkan sakit tekak? Kitorang beritahu sebabnya

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Apabila Tahun Baru Cina ni, mesti korang akan terfikir makanankan? Tapi ada jugak benda-benda lain macam angpao, keluarga, main mahjong, iklan Najib, dan baju merah ada di merata-rata tempat. Tapi, apa yang paling kita tunggu-tunggu adalah makanan!

Dah ready nak makan? Imej dari Discover SG

Kalau korang tengok makanan yang ada masa Tahun Baru Cina – bermula dari biskut, kacang tanah, sehinggalah daging panggang, makanan-makanan ni biasanya akan dikategorikan sebagai ‘makanan panas’ atau makanan ‘yeet hei’. Kalau dimakan terlalu banyak mesti akan rasa macam mabuk lepas Tahun Baru Cina, sakit tekak dan batuk. Tapi ada jugak satu lagi makanan lain yang biasanya orang fikir tak beri apa-apa kesan – limau mandarin.

Penulis asal artikel ni dari CILISOS rupa-rupanya kaki limau mandarin juga, dia kata…

Dia dapati kalau makan banyak sangat limau mandarin boleh sebabkan sakit tekak

Penulis asal artikel ni dah elakkan makan limau mandarin sejak beberapa tahun lepas, tapi ada je orang kat CILISOS pernah sakit sebab makan limau mandarin banyak sangat. Bila korang lepak dengan keluarga yang lama tak jumpa, korang biasanya akan ambik limau dan makan secara spontan. Sebab tu selalunya kita tak tahu berapa banyak limau yang dihabiskan.

Bukan setakat kitorang je cakap macam ni, ada jugak blog kesihatan yang perasan limau mandarin ni sebabkan sakit tekak.

“Biasanya limau mandarin atau “kam” boleh didapati semasa Tahun Baru Cina- pada masa selain daripada Tahun Baru Cina, hanya versi yang lebih kecil dijual.

Walaubagaimanapun, selama bertahun-tahun saya dapati beberapa orang mengalami rasa terganggu pada tekak dan gatal selepas memakan limau mandarin,” – Yin Teing, blogger kesihatan, dipetik dari Blog Kesihatan

Hmmm…tapi limau sedap. Huhu. Imej dari Think Fresh

Selaku pemenang anugerah Pulitzer, #gurauje – kitorang tengok dan siasat apa sebenarnya yang sebabkan benda ni terjadi. Dan salah satu sebab benda ni berlaku adalah bahan pengawet yang ada pada limau mandarin tu – sulphur oxide.

Blog kesihatan yang sama perasan sakit tekak sebab makan banyak sangat limau mandarin boleh disebabkan bahan pengawet yang ada pada limau tu. Kitorang buatlah kajian sikit, dan akhirnya dapati limau mandarin berkemungkinan diawet gunakan sulphur dioxide. Beza sikit dengan buahan-buahan yang gunakan lapisan nipis lilin kat kulit buah sebagai pengawet.

Sulphur dioxide ni boleh datangkan bahaya dalam jumlah yang banyak

Penggunaan sulphur dalam limau mandarin ni pernah viral kat media sosial beberapa tahun lepas.

Chong cheng chong cheng. Kami tak faham. Imej dari Lowyat Forum

Benda ni sebabkan keresahan bukan setakat di Malaysia je, tapi dah jadi isu serantau. Kerajaan Singapura perlu buat kenyataan untuk jernihkan keadaan, diorang kata – limau mandarin yang dijual kat negara diorang memang ada sulphur dioxice, tapi dalam jumlah yang selamat untuk dimakan. Agri-Food and Veterinary Authority of Singapore (AVA) kata sulphur dioxide dibenarkan untuk buah-buahan yang segar dan belum dikupas – termasuklah limau mandarin.

“Keselamatan penggunaannya telah disahkan oleh Jawatankuasa Pakar Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu (FAO) / Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Makanan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Aditif Makanan, sebuah panel saintifik antarabangsa,” – Agri-Makanan dan Autoriti Veterinar Singapura pada 2017, dipetik dari Straits  Times

Boleh ke kita lakukan pembedahan kat buah-buahan? Imej dari Giphy

Mungkin benda ni jadi sebab perangai kiasu dan nak buah-buahan diorang nampak segarkan? Pihak autoriti Malaysia pun ada bagi kenyataan – diorang kata limau mandarin yang dijual kat sini takde sulphur dioxide. Diorang cakap macam ni berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dari tahun 2015 sehingga 2016.

Lepas tu, Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada beritahu yang sulphur dioxide dibenarkan sebagai pengawet makanan asalkan ia tak lebih daripada 30mg/kg dan ada label yang katakan buah-buahan ni ada sulphur dioxide.

“Sulfur dioksida telah dianalisis dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu. Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan pada tahap yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan sesak nafas pada orang yang sensitif terhadap gas semasa dihirup atau ditelan,” – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2017, dipetik dari Malay Mail

Takpelah limau buruk, yang penting takde sulphur dioxide. Imej dari CILISOS

Okay, sekarang kita dah tahu yang limau mandarin ni mungkin ada sulphur dioxide (tengok label ah), tapi apa pasal gas ni bagi kesan yang buruk pada kita? Nampaknya kalau korang ambik atau menghirup terlampau banyak sulphur dioxide, korang boleh dapat sakit tekak, sesak nafas, sesak dada, dan masalah pernafasan. Benda ni lebih teruk kalau korang ada asma.

Walaupun limau mandarin yang biasa takde sulphur dioxide dan tak sebabkan sakit tekak dan batuk, korang mungkin nak elakkan makan buah tu jugak. Sebabnya…

Korang patut elakkan buah-buahan sitrus kalau korang tengah sakit tekak

Macam yang korang dah tahu, selalunya mak korang akan bawak buah-buahan lepas makan malam kat bilik korang sebagai simbol dia sayang kat korang. Tapi korang mungkin nak elakkan makan limau mandarin atau apa-apa je bentuk limau.

Untuk sesetengah buah macam durian, ia memang terkenal untuk datangkan sakit tekak, tapi limau biasa pun boleh sebabkan benda tu. Benda ni terjadi sebab – walaupun vitamin C yang ada kat buat ni baik untuk korang, asid asitrik yang ada dalam buah ni mungkin akan datangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Seorang doktor yang pakar bab-bab ni, Michael Kapler kata – kalau korang sakit tekak, elakkan makanan yang berasid.

“Jangan terukkan tekak anda dengan cecair asid! Elakkan jus oren (ya, jus oren!), Sitrus, nenas, minuman cola, atau apa-apa cecair yang bersifat berasid, sehingga tekak anda bebas dari rasa sakit, “- Dr Kapler, seperti yang dipetik dari website peribadinya

Untuk kekalkan kesihatan korang sempena Tahun Baru Cina ni, ingat baik-baik; makanlah dengan sederhana. Korang boleh je makan tart nanas dan minum soda, asalkan korang tak terlebih makan. Dan kalau korang ada asma, jangan makan banyak sangat limau lah eh.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka