- 315Share sekarang!
- Email3
- Facebook312
- Share
(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Pada tahun 2014, Tengku Adnan yang masa tu jadi Menteri Wilayah Persekutuan buat keputusan untuk haramkan pemberian makanan percuma untuk gelandangan dalam kawasan 3KM dari Golden Triangle. Benda ni buat orang ramai naik angin – apasal pulak tak boleh bagi makanan dekat gelandangan? Benda baik kot, bagi makanan kat orang yang memerlukan.
So kali ni – member kitorang jadi spy macam James Bond 007. Cuma dia tak buat misi yang libatkan kententeraan, misi dia simple – jadi pengemis untuk tengok macam mana kehidupan diorang. Nama member kitorang ni Khalil – korang rasa Khalil berjaya tak laksanakan misi ni?
Khalil pilih kawasan Masjid Jamek sebagai lokasi undercover sebab faktor keselamatan. Dia dapat amaran supaya tak mengemis kat kawasan Cahaya Suria sebab ada member dia hampir kena tikam oleh gelandangan kat sana…
1. Ramadan adalah bulan syurga untuk pengemis
Bulan Ramadan lambat lagi nak datang, tapi mestilah korang tahu bulan ni adalah bulan keampunan dan orang Islam kena berpuasa. Kalau korang nak tahu jugak – bulan Ramadan ni adalah bulan syurga untuk pengemis, sebab umat Islam akan nak kejar pahala. Lagipun bayar zakat dan beri sedekah adalah amalan penting untuk orang Islam. Kumpulan pengemis tahu benda ni.
“Mereka datang untuk mengemis tanpa mengira kaum atau agama,” – Setiausaha Masjid India, Ebrahim Mohideen beritahu CILISOS
Member kitorang terkejut bila dia tengok pengemis berbangsa Cina datang mintak sedekah bila orang Islam habis solat Jumaat. Pengemis Cina tu buat macam tu sebab diorang tahu mengemis kat luar masjid lepas solat Jumaat akan beri keuntungan. Ada laporan yang kata diorang boleh dapat RM8,000 sebulan ohh. Sebab tu pengemis yang ada kat Masjid Jamek berbilang bangsa, 1 Malaysia.
Kalau difikirkan elok-elok, macam tak logik ada pengemis selain beragama Islam mengemis kat depan Masjid. Masjid kot. Tapi macam tulah yang berlaku kat Masjid Jamek, tanpa mengira bangsa dan agama, diorang mintak sedekah kat sana. Khalil ada jugak cakap – ada sesetengah pengemis ni guna pakaian yang tak ikut etika pakaian masuk masjid.
2. Korang rasa siapa yang bagi derma yang paling banyak?
Cuba teka. Eh tutuplah mata tu – supaya tak terbaca ayat seterusnya. Jawapan kepada soalan tu adalah – PEKERJA ASING. Mungkin korang terkejut – tapi itulah hakikat bila Khalil pergi jadi James Bond. Diorang ni selalunya korang cuma perasan kalau naik bas yang crowded, tak pun masa kat shopping mall. Senang cerita – kebanyakan orang pandang rendah dengan pekerja asing.
Diorang ni lah yang kerja kat sektor-sektor yang orang tempatan tak sanggup nak kerja – macam kerja angkat batu-batu kat bangunan. Diorang ni jugak selalunya akan dapat gaji yang minima atau lebih rendah daripada jumlah tu. Macam-macam sebutan gak diorang dapat – bangla, pendatang etc. Sepatutnya diorang ni dihormati macam manusia-manusia lain kat muka bumi ni. Sekian khutbah Jumaat untuk hari ni.
Pemerhatian ni padan dengan kutipan ejen 007 kitorang, pada hari dia menyamar jadi pengemis ni – dia dapat RM13. Kebanyakan orang yang bagi dia duit adalah pekerja asing. Cuma mungkin ada penjelasan yang masuk akal sebab benda ni. Kalau ikut Setiausaha Masjid India, Ebrahim Mohideen – diorang takde zakat sebab jadi perantau, so diorang bagi ‘zakat’ direct kepada orang miskin.
3. Diorang tak kerja seorang-seorang
Kitorang percaya korang mesti pernah dengar pasal sindiket peminta sedekah. Pernah ada kes sendiket macam ni guna orang Cina OKU untuk raih simpati, dan ada yang sampai level guna budak-budak untuk minta sedekah. Masa ejen 007 kitorang buat penyamaran, dia sedar yang kumpulan pengemis ni bergerak dalam keadaan yang tersusun. Macam ada je yang rancang pergerakan diorang.
Masa ejen 007 kitorang kali pertama menyamar, geng-geng ni usir ejen kami dan kata tempat tu kawasan diorang.
Ini modus operandi diorang: Diorang akan kenal pasti orang yang baik dan akan minta sedekah kat pagar masjid. Lepas tu diorang akan ‘mark’ orang tu untuk dikejar oleh peminta sedekah yang lain.
“Masalah terbesar yang kami hadapi adalah mereka (pengemis) berkumpul kat pintu masuk. Mereka berasak-asak di hadapan pintu gerbang, mengejar wang. Mereka juga berebut untuk mendapatkan wang.”- Setiausaha Masjid India, Ebrahim Mohideen, dipetik dari CILISOS
4. Lain orang akan dapat jumlah derma yang berbeza
Masa untuk sekali lagi korang teka – pengemis yang jenis macam mana korang rasa akan dapat duit sedekah terbanyak? Ambik masa, fikir dulu, nanti kitorang beritahu. Selalunya, pengemis perempuan akan dapat duit yang lebih yang banyak berbanding lelaki. Bunyinya mungkin seksis – tapi inilah yang berlaku. Kawan seperjuangan ejen 007 lelaki takde yang dapat lebih dari RM13, tapi untuk spy perempuan, diorang dapat tiga kali ganda.
So berbalik pada soalan kitorang, pengemis mana yang akan dapat paling banyak duit? Jawapan kepada soalan tu adalah – perempuan + bawak bayi. Dari pemerhatian ejen kitorang, perempuan yang bawak anak kecil atau bayi akan dapat duit yang lebih banyak. Ada jugak yang bawak lelaki guna kerusi roda, kemudian diorang akan jual tisu.
5. Setiap peminta sedekah ada sebab tersendiri diorang jadi macam tu
Ramai yang fikir geng-geng pengemis ni sengaja nak mengemis sebab diorang nak dapat duit dengan mudah. Kalau ikut ejen kitorang yang menyamar kat Masjid Jamek, tak semua pengemis meminta-meminta sebab diorang nak dapat duit dengan mudah. Ejen rahsia kitorang ada borak dengan Hani (bukan nama sebenar) untuk tanya sebab apa dia mengemis.
Hani ni pengemis perempuan yang guna kerusi roda dalam lingkungan umur 50 tahun. Dia beritahu ejen kitorang yang dia terpaksa buat benda ni. Dia asalnya dari Ipoh tapi kat sana keluarga dia tak mampu untuk tanggung dia. Akhirnya dia pindah ke KL. Kat KL nak cari kerja tak dapat, end uplah mengemis macam sekarang.
Bila ejen kitorang tanya pasal anak-anak dia, dia kata – tak akan pulang lagi ke pangkuan anak-anak. Kes orang tua dibuang oleh anak-anak sampai diorang terpaksa jadi pengemis ni bukanlah benda baru. Dah selalu sangat kita dengar. Kebanyakan pengemis yang ada kat KL ni ada cerita diorang yang tersendiri, selalunya cerita yang menyedihkan.
Punyalah baik orang Malaysia ni sampai ada mentaliti – tak apalah, asalkan pengemis ni tak kacau orang, awat nak kacau diorang? Itulah yang dapat diperhatikan oleh ejen kitorang. Tiba-tiba datang seorang mamat Pakistan ni pergi marah ejen kitorang sebab dia mengemis. Kata mamat tu – kau ni sempurna dan ada tenaga untuk kerja, apasal nak mintak-mintak sedekah? Kasihan kat ejen 007 kitorang.
Kerajaan Norway pernah nak jadikan minta sedekah sebagai jenayah
Mesti korang terfikirkan, apa agaknya cara penyelesaian terbaik untuk selesaikan benda ni? Sebenarnya aktiviti minta sedekah ni bukan berlaku kat Malaysia je, tapi kat serata dunia. Dulu Norway pernah nak jadikan aktiviti minta sedekah ni sebagai jenayah, tapi tindakan tu kena kecam. Ada jugak negara yang cuba cara lain macam beri nasihat dan mintak orang ramai menderma pada badan kebajikan.
Bunyi penyelesaian ni macam sedap, tapi ia tetap tak settle-kan masalah pengemis. Mungkin sebab inilah Ku Nan masa jadi menteri datang dengan idea yang nampak kejam. Masalahnya, kita pun selalu nampak diorang ni macam sampah – kita selalu cakap diorang adalah ‘sampah masyarakat’. So benda ni sulitkan lagi keadaan, siapa nak fikir pasal sampahkan?
Macam tulah cerita ejen 007 kitorang. Korang rasa apa cara terbaik yang boleh kerajaan ambik untuk selesaikan isu ni? Mesti kerajaan pun tengah pening kepala, sebabnya kalau nak tegas sangat, nanti dikata kejam. Tapi kalau diorang berlembut sangat, makin menjadi-jadi pulak isu pengemis ni…
- 315Share sekarang!
- Email3
- Facebook312
- Share