Jenayah & Undang-undang

Undang-undang Malaysia nak penjarakan orang yang cuba bunuh diri. Tapi apa sebenarnya berlaku kemudian?

(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Mesti korang dah dengar pasal cubaan bunuh diri di Suria KLCC minggu lepas. Tapi apa yang berlaku sebenarnya? Kisahnya, seorang lelaki yang berumur 49 tahun didakwa mempunyai masalah kesihatan mental tu sebenarnya nak berjumpa dengan MP Kepong, Lim Lip Eng untuk minta tolong dia buat laporan polis.

Tapi nampaknya Lim ada meeting dan tak boleh bantu dia, dan dia akhirnya ditemui di Suria KLCC. Dengan berdiri di tebing, dia menceritakan beberapa kesusahan yang dialaminya dalam hidup, yang kesemuanya agak bercampur baur. Polis kemudiannya mengalihkan perhatiannya, membolehkan pihak bomba menyelamatkannya dengan menarik mangsa ke tempat yang selamat.

Trigger warning: Jangan tengok kalau fikiran mudah terganggu

https://twitter.com/sfezrn/status/1066261272587460608?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1066261272587460608&ref_url=https%3A%2F%2Fcilisos.my%2Fmalaysian-law-jails-people-who-attempt-suicide-but-is-that-what-happens-in-real-life%2F

Situasi macam ni mungkin membuatkan korang terfikir: Apa yang jadi kepada seseorang yang cuba untuk bunuh diri, tapi gagal?

Undang-undang mengatakan yang korang mungkin dipenjara, didenda atau kedua-duanya sekali

Benda pertama yang kita akan tengok bila berlakunya perkara sebegini adalah undang-undang di Malaysia sendiri. Tapi secara khasnya, kita kena tengok Seksyen 309 Kanun Keseksaan, untuk cubaan bunuh diri.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Screenshot dari Kanun Keseksaan

Jadi kalau seseorang tu cuba untuk bunuh diri tapi gagal, dia boleh dipenjarakan selama setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Mungkin untuk menjatuhkan hukuman terhadap seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental bunyinya agak kejam, tapi sebenarnya ada penjelasan kenapa undang-undang Malaysia macam tu.

Singapura pula nampaknya ada kanun yang sama – Seksyen 309 Kanun Keseksaan Singapura mengatakan bahawa cubaan bunuh diri membawa hukuman denda, sehingga satu tahun penjara atau kedua-duanya. Secara kebetulan, sementara kita mendapat undang-undang ini dari British, Singapura sendiri telah memindanya lebih daripada lima dekad lalu.

Rakyat Malaysia dan Singapura cuba menjelaskan persamaan dalam undang-undang mereka. Gif dari giphy

Undang-undang yang pertama kali digubal pada abad ke-19 ni tercipta sebab pada zaman dulu, mereka percaya dengan menjadikan bunuh diri sebagai sebuah jenayah, ia akan menghalang pelaku dari melakukannya. Tapi nampaknya ia tak berjaya pun daripada menghentikan pelakuan tu, malah bilangan mangsa yang nak bunuh diri nampaknya semakin ramai, terutamanya dalam kalangan orang muda di Malaysia.

“Walaupun bunuh diri lebih kerap berlaku di kalangan orang tua di kebanyakan negara di dunia, penyelidikan menunjukkan bahawa bunuh diri adalah punca utama kedua kematian bagi remaja di antara umur 15 dan 29 di Malaysia,” – Ardy Ayadali dari Befrienders KL, dipetik dari New Straits Times pada 2017

Dan tak semua mangsa yang cuba untuk bunuh diri ni berjaya, contohnya macam kes di Suria KLCC baru-baru ni. Dan disebabkan undang-undang mengatakan yang bunuh diri adalah sebuah jenayah, maksudnya mangsa akan dipenjarakan atau membayar denda la, kan?

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tak juga sebenarnya.

Kes percubaan bunuh diri biasanya takkan dihadapkan ke mahkamah

Ok, mungkin dalam perenggan yang sebelum ni kita asyik cakap pasal undang-undang pasal bunuh diri, tapi nampaknya ia berbeza sikit dengan apa yang berlaku sekarang sebenarnya. 

Rupa-rupanya, kebanyakan kes bunuh diri selalunya takkan diambil tindakan lanjut, atau ‘No Further Action’ (NFA) oleh sama ada polis atau Jabatan Peguam Negara secara kes demi kes, dan bergantung kepada kes. Dan memandangkan mangsa yang mempunyai cubaan bunuh diri ni sebenarnya tak stabil dari segi emosi dan mental, kenyataan NFA tu bermakna mereka tak dijatuhkan hukuman dengan Seksyen 309 memandangkan mereka sendiri mempunyai masalah yang membuatkan mereka nak buat apa yang tak sepatutnya mereka lakukan.

“Percubaan bunuh diri adalah kesalahan jenayah…Tetapi jika anda bertanya kepada saya sama ada kes-kes seperti itu telah diadili di mahkamah, kami (polis) tidak akan mengesyorkan kes-kes dibawa ke mahkamah dan kami cadangkan NFA supaya tidak menambah tekanan kepada tertuduh…, “- DSP Yazrie Ismail, pegawai Unit Perisikan dan Jenayah Pusat Polis Negeri Sabah, seperti yang dipetik dari Daily Express

Tambahan pula, Yazrie menyatakan yang polis biasanya mencadangkan NFA sebab mangsa yang cuba bunuh diri akan dengan jelas menunjukkan tanda-tanda mental tak stabil. Malah ia  akan menambah bebanan yang mereka hadapi kalau dikenakan hukuman oleh mahkamah yang mana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan mental dan psikologi mereka.

Tapi, kita tak kata la yang semua mangsa terlepas daripada hukuman di mahkamah. Kalau korang Google, ada banyak berita di mana mangsa didenda dan dipenjarakan disebabkan cubaan bunuh diri ni. 

Pada tahun 2014 contohnya, seorang lelaki yang baring di rel LRT untuk cubaan bunuh diri dijatuhi hukuman enam hari penjara dan didenda lebih RM1,000. Dan pada tahun 2017, seorang penganggur perempuan didenda RM2,000 dan penjara 3 bulan kerana mengelar pergelangan tangannya. Dan kisah paling menyedihkan adalah bekas tahanan penjara, yang didenda RM1,000 selepas cuba membunuh diri di stesen monorel Tun Sambanthan selepas dibebaskan dari penjara tahun lepas.

“Saya baru keluar dari penjara… Saya berasa tertekan dengan persepsi masyarakat dan keluarga tentang diri saya dan akhirnya memutuskan untuk membunuh diri, tapi sekarang saya benar-benar menyesali tindakan saya.

Saya berharap mahkamah boleh memberi saya peluang untuk menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain, dan biarlah 10 tahun penjara dan 10 sebatan yang dikenakan ke atas saya sebelum ini cukup menjadi pengajaran kepada saya, “- bekas tahanan penjara, dipetik dari The Star

Stesen monorail Tun Sambanthan. Imej dari KLIA2

Dan nampaknya, ada yang berjuang untuk mengharamkan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah

Dan baru-baru ni, nampaknya seksyen 309 ni nampaknya menjadi tajuk berita balik pada bulan Ogos, di mana Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan pendapatnya tentang undang-undang ni. Hannah melabelkannya sebagai kuno dan meminta Seksyen 309 untuk dikaji semula, sebab ia sebenarnya tak membantu pun mana-mana mangsa dalam mencegah percubaan bunuh diri.

“(Saya mengatakan) ‘tidak’ untuk menjadikan percubaan bunuh diri ni sebagai satu jenayah buat masa ini, melainkan percubaannya menyebabkan kecederaan kepada orang lain,” – Hannah Yeoh, seperti yang dipetik dari New Straits Times

Hannah Yeoh. Imej dari Berita Daily

Dan nampaknya kenyataan Hannah tentang Seksyen 309 tu semakin diambil serius sekarang ni terutamanya dengan kes cubaan bunuh diri di Suria KLCC. Victor Tan, Timbalan Pengerusi Befrienders KL juga menekankan di mana Seksyen 309 bukan je tak menghalang percubaan bunuh diri, malah ia boleh menyebabkan mangsa menjadi lebih nekad untuk memastikan percubaan mereka berjaya bagi mengelak daripada dihukum.

Sementara tu Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menjelaskan kepada kerajaan yang mangsa dengan cubaan membunuh diri mempunyai masalah kesihatan mental, dan bukannya penjenayah. Dalam kes ni, tiada siapa pun yang harus melalui kesakitan di mana orang yang kita kenal cuba untuk mengambil nyawa sendiri.

Harapnya, kita rakyat Malaysia boleh memandang perkara ni sebagai sebuah perbualan sihat di mana ia akan memberi kesan terhadap kita semua sedar atau tak.

Bagi korang yang mengalami tekanan perasaan sampai ada perasaan untuk ambil nyawa sendiri, kitorang harap korang hubungilah Befrienders di talian 03-79568145. Korang juga boleh hantar emel kepada [email protected] kalau lebih selesa.

Jangan malu minta pertolongan, jumpalah pakar

Kalau nak pergi jumpa pakar psikatri (untuk mendapatkan diagnosis atau ubat-ubatan):

Kalau nak pergi jumpa pakar psikologi/ahli terapi (untuk khidmat kaunseling macam mana nak hadapi masalah)

Kita boleh bantu dan kita boleh ubah. Imej dari MyHealth.

Kalau nak pergi ke pusat yang menyediakan aktiviti dan khidmat pemulihan, juga kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai mental illness.

Sekali lagi, kitorang harap yang korang jangan malu untuk minta pertolongan sebab kesihatan mental ni bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Carilah professional help sebab dari situ, korang boleh discover masalah dan fikir penyelesaiannya sebab setiap ujian akan ada jalan keluarnya.

Ingat, suicide is never an option, ok?

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend