- 887Share sekarang!
- Email7
- Facebook880
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Minggu ni, ada sebuah berita yang agak menggemparkan di mana sebuah Peralatan Radiografi Perindustrian yang mengandungi bahan-bahan radioaktif didapati hilang sejak minggu lepas. Jadi, polis dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) sekarang ni risau kalau-kalau bahan radioaktif tu akan digunakan untuk membuat bahan letupan!
In case korang tak sempat baca sebab sibuk dengan persiapan Raya Haji, ni ha kitorang bagitau kronologi kes tu:
Wehhhh, jadi macam mana kalau Malaysia diletupkan? Adakah mereka yang hidup masih boleh meneruskan hidup di tanah bernuklear ni?
Bom kotor ni TAK SAMA macam bom nuklear dan… bukankah ia digunakan untuk bunuh orang?
Ok, sebelum korang lari lintang pukang cari hazmat suit, korang pertama sekali kena tahu yang bahan radioaktif yang hilang ni tak boleh dijadikan bom nuklear. Ia hanya boleh dijadikan bom kotor, dan tak sama macam bom nuklear.
Bom nuklear berfungsi melalui banyak tindak balas pembelahan nuklear yang sangat kompleks. Kejadian-kejadian seperti Hiroshima telah banyak memberitahu kami bahawa ia adalah senjata pemusnah besar-besaran. Setakat ni, tu je la yang kitorang boleh explain sebab kitorang takde ahli fizik kat office ni sekarang. Dan yang paling penting sekali, bom kotor ni takde apa-apa jenis tindak balas nuklear atom yang berlaku.
Yep, matlamat utama bom kotor sebenarnya bukanlah untuk menghancurkan, tapi untuk mewujudkan huru-hara…
“Letupan itu sendiri akan menjadi lebih berbahaya daripada bahan radioaktif. Walau bagaimanapun, (bom kotor) boleh menyebabkan rasa takut dan panik, mencemarkan harta benda, dan memerlukan pembersihan yang sangat mahal, “- Komision Pengawalan Nuklear Amerika Syarikat
Kita boleh faham la kenapa orang boleh start panik kalau bom kotor meletup sebab ada risiko kecil radiasi, yang mana ada juga risiko untuk kena kanser. Sebab tu la bom kotor ni merupakan ancaman keselamatan nasional bagi mana-mana negara. Bila semua orang dah panik dan keadaan jadi huru-hara, ia kemudiannya boleh menjejaskan ekonomi tempatan dan mencetuskan krisis kesihatan.
Lagipun, tak pernah lagi dalam sejarah bom kotor digunakan untuk tujuan ni. Dalam TV dan video game tu banyak la, tapi kalau kisah benar, belum lagi.
Perkara tak pernah jadi bukan sebab susah nak dapatkan bahan radioaktif ni kat Malaysia, sebab sebenarnya…
Agak mudah sebenarnya untuk dapatkan bahan bom kotor di Malaysia
Bahan radioaktif yang hilang – iridium-192 – sebenarnya adalah bahan yang cukup biasa di Malaysia. Syarikat yang ‘hilang’ peranti yang mengandungi iridium dilaporkan terlibat dalam industri minyak dan gas, dan yang masuk akal, sebagai salah satu penggunaan utama untuk iridium radioaktif dalam mesin yang menguji logam.
Industri minyak dan gas memerlukan mesin ni untuk menguji kekuatan keluli yang mereka gunakan, dimana minyak dan gas menjadi sebahagian besar daripada ekonomi kita. Jadi tak hairanlah yang kita ada iridium-192 kat Malaysia. Bahkan, benda ni juga ada kat hospital, sebab ia bahan yang sama digunakan untuk merawat kanser.
Kalau nak tahu, ni bukan kali pertama radioaktif iridium hilang di Malaysia! Menurut IGP Mohamad Fuzi, kita pernah ada kes serupa dengan iridium yang hilang tahun lepas. Tapi korang tak payah risau la sebab Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) dah berjaya jumpa barangan radioaktif masa tu lepas mereka bawa beberapa alat khas untuk cari.
Kalau korang pernah dengar pasal AELB dan tahu apa yang mereka lakukan, tahniah, korang bijak macam kitorang. Bagi korang yang tak tahu pula, AELB ni adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap tenaga dan perkara atom. Mereka ni bantu kerajaan dengan bahan berkaitan nuklear. Jadi bila beberapa iridium radioaktif yang mungkin berbahaya hilang, mereka la antara pihak yang masuk campur.
Jadi bagi kita orang biasa ni…
Apa yang kita boleh buat untuk rasa lebih selamat?
Memandangkan matlamat utama bom kotor ni adalalah untuk membuatkan orang panik, jadi tak payahla sebarkan berita palsu yang iridium yang hilang tu boleh menyebabkan mutasi di mana kura-kura peliharan diorang akan jadi Ninja Turtle.
Malah menurut Suruhanjaya Pengawalseliaan Nuklear Amerika Syarikat, hanya disebabkan korang ada berhampiran sumber radioaktif untuk seketika je, korang boleh terkena kesan radioaktif yang menyebabkan korang dapat kanser.
Walau bagaimanapun, sekiranya bom kotor meletus *simpang malaikat 44*, AELB kata mereka dah siap sedia untuk mengendalikannya, termasuklah kalau ada sebarang serangan kimia atau biologi. Sementara tu, polis juga dah menyatakan yang walaupun kehilangan iridium ni adalah satu perkara yang membimbangkan, mereka percaya yang kes ni takde kaitan dengan keganasan.
Seorang
In case korang terdedah kepada bahan radioaktif secara tak sengaja, korang mungkin akan mengalami pening, mual, muntah dan rasa terbakar (surface burns). Jadi kalau korang nampak kotak berwarna terang dengan amaran berbahaya, jangan la sentuh, okay? Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis tempatan atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Yong Meng Heng di 019-5753399.
- 887Share sekarang!
- Email7
- Facebook880
- Share