Red Indian: Bangsa Asli Amerika yang hampir pupus disebabkan pembinaan Dunia Baru

Kita semua sedia maklum yang Presiden Amerika, Donald Trump memang anti betul dengan imigran yang ada di negara tu. Trump dengan ideologi White Supremacy-nya merasakan yang orang kulit putih adalah lebih superior dalam pelbagai perkara, dan mereka sepatutnya lebih dominan berbanding bangsa lain. Jadi dia buat polisi yang ‘menghantar’ balik imigran ke negara asal untuk menjadikan Amerika negara untuk orang kulit putih macam dia.

Gif dari giphy

Perkara ni memang agak kontroversi memandangkan isterinya sendiri, Melanie Trump merupakan rakyat Slovenia. Malah beberapa hari lepas, ibu bapa Melanie pun dapat kerakyatan negara Uncle Sam tu.

Sibuk bercakap pasal nak hantar imigran balik negara asal, Trump lupa yang bangsa Amerika sekarang ni kebanyakannya adalah cucu cicit bangsa Eropah yang menjajah negara tu satu ketika dulu. Mungkin dia lupa yang penduduk sebenar negara dunia pertama tu bukanlah orang kulit putih macam yang kita lihat sekarang ni.

Ummm NO? Imej dari best.com

Penemuan suku Amerika Asli, atau dikenali sebagai Red Indian

Segalanya bermula pada tahun 1490-an, di mana seorang pelayar berbangsa Eropah dari Sepanyol yang bernama Christopher Columbus belayar dengan kapalnya, di bawah bendera Castilian Sepanyol. Colombus yang juga merupakan seorang pedagang belayar selama berbulan-bulan, dengan menyeberangi Lautan Atlantik.

Christopher Columbus, dan kapal Equanimity nya. Imej dari gnosticwarrior.com

Tapi, ada yang kata Christopher Columbus bukanlah orang pertama yang menemui Amerika. Dia cuma antara orang Eropah yang terawal menemukan negara yang juga dipanggil ‘New World’ tu. Sebelum tu, ada pengembara Viking yang pernah belayar ke Greenland dan Newfoundland sejak abad ke-11, iaitu lebih daripada 400 tahun sebelum tu. Tapi yang tu kita bincang lain kali.

Beberapa bulan belayar, dia akhirnya sampai ke Amerika yang disangkakannya Bharat, India, iaitu tempat sebenar yang ingin ditujuinya. Masa dia sampai, ada beberapa orang asal berada di persisiran pantai iaitu suku asli di Amerika Utara.

Disebabkan kulit orang asal yang kemerah-merahan kerana mengamalkan pemakanan yang sihat, jadi ‘Red’ diletakkan dipangkalnya, jadi, macam tu la Red Indian dapat nama.

Tak nampak sangat, tapi percayalah, kulit diorang memang kemerah-merahan. Imej dari real war photos

Macam orang Asli di Malaysia,  Asli Amerika juga mempunyai suku kaum yang tersendiri. Kalau orang Asli kat Malaysia ada 18 suku kaum, kaum asli Amerika berganda-ganda, iaitu sebanyak 562 suku kaum di mana Navajo, Cherokee, Mohawk dan Sioux adalah antara suku kaum terbesar.

Malah pada satu masa dulu sebelum kedatangan Eropah di tanah tersebut, Red Indian ni tak kenal pun semua suku kaum orang asli yang lain, sebab punyalah luas negara tu, 30 kali ganda lagi besar dari Malaysia.

Nama asal sebelum wujudnya nama-nama moden macam New York, California, Texas, Alabama, dan lain-lain. Imej dari kumparan.com

Rasanya dah susah nak tengok mereka ni sekarang. Kalau ada pun, mesti daripada beberapa movie macam The Last of the Mohicans, Squanto: A Warrior’s Tale dan Coyote Waits.

Salah satu filem yang ada Red Indian, Coyote Waits pada 2003. Imej dari rottentomatoes

Jadi, siapa pulak rakyat Amerika yang ada pada hari ni?

Kedatangan Bangsa Eropah ke Amerika sebagai sebuah pembentukan Dunia Baru Amerika

Penemuan Christopher Colombus dalam masa yang sama dah buka jalan kepada bangsa Eropah yang lain untuk meneroka negara tu. Semakin lama, nampaknya semakin ramai yang datang dan berhijrah ke sana. Kedatangan bangsa Eropah disambut baik oleh golongan orang Asli di Amerika. Mereka melayan tetamu dengan cukup baik dengan bagi kebebasan kepada mereka untuk meneroka.

Sampai sekarang tak boleh nak hadam konsep suruh tetamu buat rumah sendiri. Kang dia jual rumah korang baru tau. Imej dari forms5saintjohns.blogspot.com

Kedatangan mereka kemudiannya membawa kepada Columbian Exchange/Interchange, terma yang diberikan oleh ahli sejarah Amerika, Alfred W. Crosby  pada 1972. Ia adalah pemindahan atau sebuah pertukaran besar tumbuh-tumbuhan, haiwan, budaya, populasi manusia, teknologi, dan idea-idea di antara Amerika dan Dunia Lama pada abad ke-15 dan ke-16, yang berkaitan perdagangan.

Banyak benda baik yang didapati daripada perkara ni. Contohnya apabila pedagang Eropah berjaya kembali ke Eropah dengan membawa tanaman baru seperti jagung, kentang, dan tomato, yang menjadi tanaman yang sangat penting di Eropah pada abad ke-18.

Kalau takde Columbian Exchange ni, mungkin kita tak jumpa pun sesetengah makanan berasaskan tumbuhan sekarang ni. Imej dari youtube

Tapi, ada satu benda buruk yang jadi semasa pemindahan ni, iaitu berlakunya penularan penyakit yang dibawa ke Amerika Utara macam wabak, cacar air, kolera, selesema biasa, malaria, campak, demam merah, penyakit kelamin dan macam-macam lagi.

Disebabkan orang Asli Amerika ni jarang sakit, jadi bila mereka terkena wabak penyakit ni, mereka sakit teruk. Malah, ia jadi penyakit berjangkit dan mampu menyebabkan kematian. 

Penghapusan Red Indian dari Dunia Lama Amerika

Lama kelamaan, bangsa Eropah ni makin tamak dengan hasil tanah yang ada pada Amerika ni. Jadi, mereka pun mulalah ‘naik minyak’. Manusia, kan. Bagi betis nak peha.  Mereka kuasai tanah dan sumbernya sekali. Yang lebih teruk, mereka menjadikan Red Indian, kaum asal negara tu sebagai hamba.

Christopher Colombus. Imej dari democraticvoices.com

Orang Asli pun cuba pertahankan tanah air mereka. Maka, terjadilah peperangan demi peperangan untuk menuntut tanah. Nasib tak menyebelahi bangsa Red Indian ni apabila orang Eropah ni lebih maju dari segi peperangan. Sedang bangsa Eropah menggunakan pistol, senapang, Orang Asli pula masih menggunakan busur, anak panah, pisau, parang, kapak, pipie tomahawk, dan pelbagai lagi senjata tradisional.

Perkara ni juga menyebabkan ramai orang Asli Amerika ni mati, dan semakin berkurangan. Bangsa Eropah dalam masa yang sama terus menjajah dan membawa lebih banyak suku sakat mereka.

Disebabkan masa Columbian Exchange tu diorang nampak kelemahan orang asal yang takde antibodi kuat sebab jarang sakit, jadi idea untuk gunakan senjata biologi tercetus. Semasa Perang Perancis dan Indian, komander Britain, Jeffery Amherst yang menjadi ketua di Utara Amerika membenarkan penggunaan cacar untuk menghapuskan musuh mereka, orang Asli Amerika ni.

Smallpox ni boleh berjangkit melalui sentuhan dengan kain dan pakaian. Imej dari aludymedioambienteactual.blogspot.com

Caranya, mereka beri selimut yang diletakkan beberapa jenis kuman termasuk smallpox tersebut kepada masyarakat orang asli Amerika. Penyakit tu kemudiannya merebak di kalangan mereka, dan akhirnya menyebabkan kematian kaum mereka dengan skala yang besar. Wabak pertama yang berjaya didokumentasikan adalah pada tahun 1616-1619 (juga dikenali sebagai Great Dying).

Dengan penghapusan orang asal Amerika sedikit demi sedikit, ramai orang Eropah kemudiannya berpindah dan tinggal terus di Amerika dan menjadi populasi majoriti di negara tersebut.

Orang Asal Amerika yang dihapuskan atas nama ‘peradaban’

Bagi yang masih hidup, kaum Red Indian juga dipaksa menerima budaya-budaya Barat dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak dipaksa supaya menerapkan budaya Barat, dan tak mengamalkan budaya nenek moyang mereka. Perkara ni yang tak dipersetujui sebab lama kelamaan, masa depan budaya suku kaum Red Indian akan hilang. Tapi, mereka juga takde pilihan lain sebab pihak tentera tak teragak-agak untuk membunuh mereka kalau melawan.

Pada abad ke 18 dan 19 pula, pemerintah Amerika pada masa tu menempatkan masyarakat Asli ni ke wilayah-wilayah tertentu untuk rizab, di mana ia sangat terpencil kalau nak dibandingkan dengan pembangunan yang ada di tempat lain pada masa tu.

Kehidupan harian suku Red Indian di tanah rizab agak menyedihkan. Mereka bukan saja kehilangan tanah asal, tapi juga susah untuk kekalkan budaya dan tradisi mereka di kawasan yang agak sempit. Mereka hidup dalam kemiskinan, dan sangat stress menyebabkan mereka selalu mabuk dan kemurungan.

Shoshone Indians di rizab Wyoming, salah satu puak Red Indian. Imej dari khanacademy

Pada tahun 1785, Perjanjian Hopewell ditandatangani di Georgia-negara terbesar pada masa itu meletakkan Cherokees di bawah perlindungan Amerika Syarikat dan menetapkan sempadan untuk tanah mereka.

Malah, pada tahun 1830-an, wujudnya Indian Removal Act, yang ditandatangani Presiden Andrew Jackson pada 28 Mei 1830, yang memberi kuasa kepada presiden untuk membuat perjanjian dengan setiap suku timur Mississippi, dan akhirnya memaksa mereka untuk menyerahkan tanah mereka sebagai ganti wilayah Barat.

Tapi, keadaan nampaknya semakin baik saban tahun apabila kerajaan Amerika cuba memperbaiki hubungan dengan meminda kelulusan perlembagaan melalui Akta Penyusunan Semula Red India.

Puak Salish dan Kootenai dari Montana mengembara ke Washington, D.C pada tahun 1935 untuk menyaksikan kelulusan perlembagaan pertama di bawah Akta Penyusunan Semula Red India 1934. Imej dari indianz.com

Red Indian yang wujud pada zaman moden mampu bersaing

Kalau kita selalu dengar pasal genosid, atau pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi, Pol Pot, dan beberapa diktator lain, lebih kurang jugalah berlaku kepada Red Indian di Amerika. Apa bezanya pula dengan rakyat asal Amerika ni? Berjuta-juta orang asal Amerika dibunuh dengan penyebaran penyakit, disembelih, ditembak mati, dan pelbagai cara lagi bagi menghapuskan mereka.

Kalau korang tertanya-tanya, wujud lagi ke Red Indian sekarang? Jawapannya, ya, masih wujud. Tapi, populasi mereka tak ramai, iaitu lebih kurang 1% saja dari kira-kira 327 juta rakyat Amerika sekarang ni, dan menjadi kaum minoriti.

Kalau nak dibandingkan dengan abad ke-15, iaitu masa bangsa Eropah mula menjelajah ke Amerika, orang asal Amerika mempunyai seramai lebih 10 juta. Manakala sekitar abad ke-20, iaitu selepas peperangan dan genosid yang berlaku kepada mereka, anggaran jumlah penduduk Asli berkurangan sehingga hanya 300,000 sahaja!

Imej dari Antropologi Amerika, Antropologi Semasa

Bagaimanapun, pada abad ke-21 ni, iaitu menurut bancian tahun 2010 nampaknya seramai 5.2 juta orang Asli Amerika dikenal pasti.

Kalau dulunya bangsa mereka hampir-hampir saja dihapuskan, nampaknya mereka bangkit daripada kekejaman tu. Contohnya Deb Haaland, dari suku Utah yang terpilih menjadi orang asli Amerika pertama yang menjadi ahli Kongress Amerika pada awal tahun ni.

Deb Haaland, calon Demokratik untuk Kongres di Daerah Pertama New Mexico. Imej daru nytimes.com

Malah ada yang jadi hakim mahkamah, ahli politik, peguam, dan ramai lagi yang hebat-hebat. Korang mungkin tak perasan, tapi antara selebriti-selebriti Amerika berdarah Red Indian adalah pemain golf – Tiger Woods, dan artis macam Vanessa Hudgens, Adrian Grenier, malah, Channing Tatum!

Kenapa? Tak percaya? Imej dari bankrate.com

Thanksgiving dan Columbus Day yang tak disambut

Kalau Amerika ada dua sambutan istimewa memperingati Christopher Columbus, iaiitu Columbus Day dan juga Thanksgiving, iaitu hari mengucap syukur atas berkat tuaian dan tahun sebelumnya, masyarakat asli Amerika ni tak merayakannya.

Bagi mereka, hari sambutan tradisi Thanksgiving adalah satu bentuk penipuan terhadap sejarah sebenar. Malah, mereka mengenangkan hari tersebut sebagai hari penipuan, penyembelihan dan kesedihan untuk bangsa asal Amerika. Semasa kedatangan bangsa Eropah di Amerika, mereka tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan di tanah tersebut, dan orang asal Amerika ni la yang membantu dan meraikan mereka dengan makanan.

Manakala Columbus Day pula terang-terangan merupakan hari bangsa asal Amerika dijajah oleh Eropah. Jadinya, mereka menukarkan sambutan Columbus Day kepada Hari Orang Asli Sedunia yang mengiktiraf Orang Asli Amerika sebagai penduduk pertama tanah yang kemudiannya menjadi Amerika Syarikat. Ia disambut seluruh dunia pada 9 Oktober setiap tahun.

Bukan saki baki orang asal Amerika je yang tak sokong Columbus Day ni, malah beberapa rakyat Amerika di Denver dan Phoenix pun lebih menyokong Hari Orang Asli. Imej dari cnn.com

Presiden Barrack Obama pernah buat permohonan maaf terhadap bangsa Red Indian

Pada tahun 2009, Presiden Barrack Obama pernah menandatangani satu permohonan maaf terhadap bangsa asal Amerika ni kerana menjajah negara mereka. Amerika Syarikat yang bertindak melalui Kongres menyatakan yang mereka bagi seluruh rakyat negara tu meminta maaf kepada Orang Asal negara tersebut kerana menindas, melakukan kekerasan dan pengabaian. Mereka juga komited untuk membina hubungan yang lebih positif dan berdamai dan berharap supaya mereka boleh melindungi Amerika bersama-sama.

“Anyways, jangan lupa vote aku, k?” Imej dari politicker

Walaupun Christopher Columbus mempunyai legasi dan dikenali sebagai penjajah Eropah yang berjaya membuka laluan baru, dia juga diingati sebagai pemusnah alam sekitar dan bertanggungjawab di atas pembunuhan penduduk pribumi Amerika.

“Bila pokok terakhir ditebang, ikan terakhir dimakan, sungai beracun, barulah manusia akan sedar yang wang tak boleh dimakan” – Cree Indian Prophecy.

https://www.facebook.com/NativeAmericanIndigenousNFA/videos/1716493865111070/UzpfSTEzNTQ0NjQ2OTI6MTAyMTE5NDY5MTU2MTIyOTg/