Betul ke ada cukai pelik yang dikenakan atas barang-barang pompuan kat Msia? Kita siasat!

Dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan, telah dinyatakan bahawa diorang akan wujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khas untuk suri rumah, di mana 2% daripada 11% potongan KWSP suami akan dikhaskan untuk isteri mereka. Selain itu kerajaan juga akan memberikan tambahan RM50 kepada skim caruman tersebut. Tapi ini hanya untuk bini pertama je tau?

Tapi MP Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali turut minta kerajaan mempertimbangkan untuk turut beri RM50 kepada madu isteri pertama. Tapi ini jawapan badass Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, DS Wan Azizah kita,

“Kalau suami mampu kahwin 2 atau 3, mesti mampu bagi nafkah kepada semua (isteri),” katanya menjawab soalan Khairuddin di Dewan Rakyat.

Cite Melayu memang tak sah kan kalau takde jenis camni. Imej dari mytonton

Sekarang ni 2018, harga barang makin naik kecuali durian sekarang yang ada sampai jual RM1 sebiji kat Kulim! Jadi mesti kita terfikir kan, cukup ke RM50 dan 2% caruman ni sebulan untuk isteri? Kalau duduk luar bandar mungkin okay la kot, tapi kalau yang dak-dak Bangsar 101 ni cukup ke?

Tambahan pula, ada satu cukai mendiskriminasi perempuan yang mesti korang tak pernah dengar…

Barang sama fungsi dan jenama, tapi apsal perempuan punya lagi mahal dari lelaki?

Pernah dengar pink tax? The Pink Tax ni merupakan teori di mana perempuan kena bayar lebih dari lelaki untuk barangan dan servis yang sama. Mesti kedua-dua jantina tak perasan sebab tak pernah singgah bahagian bukan jantina korang kan? Antara benda yang dikenakan adalah deodoran, shampoo, servis kereta malah nak hantar baju untuk dry clean kena juga. Kajian menunjukkan bahawa perempuan bayar 13% lebih untuk produk penjagaan diri dan 8% lebih untuk pakaian.

Julap perempuan pun lagi mahal?! Berak emas ke? Imej dari Odyssey.

Masa GST mula dilaksanakan dulu, ramai wanita bising sebab tuala wanita pun kena sekali. Tapi kerajaan (Ahmad Maslan?) ketika itu bagi jaminan yang GST ni akan turunkan harga tuala wanita. Enggan percaya, Teo Ni Ching yang merupakan MP Kulai pergi kedai cek harga. Didapati harga tuala wanita lagi naik ada lah! Malah ada petisyen lagi dibuat untuk melawan kenaikan harga ni.

Bukan harga barang je tau? Nak servis kereta pun kena caj lebih! Ada sesetengah mekanik tahu kebanyakan perempuan tidak begitu pakar mengenai hal ehwal kereta berbanding lelaki. Jadi diorang akan ‘ketuk’ harga lebih tinggi untuk dapat untung lebih. Begitu juga dengan tukang paip dan bermacam tukang lagi yang cuba ambil kesempatan bila tahu pelanggan dia perempuan.

Hati-hati dengan mekanik di luar sana! Imej dari Meme Generator.

Yang kesiannya, perempuan ni dah kena bayar pink tax sejak dia budak lagi. Pada 2016, Syarikat Boomerang ada buat survey harga mainan dekat US. Didapati asal ada je warna pink dekat mainan tu, harga dia terus naik. Contoh diorang tengok harga basikal roda tiga. Kalau warna biasa harga dia dalam $64, tapi basikal yang sama tu warna pink, harga dia terus jadi $80!  Warna pink ni nak pupus ke apa?

Sebenarnya, kajian sosiobiologi memang membuktikan perempuan gemar berbelanja. Dari sudut ekonomi, mereka berada dalam kategori permintaan tidak anjal atau inelastic demand dalam bahasa omputeh. Makna mudahnya, tak kira betapa naik harga barang tu, diorang akan nak beli juga. Jadi syarikat-syarikat mata duitan ni akan ambil kesempatan dengan letak harga yang tinggi sebab diorang tahu perempuan sanggup beli juga. Macam kat Beijing, ada mak sanggup jual anak dia untuk beli mekap! Anak sendiri tuuuu!

Imej dari Meme Generator

Lagi satu, perempuan tak cukup dengan kena pink tax, dari segi gaji pun diorang kena tindas walaupun…

Kerja sama berat, jadi apsal gaji perempuan lagi sikit dari lelaki?

Mesti korang perasan: Masa belajar kat uni dulu, perempuan bukan main ramai lagi. Kalau ambil perubatan tu, boleh jadi kau sorang je lelaki. Tapi bila masuk alam pekerjaan, terus lesap kaum hawa ni. Mana diorang pergi eh? Ke Siti Kassim dok sorok diorang?

Haaa kan dah kena middle finger? Imej dari My News Hub.

Sudah jatuh ditimpa piano. Itulah nasib perempuan yang ditindas dengan pink tax, pastu nak dapat kerja pun susah. Kalau nak tahu, peratus wanita yang ada kerja di planet ini hanyalah sebanyak 39%, di mana Malaysia berada di bawah purata iaitu 38%. Manakala Singapura pula berada di 45%. Mana taknya, logik kita kalau ada je anak mesti bini yang kena berhenti kerja untuk jaga anak tu. Lagi-lagi sekarang ramai yang takut hantar ke pengasuh sebab takut anak dicederakan.

Tapi bukan kat Malaysia je. Universiti Cornell, USA pernah buat eksperimen menarik. Diorang buat resume palsu untuk mohon kerja-kerja dalam surat khabar. Dalam 1276 resume palsu tu, ada yang jadi ayah dan ada yang jadi mak. Apa yang sedih tu, hampir kesemua resume yang ayah ni dia telefon balik, tapi yang resume mak ni tak sampai separuh pun ditelefon. Apa kes?!

Slater & Gordon, syarikat guaman Australia juga pernah buat survey melibatkan 500 pengurus dan didapati 40% daripada diorang mengaku takkan ambil perempuan berusia 20-an dan 30-an kerja ngan diorang. Alasan yang diberi adalah sebab nanti confirm ada cuti bersalin dan ini akan merugikan diorang. Lagi, bila perempuan ni balik lepas cuti bersalin, kerja diorang dah tak cekap macam dulu. Eh tak habis lagi bagitahu kesengsaraan kaum hawa ni!

Agaknya sama tak muka pengurus tu ngan mamat ni? Imej dari me.me

Meskipun perempuan ni dapat kerja, gaji diorang akan lebih sedikit berbanding lelaki. Kalau ikut kedudukan kesamaan upah (wage equality), kita berada di tempat ke-104 dari 144 buah negara. Dah sama dengan ranking bola sepak kita kan? Oops! Ini disebabkan takde undang-undang untuk bendung perkara ni dari berlaku.

Tapi sekarang dah 2018, takkan takde sesape yang tolong bendung perkara ni?

 L’Oreal pernah kena saman 20 juta Euro sebab menipu perempuan!

Jangan ingat perempuan duduk diam je weh! Pada tanggal 24 Oktober 1975, lebih dari 90% perempuan kat Iceland buat mogok tak kerja sehari. Bukan kerja pejabat je, diorang berhenti bagi anak makan, basuh pinggan dan memasak untuk tunjukkan betapa signifikannya mereka di dunia ini. Hasilnya, terciptalah undang-undang yang memastikan hak yang sama bagi lelaki dan perempuan dalam segenap aspek. Malah ini membuka ruang untuk Iceland melantik presiden wanita pertama dunia!

Bapak ramai! Imej dari Iceland Mag.

Mogok Wanita Iceland ni juga telah memberi inspirasi kepada wanita lain untuk memperjuangkan hak mereka. Contoh di Korea Selatan, ditubuhkan Female Expenditure Strike di mana diorang ni akan tidak berbelanja pada setiap Ahad pertama setiap bulan untuk boikot Pink Tax. Malah dari aspek politik, ahli Kongres dari California, Jackie Speier juga telah memperkenalkan Pink Tax Repeal Act untuk banteras sama sekali Pink Tax ni. Tapi setakat ni kitorang cek, bil masih pending lagi.

Tapi mengikut kajian di Universiti Northumbria, 1 daripada 5 orang perempuan dikatakan jatuh dalam kategori ketagih shopping atau shopaholic. Kalau lebih teruk dari ni, orang ni dikatakan menghidapi oniomania, satu gangguan personaliti di mana bila dah shopping kaw-kaw, dia tetiba akan rasa menyesal dan buang atau bakar barang yang dibeli tu!

Erm. No komen. Imej dari Youtube.

Saintis di Universiti Stanford juga pandang serius perkara ni dan buat pil untuk hentikan ketagihan tersebut. Kat Hamburg, ada satu ‘tadika’ yang dibina khas untuk lelaki supaya diorang tak payah teman pasangan dia shopping kat mall. Ini menunjukkan betapa parahnya kesan oniomania sampai ada yang mengalami masalah kewangan dan penceraian.

Kajian juga menunjukkan lelaki suka menghabiskan duit dia untuk perkara yang datangkan balik duit tu manakala perempuan tidak. 3 perkara yang lelaki suka berbelanja adalah dalam pelaburan saham, perjudian dan perempuan, manakala perempuan pula adalah untuk shopping, produk kecantikan dan online dating.

Namun, kebanyakan perempuan ni merupakan multiple market in one yang bermaksud mereka ni akan berbelanja bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk pihak lain. Contoh mudah boleh tengok semasa balik melancong. Perempuan sangat raijn untuk belikan pelbagai ole-ole macam baju dan rantai contohnya untuk suami, Mak Long, Pak Teh dan ramai lagi. Kalau lelaki pula?

Akak nak beli untuk Along, Mak Teh, Tok Ngah, dll. Imej dari satriakelabu.blogspot

Lagi satu, perempuan terpaksa berbelanja banyak untuk produk kecantikan dan pakaian disebabkan persepsi masyarakat. Norma kita kalau perempuan ni, tak boleh ada bulu kaki, muka kena mekap, minyak wangi wajib pakai dan bermacam lagilah. Jadi perempuan terpaksa akur dengan stereotaip ni dan menghabiskan duit untuk memenuhi kehendak masyarakat. Bukan hanya lelaki, malah perempuan sesama sendiri seperti kawan dan ibu juga akan menyindir sekiranya perempuan tersebut tidak memenuhi standard kecantikan.

Syarikat-syarikat pula mengatakan mereka hanya mengikut asas ekonomi di mana, permintaan meningkat akan menyebabkan harga barang tersebut meningkat. Tambahan lagi, kalau barang diorang mahal, beli la jenama lain apa susah? Tahun lepas kat Greece, syarikat kosmetik Estee Lauder, L’Oreal, dan Christian Dior telah disaman sebanyak 20 juta Euro sebab telah berpakat untuk set harga sama. Jadi memang betul banyak pilihan di luar, tapi kalau diorang pakat jual mahal apa je pilihan perempuan ada?

TPM kita sekarang perempuan. Adakah kebajikan mereka akan lebih terjaga lepas ni?

Tak dapat dinafikan, wanita semakin diberikan layanan yang adil berbanding dahulu. Banyak wanita yang dapat kita jadikan inspirasi. Kita ada Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama, Wan Azizah dan ahli astrofizik pertama Malaysia Mazlan Othman.

Kini di bawah kementeriannya, Wan Azizah juga sedang berusaha untuk memperkenalkan waktu kerja yang lebih fleksibel untuk wanita supaya mereka terus bekerja di samping menjaga anak. Ini dapat membantu kesinambungan sumber manusia dan tolong tingkatkan ekonomi negara. Mungkin lepas ni dia boleh mula bincang untuk buat akta bagi membendung ketidaksamaan upah antara jantina?

Dr Mazlan Othman. Planetarium Negara tu dia yang buat tau? Imej dari Scientific Malaysia.

Tetapi sebenarnya tidak adil untuk pinggirkan lelaki juga. Sekarang kos sara hidup lelaki pun mula naik sebab ramai yang dah buat rawatan muka, mula mendaftar gim dan potong rambut kat Joe’s Barbershop. Jadi sebenarnya, kos sara hidup meningkat bagi kedua-dua jantina dan ianya bersifat subjektif. Senang cerita, setiap individu haruslah pandai beza maksud keperluan dan kehendak serta pandai ukur baju di badan sendiri.

“Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah, amboi!”- kata Altimet dalam lagunya Amboi.

Berbalik pada persoalan awal, potongan 2% dari KWSP suami tu mungkin dilihat ciput je tapi ia sebenarnya lebih kepada gesture dan peringatan di mana suami mesti menjaga kebajikan isteri walaupun isteri tu mampu untuk menjaga diri sendiri. Kalau masa kapel dulu boleh belanja Nobu, ni setakat 2% apalah sangat kan?

About Afiq Jamsari 11 Articles
Hotel yang sama, Harga yang sama?