Setelah ditangkap, perempuan tua ni diikat di pokok…

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni, ada sebuah kes penipuan dilaporkan di mana seorang suri rumah yang berumur 65 tahun terdengar perbualan dua orang warga China bercakap pasal pokok herba ajaib yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Tapi, bukan herba macam ni. Imej dari scmp.com

Dia pun jadi minat dan join berborak sekali, sampailah dia ikut dua orang dari China tu masuk kereta. Masa kat dalam kereta, diorang beritahu kat mak cik ni yang dia ada penyakit kronik dan ia kena disembuhkan cepat sebelum merebak ke ahli keluarganya.

Dua perempuan tu kata yang diorang boleh sembuhkan dia, tapi sebagai balasan, dia kena serahkan duit dan kesemua barangan berharga. Mangsa pun bagi duit bercampur dengan nilai wang asing bernilai RM195K, dua jam tangan bernilai RM60K, dan barang kemas bernilai RM600K, dengan jumlah keseluruhan, RM855,000.

Sebagai balasan, mangsa diberi satu beg plastik hitam dengan arahan, “jangan buka selagi tak cukup sebulan”. Tapi dia tak sabar dan buka beg tu beberapa hari kemudian. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati bukannya herba ajaib yang dia dapat, tapi satu beg penuh dengan buah-buahan dan jus buah!

Dia kemudiannya buat laporan polis, dengan mengatakan dua orang perempuan tadi adalah dukun, dan dia telah ‘dimandrem’, menyebabkan dia menyerahkan barangan berharga kepada diorang. Kes tu kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Suri rumah ni adalah mangsa pukau yang terbaru setakat ni.

Imej dari imgur

Awal tahun ni pulak, ada satu cerita pasal perempuan Cina berumur 56 tahun kena ikat kat sebuah pokok di KL sebab pernah hipnotis orang. Perempuan tu didakwa dah pukau dan ambik dalam RM10,000 daripada salah seorang mangsanya, tapi sempat dicam dan ditangkap, dan dengan pertolongan orang awam, dia berjaya diikat pada pokok sampailah polis datang. Suspek kemudiannya direman selama empat hari.

Nasib baik dia tak pukau polis sekali. Imej dari FMT

Bulan lepas pula, seorang perempuan Cina yang berumur 73 tahun (kita panggil Ah Ma), berasal dari Sri Petaling didekati oleh seorang perempuan muda dan bertanya pasal perubatan aloe vera. Masa Ah Ma tengah berborak dengan perempuan tadi, bahunya ditepuk dari belakang, dan tiba-tiba je diberi amaran pasal sumpahan dalam keluarga dia. Masa ni la Ah Ma dipukau, dan orang tu kata yang anak dia akan meninggal dalam tiga hari lagi disebabkan sumpahan tu.

Kedua-dua perempuan ni kemudiannya bawa Ah Ma jumpa sorang lagi perempuan, yang dikatakan sebagai penyembuh. Dia kemudiannya minta semua duit dan barang kemas Ah Ma. Apa yang peliknya, Ah Ma sendiri yang bawa dukun tu balik ke rumah dan kemudiannya bagi semua barang kemas. Dukun tu sendiri yang bawa dia pergi ke kesemua bank di mana Ah Ma simpan duitnya, dan lepas tu diberikan kepada dukun yang sama. Jumlah yang dianggarkan adalah RM86,000, dan kesemuanya diletakkan dalam beg plastik dan diberi kepada dukun tu.

Imej dari The Star

Dukun tu kemudiannya melakukan ritual di belakang badan Ah Ma, dan berakhir dengan mengetuk cermin kereta Ah Ma dan menjerit nama anak Ah Ma yang dikatakan bakal meninggal tu, sebelum bagi beg plastik. Ah Ma balik dalam keadaan bingung, dan terkejut bila buka beg plastik yang berisi botol air dan bar sabun, bukannya barangan berharga dia.

Rakyat Malaysia selalu je kena pukau

Imej dari imgflip

Kes pasal orang kena pukau atau hipnoss ni bukanlah sesuatu yang baru kat Malaysia. Kadang-kadang tu bukan setakat harta-benda, malah maruah pun ada. Pukau ni adalah salah satu taktik yang digunakan untuk merompak, dan mangsa cuma akan sedar bila perkara tu dah berlaku.

Awal bulan ni, Aminah, seorang perempuan Melayu yang berusia 60 tahun dari Puchong dikatakan dipukau seorang lelaki yang bertanyakan arah masa dia tengah bercucuk tanam kat luar rumah. Lepas Aminah kata dia tak kenal orang yang ditanyakan tu, lelaki tu kemudiannya telefon seseorang dan marah-marah sebab tak bagi alamat yang betul.

Dia kemudiannya tanya pasal anak perempuan Aminah, dan pura-pura telefon anak Aminah tu. Lepas letak telefon, dia kemudiannya bagi sampul surat putih di mana ada beberapa nombor, untuk dikirimkan pada anak perempuan Aminah. Masa tu la dia rasa dia terpukau.

Bukan surat cinta biasa. Imej dari Sinar Harian

Lelaki tu kemudiannya suruh Aminah buka pagar dan bagi dia masuk. Dia kata anak perempuan dia perlukan duit, dan dia suruh bagi kesemua duit, barang perhiasannya, dan juga salinan IC. Dia patuh, dan lelaki tu terus pergi lepas dapat apa yang dia minta. Bila Aminah tersedar daripada pukauan tu, dia terus telefon anak perempuan dia dan tanya pasal lelaki tu, tapi anak dia kata tak kenal langsung.

Kes tahun lepas pula, sorang suri rumah kat Sungai Petani kehilangan RM50,000 atas sebab yang sama. Seorang datuk berusia 77 tahun di Sabak Bernam bagi semua simpanan dia, sebanyak RM6,000 kepada dua orang lelaki yang berpakaian kemas. Seorang perempuan dari Seremban pula kehilangan amaun yang sama, dan seorang lelaki 71 tahun di Ipoh pula kehilangan RM117,000, setelah dihipnotis. Ni cumalah cerita-cerita yang sempat dilaporkan.

Kesemua mangsa hipnotis ni ditegur orang tak dikenali, cerita gimik sikit, rasa dipukau, bagi barang berharga dengan kerelaan sendiri, dan lepas tu baru tersedar. Bila banyak sangat kes yang berlaku ni, korang mesti terfikir…

Betul ke sebenarnya kena pukau ni?

Dari kiri ke kanan, pusing kepala ikut arah jam… Imej dari wikia

Hipnosis ni mungkin bunyinya macam sesuatu yang termasuk dalam kumpulam telekinisis dan bacaan minda. Benda ni juga digunakan untuk menolong orang dalam psikoterapi. Walaupun kejayaan terapi ni selalu diperdebatkan  terapi hipnotik, atau hipoterapi digunakan untuk membantu orang yang ada masalah fobia, kemurungan, stress, mengawal kesakitan, atau untuk berhenti merokok dan terlebih makan. Apabila ia digunakan dalam persembahan untuk tujuan hiburan, amalan ini dipanggil hipnosis peringkat.

Tapi, apa sebenarnya hipnosis ni? Ada beberapa definisi yang ada, tapi secara ringkasnya, kalau seseorang tu dihipnosis, orang tu akan fokus pada sesuatu sampai tak fikir benda lain, dan seterusnya lebih terbuka kepada cadangan.

Hipnosis bagaimanapun tak boleh jadikan seseorang tu zombi yang taat, atau buat je apa-apa yang orang kata. Seseorang yang dihipnosis secara perubatan masih boleh kawal diri sendiri, dan takkan buat sesuatu yang diluar jangkaan.

Takde la macam yang korang fikir. Imej dari memesbot.

Contohnya, kita boleh tanamkan sesebuah cadangan pada orang yang dihipnotis tu supaya kurangkan gula dalam minuman, atau bagi diorang kekuatan untuk berurusan dengan kenangan atau trauma diorang. Tapi, tak boleh untuk suruh seseorang yang dihipnoss tu untuk sakitkan diri diorang, melainkan diorang nak buat sendiri. Orang yang dihipnotis tu mesti setuju untuk melakukan apa yang dicadangkan atas diorang.

Cuba kau praktis latihan tangan ni jap. Imej dari giphy

Jadi, macam mana pula diorang ni bagi duit simpanan diorang kepada pemukau ni?

Mungkin ada juga antara  diorang tak dipukau pun

Menurut Romy Rafael, seorang hipnotherapis selebriti dari Indonesia, kemungkinan mangsa ni tak dipukau pun. Dalam satu interview dengan VICE, Romy mendedahkan yang hipnosis pada asasnya adalah seorang hipnotis yang membimbing seseorang ke keadaan yang sangat santai di mana mereka lebih terbuka untuk cadangan. Tapi seseorang yang bakal dihipnotis tu mestilah membenarkan diri diorang dihipnotiskan.

Macam mana kalau kitorang bagitau, diorang ni tak dipukau pun? Imej dari wikia.com

“Saya perlu menegaskan perkara ni berkali-kali: Kalau seseorang yang dihipnotis tu menolak untuk dihipnosis, tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada hipnoterapist yang terlalu hebat untuk memaksa seseorang tu untuk buat sesuatu tanpa kerelaannya. Sentuhan fizikal macam tepuk bahu dan berjabat tangan digunakan untuk mewujudkan hubungan fizikal dengan mangsa, tetapi itu bukan bagaimana hipnosis dilakukan. “- Romy Rafael, hypnotherapist selebriti, untuk VICE

Penjelasannya tentang macam mana seseorang tu boleh bagi duit kepada seseorang yang tak dikenali adalah apabila mangsa malu untuk mengakui yang diorang jadi mangsa penipuan. Jadinya, diorang perbesarkan cerita dengan mengatakan diorang dihipnotis melalui sentuhan fizikal.

Imej dari pastemagazine

Berdasarkan teori Romy, mungkin penghipnotis buat satu ikatan dengan mangsa, contohnya Ah Ma dengan sentuhan fizikal, Aminah melalui pemberian sesuatu, dan persamaan antara diorang pula adalah membuatkan diorang risau. Kalau nak diikutkan, kedua-duanya ada sebab kenapa diorang bagi barang berharga kepada penghipnotis. Ah Ma sebab nak buang sumpahan terhadap anak dia, dan Aminah pula sebab anak dia perlukannya.

Jadi, mangsa-mangsa pukau macam Ah Ma dan Aminah yang dikatakan dipukau untuk dapatkan duit diorang, atau adakah diorang cuma menjadi mangsa kepada trick pemikiran psikologi?

Hipnotisme adalah perkara yang serius di Malaysia, tapi korang mungkin dapat melindungi diri sendiri

Kalau korang tanya mana-mana orang Malaysia, diorang akan kata yang rompakan menggunakan pukau ni memang wujud. Kitorang ada tanya sorang perempuan Melayu ni, dan dia ada bagitau pasal Nasi Kangkang yang digunakan orang perempuan untuk menundukkan lelaki. Tak kurang juga yang menggunakan taktik menghembuskan asap rokok yang sudah dijampi.

Try la buat macam ni, kalau nak kena penampar. Imej dari malaikat sesat

Kitorang juga ada tanya intern kitorang yang berbangsa India, dan rupa-rupanya, diorang pun ada amalan pukau dalam budaya masyarakat diorang. Caranya, perompak akan menatap seseorang semasa pakai eyeliner yang dah dibacakan ayat sihir. (Mangsa kemudiannya akan tergamam selama beberapa jam sampailah seseorang datang dan sedarkan mangsa.) Ada juga suri rumah yang menjampi suami yang kuat mabuk, atau anak-anak yang degil dengan menyediakan minuman yang suri rumah tu guna bila dia basuh muka setiap pagi.

Kami tanya kawan kami yang berbangsa Cina pula, dan diorang kata,

“Ala, tunjukkan je beberapa helai duit depan muka diorang,” -Managing Editor kitorang

Pihak berkuasa sekarang ni ambik berat pasal jenayah hipnotis ni, contohnya pasal perempuan Cina yang kena ikat kat sebuah pokok di KL tadi.

Pada tahun 2015, polis Pulau Pinang percaya yang diorang dah berjaya menggempur operasi rompakan yang digunakan menggunakan hipnotis. Penahanan tiga lelaki Indonesia dan seorang wanita dalam kejadian kejar mengejar dipercayai merupakan kejadian keempat rompakan jenis ini berjaya diselesaikan setakat ni. Korang boleh tengok PSA ni:

https://www.facebook.com/YukBantuShare/videos/1226422800739725/

Kitorang tak dapat pastikan kesahihan video ni, sebab benda ni dah dikreditkan sebagai PSA oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan PDRM, dengan kerjasama Astro. Video tu bagi amaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya berbual dengan orang yang mencurigakan. (Tak mencurigakan macam mana, dia tanya direction tapi refer dekat Google Maps kot!) Tapi kalau korang dipukau, korang boleh bagitau langkah-langkah berguna yang boleh diambil macam:

  • Jangan berborak panjang dengan orang yang tak dikenali.
  • Jauhkan jarak dari orang yang tak dikenali.
  • Kalau diekori, terus jalan ke balai polis.
  • Perhatikan nombor kenderaan yang disyaki.
  • Jauhi tempat kejadian dengan segera, dan
  • Sentiasa perhatikan persekitaran anda.
Jadi suspicious ni boleh selamatkan kita, selalunya. Imej dari playbuzz

Langkah-langkah ni boleh mengelakkan kita daripada menjadi mangsa pukau, tapi ada juga yang jenis peramah lebih, Romy bagi alternatif ni:

“Memang betul ada sesetengah orang lebih senang dipukau, tapi semua ni hanyalah dalam minda kita. Kalau kita tanamkan pada diri kita yang kita kuat, jadi kita boleh tahan diri kita daripada dipukau dengan mudah.

Orang yang menjadi mangsa selalunya beremosi dan menghadapi masalah kewangan, dan menyebabkan pertahanan mereka lemah. Jadi mereka sanggup percaya yang seseorang ada kuasa yang boleh menyembuhkan masalah tu, dan masa tu juga la penjenayah ni nampak peluang ni. Berdoa banyak-banyak dan janagn mudah mempercayai orang yang tak dikenali. Nasihat ni klise dan macam budak-budak, tapi kita asyik lupa je dengan benda penting ni.”-Romy Rafael, untuk VICE.