Sejarah & Politik

Lim Swee Tin: Sasterawan Melayu yang berketurunan Cina

Sesebuah bangsa sudah pasti menyimpan khazanah seni dan budaya masing-masing. Salah satu ciri-ciri unik sesebuah bangsa adalah bahasanya. Untuk bangsa Melayu, karya sastera adalah salah satu darinya.

Walaupun pada hari ni era pemodenan makin berkembang dan terus berkembang. Tapi nampaknya sastera masih lagi tak dilupakan oleh masyarakat. Mungkin ada di antara kita yang masih ingat dengan KOMSAS yang kita pernah belajar masa sekolah menengah dulu. Antaranya macam Sehijau Warna Daun, Anak Bumi Tercinta, Meniti Kaca, Interlok (lepas tu ditarik balik) dan sebagainya.

Tengok novel ni je, dah terkenang zaman sekolah. Imej dari littlestars62.blogspot

Selain itu, sampai hari ni juga kita dapat tengok banyak anugerah sastera di peringkat nasional, mahupun antarabangsa. Kalau di peringkat antarabangsa, mungkin kita akan nampak Anugerah Nobel Sastera sebagai satu anugerah yang paling berprestij di dunia.

Tapi selain anugerah tu, di peringkat Asia Tenggara juga tak kurang hebatnya. Ia adalah Anugerah Penulis Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai SEA Write Award. Kalau kat bahagian Asia Tenggara, anugerah ni adalah salah satu yang paling berprestij.

SEA Write Award – anugerah yang dapat sokongan kuat dari kerabat diraja Thailand

Bila sampai je bulan September dan Oktober setiap tahun, para penulis dan sasterawan kat seluruh Asia Tenggara ni mula la berdebar-debar tunggu siapa yang akan jadi pemenang anugerah berprestij ni. Tak kiralah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan sebagainya. Sebabnya pada bulan-bulan inilah, pihak SEA Write Award akan pilih karya-karya hebat dari setiap penulis di Asia Tenggara yang kemudiannya diangkat sebagai pemenang.

Datuk Usman Awang (Tongkat Warrant), Sasterawan Negara ke- 3. Imej dari Yayasan Usman Awang.

Tapi mungkin lebih baik, kita tahu dulu pasal sejarah di sebalik terciptanya anugerah ni. Menurut Prof Madya Dr Lim Swee Tin, titik mula terciptanya anugerah ni adalah untuk mempromosikan pembacaan. S.E.A. Write Awards mula diwujudkan pada tahun 1979.

“Demikian idea ini tercetus di The Oriental, sebuah hotel tertua dan terkemuka di pinggir Menam Chaophraya, Bangkok. Hotel ini merupakan persinggahan pengarang-pengarang Barat yang ternama.” – Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, dipetik dari Utusan Malaysia.

Bila mereka ni berbincang, mereka dapati yang penulis-penulis besar selama ni dah beri banyak sumbangan besar untuk peradaban dunia. Jadinya, dunia sastera mesti dikembangkan dengan cara beri anugerah kepada penulis-penulis khusus di Asia Tenggara. 

Imej dari seawriteaward2010.blogspot

Anugerah ini seterusnya dapat dukungan kuat dari Bangkok Bank, Thai Airways, Hotel The Oriental, International Public Co. Ltd, Italthai Group of Companies, P. E. N. International Center dan The Writers’ Association of Thailand.

Apa yang lebih menarik, anugerah ini juga dapat sokongan kuat dari istana Thailand iaitu keluarga Diraja Thailand. Putera Prem Purachatra sendiri dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang pertama.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Ismail Kassan , penulis dari Malaysia, terima anugerah daripada Puteri Sirivannari Nariratna. Imej dari Klik Web DBP.

Akhirnya pada tahun 1979, seramai lima orang penulis dah diumumkan sebagai penerima anugerah ini yang pertama. Permaisuri Sirikit sendiri yang sampaikan anugerah ini pada tahun 1979. Tapi korang tahu tak dari lima orang tadi tu, ada seorang dari Malaysia dan dia adalah….

A. Samad Said jadi antara pemenang pertama SEA Write Award

Bila masa mula-mula anugerah ni diperkenalkan dulu – A. Samad Said (masa tu belum lagi Sasterawan Negara) jadi antara pemenangnya. Selain beliau, ada lagi beberapa nama macam: Sutardji Calzoum Bachri (Indonesia), Edwin Nadason Thumboo (Singapura), Jolico Cuadra (Filipina) dan Kampoon Boonthawee (Thailand).

“Mulai tahun 1985, bilangan negara bertambah dengan penyertaan Brunei. Pada tahun 1996 muncul penerima daripada Vietnam, manakala 1998 sembilan negara, dan mulai 1999 pula 10 buah negara mengemukakan pencalonan, sehinggalah sekarang. Beberapa tahun antaranya Myanmar tidak menghantar calonnya.” – Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, dipetik dari Utusan Malaysia.

Siasah tu politik. Imej dari poskod.my

Sebenarnya, pemilihan pemenang anugerah ni tak mudah dan kena lalui banyak peringkat. Pada peringkat pertama, setiap negara akan terima nama-nama penulis tertentu untuk dicalonkan sebagai pemenang. Kalau kat Malaysia, yang bertanggungjawab terima pencalonan ni adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara syarat-syaratnya adalah:

  1. Institusi atau badan-badan yang sah dan orang perseorangan yang ada kewibawaan dalam bidang sastera boleh kemukakan calon yang layak untuk dipertimbangkan sebagai penerima anugerah ni.
  2. Calon yang dikemukakan mestilah warganegara Malaysia yang masih hidup dan hasilkan karya kreatif dalam Bahasa Melayu.
  3. Satu nama je yang boleh dikemukakan oleh setiap pencalon. Penerima SEA Write Award tak layak dicalonkan untuk kali kedua.
  4. Pencalonan tu mestilah disokong dengan bukti-bukti kukuh tentang calon, macam – hasil karya dan tulisan atau laporan pengiktirafan oleh sarjana/individu yang berkelayakan.
  5. Calon mestilah konsisten dalam berkarya.

Bila dah dapat idea. Imej dari Giphy.

Lepas setiap negara dah ada calon masing-masing, ia dinilai pula oleh panel hakim SEA Write Award. Lepas tu barulah, pemenang diumumkan.

“Pemilihan, penilaian dan penghakiman dengan itu tidak mudah. Ia dianggotai wakil P. E. N. Thailand, Writers Association dan pengarang-pengarang terkemuka Thailand. Ketelitian penting menurut urus setia demi kepentingan pengarang penerima anugerah dan kemajuan bidang kesusasteraan di Thailand.” – Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, dipetik dari Utusan Malaysia.

Sutardji Calzoum Bachri antara yang sebaris dengan Pak Samad sebagai pemenang pertama SEA Write Award. Imej dari inisifani.wordpress

Tapi, siapa rasanya penulis dari Malaysia yang akan dapat anugerah tahun ni?

Sebenarnya, belum ada apa-apa berita tentang siapa yang akan dapat anugerah ni dari Malaysia. Tapi untuk negara Thailand, memang dah diumumkan siapa penerimanya. Orang tu adalah Jidanan Luengpiangsamut seorang gadis yang baru je berumur 25 tahun.

Jidanan Luengpiangsamut. Imej dari bangkokpost.com

Dekat Indonesia pula, sasterawan Rusli Marzuki Saria akan dapat anugerah ni. Sebenarnya, Rusli Marzuki pernah dicalonkan sebagai penerima pada tahun 1997. Tapi, nampaknya selepas 20 tahun, anugerah itu akhirnya sampai ke pangkuannya.

“Sebenarnya saya tahu bahawa saya ditetapkan sebagai penerima SEA Write Award pada 7 Jun. Pemberitahuan itu saya terima melalui email dari Badan Bahasa. Bahkan, sehari sebelumnya, sudah ada teman yang mengabarkan informasi itu kepada saya melalui SMS.” – Rusli Marzuki Saria, dipetik dari Harian Haluan.

Rusli Marzuki Saria. Imej dari Media Indonesia.

Jadinya, untuk penulis Malaysia – siapa yang akan dapat?

Kami kat SOSCILI ni cuba la cari mana-mana maklumat, tapi nampaknya masih lagi tak dapat sebarang maklumat pasal pemenang dari Malaysia. Akhirnya, kami tanya dengan Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), En. Amiruddin Md Ali Hanafiah, dan ini jawapannya:

“2016 dan 2017 masih belum ada penerima (SEA Write Award).” – Amiruddin Md Ali Hanafiah, katanya kepada SOSCILI.

Jadinya jelas kat sini yang penerima dari Malaysia masih lagi belum diumumkan untuk tahun 2016 dan 2017. Mungkin pemenang dari Malaysia akan diumumkan buat masa terdekat ni.

Jasni Matlani – pemenang SEA Write Award tahun 2015. Imej dari Klik Web DBP.

Walaupun begitu, kalau kita tengok dari sejarah, ramai di kalangan penulis-penulis kita yang dah terima anugerah ni termasuklah beberapa orang Sasterawan Negara, seperti A. Samad Said yang diceritakan tadi. Boleh dikatakan kesemua Sasterawan Negara pernah dapat anugerah ni, kecuali Keris Mas (Kamaluddin Muhamad) dan Prof Emeritus Shahnon Ahmad.

Sasterawan Negara – Keris Mas. Cukup bergaya kan? Imej dari mychinesebooks.com

Jadinya, siapa pula yang akan dinobatkan jadi Sasterawan Negara selepas ini?

Sasterawan Negara seterusnya, bukan orang Melayu?

Kalau kat Thailand ada SEA Write Award, kat Malaysia juga ada anugerah sastera tertinggi iaitu anugerah Sasterawan Negara. Anugerah ni mula-mula diperkenalkan pada tahun 1981, oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri masa tu.

“Pada awal penganugerahannya, wang tunai sebanyak RM30,000 menjadi sebahagian daripada hadiah selain pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya.

Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) antara sasterawan yang tak terima anugerah Sasterawan Negara. Imej dari tanyapeguamanda.com

Buat masa sekarang, negara kita dah nobatkan 13 orang Sasterawan Negara, yang mana kali terakhirnya adalah Datuk Dr Zurinah Hassan pada tahun 2015. Zurinah juga jadi wanita pertama yang dapat anugerah Sasterawan Negara ini.

“Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Sebenarnya anugerah ni bukan setiap tahun diumumkan, sebab ada juga yang ambil masa lama, sebelum diumumkan semula. Macam pada tahun 2003, S Othman Kelantan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-9, tapi lepas enam tahun (pada 2009), barulah Sasterawan Negara ke-10 diumumkan iaitu Dr. Anwar Ridhwan.

13 orang Sasterawan Negara.

Jadinya, siapa rasanya Sasterawan Negara seterusnya? Sebab ada juga cakap-cakap yang kata mungkin Sasterawan Negara seterusnya ni bukan dari kalangan orang Melayu. Orang yang disebut-sebut tu adalah Prof Madya Dr Lim Swee Tin.

Dalam bidang kesusasteraan, nama Lim Swee Tin bukanlah asing dan sebenarnya sudah pun mahsyur. Pada tahun 2000, Lim juga dah dapat SEA Write Award. 

“Ketika di Taiwan pada Taipei International Poetry Reading tahun 2001, puisi-puisi Lim berkumandang melalui medium Bahasa Melayu (dengan terjemahan Bahasa Cina),

demikian di South Bank dalam acara Four Leading Poets from the South East Asia (dengan terjemahan Bahasa Inggeris), dan Bangkok, pada acara World Peace Poetry Festival from Bangkok, Thailand (dengan terjemahan Bahasa Thai).” – Dipetik dari Utusan Malaysia. 

Lim Swee Tin, masa membaca sajak – Api Zionis. Imej Youtube.

Sehingga tahun 2012, Lim Swee Tin dah hasilkan 62 buah buku secara persendirian dan lebih 120 lagi dalam bentuk antologi. Untuk maklumat, sebelum jadi pensyarah, Lim juga pernah jadi cikgu Bahasa Melayu.

“Isteri saya agak kritis dari segi melihat kandungan karya saya. Jadi sebagai pembaca pertama, dia akan persoalkan beberapa perkara dalam karya itu. Isteri saya amat teliti dalam Bahasa Melayu termasuk ejaan, imbuhan dan dia sangat ambil berat hal yang kecil.

Adakala saya tenggelam dalam imaginasi dan ada melakukan kesilapan, justeru isterilah akan menegurnya. Isteri seakan editor kepada saya.” – Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, dipetik dari Sinar Harian.

Lim Swee Tin dan isteri – Selian S.F Lee. Imej dari Utusan Malaysia.

Kejayaan Lim Swee Tin ini dah membuktikan yang sastera Melayu bukan sahaja berada di hati orang Melayu, tapi juga kaum-kaum lain. Perjuangan Lim Swee Tin dalam meningkatkan martabat Bahasa Melayu adalah satu perkara yang tak dapat kita sangkal.

“Jangan perkecilkan Bahasa Melayu,
Kelak ia semakin kerdil,
Kerdil bahasa kerdilah jiwa,
Tak berjiwa manakah lagi kebersamaan kita.
Lama telah bahasa kita berdaulat,
Bukalah laman sejarah, lihatlah jerih,
Lihat payah yang terpahat,
Kita juga telah memberinya tempat,
Setelah dinobat diangkat martabat,
Janganlah lagi direntap disentap.”

– Citra Bahasa, karya Lim Swee Tin.

Anugerah sastera perlu dihargai dan sasterawan itu aset negara

Walaupun kita dah ada 13 orang Sasterawan Negara, tapi nampaknya ia masih lagi tak dipandang dengan sepatutnya oleh masyarakat. Malah, ada juga di antara kita yang tak kenal dengan Sasterawan Negara.

“Pengimarahan Sasterawan Negara tidak hanya setakat membawa dan mendedahkan Sasterawan Negara kepada warga sekolah dan masyarakat Malaysia,

…malah karya-karya Sasterawan Negara seharusnya mengisi rak-rak di Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Desa, Perpustakaan Awam dan Negeri, malah seharusnya dibincangkan secara lebih kerap.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Sasterawan Negara – Usman Awang & A. Samad Said dengan Dr. Mahathir. Imej dari Utusan Malaysia.

Selain itu, kedudukan Sasterawan Negara juga sepatutnya dihormati dan ditempatkan di kedudukan yang sesuai. Sebabnya, mereka ini adalah aset negara yang menyimpan pelbagai ilmu dan idea.

“Kalau seorang Sasterawan Negara sendiri tidak dihormati oleh orang yang dianggap berilmu atau berintelektual, siapa lagi yang dapat kita harapkan. Bagaimanakah kita akan mengatasi kelesuan dan kejumudan budaya kita.

Apakah kita berghairah dalam soal-soal seperti Akademi Fantasia dan politik seperti pilihan raya sahaja, sementara hal-hal yang berkaitan ilmu dipandang sepi.” – Raja Ahmad Aminullah, budayawan. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Jadi, bila dah baca artikel ni, korang boleh kenal tak sasterawan-sasterawan kita? Jawab kuiz kat bawah ni:

[os-widget path=”/soscilimy/korang-tau-tak-siapa-sasterawan-sasterawan-negara-ni” of=”soscilimy” comments=”false”]

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend