- 315Share sekarang!
- Email19
- Facebook296
- Share
Antara perkara indah bila dah berumah tangga tentulah apabila dikurniakan cahaya mata buat penyeri hidup berkeluarga. Tapi jangan ambil mudah, nak ada keluarga dan ada anak memerlukan ilmu yang cukup tau.
Yelah, baby ni kan fragile, kena penjagaan rapi dan dorang ni mudah diserang penyakit. Tak kisahlah baby lelaki atau perempuan. Tapi kali ni kitorang nak cerita mengenai penjagaan dan persoalan mengenai baby perempuan yang mungkin korang sendiri tak pernah tahu. Antaranya ialah…
1. Dilahirkan tanpa lubang faraj merupakan perkara biasa
Takde lubang faraj?? Uishhh scary nya! Korang pernah dengar tak kes macam ni?
“Anak sulung saya ada masalah ni. Tapi dapat detect awal masa umur 2, 3 hari. Doktor kat hospital check kan. Rawatan dia just sapu krim hormon. Dalam masa tu, tiap-tiap bulan follow up pakar. Dalam 2, 3 bulan lubang tu terbuka.” – Nur Asdayanti Fuad. Dipetik dari Facebook.
“Anak saya nak pergi sunat. Masa tu dah 6 bulan. Doktor check takde lubang faraj. Doktor toreh sikit dan bagi krim suruh sapu supaya tak tutup balik.” – Ma Shita. Dipetik dari Facebook.
Tapi ada juga kes dah letak cream pun tak terbuka juga. So kalau tak terbuka, nak buat camne?
Bila dah besar sikit, masa nak dekat datang period, doktor akan buat small surgery. Tapi kena refer doktor O & G. – Dipetik dari Niniezex
Namun menurut Dr Zubaidi, takde keperluan pun untuk buka lubang faraj kanak-kanak tu kerana apabila dorang meningkat remaja dan datang haid, saluran farajnya tu akan terbuka sendiri.
“Bagi kanak-kanak perempuan, keadaan farajnya kelihatan tertutup adalah suatu keadaan yang normal. Tak bolehlah nak bandingkan dengan wanita yang sudah melahirkan anak.” – Dr Zubaidi. Dipetik dari Facebooknya.
Tambah Dr Zubaidi lagi, dorang ni mempunyai selaput dara di dalam faraj. Jika dimasukkan jari atau sebarang alat untuk membuka faraj, ia akan merosakkan selaput daranya itu dan perkara ni yang dibimbangkan kerana ia boleh memberikan signifikasi emosi pada dorang bila dah besar nanti.
“Mohon jangan diganggu, kerana saya percaya puan semasa kecil juga tidak dilakukan (dibuka saluran faraj) dan telah menjalani kehidupan yang sihat setelah dewasa.” – Dr Zubaidi. Dipetik dari Facebooknya.
Hmm tu kalau terbuka sendirilah. Tapi macam mana pulak dengan kes yang lubangnya tak terbuka sehingga mengundang kesakitan kepada si anak?
“Saya sendiri laluinya semasa berumur 12 tahun. Memang perih dan memang kenangan pahit dalam hidup saya kerana setiap hari saya sakit bahagian perut dan tak boleh buang air kecik. Maybe pundi dengan ari-ari saya dah bloated sangat. Boleh di katakan setiap 2 ke 3 pagi saya akan pergi ke klinik kesihatan untuk buang urine saya guna tiub.
Then family saya bawa berubat kampunglah hospital lah. Bayangkan hospital pon tak dapat detect penyakit saya masa tu walaupun dah check ‘bahagian private’ tu. Taktau lah doktor check macam mana boleh tak tau sebab dah 2 kali masuk hospital perkara yang sama.
Nak dijadikan cerita, Allah tu gerak kan hati makcik saya bawa saya ke sebuah klinik ni dan check scan semua dan check ‘privert’ part tu. Dan terus doktor cakap saya sebenar nye takde lubang untuk period. Then doktor kat klinik tu lah buat surat refer kat hospital untuk operate segera untuk kuar kan darah haid saya yang dah berbulan-bulan masa tu tak dapat kuar sebab takde lubang. N0w saya dah pun kawen dan dah ada 3 orang cahaya mata..” – Dipetik dari Info Ibu Hamil.
2. Khatan anak perempuan bukan ajaran Islam? Betul ke?
Eh, perempuan pun kena khatan (sunat) jugak ke?
Mungkin ada antara korang terutama ibu bapa muda yang masih tak tahu sebenarnya perempuan jugak turut berkhatan. Tapi dorang khatan/sunat time baby. Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan (O&G), Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain, ia melibatkan pemotongan sebahagian kecil daging di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian klitoris.
Kat Malaysia, biasanya kanak-kanak perempuan akan dikhatankan semasa bayi lagi untuk mengelakkan rasa malu. Menurut Pakar Sakit Puan, waktu yang paling sesuai ialah sebelum bayi tersebut mencapai usia setahun,
Tapi ada jugak yang beranggapan bahawa khatan ni merupakan perbuatan menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka. Malah terdapat jugak beberapa doktor perubatan dan aktivis Islam turut mengatakan amalan ni boleh membawa mudarat pada kesihatan wanita dan ianya takde kaitan pun dengan ajaran Islam.
“Berbeza bagi lelaki, tiada kajian menunjukkan khatan perempuan memberikan manfaat, malah ada risiko berlakunya kesilapan ketika dilakukan.” -Dr Harlina, pakar sakit puan. Dipetik dari Free Malaysia Today.
“Nabi Muhammad tidak pernah mengkhatankan walau seorang bayi perempuan. Tindakan itu untuk menunjukkan ia bukan ajaran Islam.” -Dr Farouk Musa, pakar kardiotorasik dan pensyarah kanan jurusan perubatan di Universiti Monash. Dipetik dari Free Malaysia Today.
Walau bagaimanapun, pada 2009, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan hukum khatan bagi perempuan adalah wajib, namun ia boleh dielakkan jika membawa kemudaratan.
Menurut kenyataan dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, ia disunatkan untuk dinipiskan atau dikemaskan je, dan jangan melampau-lampau dalam memotong. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:
Untuk pengetahuan korang, perempuan yang berkhatan kat Malaysia ni tak sama macam kat sesetengah negara luar seperti Afrika dan Asia Barat di mana dorang memotong sebahagian alat kelamin wanita. Malah ada yang lebih teruk lagi, siap ada yang jahit untuk tutup lubang faraj anak perempuannya.
Kaedah yang betul (Malaysia lakukan) adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris sahaja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan. – Dipetik dari Baby Center.
3. Terdapat cairan berlebihan di kemaluan, tanda si kecil mengalami masalah keputihan
Korang tahu tak, keputihan ni bukan je menyerang wanita dewasa. Malah ia jugak turut dideritai oleh bayi dan anak-anak perempuan yang masih kecil.
Tapiiii….. keputihan yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak ni berbeza sikit dari wanita dewasa. Keputihan patologis yang berlaku pada bayi atau anak perempuan lazimnya disebabkan oleh jangkitan bakteria, kulat atau parasit .
Namun terdapat jugak banyak kes anak-anak berusia di bawah lima tahun yang gemar memasukkan benda-benda asing ke dalam lubang apa saja, termasuk ke dalam kemaluannya. Apabila benda asing itu tidak segera dibersihkan atau dikeluarkan, akan menimbulkan masalah radang atau jangkitan pada kemaluan.
Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya kan camne cara yang betul untuk menjaga alat sulit anak perempuan? Ok menurut Baby Center, time korang nak tukar lampin tu, gunakan kapas yang dibasahkan dengan air untuk menyapu tempat tersebut dari depan ke belakang.
Tapi kalau lampin anak korang tu terlalu kotor dan korang dapati najis dah masuk ke bibir vagina anak, korang kena buat camni:
- Menggunakan jari-jari yang bersih, bukakan bibir vagina bayi.
- Menggunakan lapisan kapas basah, sapu tempat itu dari atas ke bawah, atau depan ke belakang, di bahagian tengah.
- Kemudian, ambil dua lagi lapisan kapas basah, dan cuci kedua-dua sisi labia di sebelah dalam.
Untuk pengetahuan korang, perbuatan seperti terlalu banyak menaburkan bedak dikawasan kemaluan bayi dan anak tu jugak merupakan antara punca yang boleh mencetuskan masalah keputihan dan ada yang mendakwa ia boleh mengundang kepada kanser.
Kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat. -Dipetik dari Utusan.
Tapi macam mana nak tahu anak korang tu mengalami masalah keputihan ni? Ok camni, kalau korang nampak anak membuang air kecil secara berlebihan di seluar dalam atau terdapat cairan berlebihan sekitar kemaluan,ianya adalah salah satu tanda jangkitan keputihan. Langkah terbaik adalah membawa anak ke klinik untuk diberikan rawatan secepat mungkin.
Jika tidak ditangani dengan tepat dan cepat, hanya dalam masa beberapa minggu sahaja, masalah keputihan ini boleh menimbulkan komplikasi,jangkitan yang meluas ke kelenjar-kelenjar di dalam kemaluan dan organ reproduksi lainya. – Dipetik dari Klinik Keputihan Dr Salwa.
Mencegah dan merawat sebelum terlambat
So bagi korang yang ada anak perempuan tu, korang pernah tak amik tahu pasal benda-benda ni? Sebagai ibu bapa korang kena alert dengan perkara-perkara camni, walaupun nampak ianya macam remeh, tapi jika diabaikan ia akan mengundang bahaya kat anak-anak kelak.
Seperti kes yang takde lubang faraj tu, bagi korang yang tak pernah check, silalah check sebab kalau kita tahu masa kecik-kecik ni senang je proses dia tapi bila dah besar nanti kemungkinan kena operate. Bagi ibu bapa yang suka menabur bedak di kemaluan anak kononnya untuk merawat daripada terkena ruam lampin tu, eloklah hentikan segera.
“Serbuk bedak tak melindungi bayi dari ruam lampin.”- Dr Zubaidi. Dipetik dari drzubaidi.com
- 315Share sekarang!
- Email19
- Facebook296
- Share