Kami jumpa satu tempat makan malam kat KL ni dengan RM1 je

(This article has been translated from our sister’s website, Cilisos)

Kita semua tahu yang semua benda kat KL ni memang mahal kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.

Tapi macam mana pulak sebuah kafe dekat tengah-tengah KL ni boleh sediakan makan malam serendah RM1 je? Ok sebenarnya bukan RM1, tapi lebih kepada ‘derma secara ikhlas’ pada apa-apa je yang korang nak makan. 10 sen pun takpe!

Tapi sebelum korang nak ke sana, korang kena tahu yang…

Sebenarnya kafe ni bertujuan untuk tolong orang susah!

Lokasinya tak jauh pun daripada Pasar Seni. Pit Stop Community Cafe bercadang untuk membasmi kelaparan para gelandangan (orang takde tempat tinggal) yang ada dekat KL ni. Tapi ahli Pit Stop lebih suka anggap diorang sebagai ‘kawan’ atau ‘pelanggan jalanan’. Kitorang sempat menemu bual Joycelyn Lee (pengasas bersama Pit Stop Community Cafe), cuba untuk fahami apa yang diorang lakukan.

Tiba je waktu makan tengahari, pelbagai makanan akan dijual seperti biasa. Maksudnya, sesiapa pun boleh datang dan pesan makanan macam kafe biasa. Dah la makanan yang diorang jual BERPATUTAN pulak tu!

Nasi goreng Tom Yam dengan telur RM5 dekat KL? Screengrab dari Passion Portraits YouTube, klik imej untuk menonton video

Bukan tu je. Hasil yang diorang dapat masa makan tengahari tadi pula, akan digunakan untuk sediakan makan malam yang mula beroperasi pada pukul 5.30 petang. Masa tu tak kisahlah pelanggan jalanan diorang nak bayar berapa pun. Sistem yang digunakan ialah Pay-As-You-Feel, (atau Bayar-Seikhlas-Hati), jadi sesiapa pun boleh bayar kurang daripada RM1. (Tapi bagi kita yang berkemampuan ni agak-agak la ok?)

“… setiap orang boleh letakkan seberapa yang diorang mampu kat dalam kotak sumbangan yang disediakan. Takde istilah sumbangan tu terlalu kecil atau terlalu besar.”-Joycelyn

Screengrab dari Passion Portraits YouTube, klik imej untuk menonton video

Bila buat macam ni, pelanggan jalanan juga akan rasa sebuah ‘pencapaian’ bila sekurang-kurangnya diorang boleh bayar untuk makanan sendiri. Kafe Pit Stop juga tak diskriminasi sesiapa yang nak datang untuk makan, tak kisah la korang ni dari mana pun.

“…hanya disebabkan diorang takde tempat untuk berlindung, tak bermakna yang diorang tak nak terlibat dalam kerja-kerja amal juga.”- Joycelyn

Pelanggan memilih makanan yang mereka inginkan. Gambar dari thesundaily.my

Selain daripada bagi makan, kafe Pit Stop juga nak melatih dan membantu kawan jalanan diorang dapatkan pekerjaan

Selain daripada sebuah dapur jalanan, Pit Stop juga menyediakan pembelajaran berasaskan kemahiran kepada para gelandangan ni.

Joycelyn juga ada bagitau kitorang yang Pit Stop menawarkan program kulinari intensif selama enam bulan. Fokus diorang untuk remaja kurang bernasib baik, berumur di antara 16-25 tahun. Kalau diorang berjaya melepasi interview dengan penilaian, diorang boleh masuk program kemahiran ni yang turut mengajarkan subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Geografi dan juga Asas Pengurusan Kewangan.

Seperti halangan pit sebenar, Pit Stop bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bahan bakar dan kelas atas, akhirnya bergerak dengan kehidupan. Foto dari sidepodcast.com

Kelas-kelas yang disediakan juga dijalankan oleh para pengajar sukarela. Dulu diorang ada cikgu yang ajar Bahasa Inggeris, tapi diorang perlukan cikgu yang betul-betul boleh bagi komitmen untuk mengajar.

Selain tu juga, kafe ni ada sediakan pendaftaran pekerjaan dan kerja kosong untuk pelanggan diorang. Sebab tu la barangan kelengkapan macam pisau cukur dan sabun juga diedarkan supaya kawan jalanan ni boleh ‘mendandan’ diri sebelum pergi interview.

Selain daripada dilatih, kemahiran diorang juga turut diiklankan dekat kafe tu sendiri. Daripada tukang cuci sampailah pembantu kafe. Malah, lima daripada pekerja kat kafe tu dulu takde tempat tinggal pun. Jocelyn kumpulkan diorang dan bagi tempat tinggal sebab diorang ni bersedia untuk berbakti balik pada masyarakat.

Bukan orang je yang dapat peluang kedua, makanan pun sama!

Kalau korang nak tahu, makanan yang kafe ni dapat pun bukan daripada pasar basah atau pasaraya biasa. Diorang sebenarnya bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk sediakan makanan. Yayasan tersebut kumpulkan makanan yang orang dah tak nak (makanan tu elok lagi) daripada pemborong atau peruncit. Kalau diorang tak ambik pun lagi la membazir sebab makanan tu semua akan dibuang.

Perkara ni dipanggil ‘re-purposing food’ ataupun menggunakan balik makanan, yang sebenarnya sangat berguna, memandangkan rakyat Malaysia membazir 15,000 tan makanan setiap hari!

Kafe ni juga ada satu peraturan ketat iaitu polisi jangan membazir makanan. Jadi, sesiapa je yang membazir akan diharamkan dari kafe tu. Bunyinya macam kasar, tapi kalau diorang tak buat macam tu, orang lain takkan belajar dari kesilapan.

Korang mesti ingat yang kawan jalanan ni selalu kelaparan kan? Tak juga, diorang selalu dapat makan sampaikan ada je laporan yang mengatakan sesetengah gelandangan ni buang makanan. Benda ni berlaku sebab diorang ada pilihan untuk pergi ke dapur jalanan lain bila makanan kat satu tempat tu tak cukup. Lepas tu bila tak habis, diorang buang je.

Walaupun kita boleh tolong, tapi rakan jalanan ni kena tahu arah tuju hidup sendiri

Bukan senang jadi gelandangan ni, lebih-lebih lagi kat KL. Kerajaan sendiri dulu pernah cuba untuk mengharamkan dapur jalanan ni. Malah ada juga khabar angin yang cakap DBKL pernah cuba untuk buang gelandangan yang ada kat KL ni ke lebuhraya. Diorang bagaimanapun cuba untuk menafikan berita tersebut. DBKL bagitau, lori dan para pegawai yang dihantar tu untuk tolong Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan agensi-agensi lain (yang sebenarnya takde kaitan pun dengan kerja diorang). Selain tu, ada beberapa gelandangan lain bagitau, diorang kena ‘buang’ dekat Rawang dan Lebuhraya Karak, teruk betul!

Takde sesiapa pun yang minta nak jadi gelandangan. Sesetengah daripada diorang ni datang daripada latar belakang keluarga yang susah. Ada yang dibuang keluarga dan ada juga yang disebabkan hilang pekerjaan. Tak kira la sebab apa pun, kalau diorang nak berubah, kenapa kita tak tolong?

“It’s not just about giving someone food, it’s about giving someone their dignity back.” – Joycelyn Lee

Perkara yang paling menarik pasal kafe ni ialah peluang untuk memilih. Bermula dengan peluang untuk pilih nak makan apa- ni la salah satu benda yang dapur jalanan lain takde. Selain tu juga, antara pengajaran lain ialah macam mana diorang nak teruskan kehidupan.

Isu gelandangan ni memang tak boleh diselesaikan dalam masa terdekat. Tengok je la jumlah diorang. Sumbangan yang disalurkan memang boleh membantu, tapi bukan untuk jangka masa yang panjang. Sebenarnya kita boleh tolong gelandangan ni mengikut sebuah pepatah,

“Beri seekor ikan kepada seseorang dan dia akan makan untuk sehari, ajari seseorang untuk memancing ikan maka dia boleh makan untuk seumur hidupnya.”

Jadi kalau korang nak cuba makanan yang sedap tapi berpatutan, korang boleh pergi kat kafe diorang (tapi ditutup setiap Selasa). Oh, diorang juga tengah cari sukarelawan juga, jadi korang boleh la check FB page diorang dan tolonglah setakat mana yang korang mampu.