- 109Share sekarang!
- Email6
- Facebook103
- Share
(This article is translated from English, click here to read it.)
Pada 14 Disember baru-baru ni, permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mahkamah Persekutuan untuk melawan keputusan Mahkamah Rayuan telah ditolak. Ini merupakan rayuan keduanya yang telah ditolak, pertama kali adalah pada 10 Febuari (kalau korang lupa, boleh tekan kat sini). Disebabkan tu Anwar terpaksa sambung balik hukuman dalam penjara dia.
Ke tak?!
Lepas tu Anwar bagitau wartawan yang peguam-peguam dia dah berbincang untuk langkah seterusnya. Secara tak langsung Anwar nak kata, “fight ni belum berakhir!”.
Jadi apakah tindakan yang dimaksudkan Anwar and the gang?
Meminta pengampunan dari Agong untuk elak hukuman undang-undang
Pada hari Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli telah mengemukakan cadangan untuk meminta pengampunan dari Agong.
“Kalau Yang di-Pertuan Agong berkenan, Datuk Seri Anwar boleh dibebaskan dalam masa dua hari sebelum PRU14” – Rafizi Ramli, Malay Mail.
Minta ampun Agong ni macam minta maaf time raya ke? Tak… Pengampunan diRaja ni secara ringkasnya bermaksud Agong boleh melepaskan banduan dari hukuman. Ni boleh kata antara jalan terakhir untuk mereka la, terutama sekali yang nak ke tali gantung.
Dibawah Akta 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan mana-mana banduan untuk semua jenis kesalahan yang terletak di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya). Sultan/Yang di-Pertua Negeri pula ada kuasa yang sama kat negeri masing-masing.
Memandangkan kes Anwar ni terjadi kat kondo Desa Damansara yang menggunakan alamat Kuala Lumpur, so segala kes ampun beribu-ribu ampun ni jatuh kepada Yang di-Pertuan Agong kita sekarang ni Sultan Muhammad V dari Kelantan.
Tapi senang ke nak minta pengampunan diRaja?
Sebenarnya takde la susah pun nak mohon ampun, cuma leceh
Proses permohonan ni boleh makan masa yang sangat panjang, silap-silap banduan dah dibebaskan sebelum Agong dapat tengok permohonan.
Sebelum kita menyelam lagi dalam, perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ni pernah minta pengampunan diRaja pada tahun 2015 tapi kena reject. Nak apply pengampunan ni pun boleh tahan pening juga, sebab mula-mula kami ingatkan ia berkaitan dengan institusi diRaja tapi sebenarnya proses pengampunan tu sendiri takde peraturan yang tetap.
Seorang professor dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata, sesiapa je yang boleh apply. Untuk kes Anwar ni, isteri dan anak perempuanya telah mewakilkan diri dia di mana permohonan tersebut telah di hantar ke Istana Negara.
Time nak memohon tu takde had masa, sama juga bila Agong dah dapat permohonan tersebut, baginda takde had masa untuk membalas balik malah pakar perundangan perlembagaan, Tan Sri Dr Rais Yatim juga berkata Agong tak boleh dipaksa oleh Badan Pengampunan untuk buat keputusan.
“Proses Badan Pengampunan ni makan masa yang lama, kadang-kadang boleh sampai 5 tahun sebab ia bukan proses yang mudah kerana ia memerlukan laporan dari pelbagai pihak seperti mahkamah dan nasihat dari pendakwa raya sebelum Agong boleh buat keputusan. Dalam setengah kes, banduan tu dah siap habiskan hukuman sedangkan proses pengampunan masih dalam proses” – Professor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed, Malay Mail.
Menurut Artikel 42(5) dari Perlembagaan Negara, Badan Pengampunan kena tubuhkan kat setiap negeri (termasuk wilayah persekutuan). Ia merangkumi Pendakwa Raya (atau wakil dia), Ketua Menteri negeri tersebut, dan tiga orang lain yang dilantik oleh Agong.
Tanggungjawab badan tersebut adalah untuk mengambil kira nasihat dari Pendakwa Raya sebelum membuat keputusan. Untuk pihak Pendakwa Raya pula, dia ada Jabatan Kajian sendiri yang menyediakan dan menulis surat nasihat ni kepada Agong, walaupun sebegitu baginda tak terikat dengan keputusan mereka.
Secara amnya, Agong takde benda yang khusus untuk diambil kira sewaktu membuat keputusan. Baginda juga dibenarkan untuk melihat dari sudut yang berbeza dari mahkamah sebab pihak perundangan kena ikut bahan bukti. Dalam erti yang lain, keputusan Agong ni sebenarnya dibuat mengikut kesedaran dan nasihat dari orang lain tanpa sebarang pengaruh dari pihak luar.
Agong boleh kasi pengampunan penuh, mengurangkan hukuman gantung ke seumur hidup, memendekkan hukuman penjara, atau meminda tarikh hukuman gantung.
Yang paling best Agong tak perlu beri alasan atau sebab untuk keputusannya dan ia merupakan kata-kata muktamad. Takde undang-undang kat Malaysia ni boleh tarik balik keputusan tu, termasuk juga mana-mana mahkamah. Lagi satu bila Agong dah kasi pengampunan, semua rekod kesalahan banduan tersebut akan dibersihkan. Ibarat seorang bayi baru lahir yang bersih suci segar seperti sabun jenama Zaitun.
Jadi kalau Anwar dapat pengampunan ni, dia boleh terus masuk ke dunia politik semula dan tak perlu kena gantung kerja. Sebab kalau mengikut undang-undang pilihan raya, sesiapa yang kena penjara lebih dari dua tahun atau denda lebih RM5000 tak dibenarkan untuk bertanding selama lima tahun.
Tapi dia ada peluang ke nak dapat pengampunan diRaja?
Ada yang pernah dapat pengampunan tapi bukan semua
Kasi pengampunan ni bukanlah sesuatu yang normal kata wakil Badan Pengampunan Selangor kat The Star. “Ia adalah budi bicara Sultan, macam bonus”.
Peguam jenayah, Datuk Jagjit Singh, berkata hanya 10% client dia yang apply untuk pengampunan ni saje yang berjaya dapat dan salah sorang yang berjaya adalah bekas Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, yang mendapat pengampunan pada tahun 1982 apabila dikenakan hukuman gantung sebab kesalahan membunuh wakil rakyat Gemencheh, Datuk Mohd Taha Talib. Tapi client Jagjit lagi sorang, Botak Chin tak berapa bernasib baik. Dia pernah minta tapi permohonan telah ditolak.
Dari 829 kes gantung hanya 95 je yang berjaya dapat pengampunan diRaja dan ni pun sepanjang 2010 sampai 2016 kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Tapi masih tidak mustahil, kat sini kami telah letakkan beberapa kes contoh:
- Lim Kit Siang – Penasihat DAP ni dulu pernah senasib dengan Anwar Ibrahim tapi bukan sebab kes sodomi. Lim Kit Siang yang kena masuk penjara pada tahun 1969 disebabkan kesalahan berkaitan dengan pilihanraya telah mendapat pengampunan dan dibenarkan untuk simpan kerusi yang dia menang time tu.
- Datuk Seri Harun Idris – Bekas Menteri Besar Selangor ni dijatuh hukuman atas kesalahan merasuah antara 1975-77. Dia kena masuk penjara selama enam tahun tapi jadi tiga je selepas mendapat pengampunan dari Agong.
- Kerabat diRaja – Kadang-kadang tu keluarga kerabat pun minita ampun juga. Contoh terdekat adalah Sultan Ibrahim dari Johor, baginda dulu pernah disabit kesalahan menembak mati seorang mangsa di sebuah kelab malam pada tahun 80-an. Sama juga macam ayahandanya, Sultan Iskandar, yang juga pernah disabit kesalahan membunuh. Akhirnya dua-dua berjaya mendapat pengampunan.
- Seorang kanak-kanak – Karpal Signh yang terkenal sebagai seorang peguam yang menentang keras hukuman gantung ni telah berjaya selamatkan seorang kanak-kanak yang berusia 14 tahun apabila dia kena menghadap tali gantung sebab memiliki sepucuk pistol. Budak tu kemudian mendapat ampun.
- Orang Asing – Dua rakyat New Zealand, Lorraine Cohen yang kena hukum gantung dan anaknya Aaron penjara seumur hidup dapat second chance bila mereka dibebaskan selepas mendapat pengampunan atas kesalahan mengedar dadah, tapi tu pun lepas 11 tahun kat penjara.
Mungkin waktu terbaik adalah time harijadi Agong?
Sepanjang kajian artikel ni, kami sedar waktu yang terbaik untuk minta pengampunan diRaja ni adalah sewaktu hari pertabalan atau hari jadi Agong. Okay la, ni bukan gerenti tapi kalau tengok balik ada kemungkinannya kat situ. Contoh terdekat adalah Sultan Ibrahim (yang sendiri pernah kena pengampunan) telah mengurangkan 11 hukuman kes gantung jadi seumur hidup manakala 13 lagi dibebaskan.
Manakala Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dari Terengganu kurangkan hukuman satu kes gantung ni jadi seumur hidup time birthday baginda. Sultan Mahmud kemudiannya meninggal dunia dua minggu kemudian. Malah mamat yang kena ampun tu berkata dia yang patut mati bukannya sultan.
Agong kita yang baru ni, Sultan Muhammad V dari Kelantan pun pernah kasi pengampunan kat 7 orang yang kena gantung, ni pun time birthday baginda yang ke-46. Tapi kalau nak diikutkan, sebelum ni kat Kelantan ada 37 permohonan tapi yang lulus 7 je.
Macam kami kata tadi, walaupun pengampunan terjadi time birthday Agong/sultan tak semestinya mereka akan kasi. Tapi apa-apa hal pun, pengampunan diRaja adalah satu-satunya Anwar untuk bebas dari penjara sekarang ni.
- 109Share sekarang!
- Email6
- Facebook103
- Share