Tanah Melayu diserang Jerman waktu Perang Dunia Pertama!! Tapi kenapa kita yang kena?

(This article is translated from the English version, click here to read it!)

Kalau sembang pasai Pulau Pinang, mesti hampa semua pikiaq pasai dia punya nasi kandaq ngan Char Kuey Teow kan? Kalau lapaq roti canai, jangan lupa order ‘kuah banjir’. Ayaq dia pulak mestilah ‘Milo Komtar’, barulah syurrrr dan perghhhhh bagai. *ok kami stop speaking penat sebab takut air liur*

‘Kuah banjir.’ Rasa macam nak terjun masuk dalam skrin komputer tak? Imej dari idazaidi.blogspot.my.

 

Selain daripada makanan, Pulau Pinang jugak terkenal dengan sejaray dan budaya, Kalau sampaikan pada tahun 2008, Georgetown diberikan status UNESCO World Heritage. Ye la kat mana lagi nak cari rumah agam milik duta Dinasti Qing, siap pernah ada komuniti Yahudi lagi.

Selain Pulau Pinang sendiri, Pulau Jerejak pun tak kurang hebat sejarahnya. Selain daripada menjadi penjara ‘maximum security’ dan tempat tinggal untuk golongan penghidap kusta, Pulau Jerejak jugak adalah kawasan perang laut ketika Perang Dunia Pertama!

Ok, now to the real story…….

Kisahnya bermula di benua Eropah, pada tahun 1914.

Kartun satira Jerman dari 1914 tentang situasi politik di Eropah sebelum Perang Dunia Pertama. Boleh nampak Jerman tak? Imej dari publicdomainreview.org.

Korang cuba fikir sejenak dua jenak jap. Time tengah tunggu order roti canai kuah banjir sampai….. Pernah terfikir tak, apesal Perang Dunia Kedua lebih femes dari yang Pertama? Confirm pernah punyalah.

Untuk menerangkan asal-usul Perang Dunia Pertama dan jugak negara-negara yang terlibat, kitaorang rasa baik guna perbandingan yang lebih senang untuk difahami, melalui analogi ‘Bar Fight’ yang kami jumpa kat The Economist.

Senario:

(Jerman, Austria-Hungary dan Itali tengah lepak kat kedai mamak biasa diaorang. Tiba-tiba, Serbia yang duduk sebelah, tertumpah segelas teh tarik atas jersi si Austria-Hungary.)

Austria-Hungary: Apehal ni bro, kotor jersi aku! Cepat bayar ganti rugi!

Serbia: Sorry Austria-Hungary, aku tak cukup duit la bulan ni. Aku hanta jersi ko pergii dobi je boleh?

British: (Yang terdengar perbualan tuh) Alah Austria-Hungary, benda kecik je tuh, rileks sudah.

(Russia sekarang tengah back up bff dia Serbia.)

Russia: Kan Serbia dah offer hantar dobi, Austria-Hungary. Apa lagi kau nak?

Austria-Hungary: Kau ingat kau siapa Russia? Apehal tetiba kepoh ni?

(Sekarang ni nampaknya Perancis dan British berpihak kepada Russia.)

Jerman: Diminta semua bawak bertenang. Kan Serbia dah setuju nak bersihkan jersi Austria-Hungary? Kira dah settle lah tu kan?

British, Perancis dan Russia: Ah Mana boleh!

Perancis: Yelah, korang semua tak nampak ker yang Austria-Hungary tu tengah buli Serbia?

(Jerman memang tengah panas menggelegak sekarang ni. Jadi dia orang terus attack Perancis….tapi tak pasal-pasal terkena Belgium, mangsa yang tidak bersalah.)

Austria-Hungary lawan balik Russia tapi fail. Jerman tak pedulikan Belgium dan terus lawan Perancis dan British. Russia yang bara kat Austria-Hungary, cuba serang diaorang tapi kena settle dengan Jerman. British panggil kawan dia (nun jauh di sana iaitu Australia) untuk mai tolong. Jerman pulak panggil member kamceng dia, Turki.

Dan untuk tambah plot twist, Itali tanpa disangka-sangka buat kejutan dengan membelot kepada Austria-Hungary!

“Sebenarnya, jersey Austria-Hungary yang dikotorkan tu merujuk kepada pembunuhan pemimpin Austria-Hungary, Franz Ferdinand. Masalah-masalah berkaitan dengan insiden ini yang menyebabkan perang antara semua negara ni terjadi. Macam susah nak percaya kan? Kalau betul-betul nak baca versi serius dan panjang, boleh klik di sini.

Jadi kesimpulannya, Perang Dunia Pertama melibatkan Perancis, British, Russia, Serbia, Australia dan Italy (dikenali sebagai ‘The Allies’ atau Pihak Berikat) yang melawan Austria-Hungary, Jerman dan Turki (dikenali sebagai ‘the Central Powers’ atau Kuasa Pusat).

Tapi pehal tetiba Asia Timur pun kena teh-tarik dalam perang ni pulak?

Untuk tujuan ilustrasi. Nota: Tanah jajahan Jerman di China tidak dihighlightkan. Imej dari owassaops.org.

Perang ni seolah macam wabak, cuma bezanya, jauh lagi cepat dia merebak. Afrika, Timur Tengah, Asia Timur semua kena sebab mereka semua tanah jajahan milik British, Perancis, Itali dan Jerman.

Di Asia Timur – Jerman memiliki Qingdao; Perancis memiliki Indochina (Kemboja dan Vietnam); British pulak memiliki Burma, Tanah Melayu, India, dan Borneo Utara.

Awal Perang Dunia Pertama, ada satu kapal Jerman bernama Emden yang berpangkalan di Qingdao membuat keputusan untuk belayar sorang-sorang kat sekitar rantau Pasifik. Bapak, berani betul. Tak takut mati ke Emden nih?

Ada adegan ‘you jump i jump we jump’ ala Titanic dalam kapal ni tak rasanya? Imej screenshot dari saluran YouTube The Great War.

Tapi kira genius jugak Emden ni sebenarnya, sampai dapat tawan 7 kapal dan tenggelamkan 6 kapal yang lain dalam beberapa minggu pertama! Siap berjaya masuk pelabuhan India dan memusnahkan tangki-tangki minyak milik sebuah syarikat bernama Syarikat Minyak Burma. Dan semua ni berjaya dibuat Emden tanpa kena tangkap walaupun sekali! #darealMVP

So nak tau kapal Emden ni singgah kat mana? Kat Pulau Pinang!

Muka depa rilek betui. Orang dah nak serang, tapi selamba badak jer. Imej dari yellowlegs-and-others.com.

“Kapten Emden ingatkan ada kapal perang Perancis yang besar kat Penang, dan kalau dia dapat menenggelamkan kapal yang bersenjata tinggi itu, ia dapat menaikkan nama Jerman yang tidak akan dapat dikecapi oleh kapal perang lain.” – Dr. John Robertson, penulis ‘Battle of Pulau Pinang.”, dipetik oleh The Star Online.

Sedar yang si British ni dah panik selepas serangan terdahulu di India, krew Emden ubah plan dengan membina corong (‘funnel’) palsu keempat untuk mirip sebagai sebuah kapal British.

Untuk ilustrasi sahaja. Janji faham ok?

Pada tanggal 28 Oktober 1914, 3 pagi, Emden secara perlahan-lahan mendekati pelabuhan. Lepas tu, jeng jeng jeng.. rupanya ada kapal perang Russia yang berlabuh kat situ!

Emden pun bergerak ke kedudukan yang strategik, kira-kira 270 meter jauhnya dari kapal Russia, dan kapten memberi arahan untuk sebuah torpedo dilancarkan ke arah kapal Russia. Pada masa yang sama, meriamnya pun terbuka sekali. Torpedo tu memusnahkan dek kapal sementara meriam tu menyebabkan bahagian sebelah kapal berlubang habis.

Oleh kerana hati kapten Emden ni masih was-was, dia mengarahkan lagi satu torpedo dilancarkan ke arah kapal itu yang menyebabkan berlakunya letupan yang sangat besar. Kebabom!

Ilustrasi kapal perang Russia yang tengah diserang. Imej screenshot dari saluran YouTube The Great War.

Emden tinggalkan pelabuhan dan akhirnya terjumpa pulak kapal perang milik Perancis (tapi bukan yang dorang cari). Tapi macam kapal Rusia tadi, sekejap je kapal Perancis ni karam.

Tapi Emden tak dapat nak enjoy lama. Beberapa minggu kemudian, Emden diserang kapal musuh berdekatan dengan Pulau Cocos. Itulah ending kepada cerita kapal Emden.

Lepas tu, apa pulak?

Selepas itu, pihak British kemudiannya menangkap setiap orang Jerman yang tinggal di Pulau Pinang dan Singapura.

Ahli sejarah Pulau Pinang, Khoo Salma Nasution dalam bukunya menyatakan yang orang Jerman mewakili komuniti perniagaan Eropah kedua terbesar di Pulau Pinang.

Sila lawati perpustakaan yang berhampiran sebab buku ni dah kehabisan stok. Imej dari amazon.com.

Selepas serangan Emden, pihak berkuasa British menganggap orang Jerman sebagai golongan yang tak boleh dipercayai, so diaorang menahan kesemua orang Jerman dan suku-sakat dia yang tinggal di Pulau Pinang dan Singapura. Mereka kemudiannya dihantar ke kem tahanan di Australia.

Kemarahan ini meluap-luap sampaikan syarikat Jerman seperti Behn, Meyer & Co., (yang terbabit dalam industri perniagaan dan perkapalan) pun ditutup. Tapi mereka bernasib baik sebab penutupan ini hanya sementara sahaja (syarikat ini ada lebih daripada 1000 pekerja dan mempunyai banyak pejabat, gudang dan kilang di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat).

Selain daripada itu, pihak berkuasa British bertemu dengan beberapa ahli perniagaan Selat Cina yang kaya untuk berbincang pasal sumbangan untuk keperluan kewangan perang Pihak Berikat.

Pada kurun ke 19, lima keluarga Hokkien (Tan, Yeoh, Lim, Cheah dan Ong) telah berjaya menempatkan diri sebagai antara orang terkaya di Pulau Pinang. Sebab sangat kayalah, mungkin sampai ke satu tahap pihak penjajah British pun tak boleh ignore diaorang. Money talks, ugaiz!

“Menjelang May 1916, ‘Dana Kapal Terbang Pulau Pinang’ telah berjaya mengumpul sebanyak $15, 608. Seminggu kemudian, ‘Pulau Pinang Kongsi’ berjaya mengumpul sebanyak $12,543 untuk membiayai kos sebuah ambulan. Yang hebatnya, ahli perniagaan Cina berjaya mengumpul sehingga $1.8 juta pada tahun yang sama.” – Dr. Wong Yee Tuan, Felow dan Ketua Pengajian Sejarah di Institut Pulau Pinang, dipetik melalui email yang dibalas beliau.

Tapi kan, apesal cerita ni macam tak cover je dalam kelas Sejarah kita?

Dr. Wong memberikan dua faktor:

  1. Insiden-insiden dalam Perang Dunia Pertama kebanyakkannya terhad di Eropah sahaja.
  2. Tiada infrastruktur di Pulau Pinang yang mengalami kerosakan ketika serangan. Tambahan pulak, pengetahuan pihak awam tentang Perang Dunia Pertama.

“Ada rekod tempatan mengenai perang laut ni, seperti diari peribadi dan suratkhabar tempatan. Saya ragu-ragu tentang kewujudan sebarang diari pada masa sekarang tetapi suratkhabar tempatan seperti Pinang Gazette, Straits Chronicle dan Straits Echo masih boleh ditemui di Perpustakaan Negara, Arkib Negara dan perpustakaan awam.” – kata Dr. Wong.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia langsung tak tahu tentang serangan Emden, satu negara masih ingat tentang insiden ni, iaitu Russia! Pada tahun 2013, lebih dari 40 orang Russia yang kebanyakannya kelasi, telah memperingati ulang tahun ke-100 kapal Russia yang karam.

Kubur untuk kelasi Russia yang terbunuh dibina di Kubur Kristian di Jalan Utama (atau dipanggil sebagai Western Road dalam bahasa Inggeris). Imej dari The Star Online.

Pertempuran Pulau Pinang adalah salah satu sebab mengapa Pulau Pinang umpama harta karun kepada pelancong-pelancong yang sukakan sejarah.

Jad… kalau korang lawat Pulau Pinang lepas ni, lepas dah hentam nasi kandaq tu, apa kata berhenti kat tempat-tempat yang banyak tarikan sejarah atau kebudayaan macam ni. Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan kan? OK? Lineeeeeeeeeeeee clear!

About Mohd Aniq Nazmin 8 Articles
Orang Penang. Struggling between a life as a vegetarian, and a nasi kandaq lover. Struggle is real