- 34Share sekarang!
- Email4
- Facebook30
- Share
(This is a translation, click here to read this article in English!)
21 November haritu kat Weld Quay seorang warga Penang berumur 38 tahun kena bantai dengan besi oleh lima penjaga parking haram. Mangsa yang dikenali sebagai Khor ni telah dipukul depan dua orang anaknya sampai berdarah, nasib baik dia masih mampu drive sendiri ke hospital, kejadian tu menyebabkan Khor terima 30 jahitan kat kepala.
Benda ni terjadi bila Khor tanya kat jaga parking haram tu kenapa nak kena bayar sedangkan dia park kat tepi jalan je, tapi jaga parking haram tu tetap memaksa Khor untuk bayar. Memandangkan Khor hanya ada RM50 sekeping, dia telah masuk ke kedai untuk pecahkan. Sekali bila dia keluar, terus kena pukul. Kalau korang nak tau cerita penuhnya sila tekan sini.
Yang sedihnya ni bukan insiden terasing tau, malah terdapat beberapa kes yang sama telah dilaporkan. Ada satu tu, seorang pakcik berumur 52 tahun kena bantai dengan helmet sampai pengsan! Apa nak jadi dengan Malaysia ni gaiss…
Antara kes yang paling drama kami baca adalah seorang mangsa ni kena tikam kat dalam kedai selepas dua orang penjenayah ni kata mangsa kononnya telah melanggar kawan mereka, pastu nak lagi drama kawan penjenayah tu siap berlakon buat-buat pengsan lagi.
Kejadian ganas jaga parking haram ni sedang meliar dan bukannya dibendung
Kes-kes jaga parking haram ni terus ‘menyeksa’ orang dengan keganasan mereka (ada jugak sesetengah yang kalau korang cakap elok-elok dorang lepaskan je). Dan sebenarnya ramai yang dah komplen kat pihak berkuasa untuk ambil tindakkan tapi masih takde apa-apa respond pun.
Beberapa pemandu yang telah ditemuramah kata yang harga parking haram ni tak tentu dan kebiasannya kena bayar sekali je, tak ikut masa. So kalau korang nak parking untuk lari ke tandas sekejap atau nak lepak kat kedai kopi lama-lama memanglah bukan langkah yang bijak sebab harga parking tu tetap sama. Kadang-kadang tu dorang siap sediakan resit untuk pembayaran parking.
“Walaupun kadang-kadang tu boleh bayar ikut suka hati, minimum dia adalah RM1 dan selalunya saya akan bayar sebab takut dorang jadi aggressive kalau saya bayar sikit sangat” – Chan, 52, interview dengan The Star
Kalai korang memang lokal area tu (dengan nombor plet lokal) biasanya bayar RM 1 pun dah cukup, tapi kalau nombor plet luar biasanya kena ketuk 2-3 ringgit. Tapi kalau kat KL dan Penang, lagi mahal harganya. Macam di Masjid India, Pudu, Jalan Imbi, dan beberapa tempat lain di KL (dan juga setengah kawasan di Penang) ada yang letak harga RM5. Malah ada yang melaporkan sampai RM10 macam kat Jalan Tun Razak, KL.
Mungkin ada yang berkata “apa hal nak bising sangat, bayar jela!”. Ye tu betul, tapi korang rasa adil tak bila dah park and bayar parking yang rasmi (majlis bandaraya punya tiket) pastu kena bayar sekali kat jaga parking haram ni. So korang memang betul-betul bayar parking yang sama dua kali!
Kita semua bayar roadtax (kepada yang belum tu sila bayar ye) dan macam-macam cukai lagi supaya gomen boleh bina jalan untuk kegunaan sejagat dan bukannya menguntungkan individu.
“Jaga parking haram ni telah menyalahgunakan perkhidmatan awam untuk keuntungan sendiri dengan mengeksploitasi dan membuli orang lain. Mana pihak berkuasa tempatan? Polis? Kerajaan? Mereka sepatutnya dengar aduan kami dan buat sesuatu” – Iman, dari sebuah surat rintihan kepada The Star
Dan korang tau tak jaga parking haram ni boleh buat duit dari RM1500 hingga RM1800 sebulan, tu kalau dorang minta harga parking RM1-RM5 untuk sebiji kereta. Walao… gaji minimum kat negara ni pun RM1000, pakcik kayo.
Jadi kenapa takde sebarang tindakkan dari pihak berkuasa
Siapa suka kena pau duit lagi-lagi kalau tempat tu terang-terang free dan juga merupakan tempat awam. Memandangkan benda ni semakin menjadi-jadi kenapa takde tindakan? Rani Kulop taknak buat report polis ke?
Realitinya terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa jaga parking kereta ni pernah bayar atau rasuah pihak berkuasa. P. Jeyaraman, seorang penjual bunga kat KL berkata dia pernah nampak aksi rasuah tu sendiri dan telah buat aduan kat DBKL tapi tak nampak apa-apa tindakan pun. Kami bukan nak kata semua pihak berkuasa ni jahat, TIDAK. Malah ada je jaga parking haram ni kena tangkap.
So kita patah balik ke Penang, akhirnya kerajaan negeri tu ambil keputusan untuk melawan balik gejala jaga parking haram ni pada tahun 2014. Tindakkan tu kemudiannya diikuti oleh kerajaan Johor dan KL.
Taaapi, kerajaan Penang telah dihalang oleh beberapa masalah apabila Menteri Besar Lim Guan Eng ‘ditegur’ oleh pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk tahan jaga parking haram ni, sebab takde undang-undang bertulis yang mengatakan mereka buat salah. Dorang ni hanya boleh ditangkap kalau keadaan jadi kritikal seperti memukul (kesalahan seksyen 325 atau 326). Tapi tu sebenarnya mana cukup, ibarat telan panadol untuk lawan kanser. Tak lepas wei.
Jadi kami telah call kawan CILISOS yang juga merupakan seorang peguam, Fahri Azzat, untuk beri sikit penerangan.
“Bergantunglah, kalau tanah tu milik peribadi takpe. Tapi kalau hak milik awam, saya yakin ada undang-undang yang boleh digunakan untuk kasi pihak berkuasa menjalankan tugas” – Fahri Azzat, 2016
Kemudian, Fahri telah tunjukkan kepada kami Seksyen 50(3) Akta Jalan Raya. Telah tertulis bahawa sesiapa yang menunggu di tepi jalan atau tempat parking, untuk memaksa pemandu terima perkhidmatan menjaga atau mencuci kenderaan, atau memberi arahan kepada pemandu ke tempat parking, akan didapati bersalah. Yup, so kalau atas kertas memang salah sebenarnya dan korang boleh ambil tindakkan undang-undang.
Kata Fahrin, Seksyen 112(1)(a) dari Akta yang sama berkata sesiapa yang terlibat dengan kesalahan kat atas ni boleh ditangkap tanpa menggunakan waran. Sambungnya lagi, Seksyen 112(1) dan (2) boleh digunakan untuk menghukum pesalah tersebut – denda tak melebihi RM2,000 atau penjara tak lebih 6 bulan. Untuk kesalahan kali kedua, denda tak melebihi RM4,000 dan penjara tak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali.
Kami terjumpa laporan yang mengatakan rupa-rupanya dah ada orang kena tangkap dengan Akta Kesalahan Jalan Raya ni. Untuk pekerja asing pula, mereka akan disiasat bawah Akta Imigresen kerana menyalah gunakan permit kerja.
Apa yang kita boleh buat untuk lawan jaga parking haram ni?
PANGGIL BUDAK-BUDAK KAMPUNG PASTU STONE COLD JAGA PARKING HARAM NI, haha taklah kami main-main je. Ni cara yang betulnya:
- Katakan TIDAK kepada mereka (cara sopan santun), kalau takut dorang jadi aggressive..
- Cari parking kat tempat lain. Lagipun berjalan kaki ni dapat menyihatkan badan!
- Buat aduan kat JPJ atau polis
Kalau tanah milik peribadi tu kami fahamlah kenapa mereka nak caj tapi untuk kawasan awam (lagi-lagi yang ada mesin beli tiket parking tu), janganlah pandai-pandai nak minta duit kat pemandu pula. Bukannya ada service pun, melainkan service menari mereka iaitu kami di SOSCILI telah namakannya ‘tarian wave-and-point’.
Ahli Majlis Bandar Ipoh, Lai Kong Phooi, mencadangkan polis untuk meningkatkan lagi rondaan mereka di sekitar bandar dan juga buat satu talian khas terus kepada Majlis Bandar supaya laporan boleh dibuat kepada orang yang betul.
Kami tau parking jauh ni agak menyusahkan sikit, tapi pihak berkuasa menggalakan orang untuk tak layan jaga parking haram ni. Sebab bila dah takde demand, sudah tentu takde market kan? Maka kuranglah satu lagi masalah.
- 34Share sekarang!
- Email4
- Facebook30
- Share