Bukan setakat penjara 7 tahun je, ini hukumannya kalau main mercun

Bermain mercun macam dah jadi satu kemestian setiap kali menjelang Ramadhan walaupun kita tahu ianya boleh mendatangkan kemudaratan dan dah diharamkan oleh kerajaan.

Sebab tu la tiap tahun tak sah kalau takde berita pasal budak-budak putus tangan main mercun. Macam pelajar darjah lima yang putus tiga jari setelah mercun yang dibakar meletup kat tangan.

Putus tiga jari dan tapak tangan kanannya terbelah akibat bermain mercun. Imej dari BeritaHarian
Putus tiga jari dan tapak tangan kanannya terbelah akibat bermain mercun. Imej dari BeritaHarian

Ade satu kes ni pulak, empat remaja cedera waktu tengah modify mercun supaya bunyi dia jadi lebih kuat. Kes modify mercun ni memang dah banyak kali jadi, minda jurutera la katakan. Mungkin dorang hanya akan serik bila nasi dah jadi bubur lambuk Kampung Baru.

Tapi kalau betul mercun dah diharamkan siap boleh masuk penjara, awatnye ramai lagi yang main? Ke ada jenis mercun yang masih lagi halal? Kitorang semak undang-undang Malaysia dan dapati…

Hanya dua jenis je yang tak bawak korang ke dalam penjara!

Menurut keratan akhbar tahun 1987 ni, mercun diharamkan kat Malaysia pada tahun 1969 selepas terjadinya rusuhan kaum. Dalam aspek ni, kita lagi maju daripada Singapura sebab ban mercun tiga tahun lebih awal! Sepanjang 47 tahun, kitorang cuma jumpa dua kejadian di mana larangan tu ditarik balik iaitu pada tahun 1987 dan pada pertengahan 1990an. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kuasa untuk menyekat atau menghapuskan sekatan pengharaman bunga api.

Undang-undang bermain mercun terletak kat bawah Akta Bahan Letupan 1957 (rujuk fail PDF). Secara umumnya, ia meliputi semua jenis barangan letupan termasuk serbuk letupan, bom, roket dan sebagainya. Kalau korang nak tahu, mercun ni mengandungi bahan letupan atau serbuk hitam.

Biasanya ia terkandung kat dalam plastik atau kadbod. Imej dari wonderopolis.org
Biasanya ia terkandung kat dalam plastik atau kadbod. Imej dari wonderopolis.org

Tapi rupa-rupanya KDN ada benarkan DUA jenis mercun

1.Pop-Pop

Imej dari goodyfeed.com
Imej dari goodyfeed.com

Jenis ni memang selamat dan tak menyebabkan kecederaan fizikal, walaupun bila meletup kat kulit korang. Pop-Pop terdiri daripada batu kecil/pasir kasar dan juga 0.08mg silver fulminate. Silver fulminate ni la yang menyebabkan letupan, tapi nisbah batu-batu kecil ke bahan letupan adalah sangat tinggi, sebab tu impak letupan dikurangkan.

Jom tengok video budak ni dengan mercun Pop-Pop:

https://www.youtube.com/watch?v=rPe3guzB_3k

So budak-budak kecik ni dapatlah menikmati main mercun yang selamat dan jugak murah! Hanya RM2 je, korang boleh dapat sampai lima kotak. Pop-Pop ni hanya haram kat Singapura, Kanada dan New Jersey kat Amerika Syarikat.

2. Happy Boom (bomb bag) 

Susah kot nak jumpa mercun ni. Imej dari sixthseal.com
Susah kot nak jumpa mercun ni. Imej dari sixthseal.com

Kat website KDN ada cakap yang mereka benarkan Pop-pop dan Happy Boom, tapi kami tak sure dorang refer ke Happy Boom mana satu sebab dia ada banyak jenis.

Lepas tu kami jumpa keratan Sinar Harian yang menunjukkan dua jenis mercun yang dibenarkan. Yang Pop-Pop tu kenal lah kan, tapi yang satu lagi tu tak berapa nak clear. Tapi nampak gaya memang macam boom bag:

Korang boleh nampak tak mercun dari jenis apa? Imej dari Sinar Harian
Korang boleh nampak tak mercun dari jenis apa? Imej dari Sinar Harian.

Cara nak main dia mudah je dan tak berbahaya pun. Korang cuma perlu picit paket dan campak kat tanah, pastu ia akan kembang dan meletup. Ia hanya mengandungi sedikit Sodium Bicarbonate dan Citric Acid Monohydrate, yang merupakan bahan kimia biasa yang terdapat kat rumah. Korang akan rasa sakit sikit dan gatal-gatal kalau terkena kulit dan mata. Tapi secara keseluruhannya ia tak bahaya pun.

Bagi mercun yang lain, kena ada permit baru boleh main!

Klik untuk korang tengok jenis-jenis mercun yang popular kat Malaysia.
Klik untuk tengok jenis-jenis mercun yang popular kat Malaysia.

Mercun yang syok dan rare semua tak dibenarkan main (mercun bola, mercun katak, thunder clap dll). Malah bunga api yang konfem rasa macam selamat tu pun turut tidak dibenarkan. Begitulah juga nasibnya dengan mercun 1Malaysia ni:

fireworks-1M-2
Mercun 1Malaysia? Mungkin kerana ia tidak mengira bangsa dan agama, semua putus tangan.

Sebelum korang nak minta permit kat KDN, korang kena tau yang korang bukannya boleh suka-suka guna untuk korang punya birthday party, tapi untuk sebarang acara, konsert, atau event-event gomen, dengan kehadiran pakar piroteknik. Itulah sebabnya KLCC dan shopping mall lain boleh tembak bunga api bila ada sambutan kat situ.

Piroteknik perlulah berwarganegara Malaysia, mempunyai sijil kepakaran piroteknik, tiada rekod jenayah dan bukan dari pasukan keselamatan atau pasukan beruniform Malaysia. Kitorang dapati syarikat Blastmaster ada menawarkan perkhidmatan ni.

Imej dari sebahagian produk Blastmasters kat Putrajaya, Lumut, KLCC dan Menara Kuala Lumpur.
Imej dari sebahagian produk Blastmasters kat Putrajaya, Lumut, KLCC dan Menara KL.

Peraturan untuk mengadakan persembahan bunga api ni cukup ketat kerana lepas korang dapat permit dan pakar untuk menyalakan mercun, acara ini mesti diawasi oleh pihak polis, bomba dan Jabatan Penerbangan Awam.

Tapi kalau betul dah diharamkan kenapa masih ada yang BADDABOOM tiap tahun?

Imej dari funky_girlz41 kat Photobucket
Imej dari funky_girlz41 kat Photobucket.

Mercun ni senang sangat dapat, budak-budak pun boleh beli sendiri. Ada kedai yang jual mercun secara senyap-senyap, ada yang pesan online. Malah yang jual secara terbuka kat pasar malam dan bazar Ramadhan pun ada.

“Mereka (penguatkuasa) tak tangkap kami selagi kami menjual bunga api dalam kuantiti yang kecil. Saya tidak menjual bunga api yang menyerupai bom tangan.” Perniaga bunga api/mercun di pasar Tanjung Rambutan. Dipetik dari The Star.

Tengok lah macam mana senang nya kanak-kanak boleh mendapatkan mercun. Imej dari thestar.
Tengok lah macam mana senang nya kanak-kanak boleh mendapatkan mercun. Imej dari thestar.

So apa hukuman bagi orang yang memiliki mercun? Mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957, korang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Ketua Polis Terengganu kata yang korang masih perlu memohon permit dari KDN untuk mengimport atau menjual Pop-Pop dan Happy Boom. Dulu kat Malaysia pernah ada kilang mercun, tapi selepas letupan kat kilang Bright Sparklers dan satu kilang lain kat Selangor, pihak berkuasa pun tutup seua kilang-kilang ni (rujuk fail PDF).

https://youtu.be/hYx-1m4bzFI?t=4s

kilang bungapi meletop

Tragedi kilang bunga api yang meletop pada tahun 1991. Imej dari facebook
Tragedi kilang bunga api yang meletop pada tahun 1991. Imej dari facebook

Mungkin budak-budak sekarang ni tak tahu macam mana dahsyatnya tragedi waktu tu dan bahaya yang akan dihadapi bila bermain mercun sehingga tiap Ramadhan mesti ada berita pasal kemalangan yang mengerikan.

Selain membahayakan keselamatan, dorang jugak mengganggu ketenteraman awam. Lagi-lagi bila main meriam buluh sampai pagi hingga menyukarkan orang lain yang nak tidur dan turut menimbulkan ketakutan pada anak kecil serta haiwan peliharaan.

https://youtu.be/F2-uLZ5yjvM?t=2m32s

Tapi korang perasan tak, pihak berkuasa tak pernah pun tangkap pembeli atau orang yang sedang bermain mercun dan bunga api walaupun dah dinyatakan dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, membakar bunga api boleh dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan atau denda RM100 atau kedua-duanya.

UPDATE: Maklumat daripada NST mengatakan yang ada pindaan pada tahun 1957 yang boleh memberi hukuman sehingga 7 tahun penjara!

Bukan undang-undang kerajaan je, malah dalam bagi yang beragama Islam tu, boleh dengar pendapat ustaz-ustaz jugak kalau nak tahu.

Hukum main mercun daripada segi agama Islam

Menurut blog MindaKini, walaupun kita takde dalil yang khusus tentang mercun, tapi sebarang perkara yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain adalah haram. Tambah MindaKini lagi, mercun ni jugak membawa kepada pembaziran dan menggangu ketenteraman awam.

Dan ini ada penerangan daripada Ustaz Azhar Idrus:

https://www.youtube.com/watch?v=9-bheOkL1e4

So korang rasa berbaloi ke main mercun ni

Kalau korang ni jenis nak main jugak mercun sekadar nak timbulkan perasaan gembira dan suasana raya tu, korang bolehlah beli mercun yang diluluskan oleh pihak berkuasa. Tapi ingat jangan sampai kegembiraan saat menjelang raya tu, korang pun khayal bermain mercun dan biarkan anak-anak korang terdedah pada bahaya.

Kitaorang paham ia memang jadi budaya kita untuk main mercun time Raya, tapi apa yang korang fikir sekarang yang lebih utama? Budaya atau keselamatan ataupun kesedaran sivik?

[socialpoll id=”2367200″ path=”/polls/2367200″ width=”500″]

(This article is translated from CILISOS, click here to read the English version.)

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)