Kerajaan nak tambah undang-undang baru pada Internet, silap sikit boleh kena

Update 4 Julai 2016: Seorang lelaki berusia 76 tahun ditangkap di Johor kerana dikatakan telah menghina PM Najib dalam grup Whatsapp. Warga emas ni ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Korang pernah dengar tak pasal akta ni?

Jangan main-main, sebab baru-baru ni SKMM dikatakan nak buat pindaan pada akta tersebut. Bila akta ni mula-mula diperkenalkan, antara perkara paling utama yang dijanjikan adalah Internet takkan kena tapis. Tapi setelah 17 berlalu, janji tinggal janji.

Tanda-tanda censorship mula keluar pada 2008 bila SKMM block website yang “mengandungi pornografi atau kandungan yang berniat jahat atau melanggar hakcipta“. Dan tak lama dulu, laman berita dan politik pulak yang kena seperti The Malaysian Insider dan Sarawak Report.

Daru-baru ni keluar pulak berita yang boleh buatkan keadaan ini menjadi lebih teruk…

Screenshot daripada myMetro.

SKMM bercadang untuk membentangkan pemindaan pada AKM di  sidang Parlimen akan datang. Pindaan apa yang akan dibuat, takde sapa tau. Walaupun perkara ini akan memberi kesan kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia, SKMM senyap pelik je akan detail dia.

Setakat ni apa yang kita tahu adalah berdasarkan nota daripada individu-individu yang hadir ke sidang perbincangan bersama SKMM tentang pindaan ini (rujuk fail PDF). Berdasarkan nota-nota ini serta perbualan bersama Jac Kee iaitu Pengarah Centre of Independent Journalism (CIJ), kami senaraikan 5 perubahan yang boleh belaku kepada netizen Malaysia:

1. Korang mungkin akan kenda denda SETENGAH JUTA sebab share post kat Facebook je

denda

Sekarang ni kalau korang cari pasal bawah Seksyen 233 (rujuk PDF) kerana membuat atau menyebarkan perkara-perkara palsu atau mengancam dengan niat-niat jahat, korang boleh didenda sehingga RM50 ribu dan/atau dipenjara sehingga setahun, dengan denda tambahan RM1 ribu sehari jika post itu masih ada.

Pindaan ini akan meningkatkan jumlah denda ke RM500 ribu dan RM100 ribu sehari jika post tersebut masih lagi online. Bukan tu je, Jac kata yang mereka ingin buang bahagian “niat-niat jahat”. So kalau korang kena tahan, mahkamah tak perlu buktikan yang korang share post tersebut dengan niat yang jahat, cukuplah sekadar korang share je.

Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia. Klik untuk fail PDF.

Dan ada can yang SKMM akan dibenarkan untuk memberi arahan larangan kepada organisai-organisasi seperti penyedia Internet atau telco untuk menghentikan sesuatu sebelum ianya berlaku. Contohnya, mereka boleh block website yang mungkin akan publish artikel yang mengancam negara. Macam dalam cerita Minority Report la, cumanya takde sesapa yang boleh meramal masa depan.

Kemungkinan ini berlaku: Sangat tinggi

Bulan Febuari tahun ni, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mengesahkan yang SKMM ingin meningkatkan denda kepada RM500 ribu.

Tapi kalau korang nak tau… mula-mula mereka nak naikkan denda ke RM1 juta sebenarnya… so at least sekarang ni separuh je kan… yeay… (sorak tak ikhlas).

2. Malaysiakini akan jadi sebijik macam Utusan

Utusankini

Ramai orang berpendapat yang surat khabar kita agak berat sebelah dalam melaporkan berita. Perkara ini banyak disalahkan atas Ops Lalang tahun 1987 di mana ramai orang kena tahan ISA. The Star dan Sin Chew Jit Poh ditutup, dan satu undang-undang baru diluluskan yang memerlukan semua media bercetak untuk mendapatkan lesen.

Lesen ni kena diperbaharui setiap tahun, dan boleh ditarik kalau surat khabar atau majalah terbitkan apa-apa yang tak menepati panduan gomen. Inilah antara sebab utama kebanyakan pembaca berpindah ke portal berita online yang tak perlu mengikut keperluan ini.

…sampailah sekarang.

star-its-over

Tahun 2013, MDA (SKMM versi Singapura) meluluskan skima pelesenan untuk website yang:

  • Menerbitkan at least satu artikel seminggu tentang berita-berita berkaitan Singapura
  • Dapat at least 500,000 pengunjung unik dari Singapura setiap bulan

Untuk memperoleh lesen ni, website kena bagi bon (atau ‘jaminan’) sebanyak SGD$50 ribu dan buang kandungan dalam masa 24 jam bila diminta oleh MDA. Lesen ni kena diperbaharui setiap tahun.

Febuari tahun ini, Malaysia dan Singapura menandatangani memorandum persefahaman yang berkaitan dengan maklumat dan multimedia. Ada spekulasi yang mengatakan undang-undang kat Singapura tadi akan digunakan sebagai rujukan untuk meminda akta kita, tapi selagi ianya belum dibentangkan kat Parlimen, kita tak tahu lagi betapa detail dan betapa luas akta ni berfungsi – contohnya, adakah ia akan mempengaruhi vlogger dengan YouTuber sekali.

Kemungkinan berlaku: Sangat tinggi

Perkara ini disahkan oleh Nur Jazlan Mohamed (Timbalan Menteri Dalam Negeri), jadi ada kemungkinan tinggi pindaan yang dicadangkan memang akan ada program pendaftaran.

3. Mereka boleh block website korang dan denda korang sepantas kilat!

makluman-sekatan-skmm

Sekarang ni bila website kena block dengan SKMM, dorang tak bagi sebab dan alasan pun kenapa, tau-tau je dah dapat banner ‘MAKLUMAN’. Ada yang kata Akta Komunikasi dan Multimedia ni sebenarnya takde beri kuasa pun pada SKMM untuk block website!

Sebab tu lah untuk menyelesaikan masalah ini, pindaan yang dibuat akan memberi bukan satu, bukan dua tapi tiga jenis kuasa yang berbeza kepada SKMM:

  1. Penyekatan serta-merta: Mereka boleh block website yang menggalakkan perkara-perkara seperti keganasan, penipuan, dan pornografi secara terus
  2. Penyekatan untuk mencegah: Mereka boleh block website secara sementara hingga ke 5 hari bagi tujuan penyiasatan
  3. Menyekat dengan perintah mahkamah: Jika mahkamah mengeluarkan arahan

Antara cadangan lagin daripada SKMM adalah untuk mengadakan mahkamah istimewa bagi sebarang jenayah berkaitan dengan komunikasi dan multimedia bagi menyelesaikan kes-kes tersebut secepat mungkin. Tapi hal yang ini adalah untuk pembekal perkhidmatan, jadi pengguna biasa macam kita masih lagi tak terkesan.

Kemungkinan berlaku: Tinggi

Oleh kerana sebelum pindaan lagi SKMM dah start block website, besar kemungkinan mereka masukkan terus dalam akta.

4. Mereka mungkin akan mengintip website apa yang korang bukak

Klik kalau nak tau macam mana gomen block website!

Dalam dokumen perbincangan tu tadi, kami jumpa satu nota kecik menyebut yang Pembekal Perkhidmatan Internet akan ditugaskan untuk menyimpan rekod pengguna mereka. Ini mungkin diolah berdasarkan cadangan asal SKMM pada 2003 yang bertujuan merekod penggunaan Internet secara terperinci (tetapi anonymous) bagi tujuan pemasaran.

Tapi dah tentulah ada yang risau akan hak privasi, seperti yang disuarakan baru-baru ini:

“Bila ditanya samada mereka akan rekod pelayaran Internet pengguna, mereka tidak mengatakan ‘tidak’, tapi mengatakan yang mereka akan menghormati hak privasi individu selaras dengan undang-undang antarabangsa.”

Kemungkinan ini berlaku: Tidak diketahui

Isu privasi Internet kat Malaysa ni telah dipersoalkan setelah orang ramai dapat tahu yang kerajaan telah membuat sekurang-kurangnya dua pembelian software pengintipan iaitu FinFisher dan Remove Control System. Ada jugak yang menyatakan yang undang-undang privasi kita lebih memanfaatkan kerajaan daripada rakyat.

5. Game of Thrones mungkin akan kena censor!

brace yourself

Kalau korang ada Netflix, mungkin korang perasaan rancangan mereka takde kena censor pun macam kat Astro. Ini disebabkan Astro perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan, dan dah tentulah mereka kena patuh kepada panduan yang telah diberikan.

Tapi pindaan akta ini mungkin akan meminta website asing seperti Netflix untuk mendapatkan lesen jugak, dan ikut peraturan dan panduan sama macam Astro. Kalau takde lesen ia mungkin diiktiraf sebagai website yang tak sah dan akan kena block di Malaysia, nak subscribe pun tak boleh gamaknye.

Jac menyebut yang peraturan ini boleh dilaksanakan terhadap YouTube, nak lagi bila YouTube baru je melancarkan khidmat langganan yang dipanggil YouTube Red (sekarang ni cuma ada kat US je).

Kemungkinan ini berlaku: Tak pasti

Oleh kerana poin yang ni konfem akan ada kesan dari segi ekonomi, SKMM telah mengadakan perbincangan dengan lebih 350 syarikat termasuklah Google dan Yahoo.

Mak aih macam serius je. Apa pasal tak pernah dengar pun sebelum ni?

kucing-konpus

Macam yang kami cakap tadi, kebanyakan perubahan ni adalah berdasarkan dokumen yang tidak disahkan yang kami tak boleh tunjukkan pun. Ada kemungkinan yang pembentangan di Parlimen nanti adalah sangat berbeza. Sebab mengapa kami terpaksa gunakan sumber ini adalah kerana SKMM masih belum mendedahkan hasil daripada perbincangan mereka, atau apa-apa detail pasal pindaan tersebut.

Dan itulah masalah yang sebenar.

Sekarang ni kita ada 20 juta rakyat Malaysia yang menpunyai akses kepada Internet, dan bagi kebanyakan kita, Internet ni memang sebahagian besar daripada hidup. Malah ada yang bergantung pada Internet untuk menyara hidup – blogging, buat bisnes online, atau pun jadi acah-acah wartawan kat SOSCILI.

Dengan kata lain, pindaan terhadap akta ni seharusnya mengambil kira pendapat orang ramai. Bila kami semak dengan Jac, dia kata dalam kedua-dua perbincangan yang diadakan oleh SKMM tahun lepas, takde pun mereka jemput NGO yang mewakili orang awam, termasuklah NetMerdeka. Setakat ni hanya syarikat-syarikat besar je yang telah menyatakan pendapat mereka, tapi saia yang bersuara untuk rakyat?

Imej asal dari Philly.com

Ini adalah spekulasi semata-mata, tapi ada kemungkinan yang kerajaan belajar daripada percubaan mereka pada tahun 2008 untuk mendaftarkan blogger yang tulis pasal politik. Pengumuman ini mendapat protest daripada rakyat dan NGO sampaikan kerajaan terpaksa batalkan niat. Jadi… adakah pisang akan berbuah dua kali?

Kalau korang risau pasal pindaan ini, korang boleh tulis kepada Ahli Parlimen korang untuk memastikan mereka menentangnya di parlimen (boleh ikut panduan ni) atau lawati NetMerdeka untuk membincangkan hal-hal kebebasan Internet.

Tapi apa yang lebih penting lagi, kita sebagai rakyat berhak mendapat ketelusan dalam perkara-perkara macam ni, tak kisahlah pasal Akta Komunikasi dan Multimedia ke atau apa-apa undang-undang yang lain. Korang boleh hubungi CIJ untuk sebarang maklumat.

Korang jugak boleh share article ni dengan member, kalau dorang  tertanya-tanya kenapa citer Game of Thrones musim akan datang tiba-tiba pendek semacam je… ಠ_ಠ

(This article is originally translated from English, click here to read it.)