Wow! Korang boleh jimat RM16.50 untuk buka puasa dengan cara ni!

shopeefood ayam penyet bomb

Zaman sekarang ni, semua benda di hujung jari. Kalau takde masa atau kurang rajin nak masak pun senang je, boleh order online.

Yang ni kena tunggu internet berkelajuan 10G kot baru boleh download makanan. Imej dari favim.com

Cuma yang kurangnya, kadang-kadang rasa macam mahal sikitlah bila campur dengan delivery fee kan? Tapi kalau korang nak jimat, ada caranya, sebab Shopee sekarang dah ada ShopeeFood yang nak bagi free delivery dan diskaun kaw-kaw!

Banyak pilihan makanan, lagi banyak baucar penjimatan!

Kalau korang tak tahu lagi, ShopeeFood dah mula menyediakan servis penghantaran makanan di sekitar Lembah Klang & Johor Bahru. Dan untuk bulan Ramadan ni, diorang ada pelbagai tawaran dan baucar untuk membantu korang menjamu selera sambil berjimat. Antaranya:

  • Penghantaran percuma sehingga RM4 dengan pembelian serendah RM15
  • Baucar RM7 untuk pengguna baru, tanpa perlu pembelian minimum
  • Tawaran Super Deals sehingga 50% dari pukul 3 petang – 5 petang – dengan pembelian serendah RM25
  • Baucar Super Deals lain dengan diskaun dari RM7.50 sehingga RM12.50
  • Ganjaran tambahan bila bayar menggunakan ShopeePay

Untuk pesan makanan, korang tak perlu download app baru pun. Cuma perlu buka app Shopee dan cari ShopeeFood.

Yang menariknya, korang boleh pilih dari pelbagai rangkaian makanan dan minuman – dari francais popular, macam Tealive, McDonalds dan KFC,  sehinggalah kedai makan biasa macam kedai tom yam, mamak, malah warung dan gerai yang berhampiran dengan tempat tinggal korang. Dan paling best, banyak vendor makanan yang menawarkan diskaun!

Tip jimat: Boleh gunakan dua baucar sekaligus, jimat sehingga RM16.50!

Sebelum korang mula order makanan dalam ShopeeFood, pastikan korang kutip dulu semua baucar yang ada:

Lepas tu, boleh mula order. Kalau nak bandingkan kedai mana ada diskaun paling tinggi pun mudah je sebab semuanya dah tertulis…

Dan paling best, korang boleh guna 2 baucar sekaligus untuk dapat lebih diskaun. Contohnya bila korang gunakan free delivery + Super Deals RM12.50 off,  dah boleh jimat RM16.50! 

Lepas korang dah jumpa restoran pilihan hati, boleh terus order dan gunakan baucar untuk dapatkan diskaun:

Jadi, RM36.89 (harga sebenar) – RM12.50 (diskaun Shopee) – RM4 (free delivery) = RM20.39 (hidangan berbuka untuk 2 orang!). Jimat sebanyak RM16.50 dalam sekali order je!

Masa paling afdal nak order pula adalah antara pukul 3 hingga 5 petang, sebab ada diskaun sehingga 50%. Bagus juga sebab tak rushing dan tak kacau waktu buka puasa abang rider🤭 🤭 🤭

ShopeeFood beroperasi 24 jam sehari. Jadi kalau korang rasa tak sempat masak atau malas cari parking di bazar Ramadan, masuk je ke kat ShopeeFood dan…