Dulu diburukkan oleh negara Barat, sekarang minyak sawit menjadi penyelamat dunia

Dari bulan lepas, konflik Rusia-Ukraine masih belum menampakkan ‘cahaya di hujung terowong’ sebab Rusia masih melancarkan perang terhadap Ukraine sampai sekarang. Tak dinafikan konflik ni memberi kesan kepada ekonomi global terutama pasaran minyak dan gas.

Dikatakan dah sampai menjejaskan eksport minyak bunga matahari serta minyak bijirin lain. Sebenarnya, Rusia dan Ukraine menyumbang hampir 70% bekalan minyak bunga matahari kepada dunia. Salah satu negara yang menggunakan minyak bunga matahari — Eropah dan kemungkinan bekalan minyak akan kehabisan dalam beberapa minggu.

Russia-Ukraine war fuels sunflower oil shortage | Witness
Negara lain pun terkesan. Imej dari news24

Jadi, negara yang terjejas terpaksa lah mencari alternatif lain — menggunakan minyak yang pernah diharamkan.

Minyak sawit pernah menjadi ancaman besar kepada minyak sayuran lain

Beberapa tahun yang lalu, kejatuhan harga minyak sawit mentah dan tekanan daripada Kesatuan Eropah memburukkan keadaan minyak sawit di Malaysia.

Tambahan pula, tindakan Kesatuan Eropah menimbulkan isu penggunaan biofuel mengancam alam sekitar, minyak sawit beracun kepada kesihatan, mengurangkan penyerapan karbon dioksida dan sebagainya memberikan tanggapan negatif terhadap minyak sawit Malaysia dalam kalangan pengguna di Eropah.

Don't discriminate': Indonesian palm oil sector urges EU to play fair with environmental 'Due Diligence' system
Minyak sawit pun boleh jadi kes diskriminasi. Imej dari foodnavigator-asia.com

Bertahun-tahun Kesatuan Eropah ni anti sangat dengan minyak sawit dan bagi alasan yang tak munasabah langsung. Mesti korang pernah dengar pasal minyak sawit adalah sumber asid lemak tepu yang menjadi salah satu punca sakit jantung. Bahkan juga, minyak sawit yang dihasilkan tak berkhasiat, malah menjejaskan alam sekitar.

Tak cukup dengan tu, Kesatuan Eropah tambah lagi penggunaan buruh paksa dalam kalangan kanak-kanak untuk menguruskan ladang dan punca jerebu!

Kesian Malaysia… Imej dari imgflip

Keadaan makin teruk bila Amerika Syarikat bergabung meletup dengan Kesatuan Eropah melakukan agenda pengaruh politik ke atas industri sawit Malaysia. Terus Amerika Syarikat mengharamkan import produk sawit dalam syarikat FGV Holdings Berhad (nasib baik bukan Megah Holdings).

Malaysia threatens to raise stakes in EU palm oil spat | Business | Economy and finance news from a German perspective | DW | 27.03.2019
Bertahun-tahun kempen antisawit dijalankan. Imej dari bilaterals

Tujuan utama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat of course untuk mempertahankan produk minyak masing-masing. Disebabkan konflik Rusia-Ukraine, diorang tak ada pilihan selain menggunakan minyak sawit dan terpaksa…

Menarik balik keburukan minyak sawit yang pernah dibuat

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2018, pasar raya United Kingdom, Iceland Foods Ltd pernah berjanji untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua makanan jenamanya sendiri, malah sebilangan besar produk dilabel dengan No Palm Oil’.

Pengarah Urusan Iceland, Richard Walker pernah membayar Greenpeace untuk menghasilkan video animasi yang bertajuk ‘Rang Tan’ (Orang Utan) dalam tahun yang sama. Motifnya untuk meningkatkan jualan produk minyak sendiri semasa Krismas dan memburukkan minyak sawit.

 

Akan tetapi, baru-baru ni Iceland terpaksa ‘langgar sumpah’ pengharaman minyak sawit sebab dah tak ada jalan penyelesaian. Richard Walker sempat meluahkan rasa malu sebab terpaksa melanggar pengharaman yang dibuat.

Who is Richard Walker, how old is the Iceland boss, what is his net worth and what's he said about banning plastic?
Ni lah Richard Walker. Imej dari thesun

“Satu-satunya alternatif untuk menggunakan minyak sawit dalam keadaan semasa adalah dengan membersihkan peti sejuk dan rak kami daripada pelbagai jenis makanan ruji termasuk produk kentang.” — Richard Walker. Dipetik dari astroawani.

Sekarang ni Iceland sedar minyak sawit ada manfaat sebagai bahan keperluan dalam sektor makanan.

Minyak sawit yang dulu bukanlah yang sekarang. Imej dari youtube & odisi

“Langkah itu adalah ‘langkah terakhir dan langkah sementara yang ketat’ dan kami hanya akan menggunakan minyak sawit berkualiti yang diperakui sebagai ramuan.” — tambahnya lagi. Dipetik dari astroawani.

Situasi yang berlaku ibarat “sudah diludah, dijilat kembali”. Walaubagaimanapun, konflik Rusia-Ukraine menjadi satu kelebihan buat Malaysia sebab…

Minyak sawit menjadi minyak sayuran paling mahal sekarang!

Selain dari meredakan penentangan propaganda antiminyak sawit Barat, krisis ni juga membuatkan minyak sawit menjadi permintaan tinggi, malah merupakan salah satu dagangan eksport utama negara mencatatkan harga paling tinggi buat masa sekarang.

Oleh itu, Iceland membayar harga premium yang tinggi untuk membeli minyak sawit yang berkualiti. Menurut Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), minyak sawit mungkin menjadi penyelesaian sebagai pilihan untuk gorengan.

Icelandic food manufacturers lifted restrictions on palm oil due to a shortage of sunflower oil - Tridge
Minyak sawit dan minyak bunga matahari. Imej dari tridge

Ia memberi kesan positif kepada negara terutama syarikat yang terlibat dalam komoditi dan perladangan. Walaupun pernah diburukkan oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, Malaysia bersedia untuk membantu negara yang terlibat dalam krisis minyak.

Pada waktu yang sama, kerajaan Malaysia memanfaatkan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) sebagai peluang meningkatkan minyak sawit dalam pasaran global. Bulan lepas, kontrak niaga MSM meningkat dari RM712 kepada RM8,163 satu tan dan kontrak bulan ni meningkat dari RM663 kepada RM7,435.

Trending Graph GIF by NBC
Makin menaik! Gif dari Giphy

Kenaikan harga minyak sawit boleh membantu negara yang dalam proses pulih disebabkan kesan pandemik COVID-19. Walaupun harga minyak sawit meningkat, kita kena bersedia sekiranya berlaku peningkatan harga barang yang lain di Malaysia.

Rakyat Malaysia dan kenaikan harga barang berpisah tiada

Setiap tahun ada je berita pasal kenaikan harga barang kan? Walaupun rasa nak marah tapi kena sabar…

Pada bulan Februari, terdapat ramalan peningkatan harga sesetengah barang akan berlaku seperti kacang soya, minyak sawit serta jagung. Bahan-bahan tersebut merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan makanan ayam dan apabila harga ayam naik, ia juga memberi kesan kepada barang yang lain.

Oh My God Omg GIF
Sebelum perang pun, harga ayam pernah naik… Gif dari Giphy

“Ukraine adalah pengeluar gandum dan jagung. Mengawal kira-kira 70 peratus daripada pasaran dunia. Perang telah menyebabkan kenaikan harga jagung. Pada masa yang sama, harga kacang soya dan minyak kelapa sawit juga meningkat, dengan harga minyak sawit mentah semalam meningkat kepada rekod tinggi lebih daripada RM6,800 setiap metrik tan.” — Datuk Jeffrey Ng, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM). Dipetik dari New Straits Times.

Kalau harga barang naik, kemungkinan darah tinggi rakyat Malaysia juga naik. Betul tak korang?