Seorang profesor wanita Islam Amerika ni menolak hukum hudud?

Sepanjang hidup korang la en, pernah tak baca mana-mana kisah mengenai invidu yang telah melampaui batas dalam agama Islam. Kalau di Malaysia mungkin ada la kot iaitu Kassim Ahmad di mana dia dituduh anti-hadis kerana sebuah bukunya ‘Hadis: Satu Penilaian Semula’.

Akan tetapi, kalau kita lihat kisah luar negara, ada juga yang terlampau bijak sampai dia berasa terdapat kekurangan dalam agama Islam, sampai mempertikaikan hukum-hakam Islam. Invidu tersebut ialah…

Amina Wadud: Seorang profesor muslimah Amerika yang bijak

Beliau dikatakan sangat mencintai agama Islam. Imej dari Aquila Style.

Lahirnya Aminan Wadud di dunia pada 19 September 1952 di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat. Beliau berdarah Afrika-amerika dan nama asalnya sebelum memeluk agama Islam ialah Mary Teasly.

Bapanya ialah seorang paderi Kristian Protestan yang ditugaskan berdakwah dan mengajar, mempengerusikan perayaan sacraments dan mentadbir gereja melalui bimbingan pastoral.

Oleh kerana tertarik dengan ajaran Islam, Amina Wadud telah megucap dua kalimah syahadah pada tahun 1972 semasa beliau masih seorang pelajar di Universiti Pennsylvania. Dikatakan beliau mengucap semasa perayaan hari thanksgiving.

Setelah tamat belajar dalam Ijazah Sarjana Muda Sains di universiti tersebut, beliau telah sambung belajar dalam Ijazah Sarjana Pengajian Negara Timur dan Kedoktoran (PhD) Pengajian Islam dan Arab pada 1988.

Beliau belajar di Mesir, termasuk bahasa Arab lanjutan di Universiti Amerika di Kaherah, pengajian Al-Qur’an dan tafsir di Universiti Kaherah, serta falsafah di Universiti Al-Azhar.

Menjelang 1989 hingga 1992 Aminan Wadud ditugaskan untuk menjadi seorang pembantu profesor dalam Pengajian Al-quran di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).

Pada masa yang sama, beliau juga menerbitkan buku bertajuk Qur’an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman’s Perspective dan diasaskan bersama Sisters In Islam. Buku tersebut telah digunakan oleh banyak gerakan aktivis serta organisasi badan bukan kerajaan, tetapi ia telah diharamkan di UAE.

Rasanya buku ni ada lagi dijual, cuma korang je la kena pandai cari. Imej dari Amazon.

Kejayaan Amina Wadud melimpah ruah apabila beliau ditawarkan sebagai Professor Agama dan Falsafah di Universiti Virginia Komanwel. Lama jugalah beliau memegang jawatan ni, dari 1992 sampai 2008.

Walaupun sudah bersara, tetapi beliau menjadi seorang professor pelawat di Pusat Pengajian Agama dan Silang Budaya di Universiti Gadjah Muda di Jogjakarta, Indonesia.

Boleh dikatakan sepanjang hidup Amina Wadud ni agak berjaya la. Selain menjadi seorang tenaga pengajar yang hebat, beliau juga terlibat dalam memberi syarahan di banyak universiti.

Berikut merupakan senarai majlis syarahan yang beliau pernah terlibat:

  • Memberi syarahan bertajuk ‘Islam, Keadilan dan Jantina‘ di persidangan Understanding Conflicts: Cross-Cultural Perspectives di Universiti Aarhus, Denmark (2008).
  • Memberi syarahan bertajuk ‘Islam Melangkaui Patriaki Melalui Analisis Al-Quran Inklusif Jantina‘ di persidangan Musawah – Equality and Justice in the Family di Jakarta, Indonesia (2009).
  • Bengkel ‘Syariah dan Hak Asasi Manusia‘ di Universiti Bergen, Norway (2009).
  • Memberi syarahan bertajuk ‘Wanita Islam dan Keadilan Jantina: Kaedah, Motivasi dan Cara‘ di Fakulti Seni, Institut Asia, di University of Melbourne, Australia (2010).
  • Memberi syarahan bertajuk ‘Tawhid dan Pembangunan Rohani untuk Tindakan Sosial‘ di Sekolah Agama Pasifik di Berkeley, California.
Lagi gambar Amina Wadud. Imej dari Georgetown University.

Bukan itu saja, terlibat dalam kerja kebajikan masyarakat sama ada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan di Amerika Syarikat, Negara-negara Timur, Asia Tenggara, Eropah dan Afrika.

Namun, disebalik kejayaan Amina Wadud ni, terdapat beberapa kontroversi yang berlaku terhadapnya seperti…

Mempertikaikan hukum wudud dan jawatan seorang imam

Sifat dan kehebatannya dalam menyebarkan dakwah Islam serta membela hak asasi manusia golongan wanita Islam dunia memang perlu dipuji. Sampaikan beliau mendapat gelaran tokoh feminis Islam dan ramai orang mengaguminya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kontroversi yang Amina Wadud timbulkan. Pertama, beliau pernah memberikan khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender‘ (maafkan kami takleh nak tranlate BM sebab ayatnya pelik pula) di Claremont Main Road Mosque in Cape Town, Afrika Selatan pada 1994.

Kesan daripada perilaku yang Amina Wadud buat tu, terdapat beberapa orang Islam cuba untuk buat beliau dipecat jawatannya di Universiti Komanwel Virginia.

Tidak cukup lagi dengan itu, Amina Wadud juga pernah menjadi imam di masjid Amerika Syarikat. Satu lagi kontroversi lagi berlaku di mana beliau menjadi imam di sebuah masjid pada 18 Mac 2005. Sebanyak 100 orang jemaah yang hadir pada ketika itu (60 wanita dan 40 lelaki).

Amina Wadud menjadi imam untuk para jemaah lelaki. Imej dari Religion News Service.

Benda yang peliknya, Amina Wadud ni telah mencampurkan jemaah lelaki dan perempuan dalam satu saf tanpa batasan jantina. Insiden ini menyebabkan terdapat sekumpulan kecil penunjuk perasaan memberontak terhadap apa yang beliau lakukan.

Boleh dikatakan banyak jugalah masjid yang beliau pergi untuk memohon jawatan sebagai imam, tapi semua orang masjid menolaknya. Ada sekali tu Amina Wadud ni pernah menerima tawaran menjadi imam di satu tempat, tapi beliau menerima ancaman bom.

Kalau boleh dalam gambar ni, Amina mencapurkan jemaah lelaki dan wanita. Imej dari Frontline.

Amina Wadud memutuskan pergi ke gereja, bukan untuk buat apa-apa cuma ingin melakukan doa di tempat suci. Beliau berkata:

“Saya tidak mahu menukar masjid Islam. Saya ingin menggalakkan hati umat Islam, baik dalam hal ehwal awam, swasta dan ritual mereka, untuk mempercayai bahawa mereka adalah satu dan sama.” – Amina Wadud, dipetik dari People Pill.

Selain itu, hukum hudud juga Amina Wadud tolak. Nak tahu kenapa? mengatakan hukum tersebut sangatlah kejam lagi-lagi hukum mencuri kena potong tangan. Beliau hanya berpegang teguh dengan pendapat sendiri.

Apa yang Amina Wadud buat sekarang?

Korang boleh checkout semua media sosial Amina Wadud ni dan apa yang kami boleh cakap beliau masih lagi aktif dalam memberikan syarahan mengenai hak asasi manusia dalam Islam dan hak asasi kaum LGBT.

Kami tahu topik artikel kali ni sangat berat kerana yela macam mana seseorang invidu itu boleh menolak hukum-hukum Islam serta mengubahnya. Kesimpulannya, kalau sesuatu hukum itu korang tak tahu ke apa, pastikan berjumpa dengan orang yang pakar seperti ulama’. Ingatlah bahawa Islam ialah satu agama yang universal, sempurna dan tidak lapuk daripada peredaran zaman.