Protes bukan budaya kita? Ini 4 protes yang pernah berlaku dalam negara

Bila bercerita tentang protes, setiap orang ada pendapat mereka tersendiri tentang perkara ini. Ada yang menganggapnya sebagai ‘perlu’ dan ada juga yang mengatakan protes ni bukan lah budaya kita. Benda ni dibangkitkan selepas terjadinya sebuah perhimpunan #LAWAN yang berlaku di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Ini ditambah lagi dengan protes yang dilakukan ahli parlimen pembangkang yang terjadi disebabkan mereka dihalang daripada masuk ke perkarangan Parlimen oleh pihak polis. Dikhabarkan seramai 107 ahli parlimen berhimpun untuk membantah arahan Speaker Dewan Rakyat untuk menangguhkan Parlimen ke satu tarikh yang tidak diberitahu lagi.

Terdapat pelbagai respon terhadap apa yang terjadi, ada yang marah dengan mereka dan ada juga yang menyokong. Sekarang kita pergi balik tentang protes itu sendiri, betul ke ia bukan budaya kita? Mungkin ramai tak tahu, sebelum ni ada banyak terjadi protes besar-besaran dalam negara kita ni, ia adalah…

1. Protes terhadap Malayan Union

Hari dorang turun melawan Malayan Union. Imej dari New Straits Times

Pada 1 Mac 1946, United Malays National Organization (UMNO) telah mengetuai satu protes yang melibatkan parti-parti pembangkang ketika itu untuk melawan fahaman Malayan Union. Pada masa itu, ramai orang Melayu marah sebab dasar-dasar kerajaan (Malayan Union) yang diperkenalkan adalah mengarut.

Malayan Union yang ketika itu diketuai oleh Sir Harold MacMichael yang terkenal dengan ‘aktiviti’ dia dalam mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu ketika itu. Disebabkan benda tu, dia berjaya mengurangkan kuasa Sultan. Tambahan lagi, dia juga memperkenalkan cara untuk orang luar negara mendapatkan kewarganegaraan dengan mudah!

Pada masa itu, semua orang Melayu dikatakan membawa kain rentang yang tertulis ayat-ayat memberontak terhadap Malayan Union. UMNO pula terus menerus cuba untuk menekan parti penjajah itu dengan enggan bekerjasama dalam segala aktiviti politik yang melibatkan Malayan Union.

Bukti protes memang ‘budaya’ kita. Imej dari flickr

Dengan segala protes dan tekanan daripada UMNO itu, British mula sedar yang dorang perlukan sokongan orang Melayu dan bukan melawan mereka. Disebabkan itu, Malayan Union telah dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) pada 1948. Tahu pun takut British ni.

2. Protes orang UMNO semasa ketidakstabilan politik 1987

Betul ramai tu! Imej dari MalaysiaKini

Pada tahun 1987, negara kita mengalami antara krisis politik yang teruk. Masa tu orang cakap ia merupakan perlawanan antara Tun Mahathir dan juga Ku Li, semua adalah untuk mendapatkan jawatan sebagai Presiden UMNO! Dikatakan pada masa itu, sokongan orang Melayu kepada Tun Mahathir agak lemah.

Disebabkan itu, Tun Mahathir katanya menanam kebencian orang Melayu terhadap sekolah vernakular untuk mendapatkan kembali sokongan. Sampaikan ada perarakan yang agak racist ketika itu, yang menariknya perarakan itu diketuai oleh dua pemimpin muda yang mempunyai kredibiliti yang sangat tinggi. Mereka ialah Anwar Ibrahim dan juga Najib Razak!

Dikatakan perarakan itu berlaku di Jalan Muda, Kuala Lumpur. Katanya hampir 500,000 ribu orang join perarakan tu dan perjuangan utama mereka adalah melawan Dong Zong ketika itu. Dalam pada itu, perkara ini menjurus kepada OPS LALANG! Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang OPS LALANG ni, boleh klik di sini.

Macam ni kot pembangkang lari dulu. Imej dari imgflip

Mungkin protes yang dilakukan ketika itu merupakan agenda politik seseorang individu untuk melawan musuhnya. Tapi ingat, dalam politik ni, kalau hari ni kamu bermusuh, ada kemungkinan juga pada masa akan datang kamu akan berkawan semula. Sebagai contoh, Ku Li betul-betul lawan Tun Mahathir masa 1987.

Namun, dia kembali semula ke dalam UMNO pada era 20-an yang masa tu parti itu masih diketuai oleh Tun Mahathir.

3. Perarakan besar-besaran oleh pelajar ITM

Ini lah pejuang UiTM! Imej dari Oren TV

Institut Teknologi Mara (ITM) tu apa? Ia merupakan gelaran awal untuk UiTM. Betul! Pelajar UiTM dulu antara orang yang pernah buat protes besar-besaran tau. Seperti kita semua tahu, UiTM merupakan sebuah institusi pelajaran yang khusus untuk orang Melayu dan juga Bumiputera. Yuran pengajian mereka juga adalah antara yang termurah dalam Malaysia tau!

Berbalik kepada protes yang dilakukan oleh mereka tu. Pada awalnya, Kesatuan Siswazah Institut Teknologi (KSITM) menekan kerajaan dengan menghantar memorandum untuk memohon penukaran status ITM menjadi Universiti. Ini kerana dikatakan taraf diploma keluaran ITM ibarat sama dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) je. Tu yang dorang tak puas hati tu.

Namun, memorandum yang telah diberikan itu ibarat dipandang sebelah mata sahaja dan itu membuatkan pelajar ITM mengambil keputusan untuk membuat protes. Katanya lebih kurang 6 ribu pelajar ITM berarak sejauh 60km daripada Shah Alam hingga ke Dewan Parlimen, tapi takde lah dorang jalan kaki dari Shah Alam tu.

Kasi langgar! Imej dari imgflip

Dorang naik keretapi rasanya untuk ke Kuala Lumpur, tapi setiap protes pasti akan ada halangan. Masa tu dikatakan Federal Reserve Unit (FRU) dah pun bersedia di Batu Tiga untuk menghalang perarakan mereka, dengan campur tangan FRU ni dikatakan hanya 600 orang sahaja yang lepas pergi ke Kuala Lumpur.

Yang tak best nya, mereka yang gagal ke Kuala Lumpur dikatakan sama ada masuk hospital atau pun ditangkap. Namun, perjuangan mereka tu bukanlah sia-sia sebab mereka berjaya menekan kerajaan untuk menukarkan status ITM menjadi Universiti! Jadi kepada korang yang dapat offer masuk UiTM tu, bersyukur lah ye.

4. Bersih

Boleh jalan-jalan juga kan. Imej dari Astro Awani

Hanya dengan nama Bersih ni pun kitorang rasa korang dah tahu apa benda ni kan, semuanya bermula pada 10 November 2007 di mana perhimpunan Bersih buat pertama kalinya diadakan di Kuala Lumpur. Mesej yang nak disampaikan adalah untuk menyokong agenda reformasi daripada pembangkang itu sendiri.

Dalam bahasa mudahnya adalah membersihkan kerajaan secara menyeluruh, ia juga bagi merealisasikan impian mereka (pembangkang) untuk menukar kerajaan sedia ada yang ketika itu dipegang oleh Barisan Nasional (BN) sejak 1957. Namun, ia tidak berhasil di mana BN masih lagi memegang tampuk pimpinan tertinggi sehingga lah 2018.

Katanya 100 ribu orang turun untuk menyokong perhimpunan Bersih yang pertama tu, sampaikan bergaduh dengan FRU juga la rasanya. Sebenarnya terdapat 5 siri Bersih yang terjadi, yang pertama tu masa 2007 lah, diikuti Bersih 2.0 (2011), Bersih 3.0 (2012), Bersih 4.0 (2015) dan akhir sekali adalah Bersih 5.0 (2016).

Korang rasa? Imej dari Borneo Today

Suka untuk diingatkan Perdana Menteri kita join Bersih 5.0 tu juga tau, kebanyakan pemimpin Parti Islam SeMalaysia pun join Bersih ni. Jadi bila ada yang mengatakan segala protes yang dilakukan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati adalah bukan budaya kita adalah sangat-sangat tidak benar.

Protes merupakan salah satu hak rakyat!

#LAWAN. Imej dari Free Malaysia Today

Perkara ini merupakan salah satu cara untuk rakyat menunjukkan ketidakpuasan hati mereka, ia juga merupakan hak rakyat itu sendiri. Jangan hanya sebab protes tu tak memihak kepada diri korang, terus korang cakap ia adalah perkara negatif!

Lagi-lagi perhimpunan #LAWAN tu, jika korang adalah individu yang tak terjejas pendapatan dan kehidupan, tak perlu lah korang terus carut dorang sebab buat perhimpunan masa pandemik semua bagai. Ada antara mereka yang tak mampu nak sediakan makanan untuk keluarga mereka, jadi fikir dahulu sebelum korang komen apa-apa tentang sesuatu protes.