Pendidikan & Kesihatan

Kenapa rakyat Malaysia gemar beli organ kat luar negara?

Pemindahan organ bukanlah satu benda yang selalu kita nampak kat berita, tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri baru kita sedar betapa pentingnya pembedahan ni. Tapi tu kalau kita yang jadi penerima. Kalau nasib penderma pula?

Setengah negara macam Singapura dan beberapa negara di Eropah telah mewajibkan pemindahan organ selepas mati melainkan orang tu minta untuk dikecualikan. Tapi setakat ni kat Malaysia kita masih lagi mengharapkan derma dari orang dan tidak menggunakan sistem derma wajib.

tollywood heart transplant

Ni bukan cara sebenar pemindahan organ, jangan lakukan di rumah.

Disebabkan kita masih mengharapkan derma, beberapa pesakit Malaysia telah ambil keputusan untuk buat pemindahan organ kat luar negara, secara haram. Dan dua negara yang famous untuk orang kita pergi adalah China dan India. Malah Ketua Bahagian Transplan Organ dari Kementerian Kesihatan, Dr Hirman Ismail, berkata perkara ni adalah normal dan kerajaan terpaksa menggubal undang-undang baru untuk melawan aktiviti haram ni.

Kalau nak diikutkan kita tak boleh nak salahkan pesakit juga, sebab mereka pun nak hidup panjang dan sihat pastu kerajaan pula buat apa yang termampu dengan apa yang ada, jadi adakah ni nasib pesakit yang memerlukan pemindahan organ? Tak juga, sekarang ni salah satu cara efektif untuk melawan gejala jual beli organ ni adalah dengan menderma.

Jadi artikel ni SOSCILI nak menyentuh beberapa isu atau persoalan yang sering orang kita tanya mengenai pemindahan organ di Malaysia.

1. Apa hukumnya menderma organ dari segi Islam?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama JAKIM (rujuk fail PDF), pemindahan organ ni penting untuk menyelamatkan nyawa dan disebabkan itu mufti-mufti telah jatuhkan hukum harus.

Malah hampir kesemua negara Islam di dunia telah menyertai persatuan Middle East Society for Organ Transplantation (MESOT), di mana mereka semua akan berkongsi ilmu dan maklumat mengenai pemindahan organ.

organ transplant

Imej ni takde kena mengena dengan mana-mana doktor di dunia. Gambar dari dawaiyatra.com

Mungkin ada antara korang yang tertanya kalau derma kat non-Muslim boleh ke? Kalau penerima tu minum arak, buat maksiat atau berjudi adakah penderma akan tanggung dosa? Dan ini adalah jawapan daripada Dr Asri selaku Mufti Perlis:

“Dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali…jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu strategi yang baik dalam usaha dakwah.”- Dr Asri, dermaorgan.gov.my

Pasal saham dosa tu pula, Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah menjelaskan bahawa jika penerima tu melakukan dosa, penderma tak akan menanggungnya tapi jika penerima membuat kebaikan, penderma akan dapat sekali ganjarannya.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
saham

Gambar dari tribunnews.com

Kami cuba mendapatkan pendapat daripada mereka yang beragama Kristian (kawan-kawan kami yang kat CILISOS) dan mereka kata dalam agama Kristian pun tak menjadi masalah jika nak menderma organ. Malah beberapa mazhab Kristian termasuk juga di Vatican bersetuju bahawa pemindahan organ amat digalakkan.

Untuk kepercayaan orang Cina pula, UiHua (salah sorang penulis CILISOS) berkata:

“Yang ni biasanya orang tua lah, mereka percaya bahawa kalau you donate organ masa kat alam kubur nanti bahagian badan yang you donate tu takde. Tapi you akan dapat balik bila si peminjam tu mati” – UiHua, CILISOS.

Tapi bangsa Cina pada harini dah tak kisah sangat malah mereka merupakan pendaftar derma organ tertinggi kat Malaysia.

2. Macam mana kalau penderma setuju tapi waris tak kasi?

Setakat ni kat Malaysia, kita ada seramai 300,000 penderma yang telah mendaftar iaitu lebih kurang 1% dari jumlah penduduk negara ni, dan mereka boleh menderma sewaktu hidup ataupun selepas mati.

live surgery playing violin

Agak-agak bosan tu main lah violin sewaktu pembedahan. FYI otak tak boleh buat pemindahan organ, gambar sekadar hiasan. Imej dari RT.com

Namun ada kes di mana selepas mati, waris bagi penderma tu pulak tak kasi atas dasar kepercayaan atau adat. So macam mana nak settle? Kami telah tanya seorang peguam, Encik Azlan untuk menjawab isu ni:

* “Kalau wasiat sudah tulis dari si mati untuk jadi penderma organ tapi mendapat tentangan, pewaris hendaklah bawa wasiat tu ke mahkamah dan buktikan bahawa dia telah dipaksa untuk menjadi penderma, sama juga kalau penderma tu daftar bawah Pusat Sumber Transplan Nasional” – Encik Azlan, interview dengan SOSCILI

Walaupun tak banyak kat sini, kes curi organ ni masih lagi wujud so kerisauan dari belah pihak keluarga adalah rasional. Jadi kalau korang betul-betul nak jadi penderma make sure korang dapat persetujuan atau inform keluarga korang untuk elak masalah macam ni.

Contohnya baru-baru ni ada sorang pensyarah telah meninggal dunia tapi keluarga arwah taktau yang dia telah mendaftar sebagai penderma. Walaupun mula-mula tu berat nak kasi (mungkin sebab ia bukan sebahagian dari budaya kita) tapi akhirnya keluarga arwah bersetuju.

3. Kenapa selalunya kena tunggu nombor giliran lama untuk dapatkan organ?

Kat hospital, para kakitangan memang mengutamakan keselamatan dan etika yang tinggi, di mana penerima dan penderma akan mendapat penjagaan yang rapi. Tapi kalau kat black market, biasanya nasib penderma akan dibiarkan begitu saje lepas organ dia dah kena ambil.

organ black market

Gambar dari list25.com

*Walaupun kat Malaysia takde sindiket jual beli organ tapi terdapat beberapa kes di mana rakyat Malaysia terbang ke luar negara semata-mata untuk menjalani pembedahan organ haram, mungkin sebab tak nak tunggu nombor giliran yang panjang kat hospital Malaysia.

Kalau korang tengok dari segi statistik pula, lebih kurang 20,000 pesakit memerlukan pemindahan organ manakala jumlah penderma pula ada lebih kurang 300,000 penderma. Nampak macam lebih dari cukup kan? Tapi… Untuk buat pertukaran organ ni perlukan beberapa syarat yang perlu dipenuhi seperti jenis darah dan tahap kesihatan penderma, so tak semua penderma boleh kasi kat mana-mana penerima.

jenis darah

Korang punya yang mana? Gambar dari wikipedia.org

Walaupun kita ada ratusan ribu penderma, sebenarnya ia adalah sikit kalau nak dibandingkan dari negara lain. Malah Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata bahawa jumlah penderma hanya meliputi 0.6% per satu juta rakyat di negara ni:

“Kemalangan di negara ni sangat tinggi, lebih kurang 7000 kes telah dilaporkan. Cuba bayangkan kalau 10% dari jumlah tu daftar jadi penderma, sudah tentu ini boleh menolong krisis kekurangan organ di kalangan penerima” – Dr Abdul Rahim, interview dengan The Star.

Mungkin ada yang tertanya, “Minta tolong ahli keluarga jela, mesti ada keserasian dari segi biologi”. Ianya tak semudah tu, ada anak yang berlainan jenis darah dari ibu bapa jadi benda-benda macam ni yang menyebabkan pesakit sering bergantung kepada derma dari orang lain.

Tapi organ dari ahli keluarga masih digalakkan kalau ada keserasian sebab ia bukan saje lagi senang diterima, tapi kadar kejayaan pembedahan naik di sebabkan impak psychology.

4. Macam mana nak jadi penderma organ kat Malaysia?

Kalau serius nak jadi penderma, korang boleh hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional. Ia merupakan satu badan kerajaan di mana tanggungjawab mereka adalah ambil data rekod penderma dan penerima organ so bila nak buat pembedahan, hospital boleh refer kat mereka. Berminat nak jadi penderma?

Korang boleh tekan sini untuk mendaftar secara online atau tekan sini untuk muat turun borang fizikal, hubungi 1 800 88 9080 untuk sebarang pertanyaan.

kad derma organ

Bila daftar nanti dapat kad ni, best kan? Gambar dari mstar.com.my

Salah satu sebab ia dipanggil ‘derma organ’ adalah sebab kat Malaysia (dan mungkin serata dunia) penjualan organ adalah salah di sisi undang-undang. Malah Malaysia siap update Akta Tisu Manusia 1974 baru-baru ni untuk melawan isu perdagangan haram organ manusia. Kalau disabit, pesalah boleh dikenakan penjara 20 tahun atau denda RM 1 juta so kat sini nampak kerajaan dan juga industri perubatan pandang serious terhadap isu ni.

Untuk orang Islam pula, mufti Wilayah Persekutuan telah keluarkan statement bahawa walaupun menderma organ tu harus tapi penjualan telah dijatuhkan haram. Katanya lagi, kalau nak kasi hadiah sebagai tanda terima kasih boleh tapi pastikan takde syarat yang tertentu.

Sumbangan kita boleh membantu melangsungkan hidup orang lain

So kat sini kita dah tau yang menderma organ ni merupakan amalan yang terpuji malah digalakkan dari segi agama dan juga undang-undang (cuma jangan jual sudah lah, nama pun derma).

Malah ada beberapa kisah kat Malaysia di mana berjaya disembuhkan sebab pemindahan organ. Contoh yang famous dulu adalah sorang bayi bernama Afiq di mana pada tahun 1999 telah menjadi penerima organ dari bukan ahli keluarga pertama di Malaysia.

Dan baru-baru ni sorang bekas anak murid kasi sebahagian dari hatinya bila dapat tau yang cikgu dia sedang sakit tenat, nak lagi best syarikat yang bekas anak murid tu kerja siap buat kutipan dana untuk pembedahan tu.. Aww

donate organ Malaysia

Anak murid yang rambut panjang tu, manakala pakai jacket oren tu cikgu dia. Gambar dari freemalaysiatoday.com

Jadi kalau korang berminat nak selamatkan nyawa orang lain dengan menjadi penderma organ boleh tekan kat sini, dan kalau korang tak yakin juga mungkin video sorang ibu mendengar degupan jantung anak dia kat badan penerima boleh ubah persepsi korang..

Amaran: Sediakan bawang sebelum tengok, nanti senang nak kasi alasan kenapa korang menangis.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend