Berlari tak henti, 5 pengalaman gangguan mental yang dikongsi rakyat Malaysia

UPDATE 8/10/2019: Filem Joker berjaya mengutip kutipan berjumlah RM389 juta dalam minggu pertama. Pastinya ramai yang terkesan dan membuat reviu masing-masing tentang filem ini di media sosial. Secara umumnya, filem ini menyentuh hal kesihatan mental, depresi dan kecelaruan identiti. Mulalah ramai mengaku ada masalah mental sebab tengok filem ni.


Realitinya…

Public Health Malaysia mengeluarkan statistik masalah mental di Malaysia dan sumber yang diambil tu adalah survey daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015. Menurut survey tersebut, seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental. Daripada jumlah tersebut, perempuan merupakan penyumbang yang tertinggi.

Infografik dari Public Health Malaysia

Biasanya kita kat Malaysia ni bila dengar pasal kes orang nak bunuh diri je, mesti antara respon yang keluar adalah “Eh ko ni tak ingat Tuhan ke,” atau “Nak masuk neraka ke,” macam yang terjadi kepada seorang gadis ni yang bertarung dengan masalah mental illness (kesihatan mental).

tweet-kejam-arlina-banana

Seperti yang SOSCILI dah tulis sebelum ni, fenomena mental illness ni adalah benda yang serius, dan ianya telah diperakui oleh tamadun Islam zaman Ibnu Sina lagi. Malah waktu zaman orang Eropah masih menganggap mental illness ni sebagai satu ‘kerja setan’, tamadun Islam adalah antara yang pertama membuat rawatan secara professional!

Klik untuk baca artikel asal tentang rawatan psikologi zaman dulu.
Klik untuk baca artikel asal tentang rawatan psikologi zaman dulu.

Hah sedangkan Ibnu Sina dan Al-Razi pun menganggap depression sebagai benda serius, kenapa kita masih lagi mencemuh penyakit ni? Malah menurut Prof Dr Nor Zuraida, orang yang ada depression pun takut nak pergi jumpa doktor sebab tak nak dilabel bukan-bukan:

“Ada tanggapan bahawa jika seseorang itu dirujuk kepada doktor psikiatri, itu bermakna dia mengalami sakit jiwa. Tanggapan seperti itu menyebabkan ramai mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada mendapatkan rawatan kerana takut digelar sebagai ‘orang gila’ oleh masyarakat di sekeliling.” – Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Prof Dr Nor Zuraida, dipetik oleh Utusan.

Mungkin ini disebabkan akan kurangnya kesedaran tentang depression dan mental illness kat negara kita. Ye la kalau nak Google pun susah, tak tau nak taip apa (depression selalunya diterjemahkan kepada ‘kemurungan’).

Jadi dalam usaha untuk memahami mental illness dan depression, SOSCILI cuba dapatkan cerita-cerita daripada mereka yang bertarung dengan mental illness ni sendiri. Cerita-cerita ini kami peroleh daripada “Gila – A Journey Through Moods & Madness”, antara buku pertama yang membincangkan akan mental ilness kat Malaysia. Korang boleh dapatkannya daripada Gerak Budaya, nak pesan online pun boleh.

buku-gila-gerak-budaya

Antara insan yang ditemuduga dalam buku ini termasuklah…

1. Hafiz, 36 tahun, bergelut dengan bipolar disorder

Ia dipanggil bipolar disorder, sebab ada dua polar dalam graf kat atas ni, naik dan turun.
Ia dipanggil bipolar disorder sebab ada dua polar dalam graf kat atas ni: naik dan turun.

Habis je belajar kat Kolej Tentera Diraja, Hafiz terus masuk Akademi Tentera. Bila staf kat sana tahu dia graduate dari mana, terus dia dilantik jadi ketua skuad. Terlalu stress dengan peranan baru ni, Hafiz mula hilang kawalan. Dia mula memaki-hamun, menjerit, dan cuba mencederakan orang lain sampai dia kena kurung dalam bilik.

Hafiz dihantar ke hospital psikiatri dan dapat diagnosis yang dia ada bipolar disorder.

“Saya tak dapat tidur, saya habiskan waktu malam berlari tak henti. Staff kena pukul saya dengan kayu sampai pengsan. Itu cara mereka rawat pesakit dulu-dulu.” – Hafiz, dipetik dari Gila, m/s 39.

Bipolar disorder adalah satu keadaan mental di mana bila pesakit berselang-seli antara fasa ‘high’ dan ‘low’, atau dalam istilah lainnya fasa manic dan depression. Antara selebriti terkenal yang ada penyakit ni adalah Robin Williams dan Stephen Fry. Fry juga terlibat dalam dokumentari di bawah:

Masa high atau manic, penghidap bipolar boleh jadi happy terlebih, dan cenderung buat benda-benda tak masuk akal, termasuklah berbelanja ikut suka hati. Dan ini telah terjadi pada Hafiz:

“Sekarang ni saya tau bila saya akan sakit. Saya akan mula obses terhadap sesuatu, baca tentang benda tu kat Internet, tak tidur.

Pernah sekali tu saya beli motorsikal sewaktu saya manic. Saya dah ada motorsikal kot, tapi saya pergi kedai dan habiskan RM6,000 macam duit tu takde apa je.” – Hafiz, dipetik dari Gila, m/s46.

Masa low atau depression pulak, pesakit akan rasa sedih yang berlebih-lebihan, dan fasa ini mungkin membawa kepada kes bunuh diri.

Mungkin korang terfikir, orang lain pun ada mood turun naik jugak, itulah lumrah kehidupan di dunia fana ini. Tapi bezanya dengan orang biasa, pesakit bipolar ni turun naik dia sangat ekstrem, dan boleh berpanjangan sehingga ke beberapa minggu (atau lebih).

Antara simptom atau bagi pesakit bipolar sewaktu high/mania:

  • Rasa gembira, ‘high’, atau ‘up’
  • Banyak tenaga, rasa ‘melompat’
  • Lebih aktif dari biasa
  • Ada masalah nak tidur
  • Cakap dengan cepat pasal banyak benda
  • Rasa fikiran mereka berpusing dengan sangat pantas
  • Rasa gelisah dan cepat marah
  • Rasa mereka boleh buat banyak benda dalam satu masa
  • Buat benda-benda berisiko, contohnya berbelanja besar atau melakukan seks secara melulu

Antara simptom pesakit bipolar sewaktu low/depression:

  • Rasa sangat sedih, kosong, dan rasa takde harapan
  • Tak banyak tenaga
  • Tak berapa aktif berbanding biasa
  • Ada masalah nak tidur, sama ada tidur sikit sangat atau banyak sangat
  • Rasa tak boleh nak enjoy apa-apa pun
  • Rasa risau dan kosong
  • Ada masalah dalam memberikan perhatian
  • Sering lupa
  • Makan banyak sangat atau sikit sangat
  • Rasa letih
  • Fikirkan kematian atau bunuh diri

Selain daripada ubat-ubatan, Hafiz juga sekarang ni menjalani rawatan terapi elektroconvulsif (ECT) beberapa kali setahun. Syukurlah Hafiz bukan je ada boss yang tahu akan keadaan dia, tapi juga ada isteri dan anak berumur 10 tahun yang sangat memahami:

Anak (Hafiz) matang melangkaui usianya. “Dia tahu beza antara ‘Papa sakit’ dan ‘Papa betul'” – Hafiz, dipetik dari Gila, m/s 41.

2. Visha, 23 tahun, bergelut dengan schizophrenia

Schizophrenia boleh buatkan pesakit mendengar suara-suara.
Schizophrenia boleh buatkan pesakit mendengar suara-suara.

“Kau tu bukan cantik pun,” suara-suara tersebut memberitahunya. “Kau tak cantik. Takde siapa suka kat kau. Kau tak capai pun benda-benda yang kau kata kau dah capai. Kau main reka je benda ni semua. Semua dalam kepala kau je.” – Visha, dipetik dari Gila, m/s 43.

Dari kecik lagi Visha ada masalah belajar (learning disability), jadi kat sekolah dia selalunya ada orang yang jaga. Tapi bila sampai umur 19 tahun, Visha kata dia nak berdikari. Mula-mula tu OK je, tapi tak lama lepas tu tiba-tiba Visha jadi macam hilang semangat nak buat apa-apa. Makan pun tak, mandi pun tak. Dan Visha mula terdengar suara-suara.

Mak Visha pun cepat-cepat datang pergi melawat dia, waktu tu berat Visha tinggal 26 kg je sebab dah berhari-hari tak makan. Tiap malam, Visha akan bangun dan mula bercakap dengan pintu bilik dia. Dia kata ada orang belakang pintu tu yang asyik tanya soalan. “Kau buat apa kat sini? Pergi balik la, tempat kau bukan di sini.”

Setelah dibawa ke seorang psychiatrist, Visha akhirnya telah mendapat diagnosis yang dia ada schizophrenia. Mungkin ada sesetengah daripada korang yang menganggap schizophrenia ni maknanya dia ada dua identiti, macam dalam cerita Me, Myself and Irene lakonan Jim Carrey tu. Benda tu salah sebenarnya.

Karakter Jim Carrey yang ada dua personaliti. Ini BUKAN schizophrenia ye.
Karakter Jim Carrey yang ada dua personaliti. Ini BUKAN schizophrenia ye.

Schizophrenia adalah keadaan mental yang menyebabkan pesakit mengalami halusinasi (mengalami benda-benda yang tak benar) dan delusi (mempercayai benda-benda yang tak masuk akal), termasuklah:

  • Mendengar/melihat sesuatu yang tak wujud
  • Rasa diri sentiasa diekori
  • Cara bercakap/menulis yang lain daripada yang lain
  • Tiada reaksi terhadap situasi-situasi penting
  • Prestasi akademik atau kerja yang menjunam
  • Perubahan dalam penampilan dan kebersihan diri
  • Perubahan personaliti
  • Mula menjauhkan diri daripada aktiviti sosial
  • Respon tak rasional, marah, atau takut terhadap orang tersayang
  • Tindak-tanduk yang tak senonoh atau pelik
  • Obses terhadap satu-satu agama atau kepercayaan

Veesha mula ambil ubat, dan sekarang ni bila hari baik, suara-suara tersebut jadi perlahan, “macam bacgkround music je”. Veesha sangat berterima kasih dengan ibunya yang sentiasa berada di sisi.

Kini Veesha bukan je ada diploma dalam fesyen & make-up dan syarikat sendiri, malah dia juga telah menerbitkan sebuah buku tentang perjalanannya dengan schizophrenia.

3. Tiara, bergelut dengan panic disorder dan depression

Kat luar tampak tenang bagaikan lautan, hati berkocak siapa yang tahu.
Muka tampak tenang bagaikan lautan, hati berkocak bagaikan taufan.

Sebagai seorang Bangladeshi di Malaysia, Tiara memang tak asing dengan rasisme dan layanan teruk orang lain. Di sekolah dia selalu diejek kerana warna kulit dan kerana dia orang asing.

Umur 11 tahun, Tiara cuba bunuh diri di bilik sembahyang sekolah; satu-satunya budak lain di situ beritahu dia, “Tuhan akan hantar kau ke neraka.” – Tiara, dipetik dari Gila, m/s 68

Tiara selalu kena buli kat sekolah, sampaikan cikgu-cikgu pun ada yang suruh dia “balik negara sendiri”, jadi mula-mula dia tak terkejut sangat bila dia tahu dia ada depression.

Tapi apa yang Tiara tak tahu sebelumnya adalah dia juga ada panic disorder. Panic disorder inilah yang menyebabkan ada malam-malam di mana Tiara jadi panik tak tentu pasal, takde hujan takde ribut. Sampaikan dia ingat badan dia tiba-tiba berhenti berfungsi.

Tarik nafas panjang-panjang.
Tarik nafas panjang-panjang.

Panic disorder ni bukan panik biasa macam rasa nak terkencing je ye. Bila seseorang mengalami panic attack, ini antara simptom-simptomnya:

  • Susah nak bernafas
  • Jantung berdegup dengan kuat ataupun sakit dada
  • Rasa takut yang amat sangat
  • Tak cukup nafas
  • Rasa tercekik
  • Menggigil atau terketar
  • Berpeluh
  • Rasa loya atau sakit perut
  • Rasa kejang pada jari-jemari
  • Rasa sejuk atau panas
  • Rasa hilang kawalan dan rasa badan macam nak mati

Ibu-bapa Tiara nak pastikan Tiara dapat rawatan yang terbaik. Jadi lepas diagnosis yang pertama, mereka nak double confirm lalu pergilah pergi berjumpa doktor lain yang bagi macam-macam diagnosis termasuklah schizophrenia, Tourette, ke Bipolar II. Akhirnya di US, doktor kata “dia ada anxiety dan depression je ok, rileks”.

“Pakar pisikiatri kat US bagi saya satu pengajaran: diagnosis yang rasmi bukanlah yang paling penting. Apa yang penting adalah kamu mendapat rawatan yang sesuai, tak kisahlah apa.” – Tiara, dipetik dari Gila, m/s 73

4. Khairul, 28 tahun, bergelut dengan bipolar II disorder

Beruang dua polar.
Beruang emosi.

“Kesakitan fizikal yang saya lakukan pada diri sendiri sebenarnya bukan disengajakan. Ianya terjadi secara automatik – saya secara tak sedar akan mula tarik rambut, gigit jari, atau saya akan pukul kepala saya dengan tangan ataupun handphone.” – Khairul, dipetik dari Gila, m/s 31

Khairul memang sensitif sejak kecil lagi. Jadi sewaktu kat kolej bila dia mula menangis tak henti sampai tertidur dalam bilik air, dia ingatkan benda tu semua hanyalah sebab dia tak matang dan senang tersentuh.

Tapi Khairul mula perasan yang fasa macam ni asyik berulang dalam hidup dia. Mula-mula dia akan hilang semangat nak buat apa-apa, dan kadang-kadang jadi senyap dan menangis tanpa sebab. Bila fasa tu jadi lagi teruk, Khairul akan tak henti berfikir sampaikan dia menggigil dan sakit kepala sebab terlampau sedih. Dia akan pukul diri sendiri secara automatik, dan tak lama lepas tu Khairul mula mengelar tangannya sendiri sebab tak dapat tahan emosi yang membuak-buak.

“Macam-macam emosi yang terlibat: sedih, marah, iri hati, dengki, sesal. Yang paling teruk adalah kebencian terhadap diri sendiri, terutamanya benci sebab saya tak berhak pun rasa sedih bila saya tahu betapa kecilnya masalah saya, dan betapa baik hidup saya sebenarnya.” – Khairul, dipetik dari Gila, m/s 30

Pesakit bipolar II lagi banyak ada depression daripada mania.
Pesakit bipolar II lagi banyak ada depression daripada mania.

Antara diagnosis yang Khairul dapat adalah bipolar II disorder. Berbeza dengan bipolar disorder kat atas tadi, fasa high untuk bipolar II tak jadi manic sepenuhnya, tapi versi kurang kuat yang dipanggil hipomania. Antara simptom hipomania termasuklah:

  • Idea asyik berjalan dalam kepala otak
  • Rasa yakin diri yang berlebihan
  • Kata-kata yang cepat, lantang, dan tak berhenti
  • Tenaga dan aktiviti yang meningkat, dan kurang rasa nak tidur.

Pesakit bipolar II lebih banyak mengalami simptom depression termasuklah rasa murung, hilang semangat, kurang tenaga dan aktiviti, rasa bersalah dan tak berguna, dan rasa nak bunuh diri. Berbanding dengan bipolar I, fasa low atau depression dalam bipolar II lebih panjang dan kadang-kadang lebih teruk.

Selain daripada hospital dan klinik psikiatri, Khairul juga pernah mencuba rawatan dengan kaunselor, hpynotherapist (yang guna hipnosis), dan ahli terapi.

“Apa yang membantu adalah mendapatkan sesi yang konsisten dengan ahli terapi, walaupun saya dah rasa lebih baik.” – Khairul, dipetik dari Gila, m/s 36.

(Nota: Khairul juga merupakan penulis artikel ini.)

5. Kim, 40 tahun, bergelut dengan schizoaffective disorder

kapten-amerika-sedih
Pesakit schizoaffective disorder boleh ada simptom schizo macam mendengar suara, dan juga depression.

Waktu muda, Kim seorang yang berjaya dalam bidang akademiknya dan dapat ijazah dalam undang-undang. Tapi kini pada umur 40 tahun, Kim yang bekerja sebagai tutor Bahasa Inggeris mengenang zaman dia yang telah berlalu akibat pergelutannya dengan mental illness.

Kim yang sedang mencari tempat berlindung kemudiannya berjumpa dengan agama Kristian. Tapi amalan dan kepercayaan yang Kim lakukan adalah lain daripada biasa:

“Fikiran saya makin lama makin pelik dan tak masuk akal; saya sangkakan saya boleh berjalan atas air dan bercakap dengan Tuhan terus.” – Kim, dipetik dari Gila, m/s 21.

Keluarga Kim mula risau, dan mereka pergi ke Penang untuk berjumpa seorang doktor yang terkenal. Malangnya, doktor ni cuma bagi ubat je, Kim rasa doktor tersebut tak minat pun nak dengar apa yang dia nak bagitau.

Bila simptom schizophrenia Kim dikurangkan oleh ubat-ubatan tersebut, clinical depression pulak datang sampai ada masanya Kim rasa tak mampu nak buat apa-apa melainkan makan dan tidur.

“Ada hari yang saya nak bangun daripada katil pun susah. Saya rasa sukar untuk teruskan hidup. Dulunya saya seorang yang ceria, tapi sekarang saya rasa takde makna dan aturan dalam hidup saya. Saya hilang minat pada semua benda.” – Kim, dipetik dari Gila, m/s 23.

Bila depressed, nak buat apa pun rasa takde motivasi. Klik untuk baca artikel tentang depression.
Bila depressed, nak buat apa pun rasa takde motivasi. Klik untuk baca artikel tentang depression.

Apa yang Kim hadapi sebenarnya adalah shizoaffective disorder, iaitu gabungan antara schizophrenia dan affective disorder. Maknanya pesakit akan ada simptom schizophrenia termasuklah halusinasi dan delusi; dan juga simptom mood disorder (seperti depression atau bipolar disorder) seperti mania ataupun depression. Korang boleh rujuk balik kepada kes Hafiz yang mengalami bipolar serta Visha yang mengalami schizophrenia untuk simptom-simpton penuh.

Mula-mula Kim sangat kecewa sebab doktor yang dia jumpa asyik bagi ubat je, tapi tak bagi khidmat kaunseling untuk mengajar dia macam mana nak handle masalah. Malah ada satu doktor tak bagi dia baca Bible atau belajar agama sebab doktor tu rasa itulah punca penyakit!

Nasib baiklah Kim berjumpa dengan Dr Phillip yang membantu Kim supaya tak bergantung sangat kepada ubat dengan mengamalkan senaman dan pemakanan yang baik. Malah Kim sangat lega sebab Dr Phillip menggalakkan Kim kembali kepada Kristian dalam proses untuk pulih.

Apa yang boleh kita lakukan?

Kalau korang ada member yang bergelut dengan mental illness, cukuplah kalau korang dapat bersama mereka.
Kalau korang ada member yang bergelut dengan mental illness, cukuplah kalau korang dapat bersama mereka.

Kami tak dapat nak cover semua jenis mental illness yang ada, tapi kami harap kalau korang atau orang tersayang ada melalui benda yang sama, sekurang-kurangnya korang boleh relate sikit dengan cerita-cerita yang telah dikongsi.

Dan kalau korang nak dapatkan bantuan, boleh rujuk kepada senarai di bawah ni…

Kalau nak bercakap dengan seseorang melalui telefon (terutamanya kalau ada terlintas fikiran nak bunuh diri:

Kalau nak pergi jumpa pakar psikatri (untuk mendapatkan diagnosis atau ubat-ubatan):

Kalau nak pergi jumpa pakar psikologi/ahli terapi (untuk khidmat kaunseling macam mana nak hadapi masalah)

Kalau nak pergi ke pusat yang menyediakan aktiviti dan khidmat pemulihan, juga kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai mental illness.

Teruskan berharap! Teruskan berusaha, berdoa, dan bertawakkal agar kesihatan kita akan sentiasa bertambah baik. Dan hal paling penting sekali, ingat bahawa korang tak keseorangan! Dan SOSCILI sayang korang ketat-ketat, percayalah~ <3

About MK Zainal 36 Articles
Editor di SOSCILI, hari-hari tengok movie.