Agama

Kenapa sekarang banyak masalah histeria? Kami tanya pendapat sains dan agama

Tau tak korang, tak lama dulu ada dilancarkan kit histeria yang berharga RM8,750! Benda ni macam First Aid kit yang korang belajar time Persatuan Bulan Sabit Merah dulu la, boleh guna sendiri kat sekolah, di rumah, dan di mana jua.

Perlancaran kit anti histeria di Putrajaya. Gambar dari Sinar Harian.

Perlancaran kit anti histeria di Putrajaya. Gambar dari Sinar Harian.

Memang relevan lah bila baru-baru ni kecoh dengan kejadian histeria beramai-ramai di Kelantan membabitkan lebih 50 pelajar perempuan dan 11 orang guru. Katanya, ia berpunca apabila pelajar terlihat “lembaga letrik negara hitam” seperti pontianak dan pochong di kawasan sekolah dan berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

Dan cerita histeria di sekolah memang dah lama ada di Malaysia. Kita selalu nampak dorang yang terkena meracau secara tiba-tiba dan bertutur dengan nada keras. Siap ada yang bertindak agresif sampai cuba panjat pagar sekolah.

Serangan histeria yang berlaku di SMK Abu Bakar, Pahang.

So bila kitorang dengar pasal kit anti histeria tadi, kitorang berminat jugak nak tau. Memang berkesan ke? Jadi kitorang hubungi orang yang bertanggungjawab hasilkan kit ni…

Team di Universiti Malaysia Pahang dah bertahun-tahun mengkaji masalah histeria

Kami kat SOSCILI menghubungi Dr Mahyuddin Ismail, Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Menurut Dr Mahyuddin, kit ini mampu menyembuhkan individu yang dirasuk makhluk halus dengan menggunakan kaedah sains dan perubatan Islam.

“Barang dalam kit itu juga sudah lama digunakan bagi urusan menyembuhkan pesakit, cuma kita memberi sedikit pembaharuan bagi memudahkan urusan. Ia juga patuh syariah serta bebas daripada sebarang perkara yang berbentuk metafizik, tahyul atau khurafat yang menyesatkan,” – Dr Mahyuddin Ismail, dalam temubual dengan SOSCILI.

Kit ini dihasilkan selepas lima tahun melakukan kajian terhadap penyakit histeria dan para penyelidik telah menjadikan 11 buah institusi pengajian serta jabatan-jabatan kerajaan yang sering diserang histeria sebagai tempat untuk menguji keberkesanan kit tersebut.

 

Ni lah bahan-bahan apa yang korang akan dapat dalam Kit Anti Histeria.

Ni lah bahan-bahan apa yang korang akan dapat dalam Kit Anti Histeria.

Menurut beliau, ia dijual dengan harga RM8,750 sekotak kerana termasuk sekali dengan kursus dan latihan (meliputi cara penggunaan dan apa yang perlu dilakukan untuk mengubati histeria) dan juga kos perjalanan, masa, tenaga dan kepakaran perawat sekiranya kes yang dihadapi pembeli tu bersifat di luar jangka, maka pakar rawatan dari pihak Al-Manarah (pembekal) akan turun sendiri untuk melihat situasi sebenar sehingga masalah benar-benar selesai. Mangsa akan diberikan rawatan secara intensif di pusat rawatan al-Manarah tersebut.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Oleh kerana faktor harga telah menjadi isu, pihak kami sekarang ni dah buat servis perkhidmatan sekiranya memerlukan bantuan jika diserang histeria. Perkhidmatan bermula dari RM499.” – Dr Mahyuddin Ismail, dalam interview dengan SOSCILI.

Tapi… apa yang menyebabkan histeria sebenarnya. Memang kena rasuk ke atau tekanan perasaan?

Selalunya bila sebut pasal histeria, konpemlah kita akan kaitkan dengan kewujudan makhluk halus dan alam-alam ghaib kan. Tapi itu je ke penerangannya?

Menurut Dr Mahyuddin sendiri, sebenarnya histeria boleh disebabkan oleh dua faktor iaitu a) Gangguan makhluk halus dan alam ghaib; b) Masalah dan tekanan psikologi.

A) Gangguan makhluk halus dan alam ghaib

Yang dimaksudkan dengan makhluk halus tu ialah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT tanpa berjisim, yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya iaitu alam ghaib dan asal kejadiannya daripada api yang tidak berasap.

“Jin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan berpindah randah.” – Dr Mahyuddin Ismail dipetik dari mahyuddin09.blogspot.my

Menurut Ustaz Harun Din, manusia ni jangan takbur sangat dengan mahkluk-makhluk lain:

“Ketakburan menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus.” – Ustaz Dato’ Dr Haron Din, dipetik dari kuliahharundin.blogspot

Menurut Mufti Selangor pulak, kalau takut sangat pun tak boleh jugak sebab akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Bekas pensyarah UKM yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin, histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah dan berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu (contohnya kalau korang gatal nak main Spirit of the Coin).

20 pelajar SMK Simunjan, Sarawak histeria selepas bermain Spirit of the Coin. Image dari Harian Metro edisi Sarawak

20 pelajar SMK Simunjan, Sarawak histeria selepas bermain Spirit of the Coin. Image dari Harian Metro edisi Sarawak

Tersalah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional dan ‘menurun’ juga boleh menyebabkan gangguan histeria. Jin memang boleh meresapi manusia. Ia boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia dan itu akan menyebabkan tingkah laku mangsa menjadi tak normal.

Video menunjukkan seorang remaja lelaki dirasuk (saka guru silat): 

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat. Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari. Ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

B) Masalah psikologi dan tekanan perasaan

Korang tahu tak yang sebenarnya stress juga menyumbang kepada terjadinya histeria. Pakar-pakar psikologi mengkategorikan histeria sebagai penyakit psikiatri yang dikenali sebagai somatoform disorder.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar. Ia berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” – Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, dipetik daripada MyDrPsych.com (fail PDF).

Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia (kecelaruan mental yang melampau) tanpa menyedarinya. Untuk mengenal pasti simptom awal skizofernia adalah pesakit akan menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas dan boleh membunuh diri serta orang di sekeliling.

Image dari 2to5

Image dari 2to5

Dr Mohamad Hussain Habil telah menyatakan sekiranya seseorang itu terkena serangan histeria, segeralah mengasingkan individu tersebut dan dibawa ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri.

“…sekarang ni musim panas dan suhu meningkat. Apabila suhu meningkat biasanya akan terjadi demam panas yang boleh mendatangkan kesan untuk meracau-racau” – Dr Mahyuddin Ismail, petikan daripada wawancara oleh Soscili

Kes ini dipanggil sebagai over-hydration symptomshyponatremia‘ yang terjadi apabila kita mengalami dehydration. Apabila kita kekurangan air dalam tubuh badan dan ia juga boleh membawa kepada seizures (sawan).

Seizure boleh membuat gangguan emosi. Image dari medicinenet.com

Seizure boleh membuat gangguan emosi. Image dari medicinenet.com

“…breakdown pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) yang terlalu tinggi di samping kelemahan mengawal emosi serta ketakutan yang terlalu tinggi memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria” – Ustaz Haron Din, dipetik dari kuliahharundin.blogspot.

So korang rasa histeria di Malaysia ni boleh dikurangkan tak?

Analisis yang dibuat oleh UTM terhadap pelajar yang mengalami histeria ni mendapati histeria boleh disebabkan oleh faktor kurangnya amalan keagamaan, tekanan perasaan dan psikologi. Oleh itu, langkah pencegahan secara psikologi dan spiritual boleh dipertimbangkan dan dikaji secara mendalam bagi menangani permasalahan ini.

Sekiranya perkara sebegini terjadi pada korang, segeralah mendapatkan rawatan. Jika memang benar memerlukan bantuan dari pakar psikologi, korang boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik-klinik pakar psikologi yang lain bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya ia berkaitan alam ghaib, segeralah berubat melalui perawatan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend