- 539Share sekarang!
- Email19
- Facebook520
- Share
(This article is a translation. For the original, you can visit our sister site, CILISOS)
Selain daripada PRK Port Dickson pada minggu lepas, ada satu lagi berita yang korang mungkin terlepas pandang – iaitu apabila UMNO mengadakan sidang umum mereka yang juga dikenali sebagai Perhimpunan Agong UMNO 2018.
Mungkin ada sebab juga kenapa korang terlepas. Selama ni, kita dah terbiasa dengan event PAU besar-besaran yang selalunya berlangsung selama seminggu. Tapi kali ni nampaknya PAU hanya berlangsung selama dua hari, berbanding lima hari yang gilang-gemilang.
Tapi event dua hari tu tak bermaksud tak ada benda yang lain, atau kejadian pelik yang berlaku. Bah kan, ada la beberapa kes yang jadi di PWTC pada hari tu yang sempat kami kumpulkan.
1. Najib menangis
Rasanya korang pun mesti terdengar pasal ni. Masa sidang berlangsung, Najib tersentuh hati dengan pengikutnya yang bersolidariti di sekelilingnya, dan dia akhirnya… menitiskan air mata.
Presiden UMNO sekarang, iaitu Zahid Hamidi memberi ucapan kepada orang ramai dan memuji Najib kerana masih bersedia untuk hadir bersama para perwakilan UMNO dari Pekan walaupun dengan apa yang dah berlaku. Berikutan ucapannya, orang ramai berdiri dan mula menyanyikan lagu ‘Teman Sejati’, #aww. Ahli-ahli kumpulan juga mula melaungkan ‘teruskan perjuangan’ untuk menyokong Najib. Pada masa yang sama, Najib tak dapat menahan air mata dan terus menangis.
Najib kemudian dalam post Facebooknya mengaku yang dia memang menitiskan air mata, dan mengatakan:
“Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah. Dan kini saya tahu saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga Allah merahmati kita semua.” – Najib Razak, dalam Facebooknya.
2. MCA kena ‘boo’, manakala PAS dapat sorakan kuat
Kita semua tahu yang dah jadi satu tradisi untuk parti lain yang ada dalam Barisan Nasional untuk hantar wakil menghadiri mana-mana sidang yang diadakan. Minggu lepas, MIC ada la datang bawa wakil, tapi nampaknya takde sorang pun wakil MCA yang hadir di PWTC tu.
Dalam pertemuan Pemuda, Wanita, dan Puteri UMNO, takde sorang pun ahli MCA yang datang. Malah bila Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi bagitahu yang Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon minta maaf tak dapat datang sebab ada meeting, orang ramai kemudiannya bertindak dengan meng’boo’ dia.
Sebab sebenarnya Pemuda MCA tak datang tu memang kukuh, iaitu mereka sedang menganjurkan pemilihan peringkat negeri pada hari yang sama, dan tarikh tu diputuskan sebelum UMNO mengumumkan pasal sidang tu lagi.
Perkara ni pulak muncul masa mereka ditengah-tengah ketegangan serius antara kedua-dua parti, dengan pemimpin MCA, Liow Tiong Lai mengancam untuk tendang keluar UMNO dari BN atau membubarkan gabungan tu sama sekali minggu lepas. Ia sebenarnya adalah sebagai amaran terlebih dahulu terhadap UMNO kalau mereka nak terus bersifat perkauman atau agama melampau. Mereka mungkin mempunyai sebab untuk bimbang juga, sebab sekarang ni hubungan UMNO dengan PAS macam tengah hangat bercinta, ibarat lemang yang baru dibakar dan tengah naik bau.
Perkembangan terbaru antara hubungan ni adalah walaupun MCA takde dalam sidang tu, PAS nampaknya ada di sisi UMNO (ceh, bunyi macam teman pengganti pun ada). Dan PAS nampaknya bukan buat penampilan je, tapi masa kehadiran mereka diumumkan, orang ramai bersorak. Foto pemimpin PAS juga ada pada dinding galeri UMNO semasa perhimpunan agung tu, sebagaimana perhubungan UMNO-PAS dibahaskan semasa mesyuarat tu sendiri.
3. Wanita UMNO ada ahli yang pakai baju lokap oren, manakala Puteri UMNO ada… headband?
Kalau korang biasa tengok gambar-gambar masa PAU pada tahun-tahun yang lepas, korang mesti biasa tengok lautan manusia berwarna merah dan putih, dan kadang-kadang biru. Tapi nampaknya pada PAU kali ni, seorang ahli Wanita UMNO nampaknya muncul di persidangan tu dengan memakai baju oren terang – bukan baju Amanah tau, tapi warna baju lokap SPRM.
Baju tu nampaknya dibuat oleh NGO yang berkaitan dengan Pemantau Malaysia Baru sebagai sebahagian daripada kempen bagi mendapatkan SPRM untuk menyiasat betul-betul pasal kes bekas ketua Tabung Haji, Azeez Abdul Rahim. Dia ditahan oleh SPRM minggu lalu sebagai sebahagian daripada siasatan mereka tentang macam mana Tabung Haji menyewa kontraktor mereka. Pemantau Malaysia Baru juga nampaknya menjual t-shirt oren di sebuah booth di PWTC, di mana Perhimpunan Agung UMNO sedang berlaku.
Sementara tu, Puteri UMNO juga tak kurang hebat dalam menarik perhatian orang ramai. Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan, pula membawa ahli-ahlinya yang memakai headband hitam denga tema ‘Perhimpunan Agung’ di atasnya, sebelum berikrar yang dia takkan mengkhianati UMNO. Perkara ni berlaku sebab bekas ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin keluar dari parti, dan menyertai ahli politik lain macam Anifah Aman dan Mustapa Mohamed.
“Kami berjanji untuk terus setia kepada Umno selagi kita masih hidup, kita akan tetap teguh dan tidak akan mengambil langkah mundur. Kita tidak akan mengkhianati Umno, “- Zahida Zarik Khan, seperti yang dipetik dari Malaysiakini
4. Zahid mencadangkan had dua penggal sebagai presiden UMNO
Bagi sebuah parti yang pemimpinnya paling terkenal di dunia selama lebih dua puluh tahun, agak pelik bila Ketua UMNO sekarang, Zahid Hamidi mencadangkan had dua penggal sebagai presiden UMNO.
Cadangan Zahid untuk mengehadkan jawatan presiden hanya kepada dua penggal bermakna masa terpanjang seseorang boleh kekal sebagai presiden UMNO adalah sembilan tahun, kerana pemilihan UMNO diadakan setiap tiga tahun. Parti tu boleh membenarkan tambahan 18 bulan sebelum satu tempoh berakhir. Jika peraturan ni dah ada sejak awal, nampaknya Tunku, Mahathir dan Najib dah melampauinya.
“Saya mencadangkan bahawa penggal untuk presiden (UMNO) dihadkan kepada dua syarat. Bincangkan dan perbahaskan ini, demi kepentingan dan kelangsungan parti kita, “- Zahid Hamidi, dipetik dari Malaysiakini
5. KJ tak habis-habis kritik partinya
Ada satu perkara yang agak konsisten dengan UMNO sejak PRU14, iaitu KJ yang terus mengkritik arah tuju partinya di bawah kepimpinan ketua yang terdahulu, dan sekarang. Kalau korang rasa yang KJ akan berdiam diri masa PAU 2018, nampaknya tak. Dia masih lagi kritikal terhadap ketua-ketua UMNO, dan terutama sekali bila dia sebut pasal Zahid Hamidi masa persidangan agung parti tu.
KJ memang tak setuju dengan cara Zahid yang gagal menunjukkan jalan yang UMNO sepatutnya ambik, terutama sekali bila Zahid bercadang untuk membentuk ‘kerajaan perpaduan’ dengan PAS dan Pakatan Harapan.
“Sebelum ni anda kata kita harus melawan pemerintah Harapan yang kejam. Kemudian anda keluar dengan kenyataan yang mengatakan kami sedang meneroka peluang melalui usaha sama. Anda mesti jelas bagaimana cara anda memimpin parti, “- Khairy Jamaluddin, seperti yang dipetik dari Malaysiakini
KJ bukanlah satu-satunya ahli UMNO yang tak gembira dengan keputusan Zahid yang tak jelas ni. Wakil Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail dan wakil Selangor, Datuk Megat Zulkarnain juga menyuarakan kebimbangan mereka. Manakala ahli UMNO yang selalunya ‘vocal’, Bung Mokhtar menyokong dan berkata Khairy hanya menyuarakan kebimbangannya kerana dia sayangkan UMNO. Dan ada juga yang tak senang dengan aduan Khairy ni, contohnya macam ahli majlis tertinggi UMNO Tajuddin Abdul Rahman yang membalas kata-kata Khairy:
“Saya tak rasa dia dengar dengan teliti apa yang presiden cakap, sebab itu dia tak jelas apa hala tuju. Orang lain yang duduk dalam dewan, yang mendengar, mereka jelas apa yang dibentang oleh presiden, hala tuju, arah haluan baru parti sangat jelas.
“Tapi KJ tidak jelas, mungkin dia tidak dengar, dia tutup fikirannya” – Tajuddin Abdul Rahman, dipetik dari Malaysiakini
Tak kiralah macam mana orang bertindak balas dengan komen Khairy, satu perkara yang kita tahu…
UMNO kekal sebagai parti utama di Malaysia, dan kita kena bagi perhatian kepada setiap langkah
Kami tahu ada antara korang yang fikir masa UMNO dah tamat lepas kalah pada pilihanraya tahun ni. Tapi tu bukanlah realiti sebenarnya. Sokong atau tak, UMNO masih ada penyokong kuat yang tersendiri, walaupun nampaknya semakin berkurang terutama sekali bila mereka dah takde kuasa.
Tapi tu tak bermakna yang kita perlu pinggirkan jejak langkah mereka, terutama sekali tujuan mereka terhadap parti dan juga rakyat. Apa yang kita harapkan adalah supaya UMNO boleh bangkit dan buat kemunculan demokrasi yang sihat di Malaysia.
Bukankah sepatutnya macam tu?
- 539Share sekarang!
- Email19
- Facebook520
- Share