UEC nak diiktiraf? Dr Maszlee beritahu apa nasib Bahasa Melayu

Kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni banyak isu yang melibatkan bahasa kebangsaan kita – bahasa Melayu a.k.a bahasa Malaysia. Hari tu Tommy Thomas (Peguam Negara) dapat jeritan bila dia nak buat kenyataan media guna bahasa Inggeris. Punyalah ramai orang yang bahan peguam negara masa tu, mufti pun ikut sekali bahan Tommy.

Oleh sebab kita baru beberapa bulan dapat kerajaan baru, ada pihak risau kedudukan bahasa Melayu akan terancam, tapi diorang tak tahu ke ramai graduan kena reject kerja sebab tak tahu cakap Inggeris? Kat Malaysia ni, bila ada isu, mestilah ada hero yang akan selamatkan kita semua. Hahhh…cuba teka siapa yang akan selamatkan bahasa Hang Tuah? Siapa lagi kalau bukan Dr Maszlee – Menteri Pendidikan Malaysia!

Iron Maszlee menyelamatkan bahasa Melayu daripada di-Thanoskan!

Kalau korang harapkan Iron Man untuk kalahkan Thanos, kita ada Iron Maszlee untuk selamatkan bahasa Melayu. Dia mulakan usaha selamatkan bahasa Melayu ni dengan…

1. Wakil rakyat yang tak reti cakap Melayu dinasihatkan ikut kursus bahasa

Kalau korang nak minta kerja kat sektor kerajaan atau swasta, selalunya korang kena dapat kredit subjek bahasa Melayu masa SPM. Untuk jadi ahli Parlimen, korang tak perlukan semua ni. Apa yang penting korang ada duit untuk jadi duit deposit untuk bertanding dan famous supaya orang undi. Jadi, ni bermaksud dalam kalangan ahli Parlimen tu, ada je yang tak reti sangat cakap Melayu.

Kalau korang tanya, apa pasal pulak YB-YB ni kena reti cakap Melayu? English kan international language gitu. Hmmm…perbahasan kat dewan Parlimen dan dewan Undangan Negeri guna bahasa Melayu eh. Kalau YB ni nak cakap bahasa Inggeris, Bugis, Portugis – diorang kena cakap “dengan izin”. Maksudnya dengan izin Speaker. Jadi, macam mana diorang nak bahas kalau tak reti cakap Melayu?

Dr Maszlee pun datang dengan ideanya untuk anjurkan kursus untuk ahli Parlimen yang tak berapa reti nak cakap Melayu. Kursus ni akan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – so mana-mana YB rasa diorang bermasalah dengan bahasa Melayu, diorang boleh hubungi DBP. Bukan setakat YB je DBP nak sekolahkan, sekali dengan duta-duta asing yang ada kat negara ni.

“Usaha ini selaras janji Pakatan Harapan (PH) memartabatkan bahasa kebangsaan. Jadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara yang ingin memperbaiki Bahasa Melayu mereka diminta untuk berhubung dengan pihak DPB.” -Dr Maszlee Malik, dipetik dari FMT

Bagus jugaklah ahli Parlimen yang tak fasih cakap Melayu ni pergi kursus, takdelah kita tergelak-gelak tengok diorang sebut perkataan Melayu yang bukan-bukan.

2. Suruh budak sekolah Cina dan India tengok cerita P. Ramlee dan kartun Upin & Ipin

Kalau korang baru nak belajar cakap Inggeris, mesti korang pernah dengar ayat – tengoklah filem Hollywood banyak-banyak, nanti akan lancar cakap Inggeris. Nampaknya Iron Maszlee mungkin banyak kawan yang macam ni. Dia cadangkan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) untuk tengok cerita P. Ramlee dan kartun Upin & Ipin.

Korang jangan salah faham eh. Maksud sebenar Menteri Pendidikan – dia nak jadikan pembelajaran bahasa Melayu ni lebih menyeronokkan dan interaktif. Ingat tak masa korang belajar masa Melayu dulu? Selalunya kelas tu akan buat korang mengantuk, sebenarnya semua kelas pun akan mengantuk kalau badan dah malas.

Dia baca bunyi Arab, korang baca kena bunyi Melayu. Imej dari Makeagif

“Sebab itu saya cadang tayangkan cerita P. Ramlee dan Upin & Upin, kerana ia menggunakan Bahasa Melayu yang betul, di samping mengetengahkan konsep perpaduan. Juga, perbanyakkan lagi program-program kebudayaan, agar pelajar lebih santai dan mereka akan belajar secara natural, bukan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata.” -Dr Maszlee, dipetik dari AWANI

Kalau korang fikir betul-betul, idea Dr Maszlee ni masuk akal jugak. Kalau kanak-kanak ni tengok cerita P. Ramlee dan kartun dua budak comel tu, diorang boleh belajar bahasa Melayu yang betul. Bak kata Dr Maszlee, bukan setakat bahasa je, diorang juga boleh ambil nilai-nilai murni yang ada dalam filem tu. Sekarang korang boleh cakap dengan kami (ikut nada Upin & Ipin) – betul, betul, betul.

3. Perkenalkan hari bahasa Melayu dan Inggeris kat sekolah

Dunia ni sebenarnya dah banyak hari special – hari ibu, hari bapa, hari nenek, hari pekerja atau hari-hari hari raya. Dr Maszlee cadang nak perkenalkan hari bahasa Kebangsaan dan hari bahasa Inggeris. Kalau tanya kita orang simple je, kita orang akan tanya – hari bahasa ni ada cuti umum tak? Hmm…tapi nampaknya hari bahasa ni hanya untuk budak-budak sekolah.

Ingat tak sudut bahasa Inggeris yang ada kat sekolah korang? Sudut yang sepatutnya korang kena cakap Inggeris tapi selalunya korang belasah je cakap Melayu. Idea Dr Maszlee lebih kurang macam tu, tapi dia nak gantikan tempat kepada hari. Maksudnya, akan ada hari budak-budak sekolah ni kena cakap Inggeris je, dan akan ada hari diorang kena cakap Melayu je.

Gambar yang pernah jadi perhiasan kat beberapa tempat di sekolah. Maksud gambar ni, cakaplah bahasa apa je, takde orang kisah. Imej dari lamercemartorell

Bukan setakat BM dan BI je yang Dr Maszlee nak budak-budak sekolah ni power, dia juga sarankan pelajar sekolah untuk belajar bahasa ketiga dan keempat. Kalau kat Malaysia ni, selalunya bahasa Cina dan India yang akan jadi pilihan memandangkan sekolah SJK masih wujud. Bagi yang sekolah agama pulak, diorang kena belajar bahasa Arab.

“Selasa boleh dipilih sebagai Hari Bahasa Inggeris manakala Khamis pula untuk Hari Bahasa Malaysia. Kami mahu menggalakkan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan pada masa sama memperkukuhkan Bahasa Malaysia.” – Dr Maszlee, dipetik dari MStar
Hmm…boleh tahan. Imej dari Giphy

Cuma sekolah kena bertegas sikitlah dengan budak-budak sekolah ni, sebab diorang kalau tak dipantau memang akan buat kepala sendiri. Tapi cuba bayangkan kalau pelajar sekolah tu tak fasih Inggeris, dah sah-sah hari Inggeris akan bertukar ke hari “yes and no only”.

4. Tubuhkan Majlis Bahasa Melayu supaya Malaysia jadi rujukan dunia

Ingat tak bila Pakatan Harapan menang PRU14 dulu? Diorang terus tubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan untuk beri nasihat kepada PH. Nampaknya idea ni akan digunakan untuk bantu perkasakan bahasa Melayu kat Malaysia. Dr Maszlee cadangkan Majlis Bahasa Melayu ditubuhkan untuk bantu bagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ni jadi lebih power.

“DBP, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, universiti awam dan bahagian-bahagian di kementerian sedang membangunkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) sebagai kerangka rujukan untuk mengukur kompetensi berbahasa dalam kalangan penutur natif dan bukan natif.” – Dr Maszlee, dipetik dari BH Online

Binatang apa pulak KSBM ni, ada kaitan dengan SPM ke? Imej dari Giphy

Kalau korang nak tahu, kat seluruh dunia sekarang – terdapat lebih kurang 200 juta orang yang bercakap bahasa Melayu. Terkejutkan? Kitorang pun terkejut. Masalahnya, takde satu pun platform untuk seragamkan atau wujudkan “standard” untuk penutur bahasa Melayu ni. Malaysia pun wujudkanlah KSBM – untuk jadi pihak yang tetapkan standard bahasa Melayu yang akan jadi rujukan dunia.

Dr Maszlee takde lagi beritahu siapa yang akan sertai Majlis Bahasa Melayu ni, tapi korang boleh jangkakan ia akan dinggotai orang-orang yang power macam Majlis Penasihat Kerajaan dulu. Dr Maszlee juga sebenarnya nak pastikan yang DBP ni lebih proaktif – dia sampai tahap fikir Akta DBP perlu diubah untuk pastikan diorang boleh gerak dengan lebih progresif untuk martabatkan bahasa Melayu.

Cuba korang bayangkan kalau idea KSBM ni betul-betul jadi, seluruh negara yang guna bahasa Melayu akan rujuk Malaysia. Tapi bahasa Melayu pun banyak dialek kan? Macam manalah agaknya diorang nak selaraskan.

5. Dr Maszlee janji kalau UEC diiktiraf, ia takkan jejas bahasa Melayu

Bagi yang tak tahu lagi tentang isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) ni, korang boleh baca artikel kitaorang kat sini. Isu ni mula panas bila kerajaan katanya nak iktiraf Sijil UEC untuk masuk kat universiti di Malaysia. Kalau korang nak tahu, sehingga hari ni sijil UEC ni tak diiktiraf lagi sebab tak selari dengan dasar pendidikan kebangsaan. Modul pembelajaran UEC ni diambik dari negara Cina.

“Pengiktirafan UEC hanya akan menguntungkan segelintir kaum Cina di negara ini, dan bukannya untuk kepentingan kaum itu secara keseluruhan. Sekiranya sijil itu diiktiraf terutama untuk kemasukan ke UA, sudah tentu ia akan menjejaskan peluang pelajar Cina mengikuti persekolahan dalam aliran kebangsaan.” – Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, dipetik dari BHarian

Contoh sijil UEC, tak sama eh dengan sijil SPM. Nasib baiklah sijil SPM takde gambar muka kita masa budak sekolah dulu. Imej dari Fyhao

Oleh sebab dah ramai bising dengan isu UEC yang katanya akan jejaskan bahasa Melayu ni, Dr Maszlee pun keluarkanlah kenyataan. Eh, lupa nak beritahu korang – untuk sijil UEC korang tak wajib pun boleh bercakap Melayu, tu yang ramai tak puas hati. Cuba bayangkan kalau korang tak boleh bercakap bahasa Melayu kat Malaysia. Mesti susah korang nak bergaul, bahasa ni kan alat perpaduan? Chewah, macam ahli politik pula kitaorang.

“Sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.” Dr Maszlee, dipetik dari FMT

Hmm…korang rasa macam mana? Patut ke sijil UEC ni diiktiraf macam sijil-sijil lain walaupun sijil ni tak wajibkan pelajar untuk lulus bahasa Melayu?

Bahasa Melayu akan jadi alat perpaduan rakyat

Kalau korang perasan – kebanyakan anak muda hari ni macam dah malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Diorang lebih minat untuk bercakap bahasa Inggeris atau gabungkan bahasa Melayu + English jadilah Manglish. Kitaorang tak kata bahasa Inggeris tak penting, tapi sebagai rakyat Malaysia kenalah tahu bahasa Melayukan? Ceh, dah macam khutbah Jumaat. Cuba tengok video ni;

Bahasa Melayu ni indah, kalau korang tak percaya – cuba korang tengok puisi-puisi Melayu. Kalau malas sangat nak baca, dengar lagu hip hop pun boleh, contohnya lagu-lagu Malique, rapper Melayu kegemaran kitaorang. Lepas ni, bolehlah korang cuba cakap Melayu dengan betul kat rumah.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka