Sejarah & Politik

5 perkampungan Melayu di seluruh dunia selain Malaysia dan Indonesia

Seperti yang kita semua tahu, kaum Melayu adalah majoriti yang menetap di Asia Tenggara terutama sekali di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Malah, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi kesemua negara ni.

Sebenarnya, ruang lingkup Melayu tu luas. Malah, kaum Melayu bukan hanya wujud kat Malaysia dan Indonesia je, tapi dorang ni siap sampai ke Benua Afrika, Australia dan beberapa lagi negara lain di seluruh dunia.

Imej dari Meme Generator

Kewujudan yang kitorang maksudkan tu bukanlah kewujudan satu atau dua buah keluarga kat sesebuah negara tu.Bukan! Tapi apa yang kitorang nak bagitahu ialah – wujudnya sebuah komuniti dan perkampungan Melayu kat beberapa buah negara yang mungkin korang sendiri tak pernah sangka. Antaranya ialah…

1. Malay Cape di Cape Town, Afrika Selatan

Cape Town merupakan sebuah kawasan yang terletak jauh di Benua Afrika, sementara kita pula di Benua Asia. Bila sebut je Afrika, dah confirm-confirm la kita bayangkan penduduk Afrika yang berkulit gelap, berbibir tebal, tak sama dengan orang Melayu, Cina dan India di negara kita. Tapi, korang tahu tak tentang kewujudan perkampungan Melayu yang dipanggil “Malay Cape” di Cape Town?

Flight dari Malaysia nak ke Cape Town pun dah 16 jam lebih. Agak-agaknya, berapa bulan masa yang diambil untuk belayar? Imej dari google

Iya, orang Melayu dah sampai kat sana sejak 200 tahun yang lepas lagi, dan membentuk satu penempatan khas. Segalanya bermula daripada penangkapan orang-orang Melayu oleh penjajah Belanda. Dorang dikatakan menentang pendudukan penjajah di Kepulauan Melayu. Macam Sultan Abdullah yang dibuang ke Seychelles, berkaitan dengan cerita pasal pembunuhan JWW Birch dalam buku Sejarah sekolah menengah dulu tu.

Jadi, diorang semua ni ditangkap dan kemudiannya dibawa ke Cape Town secara berperingkat, iaitu seawal kurun ke-17 sampai la kurun ke-19. Masyarakat yang terawal sampai kat sana adalah orang Jawa, hamba yang datang daripada seluruh Asia Tenggara, penentang politik dan pemimpin agama Islam yang menentang kehadiran Belanda.

Aktiviti mengaji yang dipanggil ‘Kaparang’ di Cape Town. Cuba tengok terompah zaman dulu, unik betul! Imej dari sites.google.com

Wajah Melayu Cape Town pada zaman sekarang (di kiri dan kanan), nampak macam ada campuran darah Melayu dan Afrika. Imej dari zainaltobiaqtravel.blogspot.my

Sebelum masyarakat Melayu ni dibebaskan daripada menjadi hamba, diorang tinggal secara bertaburan di beberapa tempat. Ada yang tinggal di lereng Lion’s Rump yang sekarang ni dikenali sebagai Bo-Kaap, dan selebihnya tinggal di Devil’s Peak. Tapi kemudian tu kebanyakan daripada dorang berpindah ke kawasan Bo-Kaap yang juga dikenali sebagai Malay Quarter.

Perkahwinan Melayu Islam di Cape Town. Imej dari craftymuslimah.blogspot.my

Dalam lawatan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke Cape Town pada tahun lepas, diorang mendapati yang orang Melayu di sana dah mencecah 200,000 orang, dan kebanyakannya tinggal di Cape Town dan Johannesburg. Walaupun ramai, tapi nampaknya tak ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Dulu masa dorang masih lagi jadi hamba, dorang kena pukul kalau cakap bahasa Melayu sebab penjajah takut orang Melayu ni buat plan jatuhkan dorang. Sebab tu la bahasa Melayu akhirnya tenggelam dek zaman.

Setakat yang diorang jumpa, hanya dua orang je yang masih boleh berbahasa Melayu. Itu pun diorang yang dah berumur 80 tahun, yang juga adalah generasi kedua Melayu yang datang ke sana.

“Dua orang ini generasi kedua Melayu di negara tersebut, generasi ketiga dan seterusnya yang saya jumpa sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih hanya boleh guna perkataan mudah seperti ‘selamat pagi’ dan ‘apa khabar’.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

“Di mana letaknya bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda Melayu di negara itu, ini amat membimbangkan saya dan DMDI kerana bahasa Melayu tiada pewarisnya di sana,” Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam, dipetik dari Bernama.

Disebabkan tak nak bahasa Melayu hilang kat sana, ada sebuah tanjung kat sana dulunya dipanggil ‘Tanjung Harapan’, juga dikenali sebagai ‘Cape of Goodwill’, dan  sebuah bukit yang dipanggil ‘Bukit Semboyan’, atau ‘Signal Hill’.

Klasik betul, mungkin bahasa yang digunakan tu terlampau klasik, tapi korang perasan tak yang lenggok nyanyian tu sama macam lagu melayu zaman dulu-dulu?

2. Malay Street di Sri Lanka

Sri Lanka adalah sebuah negara pulau yang terletak di tenggara India. Negara ni juga pernah dikenali sebagai Ceylon sehinggalah ditukarkan nama kepada Sri Lanka pada tahun 1972.

Masyarakat yang ada di Sri Lanka berbilang kaum, macam kat Malaysia juga. Tapi, majoritinya adalah Tamil dan Sinhalese, diikuti oleh Moors, Burghers, Vedda sebagai orang asli atau penduduk asal di negara tu, dan juga kaum Melayu.

Bukan sekadar nama jalan je tau. Imej dari faezahismail.com

Orang Melayu yang ada di Sri Lanka pula berasal daripada keturunan Jawa dan Melayu yang dibuang ke pulau itu oleh Belanda, macam Melayu Cape Town. Tapi sebenarnya, orang Melayu dah dibuang ke Sri Lanka dulu sebelum Cape Town. 300 tahun dulu, orang Melayu Sri Lanka hidup sebagai orang buangan, lepas tu barulah jadi  peneroka dan sekarang sebagai rakyat Sri Lanka.

Imej dari wikipedia

Yang paling membanggakan, bahasa Melayu juga masih lagi diamalkan dalam percakapan seharian, walaupun lenggok bahasa dan cara percakapan bukanlah macam kita di Malaysia ni. Pertuturan diorang lebih baku sebab percampuran bahasa dan mengalami evolusi yang lain berbanding kita di Malaysia.

Unik tau bahasa Melayu yang diorang gunakan ni. Ada slang-slang diorang sikit. Bukan macam korang, acah-acah slang mat saleh sebab lots of mix.

Antara penempatan Melayu yang korang boleh lawati kat sana ialah di kawasan Banshall Street, dan mana-mana kawasan yang terutama sekali berdekatan dengan masjid. Antara sebab Melayu di Sri Lanka masih kuat sampai sekarang ialah sebab diorang selalu bersatu, dan siap ada Persatuan Melayu Sri Lanka yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti.

Majlis memperingati wira Melayu di Sri Lanka, dalam pasukan tentera dan polis anjuran Kelab Melayu Sri Lanka. Imej dari Berita Harian

3. Melayu Cocos di Kepulauan Cocos, Australia

Australia pulak terkenal sebagai negara kangaroo, di mana majoriti populasinya merupakan mat saleh. Tapi, ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Cocos dan Pulau Krismas yang didiami oleh orang Melayu, yang dinamakan Orang Melayu Cocos. Tapi, macam mana orang Melayu boleh wujud di kepulauan Australia?

Walaupun Pulau lebih dekat dengan Malaysia dan Indonesia, tapi ia pulau ni dah dijual kepada Australia. Imej dari prudentialjackwhitevista.com

Kepulauan Cocos ni terletak di Australia’s Indian Ocean Territory, iaitu satu wilayah kepulauan merangkumi Pulau Cocos dan Pulau Krismas. Kalau nak diikutkan, geografinya lebih dekat dengan nusantara, iaitu Malaysia dan Indonesia berbanding Australia sendiri.

Penduduk Pulau Krismas yang diiktiraf sebagai warganegara Australia. Imej dari Harian Metro

Orang Melayu Cocos ni berasal dari keturunan peneroka Melayu, iaitu dari tanah jajahan British macam Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Kepulauan Riau (dahulunya dibawah pemerintahan Hindia Timur Belanda).

Akhbar Metro pula melaporkan yang komuniti Melayu yang ada kat Pulau Krismas ni kebanyakannya peneroka dari Malaysia, manakala komuniti Melayu kat Pulau Cocos ni pulak peneroka yang berasal dari Indonesia. Kiranya, diorang ni macam orang Felda la juga, tapi Felda dekat pulau-pulau di Australia.

Sebelum kedatangan Orang Melayu, Kepulauan Cocos ni memang takde orang duduk pun. Sampailah diorang datang naik kapal dan mula membentuk perkampungan sendiri kat sana. Antara orang pertama yang sampai ke Kepulauan Cocos ni adalah golongan hamba abdi yang dibawa masuk oleh Alexander Hare, pedagang di Melaka pada 1826. Kemudian diikuti oleh orang Melayu yang datang ke Kepulauan Cocos ni pada tahun 1827-1831.

Berbeza dengan Melayu di Cape Town dan Sri Lanka, diorang datang ke kepulauan ni bukan sebagai hamba, tapi sebagai pekerja untuk seorang peneroka Inggeris ni, iaitu John Clunies Ross. Pada tahun 1827 ni la John Clunies-Ross cuba untuk tukar kehidupan orang Melayu yang berasal dari Tanah Melayu dengan membawa mereka ke Pulau Cocos. Tujuannya nak minta mereka ni bekerja kat ladang kelapa. Sebab tu jugalah nama pulau tu Pulau Cocos, yang berasal daripada ‘coconut’, iaitu kelapa.

 

Pulau Cocos ni legit tau, jangan main main. Imej dari mobileforlook.com

Kehidupan orang Melayu kat pulau tu adalah dibawah ‘pemerintahan’ keluarga Clunies Ross selama 150 tahun. Tapi lebih sedekad lepas tu, iaitu pada September 1978, keluarga Clunies-Ross terpaksa jual Kepulauan Cocos kepada kerajaan Australia, atas desakan United Nations. Lepas Kepulauan Cocos diambil alih oleh Australia, pulau tu diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral, manakala Pengerusi Majlis Pulau tu pula adalah orang Melayu, iaitu Haji Wahin Bynie.

Tengok je la betapa kuatnya amalan melayu diorang, masih pakai kain batik dan nyanyi lagu Melayu tau!

4. Katanning, Australia

Katanning terletak di tanah besar Australia Barat. Kalau nak tahu, kebanyakan penduduk Melayu Katanning sebenarnya berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Christmas. Penduduk dari Pulau Christmas berpindah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan, terutama sekali bila hasil lombong fosfat kat Pulau Christmas semakin berkurangan.

Tak dekat tau Pulau Cocos dan Pulau Christmas ke Katanning ni. Imej dari google

Bermula tahun 1970-an, segelintir penduduk di kedua-dua pulau ni beransur-ansur pindah ke Katanning. Disebabkan dorang beragama Islam, peluang pekerjaan yang dorang dapat adalah untuk bekerja di pusat penyembelihan kambing biri-biri.

Apa yang menariknya, orang Melayu kat Pulau Cocos, Pulau Christmas dan Katanning ni bukan saja masih kekalkan kemelayuan diorang, tapi dalam masa yang sama tak tinggalkan urusan agama, walaupun terasing di pulau, dengan agama rasmi Australia iaitu Kristian.

Malah tak lama dulu, ada sebuah masjid dirasmikan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981.

Masjid Katanning. Imej dari islammaps.com

Masjid Katanning di Pulau Cocos. Imej dari mforum.cari.com.my

5. Jabal Ajyad, perkampungan Melayu di Mekah

Tak lama dulu, kerajaan Arab Saudi pernah mengamalkan dasar terbuka dengan membuka peluang untuk sesiapa saja, tak kisahlah dari negara apa pun untuk datang dan tinggal di negara tu.

Jadinya, tak kurang ramai juga orang Melayu daripada Malaysia, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain datang dan ambil peluang untuk tinggal di negara bumi anbiya tu. Masa tu, kemasukan orang Melayu ke kota Mekah mulanya sebab nak mengerjakan ibadah haji dan tuntut ilmu daripada ulama-ulama yang terkenal kat Mekah.

Masyarakat Tanah Melayu dulu nak pergi haji naik Cruise kapal laut tau! Imej dari http://budakhutankampung.blogspot.my

“Orang Melayu sebenarnya telah bermastautin di Mekah sejak kira-kira 200 tahun lalu dengan kebanyakannya datang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum mengambil keputusan menetap terus di situ bagi mendalami ilmu agama.

Ada antara mereka yang berjaya menjadi ulama Nusantara tersohor seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi yang sangat terkenal di Mekah suatu ketika dahulu.”-pensyarah Malaysia yang berpindah ke Mekah, dipetik daripada Kosmo.

Orang-orang Melayu kat Mekah pula kebanyakannya adalah dari Pattani, iaitu Selatan Thailand, Kelantan, Kedah dan Terengganu manakala selebihnya dari Indonesia. Kalau korang tengok nama-nama belakang diorang contohnya macam al-Fathani, Al-Falembani, dan lain-lain, korang kena tahu yang nama-nama tu bukanlah nama asal diorang, tapi untuk menunjukkan dari mana asal-usul diorang iaitu daripada Pattani atau Palembang. Kat Malaysia pun, Ustaz Zamihan Al-Ghari pun dapat nama daripada asal-usul dia. Al-Ghari tu bermaksud gua, dan Ustaz Zamihan sebenarnya berasal dari Gua Musang, Kelantan.

Ustaz Zamihan yang kebelakangan ni terpalit dalam pelbagai isu. Imej dari themalaymail

Jadi bila dorang dah jadi penduduk Mekah dan fasih dalam bahasa Melayu dan Arab, diorang ni la yang menguruskan kemasukan jemaah haji dari negara masing-masing. Dalam masa yang sama, orang-orang Melayu kat sana banyak terlibat dengan aktiviti pengendalian pakej-pakej haji sampai dapat gelaran ‘Syeikh Haji’.

Malah, masa zaman dulu penempatan masyarakat Melayu kebanyakannya di sekitar Masjidilharam, iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad. Penempatan masyarakat Melayu kat Mekah juga dikenali dengan beberapa nama yang berkaitan dengan asal usul dorang contohnya macam Rumah Selangor, Rumah Kelantan, Rumah Kedah dan Rumah Pattani.

Tapi sekarang masyarakat Melayu dah berpindah ke sebuah perkampungan lain yang dinamakan Jabal Ajyad yang menempatkan perkampungan Melayu di Mekah. Semuanya dipindahkan ke sana bila kerajaan Arab Saudi nak memperbesarkan kawasan asal yang diorang duduk tu, kepada Jabal Ajyad yang terletak 900 meter je daripada Masjidilharam. Setakat ni, perkampungan Melayu di Mekah menempatkan seramai 40,000 hingga 50,000 orang Melayu.

Jamal Ajyad, penempatan orang Melayu di Mekah. Imej dari Kosmo

Pada 1885, New York dah kenal Melayu

Sebenarnya, banyak je lagi komuniti orang Melayu kat seluruh dunia, bukan hanya di negara-negara yang kitorang sebut kat atas ni. Malah kalau korang nak tahu, pejuang kemerdekaan Filipina, Jose Rizal juga seorang Melayu (mungkin kitorang akan cerita dalam satu artikel lain nanti).

Kewujudan orang Melayu di seluruh dunia juga bukanlah satu benda yang perlu dihairankan pun sebab orang Melayu dulu terkenal dengan sifat diorang yang suka belayar. Perkara ni diakui oleh sejarawan negara,

“Orang Melayu pada asalnya adalah pelayar, mereka dah mengembara ke pelbagai tempat untuk berdagang. Malah, mereka dah dikenali sejak 1885 di New York sebagai ‘sea nomads’. Tapi bila kapal api muncul, mereka kalah”-Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Panglima Awang (Enrique de Malacca). Imej dari historiafactory.wordpress.com

Walaupun Hang Tuah pernah kata “Takkan Melayu hilang di dunia”, kita sebagai pewaris bangsa pun kena turut sama memartabatkan bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat selagi tak bertentangan dengan agama. Kalau bukan kita sebagai penyambung warisan, siapa lagi?

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend