Apa pengalaman masuk hutan yang korang tak boleh lupa? Kongsi dan menang!

Bila sebut pasal hutan, macam-macam benda boleh jadi. Banyak cerita yang kita dengar pasal orang yang terjumpa makhluk halus dan juga makhluk tak berapa halus. Tapi mungkin yang paling ngeri sekali dalam hutan adalah korang terjumpa babi hutan.

Jadi bersempena dengan filem Jumanji: Welcome to the Jungle, member kami kat Sony Pictures nak tau kalau korang ada pengalaman macam ni, tak kiralah yang seram sejuk atau yang lawak. 

Tapi sebelum tu, kami nak cerita sikit pasal sebuah hutan kat Jepun bernama Aokigahara. Hutan ini tidak digalakkan untuk dikunjungi, kenapa agaknya?

Orang Jepun pergi ke Aokigahara Forest untuk bunuh diri

Hutan Aokigahara terletak di dasar Gunung Fuji dan dianggap sebagai salah satu tempat paling berhantu di Jepun. Ramai penduduk Jepun yang bunuh diri di sana, sebab dikatakan sebagai “tempat yang sempurna untuk mati.”

Bagi Jepun, isu bunuh diri ni adalah salah satu kematian secara terhormat untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Contohnya macam ‘seppuku’, satu bentuk bunuh diri yang digunakan oleh pejuang samurai untuk mengelakkan penyerahan, ataupun kalau diorang nak tebus perbuatan memalukan diorang.

Tapi sejak tahun 2005, angka kematian sebab bunuh diri ni semakin meningkat dan kerajaan Jepun mula rasa tak senang duduk sebab benda ni dah jadi masalah sosial. Jadinya, tempat parking kereta kat Aokigahara sekarang dah ada kamera pengawasan untuk merekodkan sesiapa yang masuk dan harapnya, keluar.

Ramai yang masuk, tapi tak ramai yang keluar balik. Imej dari ancient origins

Banyak misteri yang berlaku kat hutan tu, di mana ada beberapa pengalaman pelawat yang kata kompas dan GPS diorang tak boleh berfungsi sebaik saja diorang masuk dalam hutan Aokigahara ni.

Selain tu, ada juga mitos mengatakan kalau seseorang tu tengah bersedih, Yurei, atau penunggu hutan tu akan kacau perasaan pelawat supaya lebih bersedih, yang kemudiannya boleh membawa kepada kesedihan yang melampau, dan cubaan membunuh diri.

Malah ada sorang sami Buddha bernama Kyomyo Fukui bagitahu pengalamannya masuk hutan,

“Ada suara memanggil-manggil, dan suara tu sebenarnya adalah roh-roh orang yang membunuh diri,  yang mengajak pelawat untuk membunuh diri bersama.”- Kyomyo Fukui

Tapi, tak semua hutan seram macam ni

Aokigahara tu cumalah salah satu hutan yang berhantu kat dunia ni. Korang jangan la pulak takut nak ke hutan disebabkan cerita tu. Sebab korang tahu tak yang hutan kat Malaysia, iaitu Mossy Forest yang ada kat Cameron Highlands tu termasuk dalam 10 hutan tercantik di dunia menurut blog travel Amerika, iaitu Thrillist?

Orang kata, hutan ni macam kat scene dalam Lord of the Rings. Imej dari therakyatpost

Kami ada tanya keliling ofis pasal pengalaman masing-masing, dan ini cerita yang kami dapat:

“Ada sekali tu, sorang student ni jerit ‘Cikgu babi!’

Mulanya cikgu tu nak marah sebab kena panggil babi, tapi student tu jerit lagi, ‘Cikgu, kat belakang cikgu ada babi!’ Dan lari tak cukup kakilah semua manusia yang ada di sekitar 50 meter yang berdekatan.”

Seram sejuk ada, lawak pun ada bila dengar pengalaman-pengalaman orang yang masuk hutan tu. Tapi, tak kisahlah cerita korang jenis lawak ke, jenis seram sejuk ke, jom kongsikan dengan kami sebabnya…

Jumanji: Welcome to the Jungle akan ditayangkan kat cinema tak lama lagi!

Korang ingat tak filem original Jumanji yang keluar tahun 1995? Kami pun tak! Sebab waktu tu ramai admin kat SOSCILI duduk kat tadika lagi.

Tapi bila kami dengar pasal filem baru “Jumanji: Welcome to the Jungle” yang akan ditayangkan oleh Sony Pictures ni, kami jadi excited! Mana taknya, filem ni ada The Rock, Jack Black, Kevin Hart, dan Karen Gillan! Tengok je trailer kat bawah ni dan korang akan faham betapa terujanya hati kami. Kalau trailer tak cukup, korang juga boleh beli tiket terus!

Tapi kalau korang nak tiket free, kawan kami kat Sony Pictures bermurah hati nak bagi sepasang tiket kepada 10 pemenang bertuah! Macam mana caranya? Kongsikan pengalaman korang masuk ke hutan, tu je!

Kongsikan cerita/petua korang kat bawah ni, contest berakhir pada 6 Disember 2017 tau!

    Nama:*

    Emel:*

    Apa pengalaman korang masa masuk hutan:*

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Sony Pictures untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan Sony Pictures tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kejadian akibat daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.