Mat Komando dan 4 lagi penjenayah tegar yang pernah menghantui Malaysia

(Artikel ni adalah terjemahan daripada CILISOS. Tekan sini untuk baca dalam English.)

Penjenayah bukanlah satu kerja popular di mana mak bapak akan galakkan anak masing-masing, tapi itu tak menghalang sesetengah orang kat Malaysia ni untuk menanam cita-cita. Malah kita bukan ada penjenayah kecil-kecilan yang dok pecah rumah je, tapi yang tahap supervillain macam dalam Suicide Squad.

Nak jadi supervillain ni tak semestinya korang kena ada superpower macam mata lazer, badan besi, atau pun boleh terbang macam General Zod (orang jahat dalam cerita Superman). Kalau ikut definisi super villain, “Walaupun tanpa kekuatan fizikal yang melampau atau kuasa mistik, seseorang super villain/penjenayah sering dikaitkan dengan kepandaiannya.”

Jadi, dengan semangat Malaysia Boleh! Kita pun ada melahirkan penjenayah yang saing-saing dengan penjenayah kat negara lain. BTW, kalau korang nak tau pasal superhero Malaysia, boleh baca pasal Tun Dr Ismail, hero Malaya sewaktu perang dunia kedua, dan juga srikandi-srikandi yang memperjuangkan kermedekaan kita.

5. Mat Komando

Kuasa: Rompakan taktikal yang merampas sehingga RM2.5 juta

mat kommando
Gambar dari belogmystery.blogspot.my

Ahmad Mohd Arshad atau lebih dikenali sebagai Mat Komando merupakan perompak yang pernah famous kat Malaysia time awal tahun 2000-an. Tapi jadi perompak ni bukannya pekerjaan pertama dia tau, dia pernah join askar komando Malaysia selama 2 tahun sebelum dia berhenti tanpa alasan yang kukuh.

Lepas berhenti jadi askar, Mat Komando ada buat kerja-kerja buruh untuk tampung diri dia dengan family. Dia pernah bawa lori, taxi, dan juga bas so lepas ni kalau korang nampak taxi driver atau lori yang buat hal janganlah pandai-pandai nak settle sendiri, mana lah tau tu adalah Mat Komando yang ke-2.

Tapi kerja buruh dia tak lama sebab bosan agaknya kot, yelah diri tu dah ada ilmu komando tapi kerja jadi driver so dia amek keputusan untuk gunakan skill-skill komando dia untuk buat kejahatan.

spetsnaz
Skill yang munkin mat komando ada. Gambar dari giphy.com

Mat Komando tubuhkan Gang 13 dan tanpa membuang masa terus buat operasi merompak. Dorang punya first rompakan adalah sebuah ladang kelapa sawit di mana tauke tu simpan duit hasil kat situ (sebenaranya pandai juga kan Mat Komando ni sebab rompak ladang kelapa sawit lagi mudah dari rompak bank).

Bila dah yakin dengan rompakan pertama, dorang pun naik kepala lah. Tak lama kemudian dorang ada lebih kurang 52 kes rompakkan di mana gang tu buat untung sebanyak RM2.5 juta di antara 2001 dan 2002. Gang 13 ni juga terkenal dengan senjata trademark dorang, iaitu M16. Semua dah perfect dah cuma satu je silap dorang, Gang 13 ni merompak tak pakai topeng.

Joker masuk KL image
Kalau pakai bedak tebal-tebal tu tak dikira sebagai topeng ye. Gambar dari news.asiaone.com

Pada tahun 2001, polis telah melancarkan Operasi Api Sawit atau Operation Palm Fire dengan objektif untuk memburu Gang 13. Pihak media main telah peranan penting dalam menyebarkan infomasi dan rupa semua ahli Gang 13 ni, dan dari situ bermulah game ‘Police and Thief’ paling besar di Malaysia.

Ada sekali tu Mat Komando buat keputusan untuk amek cuti (perompak pun kena cuti juga apa) kat sebuah resort ternama di Kedah. Kisahnya, Mat Komando kantoi bila dia tunjuk IC dia kat counter pendaftaran resort tu. Mamat yang tengah jaga counter tu sedar siapa si Mat Komando ni dan terus call polis.

tasik pedu
Resort kat Tasik Pedu, Kedah. Gambar dari kedah2u.com.my

Polis pun tunggu apa lagi, terus gerak ke resort tu. Kejadian tembak-menembak antara dua pihak ni berjaya membunuh dan tangkap beberapa ahli Gang 13 tapi Mat Komando sempat larikan diri dengan Shukri Husain (ahli Gang 13 juga). Pencarian selama 10 hari selepas insiden kat resort tu terpaksa dibatalkan lepas polis gagal cari dorang. Operasi Api Sawit tu kemudiannya di panjangkan selama 255 hari.

Lepas 6 bulan main ‘Polis and Thief”, polis akhirnya dapat tip mengatakan yang Mat Komando dengan Shukri akan berjumpa kat sebuah rumah ni. Serbuan polis gagal bila kedua-dua penjenayah berjaya larikan diri.

Time ni Mat Komando dah start paranoid, dia salahkan Shukri sebab kantoi dan mula bantai member dia tu. Shukri takut kena bunuh dengan Mat Komando, amek keputusan untuk serah diri kepada polis dan bagitau lokasi Mat Komando.

give up
Lain kali jangan bantai kawan korang, kan dah kena report. Gambar dari giphy.com

So polis cari Mat Komando kat Baling, Kedah hasil dari mulut Shukri. Polis percaya yang Mat Komando balik kampung jumpa keluarga dia sebelum perang kali terakhir. Pada petang 12 September 2002, 10 ahli unit tindakan khas polis VAT ditemani dengan unit paramilitari polis serang kampung Mat Komando.

Sebelum dia mati, dia ada bagitau kawan dia yang dia lebih rela mati dari ditangkap polis. So, berbekalkan dua pucuk pistol iaitu Col.45 dan juga S&W.22 revolver Mat Komando telah berperang kali terakhir dengan pihak polis. Kali ni Mat Komando tak larikan diri, tapi mati ditembak.

4. Bentong Kali

Kuasa: Ganas melampau sampai tahap tembak orang tanpa sebab

bentong kali
Haa siap buat gambar throwback lagi mamat ni, satu ada misai satu lagi takde. Gambar daripada original article, tekan untuk baca!

Bentong Kali atau nama sebenarnya Kalimuthu adalah contoh terbaik untuk “Mak aku tak kasi kawan dengan dia sebab dia nakal”. Bentong Kali ni sebenarnya bukan level nakal dah, tapi penjenayah teruk. Orang takut dengan Bentong Kali ni sebab dia suka tembak orang tanpa sebab.

Kalau korang report kat polis, samada korang kena bantai atau mati kena tembak. Nak jadi gangster macam tu bukanlah satu proses yang singkat, masa Bentong Kali umur 14 tahun dia join kongsi gelap yang bernama “Gang 04” dan mula buat hal secara kecil-kecilan seperti merompak, dadah, dan peras ugut.

rompak
Gambar dari beritapdrm.blogspot.my

5 tahun kemudian, Bentong Kali masuk penjara untuk kali pertama dalam hidup dia dan dari tahun 1985 sampai 1991 dia samada masuk penjara atau kena house arrest. Masa dia kat penjara pula, dia gunakkan masa terluang tu untuk plan semua aktiviti jahat dia. Lepas dibebaskan, Bentong Kali pindah ke KL untuk kejar cita-cita dia sebagai sorang penjenayah yang terkemuka. So dia join kongsi gelap ‘Gang 08’ dan belajar macam mana untuk berjaya.

Lepas beberapa bulan, dia ‘grad’ dan tubuhkan gang dia sendiri iaitu ‘Gang 04 Jalan Klang Lama’ (walaupun Batang Kali ni ganas, tak semestinya dia kreatif). Bentong Kali mula makin popular dari tahun 1991-1993 bila dia bunuh 16 orang di mana majoriti mangsa adalah orang yang tak bersalah.

Pernah sekali tu dia tembak pekerja mamak tanpa sebab apa-apa, pastu pernah tembak sorang mamat ni yang mengamuk kat dia (orang tu mengamuk sebab Bentong Kali kencing kat depan rumah dia), dan yang paling tragis bila dia langgar parti birthday orang yang dia tak kenal dan mula menembak (kejadian tu telah meragut 4 nyawa).

the mask
Gambar dari giphy.com

Sebab perangai dia yang ganas ni, pihak polis telah tubuhkan satu unit khas yang dianggotai seramai 200 polis. Haa.. bayangkan 200 orang lawan sorang, memang patut Bentong Kali ni supervillain. Tak cukup dengan tu, Bentong Kali pernah cabar ketua operasi tu Dato’ Zaman Khan, untuk cari dia. Mamat ni betul-betul hati kering lah.

kalimuthu cabar zaman
Bentong Kali cabar Datuk Zaman Khan. Gambar dari ohdunia.my

So bila dah kat senarai top wanted, Bentong Kali amek keputusan untuk larikan diri dengan menyewa rumah kat Medan Damansara, iaitu sebuah kawasan perumahan yang mahal. Nak lari daripada polis pun kena ada gaya okay… Tapi mahal macam mana pun rumah tu, polis still dapat jejak ke mana Bentong Kali lari.

So pagi 29 Jun 1993, sekumpulan polis elit dan juga unit tindakan khas telah sampai ke rumah sewa Bentong Kali. Sebab perangai dia yang ganas ni, polis siap hantar skuad penembak hendap dan skuad bom. Nasib baik tak hantar budak-budak PULAPOL je. Masa serbuan, dua ahli gang dia mati ditembak kat tempat kejadian manakala Bentong Kali mati ditembak oleh penembak hendap polis.

3. Mona Fandey

Kuasa: Tak sebut pun korang dah tau kot

Senyum tak perlu kata apa-apa. Gambar dari murderpedia.org

Maznah Ismail sebenarnya nak jadi sorang artis yang terkenal, dia siap dress up mahal dan tukar nama jadi Mona Fandey tapi dia cuba macam mana pun, syarikat rakaman tetap tak nak amek dia. So dia buat keputusan untuk buat album dia sendiri berjudul ‘Diana’ dan albumnya pun okay-okay je.

Disebabkan album dia tak laku, dia tak boleh nak sambung kerjaya dia sebagai sorang penyayi professional, dia terpaksa lupakan cita-cita untuk menyanyi. Apa je sorang bekas penyanyi boleh buat? Jadi bomoh mungkin… So Mona Fandey dengan suami dia Affandi ceburi bidang bomoh dan boleh kata dorang berjaya juga lah sampaikan boleh beli rumah banglo dan kereta mewah.

Mona Fandey - ratapan anak
Mona Fandey dalam video clip dia, Ratapan Anak. Gambar dari freemalaysiatoday.com

Apa yang membuatkan dia terkemuka dalam industri bomoh ni adalah bila client dia merupakan ahli-ahli politik yang berpangkat, dan salah sorangnya adalah Mazlan Idris. Kisahnya bermula pada 2 Julai 1993  bila Mazlan turun ke KL dan bawa keluar duit sebanyak RM300 000 dan kemudiannya balik ke Pahang semula pada hari yang sama.

Yang peliknya dia tak balik rumah lepas tu, siap hilang selama 2 minggu dan tak datang meeting…

Kehilangan Mazlan telah dilaporkan oleh ahli dewan undangan Benta dan juga isteri Mazlan. Kes ni kantoi bila Juraimi (pembantu untuk Mona Fandey dan Affandi) cuba nak jual kereta Mazlan tapi owner kedai tu sedar yang kereta tu kepunyaan Mazlan sebab polis dah keluarkan iklan hilang. So owner kedai tu bagitau polis dan Juraimi telah ditangkap.

Bila dah kena tangkap, Juraimi pun bagitau semua benda, dari planning bunuh sampailah tanam mayat. Operasi pencarian dihentikan lepas polis jumpa serpihan mayat Mazlan kat sebuah rumah yang belum siap kepunyaan mangsa 45 km dari Raub.

Affandi dan Mona Fandey terus ditangkap oleh pihak polis manakala media pula sibuk buat liputan kes ni. Mona Fandey gunakan kesempatan ni untuk tunjuk baju-baju dia yang mahal, siap senyum lagi.

“Oh ni bukan warden penjara, ni bodyguard yang jaga I dari peminat-peminat I”. Okay, mungkin dia tak cakap macam tu. Gambar dari bharian.com.my

Tapi disebalik senyuman mesra Mona Fandey, ketiga-tiga tertuduh ni cerita macam mana Mazlan boleh mati. Kononya Mazlan kena mandi bunga sebelum dapat jadi kebal dan kaya. Dorang minta Mazlan baring dan kemudian tunggu duit jatuh dari langit dan yang turun bukannya duit tapi kapak.

Dengan 3 hayunan oleh Juraimi, kepala Mazlan pun putus. Lepas tu dia kerat pula badan Mazlan jadi 18 keping manakala sebahagian kulit dan daging dari tangan dan kaki Mazlan di potong secara berasingan, ada setengah orang kata bahagian tersebut telah dimakan. Lain macam ritual bomoh ni.

mazlan kerat
Bahagian Mazlan Idris yang dikerat. Gambar dari sweetprincess4u.blogspot.my

Bila dah settle bunuh Mazlan, Mona dan Affandy turun KL dan terus pergi shopping. Dorang dilaporkan telah beli sebiji Mercedes Benz dan Mona telah buat pembedahan muka, betul-betul cuti lepas kerja dorang ni.

Masa kat mahkamah tu pula dorang punya hujahan ntah apa-apa, yang tu salahkan yang ni, yang ni salahkan yang tu. Lepas keluar masuk mahkamah, pada Febuari 1995 juri telah sebulat suara kata ketiga-tiga tertuduh ni bersalah dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung kat dorang bertiga. Subuh 2 Julai 2001, ketiga-tiga tertuduh telah digantung mati di penjara Pudu. Mona dan Affandi ditanam di Kajang manakala Juraimi di Klang.

2. Sunny Chai (Gang M-16)

Kuasa: Kepala di sebalik kumpulan gangster paling berjaya Malaysia

sunny chai
Sunny Chai. Tekan gambar ni untuk baca original article ni dalam English.

Pada awal tahun 2000 sekumpulan pakcik berumur 40-an telah merompak kedai emas dan kaedah dorang tu telah menarik perhatian orang ramai dan pihak polis. Ini disebabkan dorang merompak guna senjata trademark dorang, iaitu M-16 tapi masalahnya polis tak boleh nak kenal pasti dorang tu siapa memandangkan masing-masing merompak pakai topeng.

Tapi sebenarnya polis kenal sangat ketua perompak tu, gang M-16 diketuai oleh Sunny Chai iaitu sorang ahli usahawan yang berjaya. Dia sering kelihatan lepak dengan golongan elit termasuk ahli politik dan juga pegawai polis!

Sunny Chai two face
Siang jadi penjenayah, malam lepak dengan polis. Dua personality, satu jiwa. Gambar dari batman.wikia.com

Masa dia kena tangkap tu, polis cakap Sunny ni sangatlah selamba. Pernah dia pergi merompak pukul 6 petang, pukul 8 malam tu pula dia terus pergi dinner dengan orang kenamaan. Dan tak pelik kalau time tengah lepak dia akan tanya benda-benda macam “oh bisnes kau apa citer?”, “kau punya kedai emas banyak camera tak?”, takye pun dia akan tanya polis “selalu berapa minit untuk polis sampai ke tempat kejadian?”.

Sunny Chai punya orang kanan pula dikenali sebagai Elvis Keh dimana dia pernah dilatih untuk menjadi sorang penembak hendap dan pakar bom dari Singapura. Elvis juga bertanggungjawab dalam melatih ahli perompak Sunny. Hasil dari latihan oleh Elvis dan kepintaran Sunny dalam merompak, gang ni berjaya kaut untung sebanyak RM 21 juta dari tahun 2000 hingga 2002.

Sunny Chai bank heist
Gambar dari gamespot.com

Sunny ni boleh tahan hati kering juga bila bab pindahkan hasil rompakan ni. Dia dengan selamba akan bawa masuk hasil rompakan tu ke kedai emas dia sendiri secara terbuka pada siang hari. Kalau polis nampak, nampaklah.

Selain jadi tauke kedai emas, Sunny juga owner restoran, kedai aksesori kereta, kedai tayar, snooker, dan juga bisnes servis air-cond. Nak tunjuk yang dia ni betul-betul selamba, dia pernah ajak time tu Timbalan Menteri, Tan Chai Ho untuk merasmikan salah satu kedai dia.

tan chai ho
“Haaa! Dia perompak ah? I taktau pun” Gambar dari original article. Tekan gambar untuk baca.

Sunny bercadang nak luaskan cabang jenayah gang dia ke penculikkan dan peras ugut tapi ada yang tak setuju. Selain daripada tu, ahli gang Sunny mula mempersoalkan kenapa ada yang dapat lebih dan kenapa ada yang dapat kurang. Mungkin ni juga sebab kenapa gang Sunny mula lalai dalam operasi merompak dorang..

Bila lalai, mulalah kantoi. So polis mula mengenal pasti sikit-sikit siapa ahli gang M-16. Dengan tension kerja dan sedang diburu polis, gang tu telah pecah kepada dua iaitu Team Sunny dan Team Elvis. Dorang bersetuju untuk merompak kali terakhir sekali sebelum masing-masing buat hal sendiri.

Sunny Chai vs Elvis
“I nak break dengan you” Mungkin tu kata-kata akhir Elvis kepada Sunny. Gambar dari imfdb.org

Pada Disember 2002, Sunny Chai berjaya ditangkap. Sewaktu operasi nak tangkap Sunny, dia cuba melarikan diri dengan rempuh kereta polis menggunakan kereta waja dia. Dua-dua kereta accident dan kejadian tembak-menembak telah berlaku. Tiga orang termasuk Sunny mati ditembak manakala lagi dua orang kena tangkap.

Elvis dengan empat orang gang dia berjaya lenyapkan diri, polis percaya yang dorang dah lari ke oversea atau mati ditembak oleh orang Thailand (dipercayai telah di upah oleh Sunny). Tapi betul ke…

Sebab beberapa bulan lepas Sunny mati, ada satu rompakkan kedai emas telah berlaku dan rompakkan tu sebiji macam mana Sunny buat dulu. Perompak tersebut sampai harini tak ditangkap lagi…

1. Botak Chin

Kuasa: Kalis peluru dan terlebih kerek

Botak Chin
Kononnya, Botak bermaksud “Bantu Orang Takde Kerja”. Gambar dari kongsion9.blogspot.my

Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin merupakan sorang perompak yang aktif pada tahun 1970-an. Hasil rompakkan di sekitar KL telah dipercayai hampir mencecah sejuta ringgit (time ni harga sebuah rumah adalah lebih kurang RM50 000, so kalau sejuta tu memang banyak gila).

Botak Chin ni terkenal dengan perangai Robin Hood dia. Ada pernah sekali tu, dia kasi sorang penjual ice cream seribu ringgit pastu suruh dia balik dan rehat. Tapi tu semua cerita je, Botak Chin sebenarnya ganas dan suka menunjuk. Bukan tunjuk kaya tapi tunjuk pistol (Botak Chin dengan Bentong Kali boleh jadi best friend, perangai sama je).

Perangai ganas Botak Chin ni boleh dijejak seawal umur 15 tahun apabila dia amek keputusan untuk berhenti sekolah dan telah  bekerja dengan amek upah secara kecil-kecilan. Tiba-tiba satu hari tu, dia kena buli dengan satu gang ni dan sejak dari haritu dia buat keputusan untuk tak benarkan diri dia dibuli so dia join kongsi gelap kat Setapak bernama Gang 360.

Botak chin city of god
Selamat datang ke gang 360! Gambar dari cineclick.com

Sebelum mencecah 20 tahun, Botak Chin telah ditangkap kerana merompak dan dicampak ke dalam penjara selama 7 tahun. Korang ingat dia insaf lepas tu? Harapan… Bila dia keluar, dia tubuhkan satu gang baru dan gang baru dia ni bukan rompak bank je, dia siap rompak van kebal, kedai judi haram, malah kuil pun dia kacau. Dan kat mana dia merompak kat situ mesti ada bekas peluru dan mayat yang bersepah.

Hasil kejayaan dia sebagai sorang perompak, Botak Chin punya nama makin famous dan ni secara tak sengaja telah buat gang lain rasa jealous dengan pencapaian dia dan mulalah peperangan kawasan. Campuran perangai Botak Chin yang gila menembak, merompak, dan pergaduhan antara gang telah tarik perhatian polis.

Untuk lawan dengan Botak Chin, polis tak hantar calang-calang anggota. Dorang hantar yang paling garang, iaitu DSP S.Kulasingam. Kulasingam yang ditemani oleh satu team khas yang telah diberi nama samaran, Dirty Dozen. Team tu dianggotai seramai 12 orang anggota polis dan salah sorangnya adalah Kenny Woodwork. Hubungan Kulasingam dan Botak Chin ni ibarat Batman dengan Joker, masing-masing benci satu sama lain tapi dorang dua ada chemistry yang kuat.

Botak chin dirty dozen
Kalau polis siap buat special team untuk jatuhkan Botak Chin, memang hebat lah mamat tu. Gambar dari news-and-enyclopedia-update.blogspot.my

Salah satu titik peralihan dalam kisah ‘cinta’ antara Kulasingam dan Botak Chin ni bila ada sekumpulan orang naik motor (gang Botak Chin) telah menembak Kulasingam kat traffic light Jalan Ipoh. Dia kemudiannya telah dikerah ke hospital dimana Kenny telah melawat dan kat situ, Kulasingam telah bagitau Kenny untuk berhati-hati sebab lepas ni dia pula.

Pada awal tahun 1976, gang Botak Chin mula lemah apabila 7 ahli gang dia mati ditembak sebab berperang dengan gang lain pastu ada yang kena tangkap, tak cukup dengan tu 15 pucuk pistol Botak Chin telah dirampas. Untuk gantikan pistol tu, Botak Chi telah serang anggota polis dan rampas pistol dorang. Tapi tak banyak, hanya 3 pucuk je. Lpeas tu, Botak Chin terus larikan diri dengan gang dia.

Last-last polis dapat jumpa tempat nyorok Botak Chin kat sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, KL. Tapi dorang tak terus serbu, polis lepak chill dulu, usha line sebelum masuk. Dua jam lepas sampai kat kilang tu, ibu pejabat polis call Dirty Dozen ni untuk meneruskan operasi tangkap, of course Botak Chin and the gang tak menyerah kalah. Pertempuran antara gang Botak Chin dan pihak polis hangat gila sampaikan semua penjenayah mati kecuali Botak Chin, dia cedera parah je. Masa nak kena tangkap tu Botak Chin siap cakap kat Kenny

“Kenny you nasib baik, kalau tangan I tak sakit sudah lama you mati” – Botak Chin, 1976

botak chin kena tangkap
Botak Chin kena tangkap oleh Dirty Dozen. Gambar dari thevocket.com

Pada tahun 1980, Botak Chin dijatuhkan hukuman gantung kerana kesalahan memiliki senjata api. Tapi korang ingat dia nak biarkan diri dia kena gantung ke? Sorry sikit… Dalam salah satu cubaan untuk larikan diri, dia telah menyerang tiga orang warden tapi dia gagal tu pun sebab dia kena bantai teruk gila. Sebelum tu pula, dia pernah pukul dua orang warden sampai salah sorang tu cedera teruk.

Akhirnya pada tahun 1981, Botak Chin telah mengadap tali gantung di penjara Pudu. Masa dia nak kena gantung tu dia cakap

“Sudah sampai ah? Saya rasa macam lari 100 meter, sudah sampai ke garisan penamat” – Botak Chin, 1981

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance