5 benda pasal Putrajaya yang korang mungkin tak tahu!

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Memandangkan hari ni Hari Wilayah Persekutuan, kitorang terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan kepada mereka yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan tak lupa juga Putrajaya!

Alang-alang cakap pasal Putrajaya, kitorang terus teringatkan bangunan-bangunan besar, tasik yang indah dan juga lampu yang berkilau pada malam hari. Putrajaya ni memang satu bandar yang cantik dengan perancangan yang teliti, dari jarak antara kejiranan dan jalan utama (diilhamkan oleh Champs-Élysées di Paris!) dan juga bentuk serta saiz laluan pejalan kaki. Dan tentulah, bangunan-bangunannya yang besar membuatkan pejabat di KL nampak sempit.

Simbol Putrajaya, pejabat PM, dan lambang kemegahannya. Imej oleh Adam Lai di Flickr

Lagipun, dah 18 tahun sejak kakitangan pertama pejabat Perdana Menteri berpindah ke Putrajaya. Jadi, jom kita perhatikan balik macam mana semua ni bermula!

1. Putrajaya pada mulanya merupakan tanah yang diberikan kepada tentera mat saleh

Ini adalah kisah Air HitamSelepas Perang Dunia Pertama aka Perang Besar, pihak British bagi tanah tu kepada beberapa tentera sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka. Jadi mereka yang dapat tanah ni pun tubuhkan ladang dan syarikat pada tahun 1921, yang  dinamakan Perang Besar (sempena macam mana mereka dapat tanah tu), dengan tujuan membiakkan beberapa pokok yang paling baru dan paling hi-tech.

Pekerja estet memilih biji benih. SEBIJI. DEMI. SEBIJI. Imej dari Arabis.org

Mereka pun berbaris dan buat pemilihan benih dan budgrafting (cara untuk mendapatkan pokok-pokok untuk menghasilkan semula sambil memilih ciri-ciri yang dikehendaki) sehingga mereka dapat pokok yang mereka mahu, yang mereka panggil PB 86 (Perang Besar 86). PB 86 sangat berjaya sehinggakan klon pokok PB 86 terus digunakan hingga tahun 80-an. Kebanyakan pokok getah moden pada hari ini sebenarnya boleh berasal dari akar genetik mereka untuk klon PB 86 tertentu ni.

Asal usul pokok getah kegemaran kita! Gambar asal dari Researchgate

Getah pada masa tu pulak sangat penting bagi ekonomi Tanah Melayu, di mana kita membekalkan separuh daripada getah dunia pada tahun 1930. Kewujudan estet ni juga yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negara kita yang kemudiannya menjadi modal negara. Malah, tahun lepas je getah dah melepasi minyak sawit dalam sumbangan kepada ekonomi negara.

2. Putrajaya juga hampir-hampir saja dibina di… Janda Baik, Pahang?!

6 tapak asal. Imej oleh Ho Chin Siong

Cerita dia macam ni, KL pada tahun 90-an dah jadi semakin sesak dan kerajaan persekutuan memutuskan yang adalah lebih cekap kalau mereka pindah ke tempat lain untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jadinya, pada tahun 1993, kerajaan dah pun menyenaraikan dua tapak yang boleh dijadikan wilayah baru, iaitu Perang Besar di Selangor atau Janda Baik di Pahang.

Lepas fikir panjang mereka akhirnya memilih Perang Besar disebabkan jalan raya baru dan sambungan lapangan terbang (pembinaan di KLIA bermula pada ’92). Selain tu juga, tapak Perang Besar berada di bawah satu kawasan estet, menjadikan ia lebih mudah (dan lebih murah). Dan ketiga, sebab koridor Utara-Selatan memberikan peluang untuk pengembangan  (bandar Lembah Klang adalah Timur-Barat, korang kena fikir KL-PJ-Subang-Shah Alam-Klang). Kalau korang masih confuse, ni ha peta korang boleh tengok.

 

Harap ini membantu, peta tak diedit dari Ross King di Tandf

Proposal dibuat, dan dirancang untuk penduduk sekitar 300,000 orang di Putrajaya pada tahun 2006, dengan jumlah penduduk 570,000 orang termasuk kawasan perumahan sekitar. Penduduk Putrajaya pada hari ini pula jumlahnya adalah… * drumrolls *… 90,000 je. Kurang sikit la dari matlamat asal (OK la tu, Malaysia takde la sampai overpopulated lagi). Malah, yang tinggal kat sana juga adalah orang-orang penting!

3. Putrajaya bukan ada satu istana je, tapi, DUA ISTANA!

Kita semua tahu yang pejabat dan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Tapi korang tahu ke  Yang di-Pertuan Agong pun ada istana KEDUA di Putrajaya, selain daripada Istana Negara lama di Segambut, KL yang kita semua tahu. Ya, Putrajaya adalah CONFIRM yang kedua, sebab nama sebenarnya adalah… Istana Melawati (secara lliteral diterjemahkan sebagai ‘istana berkunjung’ untuk ketika raja berkunjung).

In case korang terfikir macam mana rupa bentuk istana tu. Imej dari Abdullah al-bahidi di Youtube

Bukan YDPA je, malah Sultan Selangor juga mempunyai istana di Putrajaya! Istana Darul Ehsan dibina oleh kerajaan persekutuan untuk Sultan Selangor (sebagai tanda terima kasih kerana memberikan mereka tanah tu). Sama macam YDPA, istana Putrajaya milik Sultan Selangor juga merupakan tempat kedua, di mana istana utamanya ialah Istana Alam Shah di Klang (Bukan Shah Alam).

Ni pulak Istana Darul Ehsan di Putrajaya. Imej dari puteralapismahang

Tadi kita ada bagitau yang Putrajaya diancang terlebih dahulu, kan? Kat atas peta, kedua-dua istana ni mengelilingi satu bangunan – pejabat PM. Malah, Istana Melawati juga dirancang, dan dibina lebih tinggi daripada pejabat PM.

4. Putrajaya dibina untuk laluan kenderaan

Ok, benda ni mungkin agak jelas bagi korang semua yang pernah sampai ke Putrajaya (ada yang tak pernah sampai ke?). Tapi korang tahu tak yang Putrajaya Holdings, pemaju Putrajaya, di mana sebahagian besarnya dibiayai oleh Petronas berjumlah RM800 juta modal awal daripada keseluruhan belanja sebanyak RM2.2 bilion? Jadinya, banyak infrastruktur yang dibina untuk kenderaan, di mana terdapat LAPAN buah jambatan mewah untuk kereta, dan juga sebuah roundabout terbesar di dunia.

Roundabout juga dalam bulatan berwarna biru. Secara kebetulan, bulatan itu sempurna mengelilingi istana AGONG… .satu cincin untuk memerintah mereka semua? Imej dari Google Maps

Kalau nak diikutkan, tak perlu pun. Ada je pelan untuk bina sistem LRT kat Putrajaya, tapi ia ditukarkan kepada Monorel disebabkan faktor bajet. Landasan, terowong dan jambatan telah dibina untuk landasan monorel baru, tapi nampaknya siap separuh jalan je, dan pembinaan terhenti pada tahun 2004.

Jambatan monorel yang tergantung. Adakah pembinaannya akan disambung semula? Imej dari foongpc

“Satu-satunya jambatan gantung yang tergantung di dunia” – Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nampaknya, Tun berjaya menghubungkan antara lawak dan jambatan…

Pada tahun 2015, sambungan laluan MRT ke Putrajaya telah diluluskan, yang akhirnya akan menghubungkan Putrajaya ke laluan pengangkutan lembah Klang yang lebih besar. Baru-baru ini, kerajaan juga dah melakukan kajian berkemungkinan untuk memulihkan projek monorel.

5. Di Putrajaya, besar bermaksud, BESAR

Roundabout dan juga kelewatan kerja-kerja pembinaan bukanlah satu-satunya masalah besar yang dihadapi Putrajaya. Tasik di sini juga sepatutnya menjadi tasik buatan terbesar, beserta tanah lembap buatan manusia yang terbesar di kawasan tropika, yang membantu menyejukkan suhu di Putrajaya. 

Antara gambar tercantik di Putrajaya. Imej oleh Syuqor7 di Flickr

Di samping itu, bagi korang pendaki di luar sana, Putrajaya Challenge Park juga merupakan rumah kepada gimnasium mendaki tembok tiruan di Malaysia dan terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada RM6 bagi setiap kemasukan (RM3 untuk pelajar!), memang betul-betul berbaloi!

Kalau nak dibandingkan dengan KL yang buat orang memang sesak nafas, tapi bila datang Putrajaya je, terasa luas dan besar kawasannya. Pada tahun 1999, seorang wartawan New York Times merujuk sebuah bangunan di Putrajaya sebagai ‘Brobdingnagian’, gambaran kepada para gergasi dalam novel ‘Gulliver’s Travels’.

Bagi korang gamerzzz, tak ke Putrajaya ni nampak macam level Serius Sam (dengan pokok kelapa dan lain-lain)? Imej dari Wikicommons dan Steam

Lim Kit Siang, ketua pembangkang pada masa tu juga pernah komen pasal pejabat Perdana Menteri kat Putrajaya ni:

“Ia lebih besar daripada White House dan 10 Downing Street kalau digabungkan. Walaupun tanpa kemelesetan, anda tak boleh benarkan perkara seperti ini. Ia terlalu berskala besar. “- Lim Kit Siang, Julai 1999, The New York Times.

Tapi, bukan Lim Kit Siang je yang pernah komplen pasal Putrajaya,

Mahathir sendiri tak gembira macam mana Putrajaya sekarang

Putrajaya pada hari ini adalah rumah kepada birokrat dan keluarga mereka. Dan PM sekarang kurang senang dengan keadaan jalannya yang agak lengang.

“Saya mahu membina boulevard (jalan besar) seperti Champs-Élysées di Paris, dengan jalan raya dan banyak kedai. Orang akan pergi berjalan-jalan dan menghirup kopi di kafe, lebih kurang macam tu.

Tapi penjawat awam, mereka mahu menjadi eksklusif. Mereka tidak mahu sesiapa di sana. Saya beritahu mereka jika anda berbuat demikian maka seluruh bandar akan mati dan ianya berbahaya. “- Mahathir, dalam wawancara 2018 dengan Wall Street Journal.

Cari perbezaannya. Atas: Champs-Élysées, Tengah: Str. des 17. Juni, Bawah: Persiaran Perdana aka Putrajaya Boulevard

Dengan Tun Mahathir yang sekarang ni menjadi Perdana Menteri kembali, nampaknya ada la kebangkitan semula Putrajaya. Perubahan ni termasuklah perbarisan Merdeka yang bersejarah melibatkan angkatan tentera bersenjata di Putrajaya, beberapa rancangan untuk menjadikan Putrajaya sebuah kota eSports (yeke?), menjadikan Putrajaya sebagai bandar bebas kereta selama sehari (yang berjalan dengan sangat lancar!) Dan banyak lagi projek lain.

Dengan hype yang ada sekarang, Putrajaya mungkin boleh jadi tempat lepak popular untuk generasi baru nanti. Lagipun, korang tengok je la gambar-gambar netizen ambik kat Putrajaya.

Semua igambar ni diambil di Putrajaya. The Moroccan Pavilion memang tempat yang cantik untuk selfie/wefie. Screenshot dari instagram

Jadi lain kali kalau korang nak dating ke, photoshoot ke, mungkin korang boleh pertimbangkan betapa menakjubkan Putrajaya ni! :D