4 skandal sukan terbesar Malaysia, apa kata Khairy Jamaluddin?

UPDATE 2/10/207: Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengumukan yang mereka dah rampas aset berjumlah RM334.53 juta dalam dari Ogos lepas ke Ogos baru ni. Tapi dia masih banyak mendapat kritikan yang kes-kes besar seperti skandal Kementerian Belia dan Sukan kat bawah ni masih lagi tidak diambil tindakan:

Gambar dari Facebook.
Gambar dari Facebook.

(Click here to read original the article in English.)

Kalau korang ada baca pasal ganjaran yang diberikan pada atlet sukan kita bersempena sukan Olimpik yang baru lepas, mesti ada sikit tergoda nak jadi atlit kan. Mana la tau boleh buat kejutan macam team regu badminton kita, takpun masuk team bola ekslusif macam JDT, silap-silap boleh jadi lejen macam SuperMokh!

Dunia sukan kita memang boleh tahan happening la sebenarnya, bukan je daripada segi kemeriahan, tapi daripada segi korupsi. Antara kes yang paling femes satu masa dulu adalah skandal rasuah pada tahun 1994 yang hampir meranapkan bolasepak Malaysia.

Tahun ni pulak, mungkin korang ingat pasal kes songlap RM107 juta dalam Kementerian Sukan dan Belia. Sampaikan hari tu pemain bola kebangsaan Safee Sali ada meluahkan rasa kecewa sebab pihak yang berkenaan dok senyap je pasal hal ni, tapi kalau prestasi team bola negara merudum cepat je kena tiau.

safee-sali-kj

Tapi betul ke mereka memang senyap bila ada penyalahgunaan dana berlaku? Jom kita tengok 4 kes yang pernah jadik sebelum ni dan apa respon Menteri Belia dan Sukan kita, Khairy Jamaluddin…

1. Pegawai kerajaan guna RM100 juta untuk beli jam dan handbag branded?

bags-940x580
Imej dari Asian Correspondent

Bukan setakat jam dengan handbag je, tapi jugak kereta mewah (12 buah pulak tu), lukisan, dan barang kemas! Dan yang paling pelik sekali adalah set tempat tidur bernilah RM300,00, mungkin untuk membantu mereka tidur lena untuk melupakan kesilapan lalu.

Pesalah tersebut adalah pegawai senior kat dalam Kementerian Belia dan Sukan yang telah ditahan SPRM kerana mengetuai sindiket yang menggelapkan RM107 juta daripada kementerian sepanjang 6 tahun. Macam mana dia buat? Dia tolong bagi kelulusan dan membuat bayaran bagi pelbagai acara, ada di antaranya tak wujud pun sebenarnya. Upah dia sendiri buat kerja haram jadah ni semua adalah barangan bernilai RM20 juta lebih.

Of course la bila cerita ni keluar, mana tak melenting orang-orang sukan ni semua. Dah la nak cari tajaan sikit punya susah:

“Memang susah kami nak dapatkan dana dan selalu ada halangan. Kami pergi ke acara kelayakan Olimpik di Turki tahun lepas dan cuma dapat peruntukan daripada kementerian 10 hari sebelum acara tersebut. Kini, kami diberitahu yang RM100 juta diselewengkan. Ianya mengecewakan.” – Yazid Yahya, Presiden Persatuan Memanah Negara, dipetik oleh The Malay Mail Online.

APA KATA KJ?

khairyjamaluddin400px3_400_267_100
Imej dari Another Brick in the Wall.

Khairy kata dia tak tahu menahu pasal penyelewangan wang tersebut, tapi mengaku yang ianya disebabkan oleh kelemahan dalam sistem dalaman kementerian. Khairy jugak kata dia akan bertanggungjawab atas segala kejadian, tapi takkan letak jawatan.

“Dalam kementerian, saya tidak ada kuasa kepada jawatankuasa tender, kewangan dalam memberi kelulusan.

Maksud saya kepada saya bertanggungjawab itu adalah, saya mesti perbetulkan dahulu prosedur kewangan dan itulah yang dimaksudkan dengan bertanggungjawab penuh.” – Khairy Jamaluddin, dipetik oleh Suara.TV.

2. “Tour of Sarawak” yang tiba-tiba kena cancel tak tentu pasal

kch-bp170415-go-cycling-p1
Imej dari The Borneo Post.

Belum reda lagi kes RM100 juta, timbul pulak isu acara Tour of Sarawak yang tetiba je dibatalkan. Dah la sebelum tu even tersebut bukan main rancak kena promote – mana taknya, hadiah je bernilai €400,000, malah ia jugak merupakan acara basikal pertama di Sarawak yang diiktiraf Persatuan Berbasikal Antarabangsa! So bila cancel memang parah habis la.

Ada beberapa team, kru, dan artis dapat tau last minute yang tiket flight mereka kena batal, dan mereka kena buat booking sendiri (lepas tu boleh claim balik la sepatutnya). Lepas tu puak yang dah sampai Sarawak pulak terkejut sebab tak disambut sesiapa, dan bila mereka sampai hotel, booking pulak kena cancel. Nak contact organizer pun tak dapat.

“Pembantu di hotel memberitahu yang kesemua bilik telah dibatalkan tiga hari yang lalu. Jadi ada yang batalkan perlumbaan dan tak beritahu sesiapa.” Brett Dutton, pengurus pasukan St. George Merida, dipetik oleh Cycling tips.

Ramai menyalahkan pihak penganjur iaitu Fadz Industrires, yang difahamkan merupakan sebuah syarikat baru yang dah tutup website mereka.

Imej dari New Sarawak Tribune
Imej dari New Sarawak Tribune

Tapi dalam mintak maaf tu,, Mohd Fazil sempat kata ianya adalah disebabkan kekurangan dana, sebab sponsor telah menarik diri akibat masalah dalaman, dan peruntukan RM200,000 yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada Persatuan Berbasikal Sarawak tidak sampai ke tangan mereka.

Tapi Persatuan Berbasikal Sarawak nafikan perkara ini sebab mereka kata takde duit pun yang diberi. Pulak dah…

APA KATA KJ?

Imej dari The Star
Imej dari The Star

KJ mengesahkan yang RM200,000 memang dah diperuntukkan untuk event tersebut dan pembatalannya memang memalukan imej Malaysia. Dia juga menyatakan rasa bimbang bila private event organizer macam ni asyik minta gomen untuk payung kos mereka bila gagal mendapat dana. Dia kata lagi, kementeriannya akan menilai mana-mana acara bertaraf antarabangsa macam ni secara lebih serius di masa hadapan.

“Apa yang berlaku telah merosakkan imej sukan dan juga negara. Ini sepatutnya menjadi amaran kepada kesemua penganjur supaya tidak mengambil mudah akan lesen untuk mengadakan acara seperti ini. Penganjur Tour of Sarawak dan pihak yang terlibat perlulah disenarai hitamkan.”  – Khairy Jamaluddin, dipetik oleh New Straits Times Online.

3. Skandal FAM yang dah tak terkira banyaknya

Yang ni serius kami tak tau nak mula kat mana. So kami akan fokuskan pada rekod terburuk negara kita dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang UAE bila kita kalah 10-0. Kekalahan paling teruk sepanjang 50 tahun.

Tunku Mahkota Johor. Image dari Fourth Official.
Tunku Mahkota Johor. Imej dari Fourth Official.

Ofkoslah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang jadi sasaran sebab tak berusaha bangunkan sukan tersebut dan tak berusaha menghentikan match-fixing, sampaikan Tengku Mahkota Johor (TMJ) menggesa FIFA agar menyiasat FAM. TMJ juga kata FAM bolot semua duit yang diperoleh daripada penyiaran perlawanan bilamana duit tersebut sepatutnya diberi kepada pasukan negeri.

“Masalahnya FAM hanya beri 22% kepada pasukan, maknanya setiap pasukan hanya dapat 1 juta ringgit, manakala FAM menikmati 47 juta.

Sepatutnya, duit tersebut diberi kepada kelab. Apa yang FAM lakukan tak tumpah seperti mencuri duit daripada kelab tersebut dan dunia harus tahu akan salah laku ini.”- Tunku Mahkota Johor, dipetik oleh Reuters.

Dalam masa yang sama dengan kekalahan 10-0 ni, team Johor sendiri telah melakar sejarah dengan memasuki Separuh Akhir Piala AFC. Kiranya skor TMJ dengan FAM time tu adalah 1-0. Korang boleh baca lagi kritikan daripada peminat di sini dan di sini.

APA KATA KJ

dcx_doc6oxyvsqj6jb1hgir4cpi-copy-e1458738383895 (1)

Punyalah merisaukan keadaan skuad kebangsaan ni sampai dibawa ke Parlimen. Selepas ditanya kenapa team kita teruk sangat, Khairy jawab ia banyak disebabkan oleh match-fixing, tapi setakat ni FAM, SPRM dan polis telah berjaya mengurangkannya.

“Kami telah mengambil tindakan yang serius untuk membanteras match-fixing dan walaupun belum dapat menghapuskannya, kita ada perkembangan yang positif.” – Khairy, dipetik oleh Free Malaysia Today.

Khairy jugak bagi amaran keras kepada FAM agar buat perubahan segera kalau tak nak kena gantung.

4. RM4 juta untuk atlit paralimpik yang tiba-tiba ‘hilang’

Tennis-Training-2-610x400
Imej dari Asian Paralympic Committee

Tahun 2008 dulu, RM3.8 juta yang diperuntukkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) telah disalahgunakan untuk pelaburan berisiko tinggi oleh presidennya sendiri, Datuk Zainal Abidin Abu Zarin. Ini dilakukan melalui syarikat Paralimpik Ventures di mana Datuk Zainal dan dua anaknya adalah pemegang saham yang terbesar.

Mula-mula, RM3.8 juta ni direkodkan sebagai ‘kerugian’ dalam akaun MPC supaya orang terlepas pandang. Tapi ada beberapa ahli jawatankuasa yang perasan benda ni bila mereka buat penyiasatan tersendiri. The Sun kemudiannya buat liputan pasal kes ni, SPRM pergi siasat, dan Datuk Zainal serta beberapa pihak yang terlibat akhirnya digantung.

“Macam mana kamu boleh batalkan saja RM3.8 juta? Sedangkan sekarang ini pun dana bagi sukan kurang upaya telah dikurangkan. MPC bergantung keapda dana awam dan kerajaan… Akhirnya atlit kurang upaya juga yang sengsara.” – Prof Datuk Dr Chandra Sekaran, Timbalan Presiden  Persatuan Sukan Buta Nasional (NBSA), dipetik oleh Malaysian Digest.

Kes ini masih lagi dalam siasatan pada tahun 2015, dan wang tersebut masih belum dikembalikan.

APA KATA KJ?

dcx_doc6o6sa2xu6nsj2s1mgvs
Imej dari The Star

KJ tak tersempat nak beri ulasan sebab dia cuma jadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2013 je kot. Tapi kami letak dalam artikel ni sebab sedih weh.

Dan kami nak bagitau yang atlit Paralimpik kita bukan calang-calang ok, mereka menang 52 medal emas pada Sukan Para Asean tahun 2014!  (Dah lah bila sorang atlit ni menang 3 emas tapi takde sapa sambut kat airpot, KJ jugakkkkkkk yang kena.)

Macam mana Khairy perlu galas tanggungjawab? Perlu ke dia letak jawatan?

5-611x516
Imej asal dari Vulcan Post

Kes songlap RM100 juta tu memang menunjukkan betapa teruknya pengurusan dana sukan kita. Sampaikan PM Najib pun terkujat bila dengar punyalah banyak duit kena curik tapi takde sapa sedar! Kesian Najib korang buat dia terkejut.

Ok la, at least Khairy berjanji akan bertanggungjawab pasal kes tersebut, tapi setakat mana tanggungjawab ini akan dilaksanakan? Kat Jepun, Menteri Kewangan siap letak jawatan terus atas tuduhan rasuah (tu belum didapati bersalah lagi, tapi dah resign awal-awal). Kat Bangladesh pulak, Gabenor Bank Pusat letak jawatan atas kegagalan memberitahu Menteri Kewangan bila mereka hilang $81 juta kepada hackers.

Cer korang bagitau kami, setakat mana KJ perlu bertanggungjawab?