Sukan & Hiburan

5 sorakan penyokong bola paling gempak selain Ultras Malaya

Pepatah Melayu moden ada mengatakan, apa sangatlah team bola sepak tanpa penyokong masing-masing. Sampaikan kat Premier League, pihak penganjur terpaksa tunduk kepada permintaan peminat bila ramai pakat tak setuju dengan harga tiket yang cekik darah.

Kalau kat stadium tu, penyokong-penyokong setia ni bukan setakat menonton dan berteriak je, tapi hampir semua team ada lagu atau ritual dorang sendiri, paling biasa kita tengok dorang akan nyanyi lagu tema team masing-masing.

Kat Malaysia sendiri kita ada sorakan dan tarian kita sendiri, nak-nak lagi bila adanya kehadiran Ultras Malaya!

So selain daripada menyanyi lagu tema dan ketuk-ketuk gendang, sorakan apa lagi yang ada? Kalau korang tengok EURO 2016 baru-baru ni, mesti korang perasan dorang punya cheer tu sikit punya gempak, so kali ni SOSCILI nak cerita sikit sorakan-sorakan paling unik dan sejarah disebaliknya!

So selain daripada menyanyi lagu tema dan ketuk-ketuk gendang, apa lagi yang kat luar tu ada? Macam baru-baru ni siapa ada tengok EURO 2016? mesti korang perasan cara sorakan penyokong Iceland ni lain sikit.

1. Tepukan Viking dari Iceland

https://www.youtube.com/watch?v=-YS2arFaA6s

Sorakan kat video di atas ni dipanggil sebagai Viking Clap.  Jaaaaapppp! Apa kena mengena Viking dengan team Iceland? Mengikut sejarah, dorang ni keturunan Viking iaitu salah satu bangsa kat Eropah. Tapi sorakan tu bukan dorang yang reka, ia telah diambil dari kelab lain dan diadaptasikan kat ultras dorang.

Sebelum ni kalau bersembang pasal bola jarang orang tau pasal Iceland, selalunya mesti top dogs macam German, Perancis, Brazil, England, dan lain-lain lagi. Tapi kat EURO 2016, Iceland telah buat kejutan bila dorang kalahkan England 2-1 dan yang kelakarnya time game Iceland/England, TV kat Iceland tak tunjuk pun game tu.

Kehadiran Iceland sebagai underdog terbukti bila dorang satu-satunya team yang dapat score untuk setiap game so tak peliklah bila Iceland boleh sampai ke suku akhir dalam EURO 2016 ni. Oh lupa nak bagitau, coach Iceland ni sebenarnya bekerja part-time sebagai doktor gigi tau! Mesti sebelum warm up dorang kena suruh gosok gigi dulu tiap kali training. Tapi bukan dorang je yang ada sorakan yang special…

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

2. Tarian sokong sambil tak sokong dari Poland

Kalau macam kat Poland ni pelik sikit, orang Melayu kata mahu tapi malu. Tarian yang berasal dari kelab bola Lech Poznan, Poland ni memerlukan semua penonton untuk berpaling arah dari padang dan lompat sambil nyanyi. Tradisi ni start bila penyokong Lech Poznan ni tak setuju dengan cara pentadbiran kelab tu, dorang still sokong pemain-pemain cuma tak suka admin kelab tu je. Dari situ lah terlahir The Poznan Celebration.

So sebagai tanda protest dorang akan ‘tengok’ game tapi tak pandang padang. Sejak dari tu banyak penyokong-penyokong kelab lain telah amek sorakan ni untuk menganjing pasukan lawan. Kat sini kita pun ada buat juga, just tekan kat link ni dan skip ke minit 1.50.

Selain daripada The Poznan Celebration, budak-budak Lech Poznan ni kreatif gila buat sorakan dan tarian untuk pasukan dorang. Tekan kat link ni untuk tengok video dorang.

3. Kat New Zealand, bola sepak pun pakai Tarian Haka jugak

Warga New Zealand dan Haka tak boleh dipisahkan, selain daripada Hobbit dari cerita Lord of The Ring dan juga buah kiwi, tarian Haka juga sinonim dengan negara rugby All Black ni.

Setakat ni SOSCILI tak boleh nak confirmkan samada dorang buat Haka sebelum makan ke tak tapi yang pasti dorang buat Haka kat hampir semua sukan yang dorang main dan bola sepak tak terkecuali.Biasanya player-player je yang buat tapi kadang-kadang peminat tumpang sekaki.

Tarian Haka yang berasal dari keturunan kaum Maori ni sebenarnya digunakan untuk berperang dan juga sewaktu majlis keramaian dan keamanan. Lirik yang digunakan dalam tarian haka tu pula selalu dikaitkan dengan kepercayaan orang Maori ataupun cerita pasal kampung/puak tersebut.

Haka juga ada versi lelaki dan perempuan, untuk lelaki gerakan dia kena pasang kekuda dulu, untuk perempuan pulak dia lebih chill.

4. Kat Itali, penonton yang umum penjaring gol

Biasanya bila player score emcee stadium yang akan buat announcement, tapi kat Itali penonton dan emcee berganding bahu buat pengumuman tersebut. Benda yang normal kat Itali ni mungkin nampak pelik bagi pengunjung yang jarang tengok bola kat stadium. Kat sana penonton main peranan penting dalam game bola.

Salah satu sebab budaya ni ada kat Itali adalah sebab rakyat sana memandang bola sepak sebagai sesuatu yang serius. Ini kerana dipercayai kebanyakan rakyat Itali ni dah hilang kepercayaan terhadap kerajaan dan bola sepak adalah satu-satunya tempat dimana suara dorang masih boleh didengari.

Jadi tak pelik Itali juga merupakan salah sebuah negara yang terkenal dalam dunia bola ni. Setakat ni dorang ranking no.12 dunia dengan purata no.7. Hasil daripada standard bola yang tinggi ni Itali telah melahirkan beberapa pemain-pemain yang power macam Del Piero, Balotelli, dan ramai lagi.

Cuba korang bayangkan ada 60 000 orang jerit nama korang 0.o

5. Kat EPL, penyokong siap tulis lagu untuk pemain faveret

Kalau korang dah bosan dengan lagu team bola, mungkin korang boleh nyanyi lagu untuk pemain pula? Kat EPL terutama sekali, dorang akan buat lagu untuk pemain-pemain yang power especially kalau pemain tu dah lama dalam kelab bola tersebut atau pun memang hebat.

Hampir kesemua pemain bola terkenal ada lagu dorang sendiri macam Steven Gerrard dari Liverpool, Ryan Giggs untuk MU, Frankie Lampard dari Chelsea, Thierry Henry time dia kat Arsenal dulu, dan ramai lagi. Lagu-lagu ni dibuat khas dari penyokong untuk pemain kegemaran dorang.

Pemain bola Yaya dengan Kolo Toure ni ada gaya dorang sendiri bila dorang score, campurkan dengan lagu yang dinyanyikan oleh penyokong maka dapatlah Yaya Kolo Toure chant. Lagu ni boleh tahan catchy juga lah siap dengan tarian dia sendiri.

Bola Sepak bukan setakat sepak bola je

Macam kes kat Brazil dan Itali, bola merupakan salah satu tempat untuk dorang berehat dari memikirkan pasal masalah politik dan ekonomi (sebab negara dorang sering dilanda masalah dalaman) dan kat dalam dunia bola je suara dorang dapat didengari.

Bola juga dikenali sebagai sukan dunia, so ia tak terhenti kat atas padang je, secara tak sengaja ianya jugak boleh merapatkan hubungan antara satu sama lain, tak kisahlah sama ada korang ni player atau penyokong. Contohlah kalau korang pergi ke  Afghanistan ke Romania ke atau memana pun, bila korang dah takde topik sangat nak berbual dengan orang kat situ, at least korang boleh sembang pasal EPL :D

Sebelum korang habiskan baca artikel ni cuba tekan video kat bawah, sorang budak ni lead sorakan untuk ultras PSV Eindhoven. Comel!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend