13 brand terkenal yang kami tak sangka adalah buatan Malaysia!!

(Read this article in English.)

SOSCILI nak tanya sikit ni, bila korang keluar shopping, korang ada kecenderungan ke dalam memilih antara barang branded dan lokal? Taste masing-masing kan, ikutlah… Cuma bila korang beli barangan buatan Malaysia, dapat jugak menggalakkan ekonomi dalam negara seperti yang disarankan oleh Tun Mahathir sejak tahun 1984 lagi.

Tapi kenapa harus memilih, kalau korang boleh beli barangan banded buatan lokal? Barangan buatan Malaysia ni bukan setakat Adabi, Jimmy Choo, dengan Zaitun je, tapi mesti ada yang tak tahu ia juga termasuklah…

1. Lewré

Mak nama sikit punya fancy, siap ada jambul atas huruf ‘e’ tu. Mungkin susah nak agak Lewré adalah jenama Malaysia, tapi itulah hakikatnya. Ia dilancarkan oleh Datuk Lewre Lew pada tahun 1997, dan telah menjadi jenama pilihan selebriti dan kerabat diraja. Dan kini, rekaannya tersebar ke seluruh dunia!

Dato Lewre Lew. Imej dari Malaysian Digest
Dato Lewre Lew. Imej dari Malaysian Digest.

Malah pereka kasut Malaysia yang terkenal, Jimmy Choo adalah mentor kepada Lewre! Murah rezeki dia ni dapat guru macam tu kan.

“Saya bernasib baik kerata sifu saya, Datuk Jimmy bermurah hati untuk kongsikan ilmu dan kenalannya kepada saya. Kerja bersama beliau telah membawa saya ke tahap yang lain dan memberikan saya kefahaman serta ilmu yang lebih baik untuk membina jenama sendiri.” Datuk Lewre Lew, dipetik dari The Star.

2. San Francisco Coffee

Imej dari My Deal.
Imej dari My Deal.

Kalau kampung kat Pahang boleh bagi nama New Zealand, kafe kat Malaysia pun boleh bagi nama San Fransisco!

Pada tahun 1997, ada sorang lelaki warga Amerika ni tinggal kat San Francisco dan disebabkan terlalu suka dia pun buat keputusan untuk bukak sebuah kafe kat Malaysia dan menamakannya San Francisco Coffee.

Cafe ni dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah Datuk Abdul Rahim Zin. Pengurus Pemasarannya, Nik Azwaa memberitahu CILISOS bahawa cawangan San Francisco Coffee kini telah berkembang dengan membuka lebih 33 cawangan kat Lembah Klang.

3. BONIA (Sembonia dan Carlo Rino)

Sekali dengar macam jenama dari Itali. Dua kali dengar macam jenama dari Bosnia. Tiga kali dengar rupa-rupanya jenama Malaysia yang diinspirasikan dari Itali.

Imej screencap dari facebook.com
Imej screencap dari facebook.com.

BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan S.S. Chiang. Pada tahun 1977 beliau telah melawat Pameran Perdagangan Kulit kat Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.

Dari ini:

'Architettura' Giambologna . Imej dari Wikipedia.
‘Architettura’ Giambologna . Imej dari Wikipedia.

Kepada ini:

AW14 / 15 koleksi lelaki. Imej dari laman Facebook Bonia
Koleksi lelaki AW14 /15. Imej dari laman Facebook Bonia.

Selain itu, BONIA jugak turut memiliki lesen untuk mengedarkan jenama-jenama lain – Santa Barbara Polo & Racquet Club, Austin Reed, Valentino Rudy, Jeep, The Savile Row Company, Braun Buffel, Pierre Cardin, Bruno Magli, Enrico Coveri, Renoma Cafe Gallery dan Renoma.

4. The Manhattan FISH MARKET

Imej dari Groupon.
Imej dari Groupon.

Dah terang-terang nama kedai tu “The Manhattan FISH MARKET”, bukan “Pasar Ikan Kuala Selangor”. So mesti la asal dari Manhattan kan? Eh jangan cakap kuat-kuat luar, malu dengar dek orang nanti.

Restoran ini diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn. Ia diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh, sahabat baik yang sangat bangga dengan identiti rakyat Malaysia mereka.

Terdapat jugak pertikaian antara restoran ni dengan Fish & Co. Korang boleh baca link kat sini untuk lebih lanjut.

“Ramai orang yang terkejut apabila mereka mengetahui The Fish Market Manhattan adalah jenama Malaysia. Apa yang buatkan mereka hairan ialah bagaimana kita boleh lakukannya dalam tempoh masa yang singkat je.”- George Ang. Dipetik dari The Star.

5. 1901 Hot Dog

Dengan nombor ‘1901’ dalam 1901 Hot Dog, konfem la jenama ni dah ada sejak seabad yang lalu, ye dok? Nak lagi dengan logo lama mereka:

Logo lama 1901 Hot Dog. Imej dari buddyfication.
Logo lama 1901 Hot Dog. Imej dari buddyfication.

Tapi sebenarnya 1901 Hot Dog diasaskan pada tahun 1997 oleh Zakir Jaafar dan Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin. Nama 1901 ini diambil daripada cerita macam mana nama ‘hot dog’ ni mula-mula keluar kat Amerika. Pada tahun 1901 di New York Polo Grounds, penjaja menjerit “They’re red hot! Get your dachshund sausages while they’re red hot!”. Kartunis di New York Journal pun lukiskan kartun sosej dachshund dalam roti, tapi sebab tak tau macam mana nak eja dachshund, dia tulis ‘hot dog’.

Pada tahun 2007, NINETEEN O One Sdn. Bhd telah membuat rombakan syarikat kerana mereka nak memasuki pasaran halal ke Timur Tengah dan Negara-negara Asia yang lain. Perubahan yang dilakukan termasuklah pada outlet jualan, logo syarikat, produk jualan dan sasaran pengguna.

Logo baru 1901. Imej dari buddyfication.
Logo baru 1901. Imej dari buddyfication.

6. Gardenia

Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja... Imej dari Vulcanpost.com.
Oohh Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja… Imej dari Vulcanpost.com.

Korang rasa Gardenia ni jenama Amerika? Tidak, ia merupakan jenama Malaysia okeyh.

Ceritanya bermula pada tahun 1969, apabila seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan perniagaan bakeri. Beliau mempunyai pengalaman selama 35 tahun berniaga bakeri kat Amerika Syarikat. Dan dari sinilah tertubuhnya Gardenia yang telah diuli buat pertama kalinya pada tahun 1986.

Gardenia Food Industries telah diasaskan di Sabah oleh Datuk Wong Tze Fatt. Kini ia telah mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia kat Singapura, Filipina dan tak lama lagi akan berkembang ke Fujian, China.

7. Fipper

Imej dari Kotak Hitam.
Imej dari Kotak Hitam.

Harrr? Selipar Fipper yang menjadi pilihan zaman sekarang ni sebab reka bentuknya yang ‘simple and nice’ ni sebenarnya buatan Malaysia? Pada mulanya kami fikir ia mungkin berasal dari tempat yang sama menghasilkan Roxy, Havaianas atau Ipanema. ada jugak yang sangka ianya berasal dari California tau.

Ia telah diasaskan pada tahun 2008 oleh Jack Lim. Harga selipar ni dari RM15.80 hingga RM38.00 sepasang dan ianya diperbuat daripada getah Thailand serta mempunyai logo gajah.

8. Beryl’s

Imej dari Facebook Beryl's Chocolate.
Imej dari Facebook Beryl’s Chocolate.

Satu lagi produk tempatan yang popular iaitu coklat Beryl’s. Namanya diambil semperna nama klasik bagi kanak-kanak perempuan yang bermaksud batu permata jenis bersih dan cerah. Bagi ahli geologi pulak, beryl adalah mineral yang terdiri daripada beryllium aluminium cyclosilicate.

Beryl’s Chocolate telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan menggunakan koko dari Ghana. Pengasasnya merupakan seorang penduduk peribumi dari Sarawak dan ia mempunyai lebih 70 jenis coklat termasuk perisa durian dan cili. Untuk pengetahuan korang, coklat perisa durian ni lebih popular kat Taiwan dari kat Malaysia sendiri!

Imej dari Hachiheo.
Imej dari Hachiheo.

Kalau korang nak datang tengok macam mana proses nak buat coklat atau nak beli coklat banyak-banyak pun boleh. Korang just klik link ni untuk lebih lanjut.

9. Vochelle

Selain dari Beryl’s, kita pun ada lagi kilang coklat lain yang popular taraf antarabangsa jugak iaitu Vochelle.

Imej dari Maestroswiss
Imej dari Maestroswiss.

Vochelle diedarkan oleh Maestro Swiss, (bukan dari Switzerland ye)  sebuah syarikat yang pesat berkembang dalam pengilangan, penjualan dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman kat Malaysia. Ibu pejabat dan kilangnya bertapak kat Pulau Pinang tapi Pejabat Jualan dan Pemasarannya kat Petaling Jaya.

Untuk maklumat korang, Maestro Swiss ni jugak mengeluarkan minuman Vico, yang majoriti semua orang tahu ia dari Malaysia. Kini produk dorang ni dah dieksport ke lebih 20 buah negara antarabangsa.

Imej dari Maestro Swiss.
Imej dari Maestro Swiss.

10. OGAWA

Nama bagi jenama ni sememangnya menggunakan bahasa Jepun sehingga takde yang sangka ianya adalah jenama Malaysia. Ogawa dalam Bahasa Jepun membawa maksud sungai.

Pengasasnya ialah Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian (rakyat Malaysia). Mereka dah cipta jenama ni sejak tahun 1996 hinggalah ianya dikenali umum hingga ke hari ini.

Smart Delight Plus merupakan salah satu produk OGAWA. Imej dari Ogawa.
Smart Delight Plus merupakan salah satu produk OGAWA bernilai RM 15,599. Imej dari Ogawa.

Ikutilah cara menikmati kerusi Ogawa bersama Joey dan Chandler:

https://www.youtube.com/watch?v=D5bzdS9cyWU

11. British India

Imej dari Coroflot.
Imej dari Coroflot.

British India jugak adalah jenama Malaysia, dan bukan daripada British, India, ataupun mana-mana kawasan lain yang berada di antara mereka.

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan diasaskan oleh Pat Liew. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam arena fesyen ni merupakan nadi pada jenama British India. Kini British India mempunyai lebih daripada 40 outlet di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Apa yang diterapkan dalam konsep rekaan bajunya adalah jenis Classic, Yoga, Traveler, Adventure dan sebagainya.

Imej dari British India Stores.
Imej dari British India Stores.

12. BUFORI

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai jenama kenderaan Bufori sebab susah kot nak tengok kereta ni kat atas jalan raya. Tapi apa yang paling penting yang korang kena tahu ialah ia merupakan sebuah kenderaan mewah buatan Malaysia!

Syarikat ni diasaskan oleh tiga beradik berketurunan Lubnan dari Australia iaitu Anthony, George, dan Gerry Khouri. Namun pada tahun 1998, dorang telah pindah dan beroperasi sepenuhnya kat Kepong atas pelawaan dari Tun Dr Mahathir Mohamad. (kami tak jumpa sumber yang sahih mengatakan Tun Mahathir pelawa tapi korang boleh rujuk kat sini).

Bufori merupakan singkatan kepada Beautiful, Unique, Fantastic, Original, Romantic dan Irresistible.

Imej dari Bufori.
Imej dari Bufori.

Orang kata Tun Mahathir pun ada kereta ni jugak tau. Siap ada tandatangan Tun Mahathir dan Tun  Dr Siti Hasmah lagi tu kat kereta:

Difahamkan Bufori ni milik Tun Mahathir. Imej dari Tun Mahathir Fans.
Difahamkan Bufori ni milik Tun Mahathir. Imej dari Tun Mahathir Fans.

13. PADINI

Imej dari Insider Retail.
Imej dari Insider Retail.

Padini Holding Berhad merupakan syarikat dari Malaysia. Barangan-barangan dorang jugak dieksport ke negara luar terutama Asia. Ia mula beroperasi sebagai sebuah Syarikat Pengilangan Pakaian Hwayo pada tahun 1971.

Padini menjual barangan wanita dan lelaki seperti kasut, aksesori dan pakaian dengan harga mampu milik. Kalau Padini ada buat sale, memang beratur panjanglah jawabnya. Harga dia mampu milik, so bila ada sale…..korang boleh tengok gambar kat bawah ni:

padini jualan murah padini sale 2 padini sale

Jenama-jenama Malaysia jugak mampu setanding jenama antarabangsa

Wahh banyak jugak rupanya produk jenama dan buatan Malaysia ni ye? Malah barang-barang dorang ni pun kadangkala lebih baik daripada jenama luar negara. Malah mereka-mereka ni semua kebanyakannya telah berjaya menjadi produk antarabangsa. Tahniah!

Tapi tak dinafikan masih terdapat jugak sesetengah masyarakat yang obses dengan barangan jenama luar. Perkara ni ada dinyatakan oleh Persatuan Pengguna Malaysia yang pembeli Malaysia ni lebih suka memilih barangan jenama luar  yang harganya lebih mahal daripada membeli barangan jenama tempatan.

Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan kempen beli barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  bagi membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasarannya serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)