Korang takkan percaya apa 41% orang Malaysia suka seludup masuk panggung wayang

Manusia ni kalau tak bercerita, memang tak sah. Sebab tu lah adanya panggung wayang yang wujud kat dunia ni untuk tengok filem. Supaya korang takdelah asyik nak melayan kawan korang membawang je pasal kisah rumah tangga orang lain.

Tapi filem jenis apa, pilihan apa dan perangai macam mana lah yang orang Malaysia ni ada masa tengok movie ni agaknya ye? Jadi Soscili dan partner kitorang dari Golden Screen Cinemas dah pun buat survey yang terdiri daripada 6,893 RESPONDEN. Diorang ni termasuklah:

  • 70% dari Lembah Klang, tapi ada jugak bilangan responden agak tinggi (348 responden) dari Johor (6%), dan 5% lagi dari Penang dan Perak.
  • 19% daripada responden berumur bawah 20, manakala hampir separah berumur antara 21-29. Hanya 27 responden berumur 60+, tapi jawapan-jawapan diorang memang takleh blah.
  • Kebanyakan responden kitorang (55.7%) berpendapatan kurang daripada RM5000 sebulan, tapi ada 16% yang tak nak bagitau pendapatan diorang (mesti kaya letewww).
  • Lelaki lagi ramai yang ambil survey ni (54%), dan perempuan pula hampir separuh jugak (45%).
  • SEPARUH daripada responden kita bujang, manakala 24.3% dah ada makwe/pakwe. 24% lagi dah kahwin, dan selebihnya, 15.5% ada anak. Agaknya memang susah nak tengok wayang kalau ada anak.

Dengan tu, sediakan popcorn korang dan jom mula terus dengan…

1. Orang Malaysia lebih peduli pasal makanan berbanding 3D

Bila korang pergi tengok wayang, antara pilihan makanan ringan bila lapar mestilah keropok, nachos, hot dog, nugget dan juga popcorn. Nak nak pulak kalau lapar sangat dan tak sempat nak makan sebelum tengok wayang.

Nasihat paling berguna di seluruh alam semesta.

Bila kita tengok juga, makanan dalam wayang masih lagi jadi satu perkara yang penting kalau nak dibandingkan dengan skrin 3D yang seolah-olah boleh keluar dari skrin tu. Sebabnya bila kita tanya kenapa diorang pilih sesebuah cinema tu, 20.76% responden nampaknya lebih memilih makanan yang ada berbanding skrin 3D yang cuma dipilih sebanyak 2.20% je! Malah, sistem bunyi juga nampaknya lagi penting dari skrin yang besar, iaitu dengan perbezaan sebanyak 13.32%.

Antara sebab-sebab lain orang Malaysia akan pilih satu panggung wayang termasuklah lokasi/parking (81%), jadual waktu filem (73%) atau harga tiket (51%). Ada juga 35% responden yang berkongsi bahawa diorang pilih panggung wayang sebab ada promo-promo yang diorang boleh dapat dengan kad kredit, contohnya diskaun RM6 pada harga tiket GSC kalau guna kad kredit Hong Leong!

Untuk korang yang takda kad kredit Hong Leong pulak, jangan risau. GSC pun ada promo Sayangi Malaysia untuk rakyat-rakyat Malaysia yang dah semakin terasa tekanan beban kos sara hidup yang meningkat ni untuk menonton filem-filem terbaru dengan cuma harga RM10 JE!

Whoah whoah whaaaa
Sploh ringgit pun cukup-cukup je kalau nak makan kat mamak.

2. Responden otai lebih berani tegur sampaikan nak azan kat telinga orang yang bising

Bila last time korang tegur orang dalam cinema? Terutama sekali kalau diorang buat bising, tendang kerusi korang atau main phone sampai ganggu konsentrasi korang tengok filem? Ye lah, korang bayar tiket nak tengok filem, bukan nak tengok diorang buat perangai.

“Muka awak berseri sangat, minta tolong turunkan sikit kecerahan” – punchline tak guna

Daripada dapatan survey tu, kitorang dapati yang 31.7% responden berumur 40 ke atas lebih berani untuk tegur orang suruh diam, berbanding 15.6% yang berumur 21 tahun ke bawah yang akan tunggu je orang lain buat sesuatu.

Kat sini kita boleh tengok yang orang muda ni lagi suka buat hal sendiri (atau mungkin takut kena marah sebab takut bergaduh dengan orang). Lain pulak dengan sorang otai yang berumur 60 tahun ke atas ni bagi respon yang diorang akan azan kat telinga orang :’D

Dua orang otai (umur 60 dan ke atas) memang nakal.

Malah kalau ada masalah lain macam kesilapan teknikal, responden yang berumur 40 tahun ke atas ni juga yang akan keluar atau jerit kat tukang jaga skrin. Sebenarnya kalau korang tak tau, kalau korang jerit kat tukang skrin pun, panggung wayang moden ni mana ada tukang jaga skrin lagi dah!

LOL, kitorang tak  rekomen sesiapa pun untuk jerit kat orang yang jaga projektor tu sebab cermin kaca tu tebal, dan diorang takkan dapat dengar pun kalau korang jerit. Sebab tu la kitorang install telefon talian bantuan kat pawagam kitorang. Ia terletak di luar dewan. Jadi kalau perlukan apa-apa bantuan, korang boleh call je dan kitorang akan datang.” – Sharmine Ishak, pengurus penjenamaan GSC. 

Tapi kitorang juga dapat respon yang kata GSC so far takde masalah!

Hip, hip, hurrayyyy, GSC!

3. Orang muda kuajaq sikit sebab suka post spoiler

Orang berumur 20 dan ke bawah yang paling ramai Google atau baca analisis pasal movie dan dengar soundtrack, terutama sekali perempuan. Tapi yang paling sakit hati, golongan responden ni jugalah yang paling ramai (4.2%) post spoiler movie tu sebab saja nak cari pasal berbanding dengan golongan-golongan responden yang lagi tua.

Harap korang semua panas dengan spoiler kereta dia. Imej dari joeydevilla.com

Selain tu, diorang juga suka buka kasut (terutama sekali perempuan) dan suka rekod Instastory. Harap-harap korang tak macam ni la ye, sebab merekod Instastory 5-saat pun boleh kenakan korang dengan hukuman 5 tahun penjara atau denda RM100,000!

Dalam masa yang sama, ada dua orang otai (60 tahun dan ke atas) yang bila balik rumah, diorang bertugas sebagai lanun cetak rompak sebab download movie yang sama sebab nak tengok sekali lagi. Ha, ni mesti otai yang celik IT atau suruh cucu dorang downloadkan!

4. Orang 30 tahun ke atas dah bosan tengok orang bercium

Macam mana pulak dengan genre paling disukai orang Malaysia? 76.99% daripada rakyat Malaysia paling suka sekali genre aksi dan pengembaraan, yang kedua jatuh kepada sains fiksyen sebanyak 50.70%, dan kemudiannya komedi sebanyak 43.01%.

Bila kitorang tengok berdasarkan umur pula, kitorang dapati yang orang berumur 30 tahun dan ke atas (biasanya lahir tahun 80-an) adalah yang paling tinggi vote untuk genre sains fiksyen dan fantasi ni, macam Blade Runner, Ready Player One atau Star Wars.

Dah macam genre romantik pun ada. Gif dari giphy

Manakala umur 29 tahun ke bawah (lahir tahun 90-an) pulak lagi prefer genre seram macam Insidious, Sinister, dan It! Wah, maknanya responden yang berumur 29 tahun ke bawah ni berani-berani semuanya! Tapi takdelah berani sampai nak tegur orang yang sepak kerusi korang ye? :P

Selain tu juga, kitorang jumpa sesuatu yang paling  konsisten dalam graf, iaitu responden yang tengok filem tempatan. Nampaknya, responden yang berumur 20 tahun ke bawah lagi ramai tengok filem tempatan berbanding yang lain, dan semakin meningkat usia, semakin kurang orang kita minat tengok filem tempatan.

Tapi kitorang kat Soscili percaya yang filem tempatan boleh jadi hebat semula, Imej dari gsc.com

Macam mana pulak dengan genre romantik? Nampaknya, genre ni diminati oleh 15.6% responden kitorang, terutama sekali dari golongan muda. Tapi nampaknya semakin meningkat usia, genre romantik secara konsistennya semakin kurang diminati orang yang lepas umur 30 tahun dan ke atas.

5. Orang lebih kaya lebih gatal (dalam cinema)

Tadi kitorang ada bagitau yang rupa-rupanya, ramai rakyat Malaysia yang tak kisah sangat pun dengan 3D ni. Diorang ni lebih kisah pasal sistem bunyi macam Dolby Atmos, atau dengan memastikan yang diorang tak tercampak dari kerusi D-BOX diorang. 

Ni untuk bunyi, ni untuk skrin besar, ni untuk awek sebelah. Gif dari giphy

Bila kitorang tengok range pendapatan pulak, kebanyakan yang particular ni adalah mereka yang berpendapatan RM15,000 ke atas yang pentingkan keselesaan tempat duduk dan seat yang boleh bergerak dan especially… couple seats! Ha, diorang ni la antara yang paling ramai sekali akan ambik couple seats untuk first date, terutama sekali lelaki sebab perempuan ni biasanya rasa lebih pressured berbanding lelaki.

Tapi, jangan ingat orang yang bergaji tinggi je yang akan spend lebih, Nampaknya, responden kitorang yang berpendapatan antara RM2,001 hingga RM5,000 lebih ramai tengok Super-screens macam kat GSC MAXX (iaitu skrin terbesar kat Malaysia) atau Onyx (skrin LED pertama kat Malaysia!) berbanding responden dengan gaji RM10,000 ke atas yang kebanyakannya pilih cinema standard je! Responden kita ni nampaknya pentingkan kualiti walaupun kena bayar lebih sikit.

6. Ramai yang kata tak pernah pergi Festival Filem, tapi sebenarnya ada niat

Pesta filem ni bukan kat Malaysia pun, tapi raca macam seronok pulak nak pergi. Imej dari quebecoriginal.com

Festival Filem ni pulak adalah salah satu perkara yang paling jarang dibincangkan oleh kita semua yang tak terlibat dengan industri perfileman. Bila kitorang tanya soalan ni dalam survey, nampaknya seramai 72.7% responden kata tak tengok sebab takde masa.

Antara orang yang vote tak pernah pergi, respon yang kita dapat dari diorang ni adalah sebab diorang takde geng, takde kaki, tak dapat info, dan ada juga yang berminat tapi tak sanggup sebab kena travel jauh. Ramai yang tak pernah pergi festival filem juga adalah sebenarnya berminat tapi takde chance.

Tapi korang tau tak GSC dah mengadakan pesta-pesta filem dengan macam-macam filem asing selama hampir 20 tahun dah! Dan pesta filem yang akan datang? VIETNAM! Kitorang sebenarnya pun ada 50 tiket pesta filem Vietnam GSC PERCUMA untuk kasi korang… jadi kalau minat, pergi la Fesbuk kitorang untuk dapatkan tiket korang sekarang!

Aik, tak sangka pulak Vietnam ada salji… Imej dari GSC.

Selain dari tu, kitorang juga tanya apa yang responden suka buat lepas tengok movie, dan majoritinya terus balik rumah. Perkara ni jadi sebab takde benda pun nak dibuat selain dari shopping atau makan. Jadi, kitorang ada juga tanya responden kalau diorang nak apa-apa yang menarik berdekatan dengan cinema yang diorang pergi. Responden paling ramai pilih pameran dan pengalaman VR – iaitu sebanyak 61%! Jadi, mungkinkah kita akan nampak pembangunan kedua-duanya tak lama lagi?

Mungkin? Gif dari giphy

7. Orang Malaysia juga lagi prefer cerita Thai dari Bollywood

Selain daripada filem-filem Hollywood, antara filem yang orang Malaysia paling prefer ialah Korea sebanyak 32.38% terutama sekali di Kelantan, dan filem Thailand sebanyak 27.71% terutama sekali di Perlis. Mungkinkah sebab diorang berjiran dan selalu beli barang kat Padang Besar?

Padang Besar ni la korang boleh jumpa barangan Thailand (dan orang Thailand). Imej dari forum.lowyat

Kesemua filem tu adalah yang tertinggi berbanding filem Tamil/Hindi/Bollywood, yang cuma diminati oleh 17% rakyat Malaysia. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan orang tak minat cerita Tamil atau Bollywood ni?

Tengok filem aksi Bollywood pun tak tau nak terkagum ke tergelak. GIF dari Giphy.

Dan antara jawapan yang kita dapat adalah “seram je bila orang tak dikenali muncul dari semak dan mula menari bersama”.

Sebenarnya perkara ni dah lama jadi persoalan. Rupa-rupanya korang pun fikir benda yang sama ye :’D. Klik untuk besarkan.

8. Ramai responden seludup bukan makanan ringan je, tapi juga makanan berat macam… roti canai ayam percik #kisahbenar

wolverine-nasi-lemak
Baru je masuk panggung wayang, dah rindu makanan luar.

Majoriti daripada rakyat Malaysia akan makan popcorn manis dengan soda, dan sebanyak 6% lagi suka jagung dalam cawan berbanding popcorn masin. Walaupun ada banyak makanan, orang Malaysia juga suka seludup makanan luar, dan salah satunya adalah burger, iaitu sebanyak 38%, dan bubble tea sebanyak 35%.

Bukan tu je, ada juga yang mengaku bawak nasi campur, iaitu seramai 153 orang (serious ah?). Malah, ada otai umur 60 dan ke atas yang mengaku kat kitorang yang antara makanan extreme dia bawa masuk ialah roti canai dan ayam percik. Jadi kalau korang pernah bau bauan yang pelik dalam cinema – mungkin dia lah puncanya. Serious la atok, ni wayang dalam mall ke wayang pacak?

Seramai 41.35% rakyat Malaysia biasa menyeludup benda-benda yang tak tersangka ke dalam panggung wayang!!!

Tapi kalau korang dah bosan dengan pilihan wayang biasa seperti hot dog dan popcorn, korang kini boleh juga dapat burger-burger unik dari The Burger Outpost yang terdapat di panggung wayang GSC tertentu! Dah kenyang sangat untuk makan burger, jadi nak benda manis pulak? GSC pun ada jenama coklat gourmet sendiri bernama Cocoatelier yang korang boleh cuba!

9. Orang Malaysia ni sebenarnya ramai je yang on time (masa movie je)

Biasanya kalau korang berjanji nak jumpa kawan pukul 7 malam, biasanya pukul 8 atau 9 malam tu la baru nampak batang hidung. Benda yang korang selalu dengar mesti “ON THE WAY”. Dasar tak menepati masa betul.

Janji Malaysia

Tapi, tahu tak korang yang orang Melayu ni mampu menepati masa waktu contoh terutama sekali masa bulan Ramadhan? Tak percaya dengar je azan maghrib, konfirm dah nampak batang hidung dorang depan makanan yang terhidang.

Macam tu juga la dengan masa nak tengok wayang, nampaknya majoriti responden menghormati masa dengan datang sebelum movie tu start. Diorang akan keluar pergi tandas sebelum atau selepas movie je sebab takut terlepas plot cerita. Tapi kalau korang memang jenis tak boleh tahan kalau movie tu lebih dari dua jam, boleh la korang tengok filem kat panggung wayang GSC Gold Class yang ada tandas kat situ jugak! ?

10. Walaupun suka buat hal sendiri, orang Malaysia sebenarnya agak bertimbang rasa

Tapi kalau nak diikutkan, orang Malaysia ni rupanya agak bertimbang rasa dengan orang sekeliling, terutama sekali bila kita tanya apa yang diorang buat kalau ada orang call. Dalam banyak-banyak respon yang kita dapat, ramai sebenarnya yang bertimbang rasa dengan orang lain sebab diorang off atau silentkan phone masa movie.

Nampaknya, iklan silentkan phone sebelum movie mula tu agak berkesan!

Tapi in case diorang lupa nak silentkan phone pulak, lelaki biasanya takkan angkat call dan terus cancelkan kalau dapat call, 32.01% perempuan pun akan cancel, tapi akan bagi mesej yang diorang berada dalam cinema 47.91%.

Benda yang paling menarik sebenarnya adalah walaupun orang Malaysia banyak buat tak tahu dan tak suka tegur orang untuk elakkan pergaduhan, tapi nampaknya lebih daripada 40% responden, yang juga 35.60% perempuan akan melaporkan pada staf bertugas kalau ada orang rakam filem dalam cinema, dan mereka ni biasanya berumur 30 hingga 59 tahun.

Jangan tiru aksi ini di cinema. Gif dari giphy

Macam-macam perangai rakyat Malaysia ni, korang yang mana satu?

Sekarang artikel ni dah habis, kitorang harap korang pun seronok membaca sebanyak kitorang pun seronok menulis. Sebab walau apa-apapun, pengalaman menonton filem di panggung wayang hanya boleh seronok kalau dapat kerjasama daripada SEMUA pihak, tak kira penonton, pekerja, atau siapa-siapa sahaja.

Jadi kitorang pun nak ucapkan terima kasih kepada Golden Screen Cinemas kerana bekerjasama dengan kita untuk survey ni. Kalau korang tak tau, GSC ada sebanyak 36 panggung wayang di seluruh Malaysia, termasuk satu pawagam hangat berasap kat Paradigm Johor dengan panggung wayang canggih 4DX sekali. Apa korang tunggu lagi? Jom la tengok filem-filem terbaru lepas ni dekat GSC!

Kan best kalau tengok movie, boleh ada asap-asap sekali masa ada scene terbakar. Imej dari GSC.