Video raya anak Chow Kit ni buatkan kitorang potong bawang. Ni sebabnya

Baru-baru ni, video Raya MBSB pasal anak Chow Kit yang dibintangi Zul Ariffin dan Ropie Cecupak tular kerana kisahnya buat ramai orang potong bawang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MBSB Bank (@mbsbbank)

Tapi, ada satu benda lain pasal video ni yang menarik perhatian kami. Bila tengok komen, ada beberapa netizen yang tanya…

Eh eh eh, silap screenshot pulak.

Ah okey, ni soalan netizen yang tarik perhatian kami:

netizen ingat anak pati, rupanya anak chow kit

Mungkin kerana video ni begitu menyentuh emosi, ada yang fikir kisah ni hanyalah rekaan semata-mata atau tak mungkin jadi dalam kalangan orang kita sendiri.

Tapi hakikatnya, ini adalah realiti hidup ramai anak-anak di Chow Kit.

Sejarah hitam Chow Kit yang masih menghantui ramai orang hingga sekarang

Terletak lebih kurang 2km je dari KLCC, Chow Kit bukan sekadar sebuah kawasan di tengah-tengah Kuala Lumpur, ia juga mempunyai sejarah gelap yang penuh dengan kisah kemiskinan bandar, jenayah, dan kehidupan di pinggir masyarakat.

Tempat operasi ramai sindiket. Imej daripada BERNAMA.

Dahulu, ia terkenal sebagai pusat kegiatan tidak bermoral, termasuk pelacuran dan penyalahgunaan dadah, menjadikannya antara kawasan yang paling ‘panas’ di ibu kota. Ramai penghuni di sini hidup dalam keadaan daif, termasuk kanak-kanak yang membesar di lorong-lorong gelap tanpa perlindungan yang sewajarnya.

Malah, masa seorang penulis kami melawat Chow Kit beberapa tahun lepas untuk mengajar kanak-kanak di sana, dia juga terpotong bawang sebab ada seorang pelajar di sana yang terkejut bila dapat tahu… penulis kami ada makanan kat rumah!?!?!

pusat aktiviti anak chow kit
Gambar yang diambil penulis kami di salah satu pusat komuniti di Chow Kit

Ye, bagi sesetengah anak Chow Kit, benda asas macam makanan tu pun adalah satu kemewahan. Ada ibu bapa di rumah juga adalah satu kemewahan. Malah…

Benda-benda yang biasa bagi kita adalah satu kemewahan untuk segelintir anak Chow Kit

Sedang umat Islam di negara kita bersiap sedia menyambut bulan puasa dan kedatangan Aidilfitri, perayaan ni bagi anak-anak Chow Kit mungkin jauh berbeza.

Imej daripada MalayMail

Juadah bazar Ramadan, berbuka bersama keluarga dan membeli baju raya adalah norma untuk ramai rakyat Malaysia, tapi bagi ramai anak-anak yang membesar dalam persekitaran mencabar macam Chow Kit, ini juga adalah satu kemewahan.

Sebab itulah video Raya MBSB menyentuh hati ramai, sebab ia menggambarkan realiti sebenar seorang anak Chow Kit bernama Arif.

kisah benar anak chow kit
Imej daripada video Raya MBSB.

Arif dalam video ni bukan sekadar watak rekaan. Kisahnya diilhamkan seorang anak Chow Kit yang berjaya keluar daripada kemiskinan dan kini menjadi seorang guru. Tapi di luar sana, masih ramai lagi anak-anak seperti Arif yang sedang berjuang untuk masa depan yang lebih baik.

Ramai lagi anak-anak macam Arif yang sedang berusaha keluar dari kepompong kemiskinan

Walaupun terdapat usaha pihak berkuasa untuk membersihkan imej Chow Kit, masalah sosial masih berakar umbi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang lahir di persekitaran ini. Ketiadaan sokongan asas seperti pendidikan yang stabil, pemantauan ibu bapa, dan keperluan harian menyebabkan ramai anak-anak Chow Kit terjerumus ke dalam kitaran kemiskinan yang sukar diputuskan.

Imej daripada MalayMail

Keadaan ini lebih ketara semasa pandemik COVID-19, apabila ramai penduduknya kehilangan sumber pendapatan dan bantuan semakin berkurangan. Namun, di sebalik kegelapan ini, wujud juga sinar harapan dengan inisiatif badan kebajikan seperti Yayasan Chow Kit yang berusaha memberi perlindungan dan peluang pendidikan kepada generasi muda di kawasan ini, termasuk Arif.

Bagi MBSB Bank, usaha membantu komuniti kurang bernasib baik seperti ini bukanlah sesuatu yang baru. Melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), program pendidikan, latihan kemahiran, dan sokongan kepada golongan B40, mereka berusaha memastikan kanak-kanak dari latar belakang mencabar mendapat peluang yang lebih baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MBSB Bank (@mbsbbank)

Tapi yang lebih penting, video Raya tahun ni juga bertujuan untuk bagi tahu korang yang…

Korang juga boleh membantu anak-anak ni mencapai potensi mereka

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ni, kita semua berlumba-lumba membuat amal. Mungkin ini juga masa terbaik untuk kita membantu anak-anak Chow Kit agar mereka dapat merasai kegembiraan yang sama di Aidilfitri nanti.

Nak membantu? Ada banyak cara! Yayasan Chow Kit mengalu-alukan sumbangan kewangan, barangan keperluan, atau jika anda ingin lebih terlibat, anda boleh menjadi sukarelawan untuk membantu pendidikan dan pembangunan kanak-kanak ini.

Terokai macam mana korang boleh membantu di sini.

Dengan usaha kecil dari kita, kita boleh mengubah hidup mereka. Jom bersama Yayasan Chow Kit dan MBSB Bank untuk membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. Sebab setiap anak, termasuk anak Chow Kit, berhak mendapat masa depan yang lebih cerah.