- 268Share sekarang!
- Email3
- Facebook265
- Share
Kedatangan Islam di Nusantara bermula pada abad ke-7 di mana pedagang Arab yang bergiat aktif dalam melakukan aktiviti perdagangan di Timur. Berdasarkan teks Melayu tua berjudul Izhar Al-Haq Fi Mamlakah Perlak, sebuah kapal layar yang membawa seratus pendakwah telah berlabuh di Bandar Perlak, Indonesia pada 790 Masihi.
Bukan itu saja, Wali Songo juga sangat memainkan pernanan dalam menyebarkan Islam di seluruh Nusantara khususnya di Tanah Jawa semasa abad ke-15. Kalau korang nak tahu, mereka sangat terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dan kemampuan atau sifat luar biasa.
Sebenarnya, sebelum kemunculan Wali Songo di Tanah Jawa, terdapat seorang ulama pada abad ke-14 yang sangat terkenal sehingga berjaya mengislamkan anak raja. Individdu tersebut ialah……
Syekh Datuk Kahfi yang memulakan dakwahnya di Kota Baghdad
Syekh Datuk Kahfi merupakan seorang pendakwah yang hebat sebelum kelahiran Wali Songo. Beliau dilahirkan di Semenanjung Malaka pada abad ke-14. Untuk pengetahuan korang, Semenanjung Malaka juga dikenali sebagai Semananjung Melayu (Tanah Melayu).
Beliau mempunyai dua orang adik beradik iaitu Syekh Bayanullah yang mempunyai sekolah pondok di Mekah dan Syekh Datuk Ahmad Putra, juga seorang pendakwah.
Semasa di zaman mudanya, Syekh Kahfi telah pergi ke Mekah untuk menuntut ilmu dan melakukan ibadah haji. Kemudian, beliau pergi ke Kota Baghdad pada pertengahan abad ke-14 untuk menyebarkan ilmu yang dipelajarinya semasa di Mekah. Pada masa yang sama, Allah S.W.T telah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang bernama Syarifah Halimah.
Lama juga Syekh Kahfi tinggal di Baghdad kerana beliau sudah berkeluarga bersama isterinya sambil meluaskan dakwah. Namun, atas perintah Raja Baghdad dan gerak hatinya, beliau telah pergi ke Tanah Jawa untuk menyebarkan ilmu Islam di sana.
Kehadiran Syekh Datuk Kahfi bersama rombongan penduduk Baghdad disambut oleh Penguasa Pelabuhan Muara Jati, Ki Gedeng Tapa dan beliau meminta izin untuk bermastautin di Giri Amparan Jati (terletak di Jawa Barat) atas sebab berdakwah.
Di situ, Seykh Kahfi berdakwah dengan memberikan pengenalan tentang keindahan Islam kepada masyarakat. Setelah mendengar tentang Islam, mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam secara ikhlas dan pengikut beliau semakin lama semakin bertambah.
“Saat masa kerajaan Pajajaran, ramai yang berguru kepada beliau. Hal ini kerana memang cara dakwah dan syiar islamnya sangat luas dan menarik perhatian maka banyak yang memeluk Islam pada waktu itu tanpa paksaan.” – Hasan, Imam Masjid Agung Sunan Gunung Jati, petikan dari Tribun Jabar.
Kalau korang nak tahu, Syekh Kahfi ni mempunyai nama lain iaitu ‘Syekh Nurjati‘ kerana kejayaannya dalam meluaskan dakwah Islam di Giri Amparan Jati dan Jawa Barat.
Syekh Kahfi turut membina sebuah sekolah pondok yang diberi nama ‘Pesambangan Jati‘. Sekolah itu ditubuhkan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar dari pelbagai daerah dalam mempelajari ilmu Islam.
Kejayaan sekolah pondoknya sangat hebat sehinggakan….
Anak Raja Kerajaan Pajajaran mahu mempelajari ilmu Islam
Kehebatan Syekh Datuk Kahfi dalam meluaskan ilmu Islam berjaya mencairkan hati seorang anak raja dari Istana Kerajaan Pajajaran, Pangeran Walangsungsang. Pada masa yang sama, Pangeran Walangsungsang juga berhasrat untuk memeluk agama Islam kerana ibunya dulu pernah mengembara bersama Nyi Indang Geulis (isteri) dan Nyi Mas Ratu Rarasantang (adik) ke Giri Amparan Jati (tempat tinggal Syekh Kahfi).
Syekh Kahfi menerima mereka sebagai anak murid lalu berdoa:
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang-orang yang menghidupkan agama Islam mulai hari ini hingga hari kemudian dengan selamat. Amin.” – Petikan dari IAIN Syekh Nurjati Cirebon.
Mereka disuruh oleh Syekh Kahfi untuk mengucap dua kalimah syahadah walaupun dari kecil lagi mereka beragama Islam. Hal ini kerana bapanya, Raja Prabu Siliwangi kembali memeluk agama Budha selepas kemangkatan isterinya, Nyi Mas Subang Larang.
Syekh Kahfi mengajar Pangeran Walangsungsang bersama isteri dan adiknya mengenai rukun Islam supaya keimanan dalam diri dapat diteguhkan. Beliau mengajar ilmu asas kerana pengetahuan mereka mengenai Islam sangat kurang walaupun dari kecil lagi mereka beragama Islam.
Proses pembelajaran secara berperingkat mula dilaksanakan oleh Syekh Kahfi terhadap mereka. Antara ilmu yang dipelajarinya:
- Ilmu Fiqh.
- Ilmu Tassawuf.
- Ilmu Tauhid.
Pangeran Walangsungsang bersama isteri dan adiknya merupakan pelajar terbaik walaupun mereka baru belajar. Syekh Kahfi sangat bangga dengan Walangsungsang sampaikan beliau memberi nama ‘Somadullah‘ lalu memberi nasihat kepada Walangsungsang iaitu:
“Hai Somadullah, sesungguhnya engkau memperoleh rahmat Islam itu memang sudah kepastian sejak zaman azali, dan engkau disuruh datang ke Gunung Merapi dan bertemu dengan Sang Hyang Danuwarsih itu mengandung hikmat yang penting ialah bahwa engkau akan bertemu dengan alim ulama yang menjadi warisan anbiya………” – Petikan dari IAIN Syekh Nurjati Cirebon.
Banyak juga nasihat yang diberi oleh Syekh Kahfi terhadap rombongan Pangeran Walangsungsang kerana beliau sangat bangga dengan mereka. Hal ini kerana beliau berjaya mengubah keperibadian anak raja yang tidak hanya hidup dalam kemewahan hidup tetapi menjadi khalifah di muka bumi Allah S.W.T.
Selepas tamatnya pengajian ilmu Islam, Syekh Kahfi telah memerintahkan mereka untuk membuka sebuah perkampungan baru di Selatan Amparan Jati dan menyebarkan ilmu Islam di sana.
Pintu Gerbang dicipta khas sebagai tanda kehebatannya
Syekh Datuk Kahfi meninggal dunia (tidak diketahui tarikh tepat bila) dan dimakamkan di Gunung Jati dengan perhiasan pintu gerbang yang mempunyai corak sayap di makam Syekh Nurjati adalah sebagai penanda masuknya agama Islam di Cirebon.
Sumbangan Syarif Hidayatullah dalam penyebaran ajaran Islam sangat besar. Hal ini ditunjukkan dengan pelbagai adat resam dan budaya kehidupan masyarakat yang telah diubah ke arah islamik seperti yang korang boleh lihat bagaimana beliau mengislamkan budaya tempatan.
Di samping itu, korang juga boleh ambil pengajaran di sana iaitu penyebaran ilmu Islam bukan sekadar duduk di masjid sambil memberikan ceramah atau tazkirah, akan tetapi just boleh dilaksanakan dengan mendekatkan diri dengan kehidupan masyarakat.
Antara tokoh Nusantara lain yang kita turut perlu beri perhatian
- 268Share sekarang!
- Email3
- Facebook265
- Share