- 2.3KShare sekarang!
- Email7
- Facebook2.3K
- Share
Beberapa hari yang lepas, sibuk para menteri kita ajak rakyat Malaysia memanfaatkan minyak sawit yang nampaknya semakin jatuh komoditinya di pasaran. Maybe disebabkan mereka try hard sangat, nampaknya terkeluarlah kenyataan dari menteri sendiri yang menyatakan… rakyat Malaysia kena minum sesudu minyak kelapa sawit, sehari?
Kenyataan tu nampaknya menimbulkan pelbagai respon dari rakyat Malaysia yang merasakan kerajaan sekarang agak… naik minyak. Lebih-lebih lagi dengan kenyataan mereka tu semasa kempen Sayangi Sawitku berlangsung.
Mana taknya, dari kecil lagi kita diajar supaya kurangkan ambil makanan bergoreng dengan kerap. Jadi, minyak apa yang sebenarnya mereka cakap ni?
Minyak sawit yang dimaksudkan kemungkinannya minyak sawit merah atau minyak sawit dara
Biasa kita dengar minyak kelapa sawit yang digunakan untuk memasak je. Tapi, pernah tak korang dengar pasal minyak sawit merah atau minyak sawit dara?
Kalau korang nak tahu, minyak sawit dara ni sangat kaya dengan kandungan vitamin E. Manakala minyak sawit merah pula mengandungi asid lemak dan mikro-nutrien penting yang larut dalam lemak macam karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin D, E dan K.
Lagi beza minyak kelapa sawit dengan minyak sawit merah adalah kandungan karoten, sejenis anti-oksida yang lebih tinggi berbanding tomato mahupun lobak merah yang takde dalam minyak sawit biasa. Anti-oksida ni jugalah yang membantu menguatkan sistem imun badan dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung dan katarak.
Asid lemak yang ada dalam minyak ni juga sebenarnya penting untuk membina membran setiap sel dalam badan kita termasuklah tulang, saraf dan otak. Mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh kita sihat dan berfungsi dengan baik.
Gabungan kedua-dua antioksida iaitu karotenoid dan vitamin E tokotrienol pula memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan tindak balas radikal bebas yang berbahaya dalam badan, dan membantu melambatkan proses penuaan dan juga kesihatan otak.
“Jadi kempen Sayangi Sawitku sebenarnya untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada warga Malaysia tentang produk lima bintang kita itu kelapa sawit dan juga jadi duta kepada minyak sawit.” – Teresa Kok, Menteri Industri Utama, dipetik dari Berita Harian.
Tapi, betul ke yang minyak sawit kita lebih sihat berbanding minyak zaitun, minyak sayuran dan juga minyak keluaran barat yang lain?
Kejatuhan minyak sawit yang berpunca daripada propaganda Eropah yang salah
Kalau nak diikutkan, tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang mengharamkan minyak sawit ni dah jejaskan jualan minyak sawit, pengusaha-pegusaha sawit dan ekonomi negara kita, serta menjejaskan masa depan kira-kira 650,000 pekebun kecil kat Malaysia.
Malah, Malaysia dan Indonesia menguasai 85 peratus daripada pengeluaran minyak sawit seluruh dunia, dan kedua-dua negara telah menerima kesan daripada larangan import yang dikenakan EU.
“Kita menghadapi kempen anti sawit di Eropah ini kerana salah faham, mereka kurang maklumat tentang kebaikan dan khasiat minyak sawit kerana kita rakyat Malaysia pun tak tahu juga.”
“Sebab itu kita lakukan kempen ini secara serius dengan kerjasama banyak agensi dan juga pihak swasta, kita nak kongsi khasiat produk hiliran minyak sawit kita,” Teresa Kok, dipetik dari Sinar Harian.
Alasan mereka adalah perladangan kelapa sawit menyumbang kepada kemusnahan hutan. Negeri Sabah terutama sekali dituduh oleh pelobi anti-sawit menghilangkan habitat Orang Utan dengan membenarkan peluasan ladang kelapa sawit, pembalakan, jerebu, kemusnahan hutan dan juga kemusnahan habitat haiwan liar.
Disebabkan propaganda dan salah faham orang terhadap kelapa sawit juga, nampaknya menjelang 2020, EU hanya akan menerima minyak sawit yang mapan (ditanam secara bertanggungjawab terhadap alam sekitar dsb), contohnya yang mendapat cop Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO). RSPO adalah badan non-profit yang mempromosikan perladangan kelapa sawit yang juga mesra alam sekitar.
Pengiktirafan RSPO adalah untuk menggalakkan amalan pertanian yang baik, di mana kita akan menggunakan kaedah yang lebih konvensional untuk pelupusan sisa-sisa, berbanding membakar terus ladang, dalam masa yang sama kita dapat menjaga persekitaran dengan lebih baik, serta menjimatkan kos.
Dalam masa yang sama, mereka buat perkara ni untuk promosi minyak keluaran mereka sendiri macam minyak soya, minyak bunga matahari, sayuran dan sebagainya. Boleh ke kita tukar minyak sawit ke minyak keluaran mereka?
Minyak kelapa sawit lebih stabil berbanding minyak zaitun, minyak soya dan minyak keluaran Eropah
Berdasarkan pelbagai kajian yang dilakukan, minyak zaitun ni sememangnya berkhasiat. Malah, ia dah digunakan sejak berkurun lamanya terutamanya mereka yang tinggal di bahagian Mediterranean sana macam Albania, Algeria, Andorra, Austria. Tak boleh dinafikan yang kulit mereka juga cantik-cantik belaka!
Kajian juga menunjukkan minyak zaitun paling berkhasiat dan bergred tinggi menjalani proses perahan pertama atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Manakala minyak kedua terbaik adalah Virgin Olive Oil (VOO). Kalau minyak sawit dapat pengiktirafan RSPO, kualiti minyak zaitun pula ditentukan badan akreditasi antarabangsa International Olive Oil Council (IOOC), berpangkalan di Sepanyol.
Tapi, ni lah masalah sebenarnya. Tak semua minyak zaitun yang berada di pasaran tu sama cara pemprosesannya. Disebabkan proses berlainan ni, jadi ia boleh mengakibatkan khasiatnya berubah, atau berkurangan. Di mana minyak zaitun yang di ekstrak kali kedua, jenis pomace dan lampante, iaitu kualiti paling rendah. Ia juga nampaknya dah jatuh sama kategori seperti minyak jagung, minyak canola dan minyak sayuran lain yang diproses.
Apa yang teruk apabila ada juga minyak zaitun yang dijual kat pasaran tu dah dicampurkan dengan minyak lain. Nak tahu bezanya, simpan ia dalam peti sejuk dan ia akan menjadi tebal namun jika ia masih lagi berada dalam keadaan cecair, maka itu bukanlah minyak zaitun yang asli (extra virigin).
Walaupun bunyi macam menyihatkan, tapi sebenarnya minyak jenis ni adalah tak stabil, apatah lagi untuk digunakan dalam juadah makanan Malaysia yang lebih kepada gorengan minyak penuh, dan juga menahan suhu yang tinggi.
“Minyak zaitun akan hilang khasiatnya jika dimasak melebihi suhu 190 darjah Celsius (C), bagi tujuan memasak, anda disaran menggunakan suhu kurang daripada 190 darjah Celsius.
Minyak zaitun tidak sesuai untuk masakan ‘deep fry’ seperti menggoreng ikan dan ayam atau sajian berempah, misalnya kari dan rendang,” – Dr Norman Mohd Norawi, Pakar Perubatan Umum Pengkhususan Perubatan Nutrisi.
Selain daripada ketidakstabilan bila dipanaskan, minyak jenis ini dalam masa yang sama boleh menyebabkan ia bertukar kepada lemak tepu. Malah, bila masak dengan minyak zaitun asli (extra virigin), minyak stabil lain ataupun lemak tak boleh digunakan bagi mengelakkan ia bertukar jadi makanan bertoksik. Nampaknya, cuma boleh digunakan untuk masak sayur je, tak boleh tumis buat sayur lemak atau goreng daging.
Jadi tak salah sebenarnya, tapi kajian menunjukkan yang kesemua minyak ni tak stabil kalau nak dibandingkan dengan minyak sawit kita, sedangkan minyak kelapa sawit adalah lebih fleksibel untuk pelbagai jenis masakan.
Kesan buruk tanaman kelapa sawit terhadap alam sekitar kurang, berbanding minyak sayuran keluaran Eropah
Bagus sebenarnya untuk kita sokong barangan tempatan, tapi perlulah berpada-pada, jangan sampai mengganggu dan membahayakan kesihatan sendiri.
Kalau nak dibandingkan dengan minyak keluaran Eropah, minyak sawit nampaknya tahan lebih lama dan juga boleh membuahkan hasil terbanyak bagi setiap hektar. Jadi kalau EU nak keluarkan kuantiti yang sama dengan minyak sayuran lain, kesannya terhadap alam sekitar boleh jadi jauh lebih teruk berbanding minyak sawit.
“Alasan mereka, minyak dihasilkan mereka tidak boleh lawan dengan kelapa sawit. Kita tanam sekali, 25 tahun boleh dapat hasil minyak sawit.
“Kalau tanam kacang soya, mereka terpaksa tanam tiap-tiap tahun untuk dapat hasil, dengan itu minyak sawit lebih murah dan lagi maju dalam pasaran.” – Tun Dr Mahathir Mohamad, dipetik dari Harian Metro.
- 2.3KShare sekarang!
- Email7
- Facebook2.3K
- Share