Dah dengar lagu pisang goreng? Mesti tergelak korang tengok video ni!

Korang rasa resah-gelisah? Kemurungan? Sedih sebab gaji tak masuk lagi? Maaf sebab kami takde jalan penyelesaian untuk semua masalah tersebut, tapi kami ada jumpa video muzik Pisang Goreng Power buat penyeri di petang hari:

Tak cukup lagi? Hati masih gundah-gulana? Tengok lagu Nasi Lemak ni pulak:

Perghh, feel dia sebijik macam video rock kapak yang korang selalu nyanyi dalam karaoke jamban, tinggal awek tu tak pergi peluk tiang je ambil angin bertipup sepoi-sepoi bahasa.

Tapi lepas tu kami pergi stalk brader yang buat video ni, iaitu Sid Murshid. Dan rupa-rupanya dia ni bukan cikai punya orang sebab…

Dia memang tengah keluarkan albumnya sendiri!

Kalau korang nak tahu Sid Murshid ni sebenarnya seorang musician dan penyanyi baru dibawah naungan artis Universal Music Malaysia.

Dulu dia ni merupakan pelajar jurusan Seni Bina dari Universiti Taylors, Subang Jaya. Habis sahaja belajar, dia dikatakan jadi penggiat muzik secara part time selama setahun sebelum fokus sepenuh masa. Dan kami sendiri pergi temuramah Sid Murshid, laju je dia balas:

“Lepas habis degree, kerja satu tahun part time musician”- Sid Murshid ketika dihubungi SOSCILI.

Kini dia dah keluar single pertama dengan tajuk Di Hati dan akan menghasilkan albumnya sendiri tak lama lagi.

“Album Sid baru nak start buat, mungkin end of this year release, atau next year. Tengok situasi” – Sid Murshid ketika dihubungi SOSCILI.

Apa yang menariknya, dia ni bukan sekadar menyanyi je, malah dia jugak ada bakat untuk tulis lirik dan compose lagu bagi artis popular kat Malaysia ni. Tak percaya?

Dia ada tulis lagu untuk album Dato’ Siti Nurhaliza yang terbaru

Tahun ni, Dato’ Siti atau To’ Ti baru sahaja keluarkan album baru bertajuk Simetrisiti. Tapikan, album To’ Ti kali ni ada kelainan sikit, di mana dia minta sesiapa sahaja penggiat seni untuk hantar lagu masing-masing untuk Siti masukkan dalam album.

Album yang membariskan 10 lagu termasuk duet bersama penyanyi popular Indonesia, Judika serta turut menampilan penyanyi hip hop tempatan, Joe Flizzow. – Petikan dari Utusan

Katanya, ada lebih 300 lagu telah dihantar termasuklah dari Indonesia. Tapi, hanya 10 je yang terpilih, dan salah satu lagu tu adalah hasil karya Sid Murshid. Power bak hang!

Tengok nombor 10 tu. Imej dari Wikipedia

Sedap jugak lagu si Sid Murshid ni tulis. Walaupun tak sepopular macam artis-artis lain yang baru nak up, Sid tetap ada bakat pelbagai yang tak dapat dinafikan. Selain tu, dia ni tak banyak buat hal atau gossip. Memang betul-betul seni punya orang.

Dan kalau korang dah puas tengok video Pisang Goreng Power dan Nasi Lemak tadi, banyak lagi karya Sid Murshid yang korang boleh layan, sebabnya…

Bukan setakat buat video parodi je, dia ni memang multi-talented

Walaupun baru umur 24 tahun, kami kagum dengan video-video muzik yang dia kongsikan di Facebook dan Instagram. Dia boleh main macam-macam alat muzik yang staff kat SOSCILI ni semua tak reti (kami nak tiup rekorder pun takde bakat)

“Sid boleh main piano, gitar (classical gitar, electric, bass guitar), drums, violin, saxophone (alto and soprano saxophone) dan sedikit trumpet.” – Sid Murshid ketika dihubungi oleh SOSCILI

Menurut Sid Murshid lagi, dia belajar main piano sampai gred 4 sejak umur 9 tahun. Waktu kat sekolah, dia banyak join pasukan orkestra sekolah dan dari situ dia dapat belajar main macam-macam alat muzik. Dia juga tak pernah terfikir pun nak jadi penyanyi sebab perwatakan dia yang pendiam. Tapi bila dia cuba, rasa tak boleh berhenti.

Sid tiup Soprano Saxophone. Gambar dari FB Sid Murshid
Main piano kat Istana Budaya, gambar dari FB Sid Murshid
Main keyboard dan keytar sambil terketar-ketar. Gambar dari FB Sid Murshid

Mana nak cari artis-artis muda yang boleh menyanyi dan main pelbagai alat muzik macam ni sekarang. Nice juga lah brader ni. Memang betul-betul bakat terpendam ni.

Jadi kenapa buat video-video komedi memasak?

Selain daripada lagu Pisang Goreng Power dan Nasi Lemak, Sid juga ada buat video-video komedi dengan tema memasak. Walaupun full time musician sempat lagi buat benda-benda ni?

“Video komedi memasak ni hanya side project saya. Saya memang minat memasak dan cara belajar memasak dari Youtube. Tapi lama-lama Sid rasa video masak bosan sikit, sebab semua video macam sama je. Dari situ Sid guna kedua-dua kemahiran Sid, memasak dan bermuzik untuk menghasilkan video memasak bertema muzik.” -Sid Murshid ketika dihubungi SOSCILI.

Menurut Sid Murshid lagi, dia dapat ilham video berkonsep karaoke daripada menonton video muzik Anak Kampung nyanyian One Nation Emcees feat Jimmy Palikat.

Sebenarnya kat Malaysia ada banyak bakat terpendam yang kita tak tahu

Sid Murshid dah buktikan yang bakat tu mesti dikongsi kepada orang ramai walaupun ianya hanyalah berbentuk video komedi. Mungkinlah Sid baru dikenali ramai daripada lagu Pisang Goreng ni, tapi kami harap dia akan terus berjaya dalam dunia seni tanah air!

Kalau korang perasan, negara kita sebenarnya ada banyak anak-anak muda dengan bakat-bakat yang unik walaupun tak keluar kat rancangan TV yang mainstream. So, SOSCILI nak senaraikan beberapa channel YouTube faveret kami yang korang boleh support:

  1. SY drama Melayu
  2. Takahara Suiko
  3. Sterk Production
  4. Mr. The All Shared

Kalau korang nak share mana-mana lagi bakat terpendam, boleh letakkan kat ruangan komen!

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT